January 29, 2015

Doktor Atau Pilot..Wink Wink

Letihnya mama!!! rasa nak tidur terus bila sampai rumah dari office. Letih mata dek kerana mengadap pc dari pagi hingga lewat petang, penat otak sebab tumpuan pada kerja yang menimbun dan lemah rasa badan kerana semuanya.

Masih ada yang menceriakan hari mama setiap kali pulang ke rumah. Kepenatan itu hampir tidak terasa dek kerana dia. Walaupun pun kadangkala tingkahnya sangatlah menguji kesabaran.

Papa, lihat kami dari nun disana kan. Di mata orang lain, mungkin mama kelihatan tabah dan kuat tapi bagi mama, mana mungkin...

Dulu papa selalu cakap dengan buah hati dia..bukan mama masa tu..anak kecilnya, Qaseh.."nanti jadi pilot tau..boleh bawa papa dengan mama naik kapal terbang free pergi jalan-jalan" tapi mama pula selalu sanggah kata- kata itu sebab mama nak si kecil itu menjadi doctor!! Doctor Qaseh!! supaya dia boleh jaga papa bila papa sakit.

Niat dan harapan mama masih tetap sama dan mama rasa papa pun tak kisahkan Qaseh tak jadi pilot kan sebab Qaseh jadi Doctor!!  heheheh sure kalau papa ada ni , mesti sakit hati dengan mama, mesti akan cakap "alaa anak papa, tentu akan dengar cakap papa" argg macam selalu bila papa nak menang -:).

Doctor!! yeah mama suka doctor especially doctor yang pandai communication dengan patient. Lembut tetapi tegas. Boleh menjawab soalan pesakit dengan sabar dan yang paling penting Senyum!! senyuman seorang doctor seumpama ubat yang tiada di farmasi ok.

Doctor Qaseh! mama love u!! papa pun sayang Qaseh!

January 26, 2015

Wajah Kesayangan

Moga anak ini senantiasa dalam rahmat Allah. Amin...

Terasa cepat masa berlalu.Bersamanya ku bina kekuatan, bersamanya ku harungi dugaan, bersamanya ku hadapi rintangan dan bersamanya juga ku selami kerinduan.

Ya Allah, lindungi anak ini..permudahkan segalanya untuk dia.  Amin.

p/s ~ wajah kesayangan hamba

Dia Yang Comot

Dia anak kecil yang senantiasa mempunyai idea dalam membuatkan mulut mama dia membebel, nafas mama jadi pendek serta exercise terlebih..

Papa, Qaseh macam papa..makan apa sahaja tanpa cerewet tak macam mama yang memilih. Mmmm..mana ada pilih la papa..mama cuma tak suka makan makanan yang mama tak pernah rasa -:)

Moga rezeki Qaseh murah kan papa..Aminn

p/s : buat seorg sahabat..ok kan entry ni -:'

January 18, 2015

Masak

Hari ni hari memasak..tak pergi mana-mana pun sebab rasa malas nak keluar. Lagipun Qaseh baru baik dari sakit.

Papa, pagi mama masak cucur ikan bilis taruk kucai dan kentang. Mama buat macam yang selalu papa ajarkan. Qaseh suka. Tengahari pun mama masak macam papa selalu masak, telur macak kicap tapi tak sesedap papa masak. Ah!! hehehe mama boleh dah goreng telur..tak manja macam dulu walaupun masih takut terkena minyak bila telur tu meletup.

Petang, mama masak lagi cucur macam sarapan tadi, Qaseh suka sangat..macam papa je..

Esok mama dah mula kerja. Harap Allah lindungi anak kita dengan rahmatNYA.

January 17, 2015

Bila Sayu Itu Kejam

Tetiba kesayuan hadir kala melihat anak kecil ini lena dipembaringan persis papa gayanya.

Papa, papa mesti akan kata Qaseh tidur macam mama pulak sebab papa selalu kata pada mama, kalau bantal tak penuh kiri kanan mesti mama tak lena..

Papa, terasa kerinduan itu makin sarat terutama bila melihat Qaseh kita kian membesar dengan keletahnya yang kadangkala membuatkan kesabaran mama hampir paras meletup..

Ingat tak, kita selalu nak bandingkan siapa antara kita yang tegas dan penyayang kan..papa selalu kata, mama mulut bising tapi tak tegas..papa diam penyayang tapi tegas...lepas tu mama pun merajuk sebab mama marah papa kata mama tak tegas..

Papa, insyallah..mama janji mama akan pelihara anak kita macam yang papa harapkan. Doakan mama dari sana yer.

January 16, 2015

Keletahnya Meruntun Hati

Alhamdulillah, anak kita telah kembali sihat papa. HMFD pergi jauh-jauh yer..jangan datang lagi. Hampir 5 hari mama bercuti disebabkan HMFD, melihat keletahnya, membuatkan mama teringatkan harapan papa.

Papa selalu berkata, "abang tak sabar nak tengok mata bulat abang tu berjalan, mesti macam itik gembo gembo, tak sabar nak tengok dia makan..mesti macam papa dia tak cerewet"..

Papa, anak kita dah makin keletah..dalam sakit dia tetap aktif dan ia sedikit sebanyak membuatkan perasaan mama lega, namun telah dua hari melihat dia bermain, gembira dan ketawa ia meruntun perasaan mama, sedih dan sayu kerana mama menikmati segalanya tanpa papa.

Papa tentu gembira melihat anak kesayangan papa kan....

Tentang Lakaran Dan Cacatan

Lakaran dan sedikit catatan papa sebelum masuk rumah baru. Terjumpa kala anak kesayangannya memunggah.

Sayu rasa hati melihat lakarannya. Kelihatan dia seolah olah mengetahui itu peninggalan dia untuk kami.

Walaupun keadaan kesihatan dia ketika itu tidak begitu baik, tapi semangatnya memanjat dan mengukur untuk pemasangan langsir pilihan dia tidak boleh nafikannya.

Abang, terima kasih banyak2 sebab selalu bersusah payah untuk kami. Moga abang selalu dalam rahmat Allah. Amin

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...