June 15, 2010

Tentang Hospital..Fistula

Hari ini baru ada kesempatan untuk mencoret sedikit di blog ni..busy dan kelam kabut dgn kesihatan hubby yang tak menentu. .arini aku berada di rumah sendiri seelah 2 hari berkampung di Hospital Kuala Lumpur. Hubby warded kat surgical ward for his fistula creation..untuk permenant dialysis..nurse kata, operation tu untuk cantumkan urat caler hijau dengan caler merah..hahhaha aku mana tahu..

Penat jugak..his ready untuk operation pagi, siap tertidur dengan baju operation..ala baju caler putih yang kena pakai ikut depan ikat belakang tu hehehehe..akhirnya around 1pm baru masuk OT and settle around 3.30pm..uhhh aku yang menunggu ni dah sakit-sakit perut wakakaka..bukan sebab nak pergi toilet tapi...susah lah nak citer hehehee..

Hubby kata, doc kasi bius tangan je seba fistula tu nak buat kat tangan..dia nak tengok but doctor tutup muka dia dgn kain hehehehe..dia kata juga rasa doctor guna laser...bau hangit!! hehehehehe..malam tu pulak buat dialysis pula...tapi tak smapai 4 jam macam biasa coz dia dah berpeluh-peluh..muka dah pucat..bila nurse check BP, normal, gula pun normal..and then dia ala ala macam nak pengsan so cuma settle 2 jam je..sian tengok dia..

June 13, 2010

Ketika Terpandang..Terkenang..

Pagi tadi aku temankan hubby pergi dressing carbuncle operation dia kat hospital sg.buloh..lepas dressing settle, aku tanya hubby, ok ker..sakit tak? and hubby kata tak sakit tapi ada darah..but nurse kata bila ada darah tu kira luka tu ok..and lubang carbuncle operation tu pun dan makin kecil..

Lepas tu, we all pergi makan kat cafetaria..uhhh lapar tu sebab lum breakfast lagi..makan nasi..kira breakfast merangkap lunch hahahah malas ler pulak balik nak masak..lepas makan terus nak balik, cuaca kat luar tu dah panas sangat..

Sampai kat parking, uhhh!!! memang panas terik..tapi mata aku tetiba terpaku pada satu family ni..dari jauh aku terpandang mereka..cuma bertiga..seorang wanita tua yang aku rasa nenek dan juga seorang lelaki tua, dah tentulah datuk serta seorang lelaki..di bahu lelaki tersebut tersangkut kain pelikat yang diletakkan di bahu..baru ku sedar, lelaki tersebut sedang menggendong baby..baby yang telah menyahut panggilan Ilahi..dan mungkin itulah ayah baby itu..

Aduh!! sedihnya..mata masih melihat mereka..mungkin sedang menunggu kenderaan untuk membawa pulang baby tersebut utk dikebumikan..saat itu, aku rasa ingin berlari ke arah mereka..untuk memberitahu mereka yang mereka perlu kuat untuk mengharungi "kehilangan" itu..dan yang paling sedih aku rasa, bagaimana keadaan ibu baby tersebut..tentu ibu itu dalam kesedihan yang amat sangat sebab tak dapat menghadiri persemadian baby yang dikandung selama ini..

Ketika itu, airmata bergenang sebab teringatkan saat terakhir baby mia ku..,masih terasa sakitnya hati bila wayar penuh satu badan..saat dia membuka mata untuk pertama kali dan terakhirnya..saat dia menggenggam erat jari papanya..syahdunya..betap sucinya dia sebagai bidadari syurga..missed u mia!!!

June 12, 2010

Tentang Rindu

Hampir seminggu kerja, kepenatan masih belum lagi beransur hilang..terasa ingin aku bercuti panjang..bestnya kan..ummmmpp dalam hati terasa-rasa nak jejak kan kaki kat satu tempat..tak apa tunggu hubby betul-betul sihat baru pergi hehehee...ketika ini, suami dan adik ipar ku tengah tengok bola..aduyai, terpaksalah aku lepak dalam bilik tengok tv lain sambil layan laptop ni..Musim bola..makan bola, tidur pun bola.

Tadi aku menonton Majalah3..isk isk isk sedihnya melihat penderitaan rakyat Palestin..uwaaaa air mata berlinangan melihat kesakitan dan kesengsaraan yang mereka perlu hadapi..betapa kejamnya Zionis! Ya Allah, Engkau berikanlah mereka kekuatan dan ketabahan untuk mereka mengharungi dugaan yang berat ini Ya Allah..

Hati sayu ku terus mengingatkan aku pada Mia..sedar tak sedar hampir 3 tahun Mia pergi..dan saban tahun aku perlu mengharungi tarikh tarikh keramat itu...argggg sadisnya perasaan ketika ini..rasa macan nak telefon mak je bagitahu " mak, along rindukan baby",,uhhhh terluahkah aku ayat itu?

Sudah lama juga aku tak menziarahi "rumah banglo" Mia...ialah sejak papa Mia tak sihat, tapi harap-harap rumah banglo  tu kemas dan bersih macam biasa...selalunya kalau aku dah lama tak balik, mesti tok ayah dia yang bersihkan, tak pun tok ayah upah haji kecik bersihkan..semua sayang kan "dia" tapi kasih sayang kami semua tak mampu mengatasi kasih sayang Allah pada "dia"..

Membaca blog-blog kawan, membuatkan hati aku terus di sayat pilu..kisah Allana Qish yang kental, cerita Rayyan yang kuat semangat dan kisah mama dengan papa adik yasmin yang tak pernah putus asa begitu menyentuh perasaan kecil aku...air mata masih berlinang kala aku menaip kata-kata yang tak seindah bahasa ini..bertemankan Adibah Nor dengan lagu Terlalu Istimewa..

Terlalu Istimewa..Mia mama terlalu istimewa..sangat istimewa...hadiah dari Allah untuk kami berdua..rindunya pada mia!!!! rindu yang hadir untuk sekian kalinya..entah keberapa kalinya juga aku tak pasti, rindu hadir tanpa dipaksa..rindu hadir tak mengira masa..rindu hadir tak mengira ruang tempat..adakala aku membayangkan keadaan Mia sekarang andai dia ada disamping keluarga yang menyayanginya..tentu riuh rendah rumah aku dibuatnya..dan aku ada geng untuk membuli papanya..tentu comel dengan gaunnya..tentu petah berbicara..argggg hanya harapan dan impian..

June 9, 2010

Ku Berjalan Didalam Hujan..

Hujan yang turun bagaikan airmata..uhhh!! dalam hujan aku mengasak jalan bersama 2 orang kawan aku merentas batas-batas jalanan bertemankan air hujan, berselimutkan kesejukkan dan berlindungkan payung yang kepenatan memayungi kami..

Aduh, time balik kerja boleh lah pulak si monorel ni buat hal..penat-penat dari office pergi station tu, boleh pulak dengan selamba staff monorel tu kata monorel tak ada, rosak sampai malam untuk 2 hala..cubalah buat announcement kat radio bagitahu so adalah alternative lain..ni idak, kalau tak tanya, tak adalah nak bagitahu kat customer, jenuhlah customer dok tunggu..nak tak nak ramai yang terpaksa dan memaksakan diri sendiri untuk melangkah kan kaki kearah yang berlawanan..kearah yang lebih jauh untuk pulang ke pangkuan keluarga..begitu juga dengan aku dan kengkawan aku..jap nak tunjuk gambar monorel...



Adoi!! penat tu jalan kaki..pastu naik STAR lak kat stesyen Hang Tuah..jauhnya aku jalan arini..nasib baik pakai selipar ASADI je kalau kasut tumit tinggi mahu aku jinjing kasut tu..tapi aku jarang sebenarnya pakai kasut tinggi ni..sakit tapak kaki je ahaksss cuma bila rasa macam nak bergaya je baru sarung jap..nasib baik kawan aku kasi tiket lebih dia kat aku kalau tak mahu satu hal aku kena baris beli tiket..so far ok lah STAR tak lama aku tunggu dan tak ramai pun org yang nak ke destinasi yang sama..turun kat Masjid Jamek..konon nak naik PutRA LRT pulak kat siut untuk ke KL Sentral tapi..arggggg AKU BLURRRRRR..aku pandai membaca, pandai berkata tapi tu la pasal AKU BLURRRRR aku boleh pergi ronda depan Dataran Merdeka pastu balik balik kat Masjid Jamek..wakakakaak memang teruk betul aku kena arini..jauh perjalanan..jalan sensorang dalam hujan..if Mia ada, mesti dia malu bila mama dia BLURRRRR kan..


June 7, 2010

Tentang..hati..rindu

Isnin selalu dipanggil "Monday Blues". Hari yang paling liat untuk bangun pagi pergi kerja..aku? yeahhh kena tengok mood jugak, if mood ok, cepat je bangun..tapi mood pagi aku selalu bagus..cuma kemalasan tu biasalah kan sebab dari weekends nak ke weekdays hahahahaa..

Syukur sangat-sangat insan-insan berhati mulia..yang terlibat dengan Misi Bantuan Gaza selamat kembali ke pangkuan keluarga..aku juga merasai kepahitan, kehampaan dan kesedihan mereka apabila misi tersebut telah gagal untuk membantu warga Palestin yang sengsara, gara-gara tindakan kejam rejim zionis..hati tersayat pilu bila melihat wajah-wajah mereka yang lemah, wanita tua dan kanak-kanak menjadi mangsa..betapa kejamnya mereka itu..

Aduhai hati, kuatlah engkau wahai hati untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan..melihat kengkawan yang bercuti ketika school holiday membuatkan aku di buru cemburu..cemburu kerana aku masih belum berpeluang untuk meraikan scholl holiday..mood aku hilang ditempat kerja.

Arggg rindu kenapa tetiba engkau datang bertamu..kenapa rindu? Engkau rindu yang mencengkam tangkai hati..engkau rindu yang menyeksakkan...Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui kerinduan ku ini..gerimis lewat petanng tadi seolah-olah mengetahui rasa hatiku..mahu ku menjerit, tiada kata, mahu ku berkata, tiada yang terucapkan..akhirnya menjadi beban dalam hati..

Tentang..malam..kemanusian dan kerinduan

Malam ni aku sukar pula nak melelapkan mata..adakah kerana aku telah minum air kopi or terlebih tidur di siang hari? hajat nak tidur awal sebab esok dah start kerja tapi..uhhhh!! penatlah macam ni.

Minggu ni terlalu banyak news yang keluar..dalam demam bola, kita dikejutkan pula dengan kekejaman manusia yang berhatikan binatang..adakah patut bantuan kemanusian disekat dan dirampas..insan-insan yang berhati mulai ditembak dan dilayan sebegitu rupa!! sedihnya hati...bertakung airmata aku bila tengok news di kaca tv..sebaknya hati...berjuanglah wahai insan!! damailah engkau di  sana wahai mujahid.

Cuti sekolah telah bermula, hoping kat jalan raya tu pun tak lah banyak kenderaan esok..tinggal dan bekerja di kawasan yang padat dengna penduduk dan kenderaan begitu memenatkan badan dan otak..letih sesangat..harap-harap pengangkutan awam pun taklah seteruk hari biasa..boleh ke macam tu? susah nak di pastikan sebabnya, so far dari pengalaman yang aku lalui, cuti sekolah lah yang paling worst sekali, time orang balik kerjal ah , bebudak yang tengah cuti ni sebuk jugak nak balik..pastu tak reti-reti nak pikir, if u berdiri depan pintu, berilah laluan pada orang dari dalam nak keluar, ni tidak, sibuk sangat nak berkepit..uhhhh geram jugak di buatnya..

Petang semalam aku berjaya melayari dan membaca beberapa blog...uwaaaaa sedihnya aku..teringat kat baby mia aku...tak sempat aku habskan pun blog-blog tersebbut aku dah menangis..nasib baik hubby tengah tidur masa tu..malam pulak aku dapat kengkawan baru lagi..sama-sama follow..u follow me, i follow u..hehehe..best jugak...Esok aku kerja, office mesti kekurangan kakitangan. Seperti biasa, bila ramai staff yang bercuti, kerja pun ala ala macam banyaklah..

Esok juga, schedule dialysis hubby start lagi..sian dia tapi aku harap dia tabah untuk menghadapi dugaan dari Allah ini. Kekadang aku musykil juga dengan mr.hubby aku ni, tertanya-tanya juga dalam hati..tak ingat kah dia pada baby yang telah pergi..jarang sekali dia menyatakan pada aku yang dia merindui Mia kami..adakah sebab dia tak nak aku bersedih?

June 3, 2010

Tentang..

Salam..

Minggu lepas tak sempat nak curi curi masuk kat blog ni..busy very the busy..busy dengan aktiviti hubby yang kena dialisis...hajat hati nak balik kampung tapi argggg hampa!!! tension pun ada..marah pun ada pendek kata semua ada!!!

Kepenatan menjaga hubby masa kat hospital masih terasa sampai sekarang, until now pun tak cukup rehat..and hubby lak sekarang dalam seminggu 3 kali dialisis!! dah susut badan..bekas carbuncle operation masih perlu lagi di dressing kan...aktiviti aku dgn dia sama je..if tak dressing kat klinik kesihatan, kena pergi klinik berbayar..if ada appointment dengan surgical specialist macam today, kena pergi pula hospital..uwaaaa membesar di jalan nampak gayanya..

Aduh!! penat betul rasanya..penat badan, penat perasaan jugak..semalam aku buat report untuk keje keje kat opis tu...arggggg bulan lepas drop sikit keje aku, gara-gara cuti yang terpaksa aku ambil..uhhhh bulan ni kena kuatkan iltizam untuk cover balik last month.

Uhhh!!! betapa kejamnya manusia kan..nilai nilai kemanusian dah hilang dari dalam diri..janganlah buang baby tu..time seronok tak ingat, bila dah jadi macam tu sebuk betul nak buang baby..kesian betul baby baby yang tak bersalah tu...if tak nak pelihara, berilah peluang pada insan-insan yang baik hati dan penuh dengan kasih sayang...masih ada lagi insan-insan yang berperikemanusian di sebalik yang tiada kemanusiaan ini..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...