November 10, 2010

Malaikatmu..

Baby Mama,

Mama nak kongsi dengan anak mama, dengan kawan-kawan mama tentang satu attachement dari email yang mama terima..mama rasa syahdu sangat..sayu..mama baca kat office, uhhhh bertakung-takung airmata mama, rasa nak jerit sangat-sangat..nak jerit kuat-kuat, nak minta Allah kembalikan anak mama..Ya Allah, ampunkan lah hambaMU yang lemah ini..

Malaikatmu.. ...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu  dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar  kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? " "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal    tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat  tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta  yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

> Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
> 1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
> 2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
> 3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
> 4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
>

November 7, 2010

Jagalah Anak Sebelum Kehilangan

Buat semua yang mama sayang,

Hari ini, mama dengan papa keluar lagi. Mesti hairan kan sebab mama jarang ada kat rumah bila hujung minggu..bukan tak nak dok rehat kat rumah tapi tak bestlah berdua aje kat rumah, kalau kat rumah tu ramai orang, baru best..

Opsss mama sebenarnya nak cerita tentang mama pergi jenjalan kat Ikea, tak merancang pun nak beli barang kat situ, tapi terbeli jugak..but this is not the story hehehe..mama nak cerita tentang kejadian kat Ikano..mama tengah jenjalan dengan papa, pastu ada one family depan mama..tetiba ada little girl menangis kuat..sambil lari-lari..mama dengan family depan mama pandang antara satu sama lain..kita orang pun stop..tengok lagi budak tu menangis..mama dah kecut perut sambil dlm hati berkata, janganlah budak ni hilang mak..hilang family..kaki dah nak melangkah pergi kat budak perempuan yang tengah menangis tu..nak bertanya kenapa, ala ala busy body sikit..tak pun nak bawak pergi kaunter INFO..
Still lagi menangis budak tu, mata mama dengan "akak" yang depan mama melilau-lilau mencari kelibat kut kut ternampak mak bapak budak tu ..ummm macam tak ada respond..kesian nya mama tengok budak tu. menangis teresak-esak, tetiba ada sorang perempuan pegi kat budak tu..perempuan yang mama pandang asyik membelek baju tanpa rasa belas, tak menghiraukan budak perempuan yang menangis tu...terus dia tarik budak tu..ummmm mama rasa mesti mak budak perempuan tu..satu perkara yang mama memang cukup marah sangat, anak dibiarkan menangis, si ibu sibuk memilih pakaian, tak ingat anak langsung, sanggup dibiarkan anak kat public yang sesak-sesak tu, karang dibawak lari, siapa yang susah..tak sayang ke anak? nakal macam mana pun, tak dengar kata macam mana pun si anak tu, tolong lah jangan dibiarkan anak menangis keseorangan tanpa perhatian, kalau tak nak susah, tinggalkan aje kat rumah..eeee mama takut lah dengan kes kehilangan anak-anak ni..sakit tau rasa!!! mama cakap dengan papa, "eeeeee rasa nak luku luku je mak budak tu" uhhhh!!! KEKADANG ADA ORANG KATA "ORANG YG TAK ADA ANAK" MEMANG SENANG BERKATA..CUBA ADA ANAK!!! Isshhh statement panas tu..just pikir lah balik..andai anda sayang kan anak, anda tidak akan membiarkan anak anda dalam situasi yang macam tu!!

November 6, 2010

Entry Kawan Mama..

Mia,

Mama baru sampai rumah, tadi ingat nak shopping barang2 mama tapi nampak gayanya papa Mia aje yang shopping, papa beli flash lens baru untuk camera papa tu, ala ala macam nak jadi photographer..ala modelnya tetap sama, mama lah..pastu papa dapat pulak beli laptop..uhhhh jeles mama ni..ingatkan nak beli laptop baru untuk mama tapi tak dapat nampaknya Mia..layan je lah papa..

Ummmm mama terus buka blog mama and baca-baca entry baru kengkawan mama..tup tup ada satu entry dari kawan baru mama yang mengundang sayu dihati mama, yang membuatkan hati kecil mama rasa sedih sangat, yang menyebabkan airmata mata mengalir lagi hari ini..entry yang dibuat khas untuk mama Mia ni..rasa terharu sangat..baik betul aunti ni buatkan entry buat mama.ni entry tu..Suratan atau Kebetulan

 
Mia, kena tengok-tengok kan adik Damia tu yer..dia baru kat sana, kena main sama-sama, Mia kakak kena jaga adik-adik kat sana..doakan mama dengan mama-mama, ibu, mummy dan mak kat sini semua sihat, kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan ini yer sayang..nanti cakap kat adik Damia, mama dia sihat, mama dia rindu dia macam mama juga yang selalu rindu kat Mia..papa? papa pun rindu juga kat Mia..tapi harini papa busy dengan aktiviti gadjet dia  tu..dah tak ingat mama dah..dah tak heran mama nak buat apa pun, janji mama tak disturb papa, papa tak kisah...tapi sekarang macam nak disturb je papa, rasa macam dengki je ni..

Sayang mama, mama failed lagi ni..tak berjaya lagi..nampaknya mama kena usaha lebih lagi ni untuk dapatkan Mia adik..sayang mama janganlah marah yer..mama tetap ingat anak sulong mama ni..mama tak pernah lupa dan tak akan lupa pun seandainya ada pengganti Mia..arini tak dapat juga kejar matahari terbenam sebab dah malas nak keluar, lagipun papa tu macam busy je..esok pepagi nak kejar pulak matahari naik..tentu cantik..nanti Mia teman mama dalam tidur boleh?

Tentang Lagu..Birthday..

Salam,

Maafkan mama yer Mia sebab minggu ni, mama dengan papa tak balik kampung pergi lawat rumah Mia walaupun cuti panjang. Papa ni yang suruh mama pilih, nak balik minggu ni ker or nak balik raya haji..arggg mama memang tak suka tau kalau disuruh buat pilihan sebab mama nak balik kedua-duanya..dah mama tarik muncung panjang..sedihnya..

Semalam kan Mia, masa on the way nak balik rumah lepas dinner, kat radio kereta papa tetiba ada keluar satu lagu...mama suka sangat lagu tu, bila dengar je lagu tu, mama teringat kat Mia, teringat segala-galanya ketika mama bersama Mia, sebelum Mia pergi..arggg merambu rambu airmata dalam kereta malam tadi..papa diam je, tak berkata apa pun, lagi lah tak berani papa nak tukar siaran radio tu..

Mama rasa rindu sangat kat Mia, kebetulan arini birthday anak kawan Mama..dah cukup dia tiga tahun macam Mia..tadi mama sms kawan mama wishes kan gegirl tu..ummm Auntie Su kata, diaorg nak pergi Pangkor..bestnya kan Mia kalau kita dapat macam Auntie Su dengan Mila kan? Mama ingat hari ni mama nak ajak papa pergi dok tepi pantai tunggu matahari terbenam..

Tentang Lagu Buat Mia

Kali Terakhir Ku lihat Wajahmu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

( ulang korus )

November 2, 2010

Tentang Kena Marah..Kena Tegur

Pepagi lagi mama dah rasa kecil hati sangat, hilang mood nak keje..arggg bosan dengan perasaan ni!! tak ada Mia untuk mama peluk sambil bercerita kenapa mama kecil hati, rasa nak marah tapi tak boleh nak keluarkan perasaan marah tu, sebab kasih dan sayang tu mengikat diri mama!

Mudah untuk berkata, mudah untuk mengarah dan mudah untuk mengkritik, tapi mudah kah untuk menjaga hati, hati yang terluka pasti akan sembuh tapi parut yang tinggal umpama bekas paku di dinding, yeah!!! kesannya sampai bila-bila.

Mahu berbicara dengan mama ker Mia? tak apa, mama tahu mesti Mia tahu kenapa mama kecil hati kan, mesti Mia pun kata mama yang salah...ummmm mama salah ker? rasanya mama pun macam ada salah. Tengok tu mama, masih  nak layan ego!! ekekeke naper pula mama tak boleh marah papa? ini tak adil..papa boleh marah mama, boleh tegur mama, takkan mama tak leh marah papa, tegur papa? heheeh papa tu suka main-main bila bersiap, dah ler siap lambat, karang jalan jammed nak pergi opis, papa penat, mula la dia nak drive laju..mama pulak memang tak boleh jalan jammed pepagi, rasa letih nak sampai office..tu pun papa nak marah mama -:) nanti Mia marah papa yer..

Papa Masak

Aikk!!! naper anak mama macam jeles je tengok title entry mama ni..hahaha ya betul, papa masak tengahari untuk mama semalam..semalam kebetulan office mama ada buat makan-makan, biasalah Mia, department yang memang suka makan so mmglah  selalu keadaan macam tu..

Sebelum tengahari, papa tepon sambil berkata "mama, papa masak kurma ayam, mama nak tak?" ishhh tak kan mama nak kata, mama tak nak kan, nanti papa kecik hati walaupun tengahari tu jugak, lunch mmg dah provided..nasi beriani lagi!! so mama pun jawab, "ok tak kisah but naper papa ni rajin sangat..mama kata lagi, papa masak kurma ayam je kan.." alamak Mia..bukan kurma ayam aje papa goreng sayur campur dgn masak nasi untuk mama!!! bukan hanya untuk mama makan, sekali dengan kawan-kawan mama pun dapat makan. Bertakung airmata mama ni Mia, biasalah kan mama Mia kan memang suka sangat nak nangis..entah masa tu tak tahu nak rasa apa..gembira, sedih, kesian..argggg tak tahu la mama..mungkin  terharu kut..mama dah jadi bahan dah bila mama bagitahu yang papa nak hantar makanan.

Alhamdulillah, sedapnya kurma ayam papa, licin abis mama makan dengna kengkawan..Mia tentu bangga dengan papa kan..mama lagi lah bangga sebab ada kengkawan mama kata, "ishhh kalau husband kita, nak ajak lunch sekali pun tak nak, inikan nak tolong masak siap hantar office lagi"..bestnya kalau saat ini, Mia ada boleh tolong tepuk tangan untuk papa.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...