February 14, 2012

Cerita atas highway

Mama sangat marah dan sakit hati!! Dah banyak kali mama dengan papa jumpa situasi macam ni!! tak tahu la kan diaorang ni sebenarnya tahu or tak tentang keselamatan or saja tak ambil peduli, tunggu masa berlaku baru nak menyesal. Sorry!!! masa tu menangis, meratap meraung pun tak akan ada gunanya.

Mesti tertanya-tanya kan kenapalah mama ni dok berleter tak tentu pasal. Tadi masa on the way balik rumah dengan papa, kat highway Jalan Duta nun nak masuk ke Guthrie pulak, sebelah lorong kiri mama ada satu kereta kancil, boleh tahan laju nak himpit ke kanan, kiranya lorong mama sebab nak guna smart tag, sebab mama lagi laju so, memang real la nampak kereta kancil tu. Rupanya yang memandu tu perempuan, bezanya mama tak drive tapi papa yang drive, so mama peratikan, cik akak tu drive laju satu hal, signal tak kasi, then tahu tak apa mama nampak?? dia drive dengan anak dia kat pangku dia, sebelah tangan pegang stereng kereta, sebelah lagi pegang anak, sambil tangan si anak tu dok berlaga-laga kat stereng!! cuba bayangkan!!!

Adoi!!! bahayanya..cakap dengan papa, papa kata mungkin tak ada car seat kut..mama kata tak apa, kita slow, kiter tengok bila dia potong kiter..then..seperti yang dirancang, kami dipotong, yesza!!!! nampak ada car seat sebelah pemandu..naperlah drive macam tu wahai akak kancil, tak fikirkan kan keselamatan anak dan diri sendiri? even memang salahkan kalau car seat tu letak kat depan, supposed car seat kat belakang penumpang..ummmm papa kata, nak buat macam mana, orang tak belajar dari pengalaman orang lain, nak kena dulu baru nak belajar..

Aduhai, hilang apa yang dikasihi dan disayangi tak akan ada penganti. Merana jiwa. Berwaspada dan berhati-hati demi anak-anak dan diri serta orang lain. Sakit kehilangan sangat perit.

February 13, 2012

I believe I Can Fly


Tengahari tadi mama beli UPT test konon nak test sendiri sebab pagi tadi bangun tidur tak ada tanda-tanda bleeding, konon aje yer. Lepas beli, ummm macam tak kasi mama guna ajekan, pergi toilet tengok2 macam kawan baik pulak!!! ummm sah mama dah failed first treatment untuk tahun ni.

Perasaan mama? Ummm mama redha, even semalam pun mama doa dalam hati, minta Allah berikan jalan dan petunjuk jika benar ada rezeki untuk mama, kuatkanlah ia pada rahim mama, jika ia bukan rezeki mama, mama redha. Papa pun mama tengok ok aje sebab papa ni memang cool aje bila mama pun cool, kalau mama nangis, sure papa tak cool, sure papa tak suka.

Hari ni mama tak pergi surau, kawan office tegur mama..mama cakap mama dah failed, terus kawan mama kata, "tak mau nangis yer, usaha lagi" auww!!! nampak sangat mama ni kuat nangis kan? hehehee..mama jawab "eh mana ada nangis, dah tak tau macam mana nak nangis, insyallah..nanti cuba lagi" see!! mama tak putus asa kan? mama rasa Allah berikan mama kekuatan yang sangat hebat!!! entah kenapa semalam mama seolah rasa lemah sangat kala mama mencoret entry semalam, tapi hanya seketika!! malamnya mama rasa kekuatan mama datang kembali. rasa degil mama muncul lagi. 

Mama pasti ada juga suara-suara yang sinis pada mama. Kenapa nak buat lagi treatment? treatment kan guna duit banyak,sakit. Dah banyak kali cuba tak berjaya, tak payahlah buat. Itu kata-kata hanya  di belakang mama, sangat pedihkan bila telinga mendengarnya. Setiap insan dugaan dariNYA sangatlah berlainan, jika tidak sudi berkongsi kasut apa salahnya benarkan mama berjalan di laluan yang sama. Mama tak pernah minta dugaan begini, diuji dengan pelbagai ujian, tapi mama redha sebab mama tahu Allah sayangkan mama dan papa, dengan ujian dan dugaan membuatkan mama dekat pada DIA.

Insyallah, andai diizinkan Allah, mama tetap akan teruskan treatment mama, cuma sekarang mama nak rehat dalam sebulan dua, sebab next month mama akan dapat anak sedara baru, bulan lima pula lagi seorang anak sedara..bestnya!!! bertambahlah budget raya mama tahun ni!! Papa dah ajak mama pegi bercuti lagi, maybe nak happykan mama. Wah bestnya dapat jalan lagi.


Dear Friends and Readers

 
Thanks semua sebab always bersama mama, bersama cerita sedih dan gembira mama. Bersama jatuh bangun mama. Bersama mendoakan kejayaan mama walaupun seringkali gagal dalam berusaha. Mama pasti akan kembali bersama kekuatan kalian untuk berusaha dan berjaya walau seribu kali mama jatuh, tapi mama pasti, insyallah satu hari dan satu detik yang istimewa, doa kalian dan rahmat Allah akan mengiringi kejayaan mama. Mama berharap detik itu, mama masih dapat lagi berkongsi rasa nikmat itu, mengangkat tangan penuh kesyukuran bersama kalian.

February 12, 2012

IUI - Days 19

Dah hampir 2 minggu mama buat IUI..hari ni, hari ke 19, bangun pagi macam biasa, paksa papa bawak mama breakfast kat Shah Alam, papa cakap " mama ni kuat makan la". Ummm mama tak peduli sebab mama rasa perut mama macam banyak angin aje.

Lunch tapau lauk dari kedai sebab mama dengan papa dah kena penyakit malas nak masak. Tetiba rasa macam penat, mama baring sambil letak phone atas perut mama, buka orang mengaji. Sekarang sangat suka buat kerja macam tu. Mama pergi toilet, then ada darah. Opss sebelum tu, mama belum lagi buat UPT sebab nak tunggu buat kat LPPKN coming Wednesday ni. Mama dah rasa takut..cuak dan gabra. Bagitahu kat papa, papa diam aje maybe papa tak tahu nak keluarkan ayat yang macam mana untuk mama..salah cakap nanti sure mama nangis kan..so maybe papa rasa, baik papa diam aje.

Ummm now mama tak buat apa, baring pun malas, nak duduk pun malas, hilang kejap semangat, rasa nak menangis tapi airmata tak nak keluar, itu sungguh menyiksakan!! rasa berat, rasa sesak sangat nafas!! mama harap, Allah terus berikan mama kekuatan dan kesabaran sebab mama rasa mama makin lama makin lemah dan tidak sekuat dulu untuk menghadapinya.

Opismate mama yang dulu sama-sama pregnant dengan mama, sekarang pun dah pregnant lagi. Mama happy sangat untuk dia sebab kali ni, kawan mama pregnant tanpa buat treatment. Dia sangat takut mama terluka, sedih gara-gara dia pregnant..duduk bersebelahan pulak tu..ummm rezeki dia kan, memang rasa sedih tapi gembira pun ada untuk dia.

9th. Anniversary

Last 2 weeks celebrate our anniversary..sangat seronok walaupun papa kekadang tak berapa nak sihat, try to be cool and steady,enjoy our holiday. Thanks papa for the lovely hadiah, surprise hadiah and card! Mama bagi card aje sebab tak tahu nak kasi apa kat papa,nak beli barang untuk papa kena bawa papa sekali, suruh pilih aje hehehe..mama dengan papa seperti biasa bila anniversary mesti nak pergi celebrate. Kali ni pergi Cameron Highland aje. Alhamdulillah 3 hari kat sana, turun sebelum jalan kat sana jammed dgn kenderaan pada hujung minggu, sambung cuti balik rumah maktok.

card and hadiah dr papa..mama kasi kad je
sgt seronok time ni, teruja!!!

Ladang Tea
View dari balcony hotel




February 6, 2012

Update

Mama masih belum berkesempatan nak update entry anniversary mama. Mama tak larat sebab mama demam dan cirit birit. Nanti ada masa, masa buat entry yer. Thanks Zalin sb kasi award kat mama, belum dpt ambil lagi award tu. Nanti mama ambil yer. Thanks juga sebab tolong mama hehehehe.

February 1, 2012

Today




Today is our 9th wedding anniversary.   That makes us sound very old.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...