July 31, 2010

Tentang Kerja dan Tak Kerja..

Salam,
Rindunya mama kat kengkawan mama...lama sungguh tak masuk rumah sendiri hehehehe..ada orang rindu mama tak? Last Friday mama dah start kerja, but saturday mama gi jumpa specialist again, mama dapat MC sampai ari rabu, then hari rabu pulak mama kena jumpa specialist lagi, hahahaha mama dapat tambahan MC sampai Jumaat..huhuuu meaning, mama MC last week pun dah seminggu..fuh!! tak cantiknya record tahun ni.

Ala, mama MC pun dok lepak rumah je sebab hubby mama kerja, lagipun mama kena bed rest je..kerja rumah pun tak buat, semua hubby buat..ala ala jadi manja sikit..nasib baik hubby mama layan je hahahaa..uhh!! dok rehat kat katil je, sampai sakit-sakit badan..tahan gaban dah bosan mama ni..tapi arini, mama dah tak leh tahan sebab tak bergerak mana, mama ajak hubby gi One Utama..fuh lega..breakfast kat TTDI then lepak-lepak jap sebab OU tu pun tak buka lagi hahaha..best pergi awal-awal ni sebab boleh pilih parking mana yang best!! pastu member hubby mama pun joined kat OU dengan family, apalagi, lagi lama la mama dok kat sana, sampai menggigil mama, sebabnya lapar sangat!!! hubby mama dah risau, sebab takut mama penat...ishhh memanglah penat tapi tak nak lah cakap penat sebab nanti hubby ajak balik wakakaakak..

Malam ni, mata tak mengantuk sangat, mama harap dan berdoa moga allah kurniakan pada mama kesihatan dan tubuh badan yang sihat agar mama boleh kembali bekerja...hoping kengkawan yang membaca citer merepek mama ni, sudi juga berdoa untuk mama, agar mama sihat walafiat dan mama dapat TITLE MAMA untuk yang KE2 kalinya..Amin Amin Amin..

July 22, 2010

Tentang Esok Kerja Semula..

Salam

Alhamdulillah, hari ni mama dapat sedekah kan Surah Yassin buat `Si Kecil Mama ~ Mia disana..juga buat kawan-kawan yang bersama dengannya..

Sedar tak sedar, hampir 2 minggu mama tak masuk office..and esok mama dah start kerja balik..ho ho ho ho..hari Jumaat pulak tu..naper tak sambung terus masuk Isnin? tak naklah, nak simpan cuti..manalah tahu ada emergency, lagipun cik abang mama kan tak berapa nak sihat sangat..so kenalah stand by..

Harap-harap everything's okay for tomorrow..janganlah mr.pc mama buat hal...karang bermacam-macam benda tak boleh nak open..bermacam-macam form mama kena isi..pastu nak kena deal pulak dengan outsource..argggg bosan, kerja yang tak sampai 5 minit boleh settle bila deal dgn diaorg nu mahu ambik half day baru nak settle, itu kalau mama angin baik la..kalau angin tak baik, mahu panas telinga diaorg ni kena bambu utk settlekan..

So, arini kena tidur awal, sebab esok dah kena bangun awal utk kerja..see ya malam esok hehehe

Tentang..Tell Me Why Song ~ Declan Galbraith

Tentang Award dari Zalin

Salam

Malam ni baru leh on kejap lappy mama ni..seperti biasa...gi tengok jap kat shoutbox tu ada pelawat..macam biasa, Zalin dengan AL. peminat setia mama ekekekekek..Zalin kasi mama award..so mama dah gi ambik kat blog dia tadi...a'ha tu kat bawah ni award tu..





Ni la tuan yang tag mama ~ Nama dia  Zalin

To ~ Zalin :  Thanks yer sebab tag mama dengan award ni...dah memang rasa macam artis dah ni ekekeke cuma tak ada baju lip lap lip lap je wakakaakak

haha..permintaan pertama untuk tag pemberi award dah terlaksana..

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

Alamak byk jugak nama yang nak kena tag ni ekekekek..dah sah sah ada dua nama tak leh nak tag lagi.. cuba angkat tangan sapa yg tak kena tag!!! kalau copyright zalin punyer ayat agak2 kena marah  dengan zalin tak ? ekekeke..

1. Noina (Mama Nabila ni pun suka singgah blog mama ..thanx
2. jiey mien (Mama Rayyan yang handsome..)
3. Nurul Aznil (Blog mama ibu pada Eiman dgn arwah Ewan mmg seronok sgt nak lepak..mcm makan apple)
4.  Ibu Aqil(Blog ibu aqil ni cute..)
5. Ayu Mayyo (Blog mummy yang punya bidadari syurga..sama seperti aku)
6..7..8..9..10..11..12..13..14..15


3. Contact that blogs and let them know they've been tagged


yela..kang aku buat la..


4. State 7 things bout yourself

ehhh? nak kena bagitau gak ke? ni yang gemar ni..

ok la..kena ikut syarat student yangtag mama ni..


1. pendiam. x suka cakap byk, tapi bila dah cakap tak leh stop ekekekeke
2. jiwa halus sesangat..mudah mengalirkan airmata..cuci mata, sebab tu mata mama cantik ekekeke
3. suka everything tentang IT tapi entah mengapa tak masuk bidang ni...masuk bidang lain
4. suka sangat mengemas
5. suka menepati masa, boleh naik angin kalau janji kul 5 kul 6 tak muncul lagi
6. setia dan sangat penyayang
7. suka sangat dengan budak-budak..umphhh coming soon insyallah..

dah..la ya karang ter riak and takbur lak puji diri mama sendiri..

July 20, 2010

Tentang.Andainya Aku Berharta Lagi Kaya

Salam..

Sudah sekian lamanya mama menyepikan diri dari menaip di kekunci abjad lappy mama ni..sukar untuk melaksanakan benda yang mama suka ni jika terpaksa membuatnya di pembaringan..namun a rini mama gagahkan diri juga kerna hari ini, hati mam dirundung sayu dan pilu..

Mama rasa, Allah kurniakan satu anugerah yang sangat bernilai dalam diri mama..satu perasaan yang halus, satu rasa yang cukup pilu yang kadangkala mama sebenarnya ingin elak kan..kerna mama mudah menangis dan hati turut terasa pedih..clip video anak soleh? pasti ada yang telah menonton dan mendengarnya kan..luahan hati seorang anak..permintaan dan suara kecil seorang anak kepada allah buat ibu dan bapa tersayang..ada juga clip2 yang lain..

Hari ni entah mengapa, mama tengook clip video anak-anak yatim..Ya Allah, sedihnya mama, tak tertahan rasa hati melihat mereka dalam kesedihan..airmata mama dah macam air dari pili bomba,, tak boleh tertahan-tahan lagi..andai mama punya harta...punya wang yang berlipat ganda, pasti akan mama hadiahkan pada mereka, agar hilang segala kesedihan, agar mereka juga merasa bahagia dan gembira..agar mereka juga punya rasa, yang mereka juga disayangi..

July 17, 2010

Tentang..Award dari AL

Salam..

Mama dapat award lagi kawan mama AL..ekekeke dia lak dapat dari kawan dia gak nama Eita..arini still tak leh nak mencoret byk, masih kepenatan and kurang sihat..tapi sebab dapat award hehehe mama buat sikit yer..kat bawah ni award nya..macam bintang popular pulak dapapt award..class gitu..nanti baru mama tag kengkawna yer..


http://mlmsms2u.blogspot.com/

July 14, 2010

Tentang..Treatment dan Kesakitan

Salam..

Terasa begitu lama jari jemari mama ni tak exercise kat keyboard laptop ni..since mama keluar masuk hospital. Letih rasanya badan..sakit seluruh anggota..macam tak mampu nak berbuat apa-apa lagi..

Treatment mama alhamdulillah dah selesai, insyallah, moga akan ada anugerah yang tak ternilai dari Allah..moga akan ada suara-suara si kecil menyinari rumah mama nanti..doakan untuk mama yer...saat bermulannya treatment, terasa badan seolah-olah tak sihat, setiap hari kena injection...hampir setiap hari juga kena jumpa doctor mama yang baik hati itu..doktor arwah mia juga...his so baikk and caring..

Hari ni, mama tak dapat nak menaip panjang-panjang, sebab mama hanya boleh berbaring sahaja..tak boleh bergerak banyak sangat..bayangkanlah mama menaip sambill berbaring..penat..

July 11, 2010

Tentang..Award dan Blurr

Hari ni, mama kat hospital..pastu mama nak citer, mama dapat second award. Second award dari Alcatraz77..terima kasih yer AL coz tag mama dengan award ni..tapi biasalakan, mama ni asyik blurr aje kebelakangan ni, mungkin gara-gara banyak sangat ambik injection..okay, ni award yang mama dapat..nama award ni Friendly Visitors Award..


Kena tag jugak 10 teman blogger yang rajin datang bertandang umah mama ni..nak kasi siapa yerk?

Ada sesiapa nak award ni tak? macam tuan yang kasi mama award ni, mama rasa kena tagged 10 blogger lagi untuk dianugerah award ini... mama nak kasi kat semua..tapi 10 org dulu la yerrr..


and AL kata mama kena letak 10 backlinks pulak..ayo yo yoo..dah ler blurr pastu kena buat..mcmana ni? try ajelah yerkk..
mamanurin


Sebelum letakkan link-link ni, delete dulu nama yang pertama, supaya nama yang berada ditempat kedua akan berada ditempat pertama, nama ditempat ketiga akan berada ditempat kedua dan seterusnya. Faham kan? nama korang pulak letakkan ditempat yang terakhir iaitu ditempat kesepuluh. Buat tu, biar adil dan saksama. Berani kerana benar !! Kalau buat betoi-betoi, jumlah backlinks yang korang dapat camni lah..copyright from Al..sorry yerk AL, mama blurr mmg macam ni wakakaak..
Ketika posisi kamu 10, jumlah backlink = 1
Posisi 9, jumlah backlink = 5

Posisi 8, jumlah backlink = 25
Posisi 7, jumlah backlink = 125
Posisi 6, jumlah backlink = 625
Posisi 5, jumlah backlink = 3,125
Posisi 4, jumlah backlink = 15,625
Posisi 3, jumlah backlink = 78,125
Posisi 2, jumlah backlink = 390,625
Posisi 1, jumlah backlink = 1,953,125

July 7, 2010

Tentang Suntikan..Injection

Hampir 4 hari mama tak mencoret kat rumah hati ni..hati dah terjerit-jerit suruh mama bercerita tapi disebabkan tahap kepenatan yang melampaui batas, tu yang tak sempat nak berbicara kat awangan ni..

Mama masih lagi dengan suntikan ubat..ubat-ubatan yang makin bertambah..start 4 haribulan aritu, suntikan mama bertambah menjadi 2 ubat yang berlainan..kali ni doctor yang buatkan, so bermakna setiap hari, mama kena mengejar masa antara hospital dan pejabat..bayangkan dari hospital di shah alam, mama kena berkejar ke opis mama di kuala lumpur..uhhh jalan jammed tu..

Hari ni mama macam tak ada idea nak bercerita sebab terkejut dapat award..mama janji, insyallah nanti mama bercerita lagi yer..umppp nanti mam update pasal injection and ubat apa yang mama kena ambil..so Friday ni mama kena masuk ward..yahooo dapat merasa hospital baru!!!

Tentang Dapat Award..

Salam..

Wahhh bestnya mama..ala ala macam poyo pun ada..yer laaa first time ada orang kasi mama award..tapi mama ni IT tak pandai, jenuh jugaklah nak mintak tolong orang..mintak tolong ajarkan camner nak letak kat blog..mama mintak tolong AL..sian AL, penat mengajar mama tapi mama still blurrr..heheheh tak apalah mama buat kan post award tu kat sini..anyway..thanks yer AL..dah minta Zalin ajarkan tapi rasanya maybe dia tak buka blog dia lagi hehehhe..

Anyway, thanks to pemberi AWARD yang cute giler ni.. sweet sangat ..tima aceh tima aceh..nanti mama bagitahu lecturer yer wakakakaak..Thanks Sabrina7

AWARD mama dapat ~~~ jeng jeng jeng~~~



July 3, 2010

Tentang Ibu yang kejam..Aku yang penyayang..

Telah puas aku mencari waktu yang sesuai untuk aku terus mencoret, bercerita dan meluahkan rasa hati, akhirnya hari ini aku berkesempatan menjengah "rumah" ini..rumah yang penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka.

Minggu ini juga adalah minggu yang penuh dgn kerja-kerja medical..start again treatment yang telah sekian lama aku tinggalkan..start again appointment dengan specialist aku..uhhhh dos ubat ku dinaik kan..Dikala aku begitu busy dengan permulaan treatment aku, tetiba aje kisah pembuangan bayi tertera di muka hadapan suratkhabar..aduh!! zalimnya engkau wahai ibu! sampainya hati engkau, membuang bayi sendiri..berfikirlah dengan waras wahai wanita, berfikirlah sejenak..betapa bertuahnya engkau..berfikirlah sebentar kesusahan wanita or insan-insan lain yang begitu inginkan baby sebagai  penyeri hidup dan rumahtangga, terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan demi seorang anak..tapi engkau wahai insan, tiada hati dan perasaan, kasih sayang telah hilang dalam diri engkau, tergamaknya engkau membuang bayi dan anak sendiri..tergamaknya!!!

Dugaan dari Allah pada hambaNYA berbeza-beza..aku hanyalah hamba yang lemah..aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal padaNYA, moga usaha aku dan suami tak akan sia-sian. Dengan permulaan treatment, setiap hari aku terpaksa bertukar profesion sekejap..menjadi seorang doktor dan nurse untuk diri sendiri berbanding dahulu, semuanya suami yang membantu..sebabnya, injection tersebut terpaksa aku lakukan sendiri pada lunch hour berbanding dengan dahulu pada waktu malam hari..aku dah terror dalam menyuntik diri sendiri  hahaha..

Sabtu bersamaan dengan 3/7/2010, aku ada appointment lagi sekali..so hari ni dah jumpa doctor, dapat habuan lagi, injection lagi for 3 days ahakssss..next week monday, ada lagi satu appointment..doctor kata nak ambik darah and scan aku..aku tak kisah, janji aku berusaha untuk diri aku sendiri, untuk suami dan keluarga ku, dan berharap Allah yang maha penyayang akan mengurniakan jua pada aku dan suami pengganti arwah anak kecil ku Nurin Amni Damia Khalilah..entah mengapa, aku begitu menyukai nama dia..suka sangat..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...