April 9, 2011

IUI Lagi..

Pagi tadi mama ada dating dengan doctor mama..nampak gayanya, mama masih tak dapat buat IVF sebab ada satu telur mama dah pecah, so doktor decide untuk IUI sahaja..mama tak kisah dah IUI or IVF sebab mama hanya mampu berusaha, menyuntik diri dengan ubat, menelan ubat dan sebagainya, dengan satu harapan lambat laun Allah pasti akan tolong mama..

Sambil doctor terangkan pada mama dan papa tentang ketebalan dinding rahim mama, tentang hormon dalam badan mama, mama dah berkira-kira, apa yang doctor nak buat mama rela, mama tak peduli apa orang nak kata, sebab mama dan papa tak pernah guna duit dioarg pun..kalau nak dikira-kira segala cost yang telah dikeluarkan selama ini, mama dah boleh dapat sebuah rumah lagi, tapi itu tak bernilai berbanding zuriat yang mama tunggu..mama tak kisah..

Doktor kata kat mama, tiup follopian mama dua-dua belah okay, tak ada yang tersumbat, tak ada penyakit endo pun, dan doctor yakin yang mama boleh mengandung, cuma doktor tak nak mama putus asa dalam berusaha..bila sampai kat ayat doktor tu, hati mama jadi sebak..teringat peristiwa semalam bilamana mama rasa terhina! sambil pandang papa, bibir terketar-ketar nak bersuara..airmata menitis..tapi papa pula yang mula bersuara "dia ni (mama la tu) preasure lebih doctor, takut tengok" ishhh mama pulak salah..lagi la cepat menangis mama tadi bila dengar papa kata macam tu..tapi dengan suara antara dengar dgn tidak, mama cakap kat doctor, "semalam saya rasa terhina sebab ada orang kata, anak saya anak tabung uji!" menangis lagi mama kat dalam bilik doktor..tak ada dah rasa malu kat doctor dengan nurse..

Doctor mama pandai handle mama..doctor kata "tak apa, Monday kiter buat IUI pagi, jangan tension-tension, kita kena berusaha, saya tahu awak boleh mengandung, insyallah selagi ada usaha, kita pasti berjaya..keluar dari bilik doctor, mama rasa ramai yang perasan tentang muka menangis mama yang tak comel ni..ummm tak ada rasa nak malu pun, sebab bila nangis, mama rasa lega sikit..

Esok nak gi main basikal dengan papa kat Bukit Cahaya Sri Alam (Bukit Cerakah)..hari Isnin pula, mama dah nak buat IUI. Moga Allah masih lagi memberkati usaha mama.

April 8, 2011

Rasa Terhina..

Bengang!! Sedih Sangat!!

Mama rasa terhina sangat hari ni..dah lah dengan badan yang tak berapa nak sihat, rasa macam lemau je badan mama ni tapi mama gagahkan juga pergi office sebab mama takut next week mama MC panjang. Seperti biasa, mama settlekan dulu job task mama yang penting lepas tu mula nak buat yang baru..but!! aduyai, suka tau create benda baru pastu tak bagitahu, bila tanya baru nak cakap, meeting without mama ada kat office! ishhhh dah terasa hati dah tu, mama ni nak settlekan kerja, bukan nak kasi keje berlambak-lambat atas meja mama, sayang oiiiiii...

Disebabkan mama yang jadi orang pertama, gara-gara dah letakkan kat meja mama tu kan, so nak dengan tak nak, kenalah buat benda alah tu, kira mama ni macam bahan ujikaji..tu kira boleh accept lagi la walaupun discuss masa mama MC..boleh? tapi yang membuatkan mama rasa terpukul, tersentap jiwa raga dan perasaan, dan yang paling penting mama rasa terhina sangat sebab ada satu ayat keluar dari mulut seseorg ni bila mama bising sebab tak discuss or bagitahu mama pasal format baru tu " ala, org lain tak siap lagi, kau dah abis dulu kan, so kiranya kau ni macam ujikaji lah jugak utk buat benda ni, nak tengok senang or susah..macamlah tak biasa, kau kan suka bab uji menguji nak, tabung tabung uji ni.." auww!!! ayat sentap tu!! rasa nak menangis masa tu tapi mama tahan je..mama tak pasti dia maksudkan ayat tu atau sekadar gurauan..tapi mama terus hilang mood!

Hina sangatkah anak mama bila dibantu dengan tabung uji? hina kah mama? teruk sangat kah mama andai mama tak dapat mengandung dengan normal macam orang lain.. berdosakah mama, bersalahkah mama pada anak-anak mama? sedihnya mama..mama sms papa bagitahu tentang rasa terhina mama..berderai-derai airmata mama..tolonglah fahami, tidak ada seorang wanita yang berkahwin yang tidak inginkan zuriat..antara senang untuk pregnant dengan tidak sahaja..

Luka dihati memang boleh diubati, tapi parut tetapkan ada...mama cuba terima kekurangan yang ada, mama telah berusaha tapi rezeki dari Allah, andai Allah takdirkan zuriat mama dari cara yang normal, alhamdulillah, andai Allah takdirkan zuriat mama hasil dari usaha mama dengan kepakaran sains, mama terima tapi janganlah biarkan kata-kata itu kedengaran sekali lagi..kasihanilah mama yang telah kehilangan permata hati, janganlah diragut lagi ketabahan yang disemai dalam diri ini..

April 7, 2011

Day 12..Appointment

Hari ni, pepagi lagi mama nak sampai office sebab, harini mama nak settlekan kerja mama cepat-cepat kerna mama half day petang..yes!! memang settle sangat, sungguh kemas cubical mama tau.

Alhamdulillah, papa ambil mama kat office so mama taklah penat nak terkejar kejar naik public transport tunggu papa kat KL Sentral kan..appointment mama mula jam 2 petang..12.45pm tadi mama dah keluar office, sampai Shah Alam, pergi makan nasi ayam PakMal..ummmm sedap..lepas tu baru pergi hospital..mama ada dating dengan doctor.

Harini ari ke 12 dalam kitaran haid mama..kena scan lagi..alhamdulillah, doctor nampak berpuas hati dengan perkembangan "telur" tu..ada yang dah cukup size dlm 18mm..ada yang baru 14mm..harini mama kena suntik lagi dengan Gonal F yang masih lagi ada bakinya..tujuanGonalF ni untuk membantu tumbesaran "telur"..selain dari GonalF, mama pun kena suntik ubat untukmenahan telur tu dari pecah..nama ubat tu Cetrotide 0.25mg..fuh!!! bisanya perut mama..sakit betul bila ubat ni masuk tru perut..dinding rahim masihbelum lagi tebal baru tebal 5inc/mm sahaja..lupa la pulak mama yang mana satu doctor pakai hehehhee..pastu arini mama kena ambik darah jugak sebab doktor nak tengok tahap hormon dalam badan mama..Sabtu ni, kena repeat lagi scan and doctor akan decide apa yang perlu dilakukan..hoping segalanya berada dalam keadaan yang tersangat la baik dan bagus. 

Demi untuk "adik" Mia, mama sanggup korbankan apa sahaja, janji segala usaha mama berjaya. Costing harini adalah seperti berikut :- hehehe

Admin Fee                                           ~ RM3.00
Syringe & Needles                      ~ RM7.60 (Rasanya ikut size)
Blood Test (Estradol E2)                     ~ RM47.00
Ubat Cetrotide 0.25mg (Injection)      ~ RM167.20
Specialist Consultation Fees &
Specialist Procedure Fee                      ~RM90.00


Total costing                                        ~RM314.80


Nasib baik ubat Gonal F tu ada lagi, kalau tak sure lagi bertambah tinggi cost harini..setahu mama Gonal F untuk dos yang mempunyai 300IU kira dalam satu set lah kan harganya dlm RM473.00 sahaja..ahaksss!!mahalkan..tapi alhamdulillah lah jugakkan sebab dos yang doctor kasi kat mama hanyalah 75IU so bermakna setiap kali suntik, mama hanya guna 75IU untuk sekali suntikan..campur harini, mama dah guna 3 suntikan..mungkin last pada sabtu ni..Gonal F ni lebihan treatment mama yang failed cycle lepas -:)


April 5, 2011

Scan dan Injectio Gonal F

Hari ni mama jumpa doctor..sementara nak gi DEMC tu, mama gi breakast dengan papa kat Kota Damansara tapi entah apa yang kami salah makan pun tak tahu, mata mengantuk sesangat..nak kata makan nasi beriani, tak makan pun, makan tosai dgn barli panas je..ishhh mushkil la...takkan la sebab mama tegur merangkap "merengus" mamak tu marah mama then jampi mama kan..lain yg dimintak, lain yang kasi, tak paham buat cara paham tu yang mama angin tu hehehhe..

Jumpa doctor, hari ni hari ke10 so memang nak kena scan tengok "telur"..alhamdulillah, telur banyak dan membesar ikut hari yang sepatutnya..doktor kata, kalau buat IVF best hehehhe..so doktor kasi ubat injection Gonal F yang kebetulan last month mama punyer ada balance lagi..simpan kat dalam peti ais comel doctor kat bilik dia tu..so ubat dah save la kan arini..cost dah kurang..arini doctor yang tolong injectkan kat perut mama..tak rasa sakit pun..esok mama kena buat sendiri kat office..

Hari Khamis nanti mama kena jumpa doktor lagi untuk scan..nak tengok perkembangan telur, sebelum doktor decide for IUI or IVF..tapi mama tengok tadi doktor memang kiv mama for IVF so if telur bagus, insyallah doktor akan kasi another ubat untuk tahan "telur" tu dari pecah.then if continue dgn IVF, mungkin hari Jumaat or Sabtu, mama kena masuk ward again untuk procedure OPU..

Moga segala usaha mama dan papa Allah berkati, moga Allah makbulkan apa yang telah papa dan mama lakukan. Mama harap sangat, kawan-kawan yang datang jenguk Mia dengan mama kat blog ni, akan mendoakan kejayaan mama dan papa.

April 4, 2011

Scan on days 10

Hari ni mama letih sangat, sebab arini hari monday-isnin **pinjam ayat abang nadime, anak handsome mummy ayu** cute sangat tau abang nadime ni, dah pergi sekolah dah mummy ayu tulis dlm blog..mesti mummy ayu bangga sangat dengan abg nadime kan Mia -:)

Tadi pun mama gi tengok adik aqil dgn mommy dia..mommy aida kasi hadiah kat Mia..suka tak? mama dah ucapkan terima kasih -:) adik nabila pula tak sihat, sian ibu ina..sedih sangat ibu ina bila adik nabila asyik nangis je..nanti kalau Mia rasa nak jadi budak baik, Mia tolonglah cakap kat adik nabila yer, janganlah nangis, sian ibu..cakap kat adik nabila, adik kena kuat macam siapa? macam kakak Mia lah hehehehe..

Hari ni mama banyak sangat kerja kat office, siap mintak kawan mama tolong tapaukan lunch lagi...buat report, buat recon dan buat filing pun sama..berat tu, file yang nak disimpan..banyak pula tu, tapi mama dah settlekan sebab rimas lah mama tengok, berselerak je..so tempat bos-bos, mama dah clearkan, dah nampak dah rupa wajah diaorg hehhehe..mmg tunggu mama jugak yang buat..tak apa, esok mama MC hehehhe..

Esok ada appointment lagi dgn doctor mama..ummmm doctor kata nak scan tengok "telur" mama ok ker tak.. nak kena tambah ubat or tidak..best wooo esok MC pastu nak tengok wayang rasanya..ok tak? Esok, insyallah, lepas jumpa doctor, mama buat entry lain yer kalau mama larat..

April 1, 2011

Bila Hati Berbicara...Inilah Rasanya


Mama rindu..entah kenapa mama merindui anak sulong mama, entah mengapa bila rasa rindu itu menyesak kalbu, airmata tetap tidak mampu melenyapkan segala yang terbuku..peritnya perasaan..peritnya hati..peritnya rasa sebak yang perlu disimpan jauh..sesak nafas sempit saluran hidung cuba menahan diri dari menangis, menangis kerana merindui, merindui rahmat Allah, merindui anak mama yang telah pergi..saat ini, hanya Allah yang tahu perasaan mama..

Mama rindu Mia, sayang Mia tapi mama juga perlukan adik Mia..supaya mama dengan papa tak rasa sunyi, supaya mama dengan papa dapat jaga adik Mia seperti mana yang mama dengan papa angan-angankan dulu ketika mama pregnant kan Mia..mama nak melalui pengalaman maktok mengasuh, menjaga mama hingga sekarang, mama nak sangat..mama nak merasai segalanya Mia..dulu mama ingat, mama dapat tangkap gambar mia macam ni..


tapi takdir Allah, dan ketidakmampuan mama sebagai hambaNYA yang lemah, benar-benar membuatkan mama rasa kekosongan..mama harap dengan rahmat dariNYa,dengan kasih sayangNYA pada mama, mama akan ada adik Mia, mama akan dapat menjalankan tanggungjawab mama sebagai seorang isteri kepada papa dan ibu kepada Mia dan adik-adik Mia..Amin Amin, moga malaikat aminkan doa mama yer..

Mia, bangga tak dengan mama? malu tau mama kalau Mia tak bangga dengan mama..mama masih teruskan usaha mama untuk mendapatkan adik Mia..mama nak sangat..sebab mama tak puas peluk Mia, bila mama ada adik Mia, tentu bila mama peluk adik, mesti mama rasa peluk Mia juga..rasa rindu ini boleh membawa mati..mati itu pasti..moga-moga Allah permudahkan untuk mama dan papa segalanya.


Minggu depan, hari Selasa, mama ada lagi appointment dengan doktor..mama nak adik supaya mama boleh kongsi rindu mama pada Mia dengan adik-adik, supaya mama boleh kongsi rasa kasih dan sayang mama pada Mia dengan adik-adik, supaya mama boleeh berkongsi cerita tentang Mia dengan adik-adik..supaya mama boleh tunjukkan gambar Mia yang macam papa **orang kata** kat adik-adik..mama nak nanti bukan hanya mama dan papa yang sedekahkah hadiah dari Al-Quran untuk Mia tapi ada adik-adik juga..

Mama..Tidak Seperti Dulu..

Semalam mama busy sangat dekat office almaklumlah month end, memang banyak sangat keje yang mendatang, kepala mama jadi berserabut, bukan sebab kerja tapi mama jadi rimas..bisingnya office mama! kalau bising pasal keje okay lagi, ni entah apa yang dijeritkan, yang dok bercerita..uhhhh memang semalam, mama rasa nak pecah kepala ni..dah ler kena buat daily reconciliation, nak buat report pelbagai, nak buat segalanya..uhhhhh memang penat kalau tak cuti setiap hujung bulan..tapi kalau cuti, lagi teruklah jawabnya bila masuk office, kalau balancing ada orang tolong cover,ok lah, buatnya orang tak peduli nak  cover, jenuh lah nak memerah keringat membuatnya..

Bila mama dok diam buat kerja, rupanya ada jugak yang perasan akan "diamnya" mama..jarang bersuara..agaknya sebab tak tahan tengok mama diam, tetiba ada message kat skrin pc mama "akak ok ker? diam je" auwww!!! tersenyum je mama, sebab msg tu pop up tengah-tengah mama buat kerja, nak kena babab ni..so mama jawab lah "eh, akak ok je, jangan risau..ni dok tengah buat balancing ni" hehehehe tapi bebenornya dok jugak mendengar diaorg tu merepek merapu mengusik segalanya..

Mia,betul ker mama ni ok? malam tadi pun ada kawan mama chit chat kat FB tanya mama ok ker tidak..sebab dia kata, mama macam tak happy je, tak ceria macam dulu, dah tak bising macam dulu..teruk sangat ker mama ni dulu yerk? bising sangat ker? ishhh mama masih macam dulu kan..cuma keadaan sedikit sebanyak telah merubah situasi sekarang..

Mama senenarnya kena tumpukan perhatian pada kerja mama, mama cuba nak settlekan semua kerja, semua report dan semua filing sebelum mama bercuti..sebelum mama MC and sebelum mama kena tahan lagi kat ward..perlukah semua itu mama terangkan pada kawan-kawan mama yang prihatin akan diri mama? ishhh mama tak boleh lah Mia, bila kawan-kawan mama macam kasihan pada mama..susah nak bwak diri dlam keadaan macam tu..arini, mama dah settlekan pula, monthly reconciliation and daily,sebahagian benda2 yang kena filing dan juga admin report..so hari ini, tak adalah banyak kerja yang mama kena struggle settlekan sebelum mama jumpa doktor.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...