lautan biru
tenang dan damai
disini pasti beriringan
ditepian pantai
suatu hari nanti
lautan biru
kadangkala gelora
kadangkala tenang
memandang lepas ke tengah
ombak pulang, memecah berderai
ke ribaan pasir
rindu berpaut
lautan biru
tenang dan damai
disini pasti beriringan
ditepian pantai
suatu hari nanti
lautan biru
kadangkala gelora
kadangkala tenang
memandang lepas ke tengah
ombak pulang, memecah berderai
ke ribaan pasir
rindu berpaut
sabar itu indah.. sepi itu sakit namun andai ada kejujuran, kesabaran dan kesepian itu berbaloi dihujung pertemuan..
Positif dengan ujian. Itu hadiah Allah.
Bersyukurlah. Beruntunglah. Dari jutaan, engkau pilihanNya. Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Jalan takdir Allah tak pernah salah. Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk menangis, maka menangislah. Tapi jangan sedih lama-lama nanti orang kata kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
La tahzan.
Syurga itu mahal , bukan mudah untuk dapat tapi insyallah pasti bahagia sangat bila dapat.Tapi terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun. Tapi walau apa pun, Allah akan tetap menemani. Allah akan ubat luka di hati. Hadiah buat hambaNya yang bertabah!
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan. Inilah kasih sayang Allah. Berdamailah dengan takdirNya.Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
La tahzan
Kesatlah air mata. Allah ada. Allah tahu.
nota utk diri sendiri - mamaQ😍😍😍
Hadirnya perasaan tanpa jemputan, hadirnya kasih tanpa rayuan hadirnya rindu tanpa jemu..
Tidak perlu diminta rindu kerana rindu itu selalu menemani. Tidak perlu memaksa mama untuk mengungkap rindu kerana rindu itu satu rasa yang tak pernah mama inginkan untuk mati.
Mama ingin selalu mengungkapkan rindu kerana rindu yang tak terungkapkan membuatkan mama pilu. Membuat kan mama harus tersenyum disaat semuanya terpaksa dan akhirnya mama cuma mampu berdoa dan pasrah kepadaNya untuk mengungkapkannya.
Kesempatan yang mama harapkan ketika saat itu datang, rindu mama ini akan dapat mama ungkapkan dgn penuh kasih sayang dan keikhlasan.
Kelegaan pabila rindu itu terubat walau penyambung nya hanyalah dihujung masa..sepi tanpa bicara namun hati berkata, mama rindu!! dan dia juga begitu...
Allah mempertemukan kita untuk satu alasan dan kemunkinan....untuk belajar atau mengajarkan..entah hanya untuk sesaat, sehari atau selamanya..entah untuk menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan atau sekadarnya.
Tetaplah menjadi yang terbaik diwaktu tersebut dan saat ini..lakukan dengan tulus meskipun mungkin tidak menjadi seperti apa yang diinginkan. Tidak ada yg sia-sia kerana Allah yg mempertemukan walau hati terguris lagi.
Ya Allah pinjamkan aku kekuatan itu..pinjamkan aku hati yg tulus dan kuat..yg menerima dan memaafkan..mampukah..
Penat menahan perasaan..akhirnya terlerai juga bilamana airmata terburai juga.
Perit pedih hati tapi tiada yang peduli. Ingin tumpang bahu bercerita tapi apakan daya, dia juga menyepi.
Bertahan lagi..
Sakit..bila segala perasaan di pendam. Rosak segalanya. Rosak hati, rosak jantung, rosak kepala, rosak muka segalanya rosak.
Sakit bila segala perasaan tidak mampu diluahkan. Rindu, sayang, suka benci marah terkilan sedih bersatu sebati menjadi satu..dendam terindah!! Terindah lah sangat kan kalau dah badan pun tak mampu menahan tekanan.
Hati, jangan pernah jadi lemah. Bertahanlah. Jangan biarkan kau ditikam bertubi tubi parah hingga tiada setitik darah yang tinggal. Perasaan, biarkan ia pergi andai itu pilihannya..berkorban demi kebahagian insan lain lebih bererti. Jiwa, terus kuat menempuh segala dugaan.
Rindu itu indah tapi sebenarnya sakit. Rindu itu datang sendiri, tak perlu dipanggil dan tidak perlu dipaksa. Rindu itu ikhlas. Jangan ditanya rindu itu sebanyak mana tapi bersyukurlah Allah hadirkan rindu.
Namun rindu si anak kecil hanya Allah yang tahu. Terkadang dia memahami terkadang dia tidak peduli, hanya dia tahu, dia rindu dan dia menyebutnya dengan penuh harapan agar yang dirindu ada disisi.
Maka hanya pelukan yang mampu diberikan supaya dia tahu dia disayangi dan yang dirindui pasti mengetahui bila dia meletakkan tangan didada diringi dengan bacaan alfatihah, walaupun kadangkala bukan hanya fatihah dibaca olehnya, tiga Qul pun dibacanya disulam doa makan juga..betapa dia rindu..Lunyailah hp bila gambar kenangan dilihat dan diciumnya berulang kali.
Maaf you..Q cari..
#love #qzaishah #QasehZaraAishah #cintahaticintamati #story2017 #rindudia
Kesibukkan melanda..tapi itu hanya alasan yang kecil. Memang benar sibuk dengan kerja tambaham pulak auditor dah masuk office mengaudit tapi lagi sengaja menyibukkan diri sebab tak nak tergantung dan terikat serta teringat tentang rindu.
Rindu itu indah tapi sebenarnya sakit. Rindu itu datang sendiri, tak psrlu dipanggil dan tidak perlu dipaksa. Rindu itu ikhlas. Jangan ditanya rindu itu sebanyak mana tapi bersyukurlah Allah hadirkan rindu.
Mama tengah rindu sangat...terkadang tersenyum sendiri bila teringat kenangan2 yang mama lalui terkadang hati sakit sebab rindu kerana orang buat mama melalui perasaan tu..sakit tau!!
Perasaan lagi sakit bila Qaseh sudah pandai menzahirkan perasaan dia. Rindu kan papa. Kala makan dikedai,clinic mahupun hospital atau pergi kemana2 jika ada family yang lengkap, dia akan memerhati lama dan kembali pada mama sambil memeluk mama dia akan kata " mama, nak papa mama" bila mama kata papa kan tak ada..papa kat sini sambil letak tangan kat dada dia..dia membisu tapi akan berkata lagi "adik nak "ayah" mama, lamanya ayah pergi work..dan hati mama terasa mama ni kejam sangat sebab tak dapat berikan satu family yang lengkap buat dia.
"Ayah" dia pun busy sangat agaknya..you, maaf..Q rindu "ayah" katanya..lama dia tak sembang dengan you. Makan kat kedai pun nak tunggu "ayah" nak suruh ayah suap..alaaaaa hati mama ni yang sedih tau. Dah puas terangkan pada dia..
Doakan Qaseh kuat untuk melalui hari hari mendatang dia tanpa insan bergelar papa/ayah..andai hadirnya seorg insan istimewa dalam keluarga kami, yang boleh dia banggakan sepertimana kawan kawan dia bangga bila bercerita tentang ayah mereka, moga Allah permudahkan urusan kami. Aminnn.
Gambar tu, Q lukis semalam..gambar orang katanya..gambar sedih sebab ayah dia pergi "work" tak balik balik.
Hidup seakan drama dalam TV. Sejak arwah papa tak ada, bukan seorang dua yang minta mama "moved on" ramai sangat..malas nak kira sebab tak akan habis.
Mama ni nampak tak "moved on" ke? Tak moved on dari segi apa? Rasanya moved je oh!!! sebab mama "single" ehhh. Hati tertutup rapat sejak papa tak ada. Automatik!! Bukan nak riak lagi takbur, ada je yang nak berkawan lebih dari kawan tapi entah, tak boleh nak buka pintu hati tu..kejap sungguh..nak kata guna simen tak..pintu je pun nak simen bagai buat apa kan.
Jeng jeng..entah kenapa tetiba rasa macam ada orang dah jumpa kunci pintu hati ni..mulanya nak mengelak macam selalu buat. Elak semahunya tapi lagi mengelak, lagi bahana jadinya .
Bagaimana pintu yang tertutup rapat itu berjaya dibuka? Entah..tapi mama tahu dia berjaya..
Fresh!! bila boleh ketawa tanpa perlu cover keayuan walaupun hanya melalui handphone, bila berbual tanpa perlu bercakap macam robot, bila buat salah kena tegur, kena tazkirah tazkirah memang selalu kena sebab "suka melawan". Paling terasa pintu hati terbuka luas untuk dia bila terasa dia mengambil berat tentang mama dan juga Q..
Boleh bayangkan tak, bila tetiba diri dipenuhi gelak ketawa, suara yang kekadang menasihati, kekadang bergurau dan kekadang bertindak kejam dengan membuli hanya dengan ayat2 yang sengaja nak timbulkan pergaduhan..macam bintang bertaburan di angkasa kan, bulan tersenyum ria je..
Biarlah mama dengan kenangan manis pintu hati dibuka kembali..dia tahu dia berjaya dan dia juga tahu "perasaan" mama dan mama juga tahu perasaan dia...
Doa yang baik baik..minta yang baik baik pada Allah, moga keikhlasan mama, Allah permudahkan segalanya..Allah tunjukkan jalan.
psttt kali pertama kan mama bercerita dalam ni..hanya disini..blog peribadi mama..mohon doa kalian.
Andai dia pun membaca entry ini, thanks "ayah" sebab tumpangkan sayang ayah pada Q, really appreciate..moga janji ayah pada dia termakhbul..Aminn
Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri
Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya
Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah
Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu
Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya
Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah
Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama
Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah
Mama masih tak sihat sebenarnya tapi berlagak sihat supaya tak ada yang susah hati.
Perubahan cuaca membuatkan mama tak berdaya..macam pesakit asthma pun ada, ditambah dgn kaki yang belum pulih.
Fizikal sakit, insyallah tidak lama tapi apabila emosi yang sakit, segalanya sakit..
Cuba gembira tapi tawa ceria seakan plastik menutupi kebenaran..pahitnya rindu, kejamnya kasih bisanya sayang!!! Secara jujurnya mama merindui..rindu sangat-sangat..
Kaki masih sakit lagi..episod terseliuh hari khamis lepas. Xray dah buat di Hospital Sg Buloh tapi doktor kata ok..arini pula buat xray dan mri lagi kat KPJ Shah Alam..ada 'ankle sprain' sikit..tak perlu di "repair" kata doktor.
Melangkah masuk bilik doktor kali pertama adalah pada tahun 2012, kaki yang sama dan kecederaan yang hampir sama..dulu tidak perlu berjalan sebab duduk aje kat wheelchair tu..tadaaaaa wheelchair bergerak sebab ada en somi yang tolak kan..
Tapi hari ini, pergi sendirian sambil mengheret kaki yang sakit sambil kekadang diiringi message dari insan yang mengambil berat dan sayang diri ini ..kenangan menerpa terus..nak lari tapi perlu berlagak kuat..Allah uji sebab Allah sayang..masuk bilik doktor disambut dengan pertanyaan " lamanya you tak datang jumpa i" hahaahah lawak la doktor ni.."hehehehe doktor, memang lama tak jumpa sebab tak sakit" ahaks.
Kaki sakit ok lagi rasanya menahan tapi kalau hati sakit, uhhh!! Pedih!! Makan dalam..mood berubah sekejap!!
Semalam juga begitu...rasa nak bina dinding dari bata merah ( bata merah mahal kan) sekeliling hati ni, kemudian disimen tebal tebal supaya hati tak "fragile"..tak jadi hati tisu..
Wahai Qaseh, maafkan mama..mama tak mampu berikan satu keluarga yang lengkap untuk adik.. hati mama sedih sebab mama tahu adik selalu inginkan seseorang yang boleh dipanggil papa atau ayah...selalu ayah kawan adik pun adik tumpang panggil macam yang kawan adik panggil..seolah mereka itu papa ayah adik..
Bertahanlah Qaseh, kuat lah wahai anak..keluarga yang tidak lengkap bukanlah satu kecacatan dalam keluarga, yang penting kita gembira dan bahagia bersama. Mama janji, mama akan kuat demi Qaseh..kuatlah dam gembiralah wahai anak demi mama...
Qaseh anak mama yang pandai..tutup mata tangan di dada bacalah Alfatihah..adik tahu kan dimana papa..dihati..dia tak pernah tinggalkan adik..percayalah..hiduplah dengan bahagia dan gembira. We love u papa..we love you ayah..
Terima kasih teman..sudi tumpangkan kami kasih demi anak bernama Qaseh. Moga Allah rahmatimu sayang. Aamiinn.
Mari rehatkan kaki mama..sucikan hati dan fikiran..hidup dengan sabar dan tabah.
Penghujung Disember 2016 permulaan Januari 2017..hari hari yang sangat sibuk dengan kerja serta kesihatan yang tidak begitu baik..seiiring dengan pelbagai dugaan dan ujian yang Allah berikan.
Chaiyok mama!!! Stay strong..lagaknya macam kuat tapi setiap detik hati menangis..dulu ada teman untuk sangkut dagu, lap hingus dekat dia bila tangisan makin teruk orang biarkan telinga dia kembang mendengar luahan perasaan ini..
Dalam meniti hari yang penuh kabus...Allah lorongkan jalan..Allah hiburkan hati ini..terima kasih teman teman yang tidak pernah lokek menghulur bantuan..moga Allah memberi sebesar besar rahmatNya buat mereka..Aminn..
Doakan mama dan Qaseh senantiasa di permudahkan segala urusan..Aminn
Qaseh tak sihat...itu yang paling perit untuk dihadapi bila keseorangan..bila si anak merengek..menangis memanggil papa yg tak kan mungkin pulang..diri mama ni rasa lemah sebab tak mampu memberikan apa yang dia perlukan..
Kuatla wahai Qaseh..sebab tu lah papa bersungguh-sungguh letak nama Qaseh sebagai awalan nama..nak marah pun terasa kasih disitu..sikit je kan sakit allah beri pada adik kan.. allah kan sayang adik..kalau adik nak jumpa papa, adik jangan nangis, baca fatihah..adik kan dah pandai baca fatihah, lepas tu pejam mata minta allah bantu adik mimpi papa yer..itu aje cara memujuk dia supaya anak yang bernama Qaseh ini, berhenti dari memanggil papa..
Hidup berdua dgn Qaseh tanpa dia, benar-benar satu cabaran..kadangkala rasa bersalah pada Qaseh sebab keluarga kami seakan tidak lengkap..sering saja "papa, ayah or abah" orang lain pun dipanggilnya papa..
Mama harap, semakin Qaseh membesar, dia semakin memahami keadaan sekelilingnya..papa pergi bukan sebab papa tak sayang, papa sayang sgt..tapi Allah lebih sayang papa..
yer...bila terkadang rasa terpinggir..tak dihargai..masa tu rasa betapa perlunya membawa diri..pergi jauh dari semuanya.
susah senang sendiri tanggung supaya tiada kata nista mencengkam jiwa, tiada lagi hati terluka nestapa..
tangisan syahdu tawa ria, biarlah hanya kami berdua..cinta hati cinta mati..penguat jiwa hati mama untuk bertahan demimu permata hati..
gembiralah wahai permata hati, tertawala ria jangan ada duka di hati walau sering merinduinya yang telah pergi..
Sedih..pilu..sayu..bertambah sedih bila dgn lagu Tommy Page " A shoulder to cry on"..hilang kawan berbual, hilang bahu untuk menyandar, hilang jari yang mengeringkan airmata ini..hilang kata-kata semangat..hilang insan istimewa yang tak pernah menghakimi buruk baik mahu pun betul salah diri ini..
Hari raya yang kurang gembira buat mama..
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...