Hari ni last mama kerja..esok Jumaat, mama dah cuti..yes! mama nak balik kampung..nak pergi jenguk banglo kecil Mia yang dah lama sangat mama tak pergi ziarah since mama selalu busy dengan treatment-treatment mama..rasa rindu sangat..ummmm dahmula rasa sebak, rasa macam sekarang nak terbang terus..
Tak sabarnya mama nak jumpa anak-anak sedara mama..dah boleh bayangkan betapa peningnya kepala mama, betapa penatnya mulut mama nak bercakap, betapa teruknya tekak mama nanti bila kena menjerit..betapa teruknya mama bila kena buli..uhhh rindunya kat bebudak tu..mesti mengada-ngada nanti, mesti tak dengar kata dan mesti mama dengan papa asik kena bodek..mesti kena belanja makan KFC or Mcdonald nanti..tak mau tak mau makan!! mama dah berisi sangat rasanya akibat asyik makan ubat hormon aje..
Tak sabar rasanya nak tengok bebudak tu pakai gaun dan Tshirt yang mama beli, mesti perasan cantik dan handsome..mesti nanti kena bawak pergi cari basikal baru..adoi!! tauke balak pun boleh bankrap tau sayang maklong oiii..maklong belum balik lagi, dah banyak pesanan penaja..time belum dapat barang semua sayang maklong, dah dapat yang dikehendaki, maklong ke mana..sayang pun kemana..
Sabtu birthday mama!! bestnya orang celebrate birthday mama sampai ari ahad bawak ke hari isnin! heheheeh..mama nak dok kat kampung lama sikit, nak main-main dengan anak-anak sedara mama..nak pegi banglo Mia..harap-harap banglo Mia kemas dan bersih ..
Perasaan mama sekarang? ummmm still ada rasa frust dan sedih, tapi mama tetap akan berusaha supaya mama dapat permata hati yang mama selalu inginkan..yang dapat jadi peneman mama di dunia ini..entah kenapa mama masih ingin terus berusaha..entah kenapa mama belum lagi mengaku kalah..entah kenapa mama masih mempunyai kekuatan..terima kasih Ya Allah atas ketabahan dan kekuatan yang Kau berikan pada hambaMU yang lemah ini..




