Showing posts with label Teratak Kasih. Show all posts
Showing posts with label Teratak Kasih. Show all posts

July 1, 2012

Kedai Lampu

Semalam sehari suntuk keluar pergi survey barang-barang keperluan untuk rumah baru. Last week dah pergi terjah dua kedai lampu dekat Puchong tapi choice dan harga tak berkenan kat mata dan hati mama.  Langsung tak beli apa-apa pun! Jadi semalam mama dengan papa decide pergi ke Puchong lagi, kali ni area Puchong Utama. Nasib baik papa dah biasa dengan area sana, jadi bertambah senanglah nak cari kedai berkenaan ditambah lagi dengan co-pilot yang cekap ni..mama la!

Houses of Lightings
Okay kita sampai aje depan kedai ni, parking full tapi sebab rezeki satu petak kosong parking jadi hak mutlak kamig ok. Adoi!!! masuk aje, terkesima kejap sebab ramainya orang. Mata mama pun dah melilau-lilau cari barang, sambil bisik kat papa, "fuh!!! ingatkan kita paling awal, rupanya ada lagi paling awal, ramainya orang".

Memang banyak choice dari mama nak survey dulu terus dok tulis lampu apa nak beli, nak letak kat mana dalam rumah baru tu. Staff sangat-sangatlah baik, mesra alam dan boleh minta tolong apa saja. Ada pelbagai bangsa dan agama staff diaorang ni. Layan customer sama aje. Tak pilih ok. Kalau nak beli kipas, elok beli cash sebab murah sikit. If payment guna card, harga sama aje. 

Kat situ juga terpandang seorang baby yang didukung dek ayahnya..sangat sinonim cara dukungan tu. Bila diperhatikan terus teringat Qhalif anak somebody yang mama selalu baca entry dia kat blog! sapa lagi kalau bukan Ben Ashaari Maaf yer Ben tak pergi say Hi or apa pun sebab tengok Qhalif macam rimas, orang ramai di tambah mama yang sangat pemalu ni jadi mama perati aje dari jauh Qhalif dengan Mr Ben ni. Nampak lain sikit Mr. Ben ni sebab macam dah susut sikit badan tu, penat jaga Qhalif yer.

Okay, sedar tak sedar hampir 4 jam kami kat kendai lampu ni, sempat buat kawan baru lagi tapi puas hati sebab dari nak survey terus membeli lampu. Sebab datang dengan kereta kecil, jadi seater belakang tu memang penuh dengan kotak-kotak lampu. Nasib baik tak sambar kipas angin kalau tak, mahu kena simpan dulu kat kedai sebab kereta tak muat. So far, mama dengan papa sangat berpuas hati dengan harga, layanan dari staff kedai tersebut.

June 30, 2012

Teratak Mama Papa

Mama selalu jenguk rumah ni, selalu blogwalking blog kawan-kawan, selalu membaca entry kalian tapi sangat jarang tinggalkan jejak sebab mood malas datang, mood rajin menghilang. Lately ni, mama sangat sibuk. Ummm sibuk sangat la tu -:( *wink wink wink*

Banyak sangat benda yang nak kena uruskan, papa yang kekadang sihat dan kekadang kurang sihat, kerja kat pejabat yang kekadang banyak dan kekadang buat-buat banyak tapi paling ketara sibuknya mama ialah kerana sibuk ambil kunci rumah baru!! sibuk buat defect checking, tanda tempat-tempat yang tak cantik pada pandangan mata mama. Sangat-sangat teruja!!! saban hari nak singgah tengok rumah ni, sebab dah ada kunci. Papa mula tu macam tak puas hati juga lah kan sebab mama asyik nak pergi tengok aje tapi keterujaan mama tu kenalah layan hahahaa..

Kawasan rumah baru ni dalam kawasan yang sama dengan rumah yang kami duduki sekarang cuma rumah baru ni area depan, kawasan baru. Sengaja mama dengan papa cari area yang sama sebab senang nak balik Perak!!! dekat 2 highway!! mama tak mampu nak beli rumah dekat kawasan KL nun..mahal sangat.

Yes!!! time tu check defect!!
ohhh!! nak poket doraemon

pening kejap nak design
Moga Allah terus permudahkan mama dan papa dalam segala perancangan kami.  Moga rumah baru ini diberkati Allah, moga akan ada suara suara anak-anak kecil mama dan papa. Rumah sekarang? ummm mama masih tinggal lagi kat situ tapi tak pasti lagi nak sewakan or nak jual sebab tu rumah papa so keputusan kenalah papa buat.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...