September 29, 2009
Syawal Tiba
Kala Hati Berbicara
Ramadhan telah berlalu..1 Syawal juga telah pergi...hari-hari mulia yang dinantikan..hari-hari yang meninggalkan segala kenangan. Masih aku ingati cerita dan peristiwa 2 tahun yang lalu..arggg mungkin berat mata memandang, mungkin juga ada mata2 yang tak suka pun nak pandang...berat lagi aku yang menanggungnya..menempuh ramadhan dan syawal pada bulan september, begitu mencabar hati dan perasaan aku..
Hari ini...saat tangan menaip bait-bait kata, genaplah 2 tahun arwah mia pergi..dan hari ini jugalah perasaan yang bersarang di dalam hati dan jiwa terhambur dikala Yassin ku sedekahkan..rasa rindu yang amat sangat..satu perasaan yang sama pada hari ku ziarah kuburnya di pagi Syawal..moga allah terus kuatkan iman dan tabahkan hati aku dan suami untuk terus menempuh dugaan..
Tetiba aku rasa nak menjerit..aku kehilangan kata-kata....
September 21, 2009
Ramadhan
Antara menu ketika berbuka puasa hehehehe...biasalah, aku dgn hubby jarang berbuka di rumah sebab kekadang sampai aje depan pintu rumah, dan azan...so selalunya kedai makan lah yang jadi sasaran kitaorg..kalau tak pun, rumah kaklong yang jadi tempat lepak.
Alhamdulillah..ramadhan aku dgn en.suami berjalan lancar walaupun kekadang suami ku seakan-akan tak mampu untuk melaluinya dek kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..tapi aku bangga dengan dia sebab dia berjaya walaupun hampir lembek macam budak baru belajar puasa...sian dia..
Saat syawal menjelma dan ramadhan beransur pergi, aku jadi pilu seketika disebabkan peristiwa 2 tahun yang lepas..aku bersalin dikala ramadhan hampir ke penghujung, dan aku beraya tanpa baby ku yang kembali ke rahmatullah..
August 27, 2009
Citer En. Suami
Dihospital, aku terpacak macam patung kat wad kecemasan..lama betul dia kat dalam tu...fuh!! akhirnya dapat jugak call dari dia...dah terbaring dalam wad tu...lengan dah bertempek dek plaster..kena ambik darah..pastu kat tangan pulak ada jarum...ummm siannya tengok dia..suami kata doktor suspected dia ada kidney problem!!!
Aduh!!!! dugaan apakah ini...sedih sangat..tak tentu arah aku dibuatnya...aku tak dapat menangis depan dia..ku tahan airmatadari mengalir...aku call officemate untuk maklumkan yang aku cuti...terdengar suara kawan aku...aku jadi semakin sebak..tak dapat berkata...aku menangis dulu baru boleh bercakap..arggggg!!!!terasa berat betul untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini..
Aku berkampung di hospital menemani dia selama 4 hari..letih usahlah kata, tapi asalkan dia nampak aku temankan dia, mungkin dia rasa lega sikit..macam-macam test yang diaorang buat pada dia..ctg test lah..echo test lah..ambik darah usahlah kata..aku rasa boleh penuh satu tempayan darah dia..plus lagi air kencing..
Hari ni suami kena warded lagi kat hospital sebab esok doktor nak buat biopsi buah pinggang pulak...siannya suami ku ni...aku? aku pun turutlah berkampung kat hospital menemani dia sambil berpuasa di hospital. Moga-moga apa yang diperkatakan oleh doktor adalah angan-angan doktor itu sendiri...moga suami ku sihat walafiat hendaknya.
Failed Lagi
Tapi kali ini, period aku lain macam aje, tak macam period aku yang lepas...berketul ketul darah...tapi aku tawakal je, period or misscarriage aku tak tahu...tak pergi pun hospital or clinic..takut!!! fobia kena seluk, kena D&C dulukala tak hilang lagi heheheheh..aku panggil hubby tengok darah ketul tu...terjerit dia "alaaaaa sayangnya baby papa" hehehehe tapi aku cakap, aku tawakal kalau aku gugur sebab aku rasa ketul-ketul darah dah keluar habis..
Aku stop dulu treatment aku bulan ni...masih mencuba dengan cara biasa, insyallah kalau ada rezeki, alhamdulillah..kalau tak ada, usaha lagi!!! maybe kalau tak ada jugak, lepas raya or end of the year, aku start balik treatment IUI sesambil mengintai peluang untuk IVF...mahal tu kos IVF tu...mana mau cari???
Aku pun hairan jugak ni...kenapa aku masih kuat..masih lagi tabah untuk meneruskan perjalanan yang sukar ni? masih belum berputus asa untuk mendapat "sikecil" ni?? terima kasih YA ALLLAh kerna mengurniakan aku ketabahan dan kesabaran ini..
Jari
Sebenarnya banyak yang ingin aku bicarakan, terlalu banyak yang ingin disampaikan tapi bila hati mula berbicara, fikiran mula terkenang, jari pula tak terbilang untuk menari..semua seakan berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi..segala-galanya berperang!!!
March 19, 2009
Hatiku Pedih
Kesunyian..kesepian yang melanda diri ketika ini, seolah-olah ramuan yang serasi untuk bersama sehinggakan bila di sulami dengan kesibukan office, aku akhirnya demam dan selsema dan pasti esok atau lusa aku akan diserang dek batuk pula.
Disini...detik ini..lagu kerinduan masih bersenandung di dalam hati..kerinduan yang tiada siapa pun akan mengerti sementelah suamiku sendiri. Hati seorang ibu terlalu payah untuk dihalusi...hari ini juga perasaan begitu tersentuk lantaran hadiah yang aku terima dari seorang kenalan di pejabat..terima kasih kawan atas pemberian sekeping penanda buku yang cantik..mengandungi doa yang selalu aku amalkan..moga akan ada rezeki aku sepertinya. Amin.
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Berwajah baru blog ini, namun sebentar cuma sebab mama tak puas hati lagi. Jadi ambil masa sikit nak kasi cantik dan simple. Harap tahun...
-
Petang semalam mama baru discharge dari hospital..done for my IUI on Monday (11/4/2011)..this time of IUI rasa teramat sakit hinggakan selam...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...