March 6, 2011

Mawar Putih Untuk Mama

Mia Sayang,

Mama Tengok TV3..ada Mentor..ada Dato Sharifah Aini, ada juga peminat setia dia..nyanyi lagu yang paling mama suka, suka sangat.."Mawar Putih Untuk Mama" sampaikan kawan office mama pun call mama, suruh tengok TV3 sebab ada lagu favourite mama tu -:) yer lakan kalau kat office, mesti list lagu mama ada lagu tu..rasa macam Mia je yang nyanyikan untuk mama..

Mama rasa, lagu tu untuk mama la Mia, sebabnya Mia dah pergi jauh..jauh dari mata mama, jauh dari pelukan mama..terasa seolah-olah Mia tujukan lagu untuk mama..mama tak marah Mia pergi sebab mama tahu Mia anak yang baik..dengar lagu Mawar Putih Untuk Mama, mata mama bergenang lagi..papa buat tak tahu aje sebab karang lagi teruk mama menangis..dari dok tengok mama, agaknya papa kata baik papa layan gadjet baru..layan GPS hehehe..rindu Mia, sayang Mia..

Gambarnya..Hati Mama Duka

Mia,

Mama very-very sad! tadi tak tahu kenapa pulak mama rajin nak tengok gambar Mia kat FB mama..ada comment-comment  dari kawan-kawan mama, kata-kata semangat dari kawan-kawan mama..tetiba airmata mama bergenang..mama rindu anak mama yang mata sepet tu..rindu pipi tembam anak mama..rindu sangat..betul kata kawan mama,semua boleh berkata "sabar" semua boleh berkata "tabah" dan mama pun telah cuba sedaya upaya mama untuk berkeadaan begitu, ketawa riang mama bukanlah tanda mama tak bersedih, sedih nya mama bukanlah tandanya mama tak redha dengan dugaan dariNYA..tapi hati seorang mama..naluri mama tiada siapa yang tahu Mia..

Papa ni macam tahu aje mama tengah bersedih..tengah rindu kat Mia..papa ajak mama keluar cari makan...tapi mamadah agak dah, sebenarnya papa tu nak try GPS baru ...papa ni suka membazir, kalau mama beli yang bukan-bukan, papa marah tapi kalau papa beli tak apa..ummmm kita tengok jelah ya Mia berapa lama papa boleh tahan dengna gadjet baru dia tu..mama nak keluar ni, pi cari makan..tapi tadi memang sedih sangat..mama loved Mia..

Terapi Minda ..

Mama baru balik dari rumah makngah kat Chemor tu..pergi petang Sabtu, pagi tadi dah balik KL tapikan tak balik rumah kiter terus, papa ajak pi jenjalan kat Mid Valley...ramainya orang masa mama sampai kat Mid Valley tu, nasib baik mama terror bab mencari parking, kejap je dapat, sebab tu papa kata, papa  suka kalau ajak mama pergi jenjalan sebab papa tak payah pening kepala nak cari parking..memang ambik kesempatan kan papa ni..tapi papa kutuk mama tau..papa kata "mama ni suka tau, dah tahu nak pergi jalan, nak beli barang, suka sangat tak withdraw duit" wakakaakak..tu taktik la..bukan tak nak..kalau nanti mama keluarkan duit, sure mama kena bayar kan..ishhh ishhh mana boleh..

Mula tu nak makan kat satu tempat yang pernah keluar kat TV tu..uhhhhh tengok menu kat luar, harga seorang makan pun dah hampir RM100! lum masuk tax 6% lagi tu..cancel! tak jadi..sayang tu duit..leh makan dua tiga round..last-last gi makan Pizza Hut! sebab mama dan papa berdua aje, diaorg tak nak kasi mama meja yang besar sikit, still nak suruh mama duduk kat meja tu, tapi mama ni cerewet sikit, buat keras kepala, so mama dapatlah meja yang untuk 4 orang..hahahah terukkan mama? tak kisahlah janji mama selesa..rimas kalau nak makan meja kecik..tak muat nak letak tangan pun..uhhh ramai betul la sayang orang kat Mid Valley tu..

Mama rasa, mama dah banyak share kat Jusco tu..kalau tak masuk situ, mesti tak senang hati, tak beli dapat window shopping pun dah kira ok..hahahaha tapi mama dapat jugaklah susutkan poket papa untuk beli baju..alaaa Mia ni, bukan mama beli yang mahal, murah je tau. Kemudian pergi tengok PC Expo kat tingkat paling atas tu..wow!! lagi berduyun-duyun orang, siap dengan bawak anak-anak kecil..siap dgn stroller..sian je mama tengok budak-budak tu Mia, dah lah panas, berhimpit, bersesak..ishhh mak dengan ayah diaorg tak kesiankan ke kat anak-anak kecil tu..papa cakap kat mama " kalau papa, papa tak nak dan tak akan bawak anak papa kat tempat macam ni, bersesak-sesak, panas..kalau nak datang jugak, papa masuk dalam, mama jaga baby kat luar" tapi tak mentioned lah kat mana "luar" tu kan..kalau "luar" tu tempat makan, mama suka sangat hehehehehe..

Esok mama ada appointment dengan gyane mama lagi..so arini kira terapi minda untuk mama relaks..Mia, doakan mama kat sana tau! jangan dok main sampai lupa mama kat sini, nanti mama"babab"baru tau..wow!!  tak sabar nak jumpa doktor, hoping semuanya okay..penat dah telan ubat..esok doktor kata nak scan mama,pastu nak kasi injection punya dos pulak..cost? tak tahu lagi..huhuuuu..papa, readykan duit yer!

March 5, 2011

Macam Kuat Tapi Sebenarnya Tidak

Hati tetiba jadi sayu dan pilu..mama kat rumah sorang-sorang, papa tak ada..papa pergi buat dialysis..tengahri nanti papa balik, mama dengan papa nak pergi rumah makngah kat Chemor..tak balik Taiping tau sayang sebab weekend je. Nanti yer mama pergi rumah Mia bila mama ambik cuti panjang nanti..

Kenapa mama sedih? tadi mama baca blog kawan mama..mama suka baca kawan-kawan mama punyer blog, sebab blog-blog mereka banyak memberikan mama kekuatan..tapi harini mama memang rasa sedih sangat ketika mama membaca blog mereka..penuh dengan pengharapan, pengertian, kesabaran dan kesakitan..sama seperti mama..tapi mungkinkah mama mempunyai kesabaran dan ketabahan seperti mereka?

Bila lihat papa tak sihat, bila lihat papa asyik kena ulang alik dialisis, hati mama sakit..bukan sakit sebab mama rasa susah, tapi hati mama sakit sebab tengok papa sakit..tak sampai hati..belum lagi bila tetiba papa mengadu papa sakit dada..airmata mama tak pernah kering walaupun mama rajin menangis..mama harap, Allah akan sentiasa memberkati apa jua yang mama dan papa lakukan..

March 2, 2011

Kesan Ubat

Sayang,

Hari ni kiranya adalah hari kedua mama kena telan ubat yang 2 jenis tu..badan pun rasa tak sedap, perut mama macam senak je..uhhh kat opis pun, mama  hanya membuat kerja, nak berbicara pula macam tak ada daya dan tenaga., tambahan semalam mama MC, tak ada siapa pun tolong settlekan balancing mama..so hari ni mama lebih kepada kerja mama,nak settlekan pelbagai report yang due datenya every month adalah pada 4th. day tapi disebabkan mama ni bukan BOSS, so kenalah mama bertungkus lumus menyudahkan report-report tu, daily recon, monthly recon..uhhhhhh..berpinar bijik mata tengok angka-angka ni, kalau tengok Mia, lagi best kan.

Kepala mama ni dah rasa berat sangat, mungkin kesan dari makan ubat tadi kut. Lepas bercerita dengan Mia ni, mama nak tidur. Esok mama nak call specialist mama, nak tanya pasal ubat yang mama makan ni..mama sayang Mia tau..rindu Mia juga.

Salam sayang dari mama..

Mama Cuba Lagi

Harini mama MC tau Mia, mama tak pergi office. Mama period semalam, uhhhh hancur lagi angan-angan mama..malam tadi heavy jugak period mama tak macam selalu..mama ok, Mia jangan risau, dok sana baik-baik, doakan mama dengan papa tau..

Bila tak kerja, tak pergi office, mama dengan papa pergi DEMC @ Shah Alam sebab arini ada appointment dengan gynae specialist mama...hampir 6 bulan selepas last treatment IVF yang mama lakukan, arini still jejak lagi tapak kaki kat situ..nasib baik mama sampai cepat, cepatlah dapat number..so jumpa doktor sembang-sembang, review balik ubat and procedure yang dah buat dulu..so doctor decide untuk IUI Procedure..macam yang mama buat dulu masa dapat pregnant kat Mia la..Mia ingat tak? doktor kata dari catatan period table yang mama berikan pada doktor, period mama normal sebab every month mama regular je..doctor kasi mama 2 jenis ubat..Clomiphene 50MG (2 tablet once a day) untuk 5 hari  dengan  Dexamethasone 0.5MG(1 tablet at night) for 1 week..pastu kena ambik darah untuk ujian FSH mama..mama serah je lengan mama untuk diambil darah, nasib baik senang pulak staff kat lab tu cari..
 
Minggu depan ada lagi appointment dengan specialist mama..uhhhh mesti nak kena scan and cucuk ubat lagi. Mama tak kisah jugak pun, huhuuu minggu depan nak apply cuti or nak MC aje yerk? jumpa doktor sure dapat MC ni..mama harap sangat kali ini treatment mama berjaya..

March 1, 2011

Mumbai @ Holiday Villa

Mia Sayang,

Tunggu mama sambung citer tentang Mumbai yer..sian dia.. Mana ada mama pergi Mumbai..tak pernah cop passport ke India nun sana tu..maafkan mama yer sebab over excited tentang Mumbai ni sampai ada kawan-kawan mama yang betul-betul ingat mama pergi Mumbai..Mumbai ni tentang gathering sekolah mama belajar dulu..tema untuk gathering ni adalah Bollywood! sure serasi dengan Mumbai kan..tu yang rasa macam mama nak pergi Mumbai tu.. mama rasa Mia pun tahu, gembiranya mama pada masa itu..

tarian yy paling meriah..siap permintaan ulangan tu!
dengan sebahagian kawan2
Meriah sangat sayang..seronok betul sebab mama jumpa cikgu-cikgu yang mengajar mama, jumpa kawan-kawan mama,jumpa seniors and juniors juga..wahhh best sangat2 tambah-tambah semuanya girls!! so boleh menari, menyanyi, peluk kengkawan mama kuat..sampai menangis..rindu sangat..berpuluh tahun tak jumpa, bila sehari suntuk gather sama-sama pun still tak puas..papa? papa rehat kat bilik hotel, saja je booking hotel walaupun rumah dekat je, tapi sebab tak nak papa penat, mama dgn papa decide dok hotel hari Jumaat tu lepas mama habis kerja..malam  tu dah start happening sebab dah jumpa seniors and kawan mama kat lobby hotel..yes!! bahang Mumbai dah terasa betul Mia..

Puan Azizah ~ Bekas Pengetua



ahahaha posing lagi 

registration

sokongan di bawah pentas

Mumbai!!!

masuk TV tu..our beloved senior!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...