March 25, 2012

Alhamdulillah..Papa

Alhamdulillah, papa dah sihat walaupun belum recover sepenuhnya. Papa tak mengadu sakit dada  lagi, demam pun dah ok cuma batuk masih belum lagi ok. Mama dah tak larat nak bebel, tak larat nak nasihat papa sorang ni, tapi biasalahkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri dan sebaliknya.

Mama yang dengar papa batuk pun sakit telinga, kerongkong mama pun rasa sakit, tapi papa yang batuk tu takrasa ke sakit kan? Sekarang ni, mama pun dah selsema, hidung pepagi dah tersumbat, nak tidur malam, badan rasa panas sangat. Mood pun tunggang langgang.

Lepas kejadian papa kena attack, mama cuti EL. Bila masuk office, ramai yang datang bertanyakan keadaan papa, thanks dear friends!!! sangat-sangat bersyukur kerana punya teman yang mengambil berat walaupun saban hari bergaduh, bertengkar, berselisih faham, dan usik mengusik walaupun ada antara kita berlainan bangsa dan agama tapi bila sesuatu yang berlaku melibatkan keluarga masing-masing, kita sering bersatu padu. Mama sayang kalian even mama jarang ucapkan di office.

Papa, mama tak tahu sama ada papa ada baca blog mama or tidak, tapi mama pasti address blog mama ni ada di Ipad papa, lappy mama pun papa selalu guna jugakan so secara tidak langusng pasti papa ada terbuka blog mama yang cute ni hehee..mama nak papa tahu, mama syaang sangat papa, kalau mama bebel-bebel kat papa tu bukan sebab mama tak suka, tu sebab mama ambil berat, mama nak papa sihat. Jangan degil-degil. Budak kecil kalau degil, mama boleh rotan, tapi kalau macam papa, sure papa call talian teledera!


March 21, 2012

Attack

Cerita tentang papa. Hari ni papa ada rutin dialysis dari pagi hingga tengahari. So far kami berbalas sms and call, papa tak mengadu apa-apa pun. Mama pun dengan tenang buat kerja mama hinggalah kira-kira jam 4 petang, papa sms "papa kat depan balai polis Pantai, sakit dada". Oh!!! Inilah yang paling mama tak suka bila received sms macam tu sebab ia buat mama jadi tak tenang. Nasib baik papa dekat dgn balai polis tu, kiranya ramai orang la kan.

Memang langsung mama tak boleh nak buat kerja, terus jumpa Big Boss mama minta izin keluar office awal.Oh!! terima kasih byk2 boss sebab tak banyak soal, terus suruh balik. Then masa mama busy kemas beg, boss keluar tanya mama "you naik apa"..mama jawab public transport..he asked someone bawa kereta tolong hantarkan mama but mama refused coz Kuala Lumpur ni jammed so maybe mama akan jadi lagi lambat. Thanks boss sebab prihatin.

Jumpa papa terus ajak pergi hospital, seperti biasa..papa memang tak nak maybe sebab dah serik kena warded masa kidney problem. Mama nak drive tapi papa tak izinkan, dlm kesakitan pun sibuk nak drive. Uhhh papa, kalau dah degil, memang sukar nak beralah. But, dpt juga mama drive, maybe sebab tak tahan dengar mama membebel plus sakit dada pun makin teruk.

Now, papa tidur dan sesekali terjaga..demam pula malam ni..sambil dok jaga papa dalam bilik ni, layan movie, layan jerlun kepala supaya panas papa cepat turun, mama cuba meluahkan rasa hati mama disini. Thanks pada kawan-kawan office mama yang memberi semangat, yang call mama dari mama kelam kabut keluar office tapi mama tak jawab sebab mama tahu if mama jawab, kawan-kawan mama hanya akan dengar tangisan mama..yang sms bertanyakan khabar papa..sorry yer friends! Sangat2 appreciate keperihatinan kalian, always ada saat mama perlukan sokongan.

Mama harap papa akan cepat sembuh. Tak tahan melihat papa sakit. Ya Allah, berikan kesembuhan pada suami ku, berikanlah kekuatan dan semangat pada dia Ya Allah, sesungguhnya KAU Maha Penyayang dan kami hambaMu yang lemah.

March 20, 2012

Rasa or Perasaan

Memang tak ada perasaan or sangat bangga? Allah, KAU kuatkan hati hambaMu ini.


Ya, sure memang dia sangat gembira agaknya, baru masuk office dari bercuti, terus bercerita tentang baby boy dia..tentang kuatnya menyusu dan bla bla kat mama ni..macam mana mama nak react pada cerita dia yer..senyum.sambil layan cakap..and sambil makan breakfast..sorry man, i tak ada idea nak respond macam mana..


Habis satu hal, ingatkan mama boleh makan dengan tenang..oh tidak, dia datang tunjuk surat beranak baby dia pulak! Ohhh tak sukalah keadaan macam ni..yes! mama tahu dia mesti happy sangatkan but please laa don't do macam tu kat mama..it's hurt you know.


Hari ni..kejap lagi mama nak guna earphone so mama tak akan dengar suara-suara yang bisa membuatkan mama pedih..mama tumpang gembira untuk orang lain tapi ada ke yang nak tumpang rasa sedih,  rasa pedih mama? Kita hidup berdemokrasi mmg wajib menghormati satu sama lain..yes, i hormat u and please hormat my feelings too


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 15, 2012

Dia Jadi Ayah

Congratulations friend!! bahagiakah kalian anda diri menjadi insan pertama mengetahui berita yang mengembirakan pada dia? apa perasaan kalian andai diri kalian di update setiap waktu saat-saat dia menunggu khabar gembira? bagi mama, semua perasan itu bercampur baur. Ini entry yang mama pernah buat Give my hand. 
 
Yes!! kawan mama dah jadi father. Mesti dia sekarang tengah bahagia dan gembira sangat semalam kan, hilang segala rungsing dan susah hati sejak wife dia masuk hospital, sejak air ketuban wife dia pecah dari malam isnin lepas, sejak wife dia tak bersalin salin lagi even doctor dah inducekan..then semalam he call mama ..

Friend : Kakak dah bersalin..terpaksa operate. Baby lahir 7.45pm dengan berat 2.8kg.
Mama : Oh yer ker? baby ok tak? kakak macam mana? (teruja lah sangatkan soalan..tapi ikhlas tau)
Friend : baby ok, kakak belum keluar lagi
Mama : Congratulation..congratulation!dah jadi bapa dah!!! (time ni pun papa jerit sekali ucap tahniah)
Friend : Tqvm. Nanti abang m...update lagi yer
Mama : Ok..tq
Friend : Take Care

Ummm dia, kawan satu office mama dah jadi ayah semalam tanggal 14 March, 2012. Awal dari  due date yang sepatutnya iaitu 29hb. April. 2012. If wife kawan mama tu bersalin dalam lingkungan due date sure mama masih jadi bahan usikan kawan-kawan yang lain gara-gara cerita silam rekaan teman-teman dahulu..jenuh juga kalau baby tu nak keluar 30hb April lak..tu birthday mama tau!

Perasaan mama? alhamdulillah as long as baby dia ok dan sihat, wife dia pun dah keluar dari bilik monitoring, mama gembira untuk dia, belum ada kesempatan untuk melawat sebab mama pun tak sihat, bertapa kat rumah dah 2 hari. Esok tunggu telinga menjadi bahan usikan. Hoping tak adalah sampai mengguris perasaan mama.




March 6, 2012

Cerita Di Padang Pasir

Alhamdulillah
Alhamdulillah!!! Syukur padaMU Ya Allah. Terima kasih atas kasih sayangMU, atas kurniaanMu, atas belas ihsanMu. Tiada kata yang mampu menzahirkan perasaan mama saat mama terjaga dari lena. Lena yang sangat asyik, saat kedinginan melingkari waktu.
Ihsan M/S Google

Seakan berada di alam nyata, bila mama berjalan di padang pasir seperti dalam cerita Arab, tiada panas, rasa sangat nyaman dan tenang, ditemani beberapa teman yang mama tak pasti siapa, dihadapan mama ada unta yang dipegang talinya dek pengembala, semua dalam keadaan putih, bercahaya tenang, tiada silau..tiada debu yang memasuki ruang penglihatan walaupun saat itu angin padang pasir berlagu..

Tiada ruang untuk mengeluh kerana tiada rasa keletihan walaupun saat itu kaki mama telah jauh melangkah, rasa sangat tenang dan gembira. Dalam melangkah, tanpa sedar unta itu telah berhenti..dan saat ini juga, ketika mama melayani jari-jari mama airmata bergenang. Saat unta itu berhenti melangkah, tiba-tiba mama terdengar suara yang sangat comel dan terasa tubuh mama dipeluk erat!! terasa lembutnya dakapan itu walaupun sangat erat, terasa halusnya suara kecil itu, sangat bahagia bila suara itu  kedengaran berkata "Mia rindu mama". Mama pun rindu Mia jawab mama tapi serentak dengan jawapan itu, mama terus terjaga dari lena..

Oh!! mama bermimpi ker? Bila mama terjaga, terus mama istighfar dan juga berterima kasih pada Allah, andai itu mimpi yang benar, mama terima dengan rasa gembira, andai itu mainan tidur, lindungilah hambaMU ini Ya Allah. Tak terpandang dek waktu ketika itu jam berapa. Mama memang rindukan dia. Rindu sangat.

March 5, 2012

Gegirl..Rezeki...Jatuh Kerusi

Minggu lepas, mama dengan papa kebosanan yang melampau! papa pun dah pandai cakap"bosan" sebab kat rumah hanya kami berdua. Nak keluar berjalan, rasanya macam tak ada mood dengan jalan yang selalu jammed. Cukuplah pergi kerja balik kerja jammed.

Bila hari bekerja, memang mama dengan papa makan kat luar aje, tak larat nak masak. Selalu  kami pergi ke restoran yang dah biasa kami makan. Selagi layanan mesra, cepat dan sedap, memang kat situ ajelah melekatnya selera terutama mama. Papa cakap dah macam restoran mama . Last week, kebetulan mama makan kat situ, kat meja yang biasa mama makan, sebelah meja mama tu ada satu pasangan dengan anak perempuan kecil diaorang. Mama tengok, mama perati je diaorang terutama gegirl tu but bila makanan sampai, mama tengok makanan mama pulak, tetiba mama dengan suara orang berkata " eh tengok aunty tu yer" terus mama toleh ke kanan, oh!!! gegirl tu pandang mama rupanya! mama senyum, mama lambai-lambai..mesti dia hairan kan kenapa kami berdua dan tidak bertiga macam dia dan keluarga. Disebabkan gegirl dengan family dia sampai dulu, maka diaorang lah yang selesai dahulu, sangat cute bila ayah dia dukung, dia lambai mama sambil kata "bye bye..bye bye" ohhh sweetnya. Seronoknya mama..

Sabtu lepas masa on the way nak balik kampung papa tengok sawah, mama tanya papa "papa, kat kampung papa tu kan, agak-agak papa, ada tak orang susah yang tak mampu nak jaga baby, nak kasi kat orang bela? ". Papa jawab entah lah sebab tinggal kat kampung dengan bandar kos hidup berbeza, kekadang orang kampung anak ramai tapi diaorang tetap nak bela sendiri. Pastu papa cakap lagi, mungkin belum rezeki kita lagi sebab cuba mama fikir, mama dah buat banyak treatment termasuk IUI dan IVF, banyak "orang dalam"  yang boleh membantu mama untuk dapatkan anak angkat tapi tetap tak dapatkan. Hampir-hampir nak dapat anak angkat tapi memikirkan perbezaan yang amat ketara bila dia dewasa, kita terpaksa tolak..bukan rezeki lagi..insyallah papa kata, ada rezeki ada nanti..

Harini mama try restoran baru sebab nampak ramai sangat orang dari last week, ummmm sakit kepala sebab bising, macam kecoh je pekerjanya. Mama order char kee teow, papa nak makan roti kosong, makanan mama sampai, mama habis makan, roti kosong papa tak sampai-sampai lagi tetiba!!! ada family kat belakang meja kami, wife dia jatuh dari kerusi sebab kerusi tu patah! dah ler tengah pegang baby, nasib baik tak tercampak baby tu kat meja sebelah. Sangat bersimpati kat kakak tu. Datanglah dua tiga orang pekerja tolong sambil sorang tu tak sure boss or siapa, siap cakap kat suami kakak tu " dah 3 kali dah patah kerusi ni..satu set dengan meja untuk 4 orang makan harga tempat RM650! adoi!!! mama tak dengar dia sebut perkataan maaf pun! siap cakap harga meja dengan kerusi lagi! and mama tak sure sama ada, family tu kedai tu charge utk apa yang mereka makan or free disebabkan kejadian tu sebab mama ajak papa keluar terus lepas abis makan. Pusing kepala sebab suasana tak tenang. Bayangkan kalau kakak tu pregnant! baby tercampak!!

March 2, 2012

Bila Rindu Bertamu

♪♪Bila Ku rindu, aku tersebut namamu..♪♪bila ku resah terasa ingin  ku bertemu..♪♪

♥♥tengah buat kerja tetiba angin rindu menyusup kalbu, airmata bergenang, badan jadi kaku..yer sayang , rindu mama datang lagi ..rindu pada bidadari kecil mama yang bahagia disana.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...