September 29, 2010

Tentang Hari Mia Pergi

Sayang Mama,

Tepat jam 12.00 pagi tadi..cukuplah masa..terhentilah seketika dengupan jantung mama kerna, saat ini pada 3 tahun yang lepas, sayang menghembuskan nafas terakhir sayang setelah bertarung 3 hari untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini..yer sayang, hari ni juga cukuplah 3 tahun Mia tinggalkan mama dengan papa serta semua yang menunggu kehadiran Mia.

Saat ini juga pada tiga tahun yang lalu,  mama dengan papa dalam perjalanan pulang ke Perak, untuk menyempurnakan "perjalanan terakhir" Mia..sedihkan mama masa tu..kita tak naik ambulance sebab mia dah rasa naik kan, masa doktor pindahkan Mia, bunyi ambulance tu pun tentu Mia masih ingat laig "ninon ninon ninon", laju sangatkan? tapi Mia naik kereta dengan paklang, tok ayah yang pangku Mia..masa tu mama macam tak nak kasi sesiapa pun pegang Mia..tapi semua orang takut, takut mama tak boleh handle..kesian tok ayah, mesti dia sedih sangat, dah la tak sempat main dengan Mia, kena pulak pangku Mia yang semakin sejuk..

Kita naik kereta yang berlainan walaupun mama nak sangat temankan Mia, tapi semua orang tak kasi, sebab tak nak sesuatu yang buruk berlaku dikala kami ingin "sempurnakan" pemergian Mia.. kereta mama ni rasa terlalu lambat bergerak, masa tu bulan puasa..mama dah memang tak puasa hehehehe..tapi masih macam orang yang berpuasa sebab dari saat Mia nazak, kami tak makan walapun sebutir nasi, tak minum walau setitis air..tapi kami semua tak kisah sebab kami semua sayang Mia..

Akhirnya, Mia sampai dulu kat surau depan rumah mak tok dan tok ayah..mama masih jauh di belakang..hati mama ni dah meronta-ronta nak cepat tapi papa yang drive, jadi mama kena banyak bersabar sebab mama pun tahu papa nak cepat juga tapi tak boleh sayang..mama sampai masa tu semua orang nak sembahyangkan Mia lagi sekali..

Cantiknya anak mama dalam kain kapan yang putih itu..sejuk sangat mama rasa perut mama, beruntung sungguh mama sebab mengandungkan Mia mama, mama cuba bertahan, mama cuba bersabar, mama cuba menahan airmata, mama cuba segalanya, agar semua yang ada di dalam surau itu tidak turut bersimpati pada mama, tidak berasa kasihan pada mama..tapi mama gagal Mia, sebab mama gagal menahan tangis..lemah sungguh badan mama rasakan, sebab lepas solat jenazah, Mia pasti akan dibawa pergi..pergi dari pandangan mata mama, papa dan semua yang ada..

Selasai sudah solat untuk Mia, dakapan terakhir..ciuman terakhir dari tok ayah, mak tok, uncles dan aunties..masa tu dan saat ini juga mama masih terdengar-dengar esakan dari insan-insan yang sudi hadir..mama hampir lemah Mia, terlalu lemah untuk berdiri..tiba giliran mama juga akhirnya..cantik manis sungguh anak mama, tenang aje mama tengok Mia, mama cium Mia..tak nak lepas-lepas..cuba tahan airmata dari mengalir, masa tu mama sedar yang mama memang telah kehilangan Mia, Mia tak mungkin akan kembali pada mama..tangisan mama akhirnya meletus..Mia mama telah pergi!

Hari ini September 29, telah genap 3 tahun Mia pergi, tapi kenangan indah Mia walaupun sedikit tetap mama hargai, tetap tersemat dalam hati sanubari mama hinga mama mati..tunggulah mama mu ini Mia..tunggulah papa mu jua..insyallah, kasih sayang kita tetap akan kekal abadi..kita berpisah di dunia ini, namun yang pasti, kita akan bertemu nanti..mama sayang Mia..papa pun sayang Mia..Mia pulak sayang mama dan papa kan?

September 27, 2010

Tentang..Majlis @ Acara Makan

Salam,

Hari ini pepagi lagi mama dah bangun awal sebab nak siapkan spaggetti dari menu campak-campak mama sempena majlis@acara makan-makan meraikan hari lahir "Mia" mama..kenalah buat hari ni walaupun semalam birthday Mia tapi masa tak mengizinkan almaklumlah jemputan rumah terbuka banyak sangat..

Mama buatkan spaggetti aje, sebab yang lain mama dah order dengan mak kawan mama..alhamdulillah, niat mama telah Allah penuhi, ada kawan-kawan mama turut membawa buah tangan untuk breakfast merangkap lunch..penuh meja sebelah mama..terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menjamu selera dengan apa yang ada..

Hati mama? gembira bercampur sayu..ramai yang tak tahu sebab apa mama buat makan-makan ni..so sure ada persoalan yang timbul walaupun mama rajin juga buat spaggetti untuk diaorg..mama senyum aje pada pertanyaan mereka..yang mana tahu dah tentu tahu jawapannya..dah tentu tahu hati mama meruntun sayu..harap hadiah mama, Mia terima dengan gembira..moga jadi sebahagian sinar untuk Mia kat sana..

September 26, 2010

Tentang..Hari Ini Hari Lahir Baby Mia

Cake Yang Paling Sedap
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Mia..
Happy Birthday to you.
Hari ni birthday Mia..hari lahir Mia yang ke 3 tahun..muahhhhhhhh..kiss dari mama disini buat anak mama di sana..malam tadi mama tak boleh tidur, mama rasa teruja sangat sebab hari ni nak celebrate birthday Mia..teruja sebab apa pun mama tak pasti..macam nak buat majlis untuk Mia aje..

Pagi tadi mama bangun awal sangat, bestnya kalau Mia ada, tentu mama dah surprisekan Mia walapun Mia kecil tapi mama tak kira, mama nak juga buat surprise! mama pandai sangat buat surprise ekekeke.. betul..papa pun kata mama pandai buat surprise! sayu sungguh perasaan mama bila jaga dari tidur yang tak lena..mama kata pada papa.. "hari ni birthday Mia" papa angguk aje kepala..mesti tak nak kasi mama sedih lagi..tapi mama tetap sedih juga sayang..mama kata lagi pada papa "hari ni dia dah 3 tahun kalau dia ada, mesti nakal kan" dan papa tetap macam tadi sayang, masih terus dengan anggukkan kepalanya..papa pun sedih ker Mia?

Akhirnya rasa pilu dan sedih mama tak mampu mama bendung...manik-manik mutiara terus berguguran..teresak-esak mama menangis..menangis pada hari lahir baby mamay ang cantik lagi comel ni..maaf yer Mia sebab mama nangis, supposed mama sambut birthday Mia dengan tawa riang yer? aduhai sayang mama, macam mana mama boleh ketawa riang seandainya tarikh keramat ini, adalah hari dimana Mia keluar melalui tingkap..melalui operation..masih lagi ada parutnya sayang..macam mana mama nak tersenyum manis, andai insan istimewa yang sepatutnya mama raikan tiada di sisi? Papa bila tengok mama nangis, terus kata "tak nak nangis..tak cantik..tak elok..nanti mesti budak kecik tu marah kalau mama nangis". Aduh! perasaan bagaimana perlu mama hadapi..

Pagi-pagi lagi mama dengan papa pergi breakfast kat luar, konon-konon celebrate birthday Mia..tapi kami berdua je yang makan..Mia tak ada..tak ada Mia untuk potong kek..tak ada Mia untuk buka hadiah dari mama dan papa..tak ada Mia untuk kiss mama dengan papa..tak ada Mia untuk mama dengan papa peluk erat-erat, gomol-gomol sampai Mia nangis..semua tak ada untuk mama celebrate dengan Mia..

Hari ni juga mama pergi rumah officemate mama..anak officemate mama sebaya dengan Mia..pedih hati Allah aje yang tahu..rasa nak balik cepat aje..nama dia pun Mila..hampir sama dengan Mia kan? kami sama-sama pregnant cuma mama cepat 2 bulan aje..uhhh!! sakitnya perasaan masih belum hilang walau telah 3 tahun berlalu..

Esok mama ada buat majlis sikit kat office sempena birthday Mia hari ini..mama order aje..cuma satu aje yang mama masak kat rumah kita..atas permintaan officemate, mama kena masak spaggetti..mama sambut dengan kawab-kawan mama tau birthday Mia..anak mama janganlah sedih ya..mama tetap ingat hari lahir sayang mama ni..sampai akhir hayat mama..

Selamat Hari Lahir..Happy Birthday Dear..apa lagi yang perlu mama ucapkan buat si kecik mama ni? Moga anak mama gembira disana..moga anak mama sentiasa ingatkan mama dengan papa disini..tunggu kami yer..doakan kami disini menjadi hambaNYA yang kuat dan tabah..

Allah telah selamatkan kamu anak ku dari dunia yang kejam ini..Allah telah memilihmu dari ku..Allah lebih menyayangimu dari mama dan papamu ini..insyallah, kita pasti bertemu nanti..Selamat Hari Lahir Sayang..Selamat Hari Lahir..Happy Birthday Dear Nurin Amni Damia Khalilah Yang Ke 3 Tahun.

Tentang Open House @ Rumah Terbuka

Salam,

Sabtu yang penuh dengan jemputan rumah terbuka..sabtu yang mana periuk di rumah sendiri digantung, dapur pula tak berasap dek kerana memenuhi jemputan rumah terbuka..hari ini juga hari yang penuh dengan pelbagai macam kenderaan jalan raya, di jalanan, highway pun jammed juga..

Terlalu banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dipenuhi, pada detik dan waktu yang sama..aduhai macam mana mama dengan hubby nak handle ni, kalau tak pergi kawan-kawan kecil hati...sedara mara mesti marah kan..mama dengan hubby cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan semua orang..mama ni segan nak pergi rumah terbuka ni, almaklumlah mama dgn hubby cuma berdua..uhhhh tengok kengkawan lain bawa anak-anak walaupun seorang, hati dah macam terluka..mama tak ada sapa nak bawa..

Mama rasa rendah diri sangat..takut pun ada..sebab tak tahu nak jawab macam mana if ada orang bertanyakan "anak berapa orang", "tak bawa anak sekali?".. kalau dijawab mesti ada pertanyaan lain kan.."sakit apa", "macam mana boleh jadi macam tu"..peritnya perasaan setiap kali terpaksa berdepan dengan soalan-soalan seumpama itu..pastu pasti ada yang kata, "tak apa, nanti ada rezeki lain", 'sabar" yer..huhuuu mama dah hafal semua itu..mama tak salah mereka yang bertanyakan soalan demikian, mama juga tak menafikan akan kuasa Allah..cuma yang mama tahu, Mama memang terkilan sebab anak mama tak ada dengan mama, tak dapat tengok dia membesar seperti anak-anak yang lain..

Buat teman-teman yang mama tak dapat penuhi jemputan rumah terbuka, especially buat ibu nabila (noina), maafkan mama yer..dah terlalu lewat untuk mama bertandang ke sana, tak manis tetamu bertandang di kala malam telah berinjak tua, pasti nanti disturb masa rehat tuan rumah..insyallah, mama pasti akan cari ruang masa yang lebih untuk mama bertemu dengan nabila..

September 23, 2010

Tentang Sambutan..

Mia, hari ni baru mama tersedar..bukan selama ini mama tak sedar, mama sedar sejak awal tahun lagi, mama pasti akan kena tempuhi hari yang paling mama nak elakkan..bukan sebab mama tak suka atau gembira tapi sebab mama tak tahu macam mana mama nak sambut hari itu..

Mama puasa hari ini, alhamdulillah berjaya juga mama berpuasa walaupun kat office, mama dah menggigil gigil menahan sejuk..memang sejuk betul kat office tu Mia, if Mia ada, Mia tak perlu risau sebab mama pasti akan memeluk erat anak mama supaya anak mama selesa..seronok tak berada dalam pelukan mama hampir 2 tahun lepas sayang?

Hari  ini baru seolah-olah terasa begitu cepat masa berlalu..mama masih disini, masih setia dengan papa yang menyanyangi mama sepenuh hati, masih setia dengan kecintaan dan kerinduan mama pada Mia..saat ini juga andai Mia disisi mama, sudah pasti mama yang paling sibuk sekarang..sibuk menguruskan majlis untuk Mia..majlis hari lahir Mia!!

Aduhai sayang mama..maafkan mama, mama tak tahu bagaimana nak uruskan majlis untuk Mia dalam ketiadaan Mia..mama buntu..confused semua ada..bestkan kalau Mia ada, surely mama buat majlis yang ada belon, kek yang comel ataupun mama panggil karektar kartun yang Mia suka dsbnya..tentu Mia suka kan sebab ramai kawan-kawan Mia mama jemput untuk main-main dengan Mia..maybe mama buatkan majlis tu kat Mc'Donald..KFC..Pizza or maybe kat Sunway Lagoon..ishhh Mia ni, surely la mama buatkan doa selamat untuk Mia juga..dan sekarang pun walau Mia dah tinggalkan mama, insyallah mama pasti akan buatkan majlis untuk Mia..

Lagi 3 hari hari lahir Mia, hari perut mama di potong..hehehee hari perut mama jadi macam tingkap sebab nak keluarkan Mia mama yang tengah distress kat dalam..naper sayang distress? tak sabar nak tengok dunia? tak sabar nak tengok mama dengan papa ya? ummmm mama pun tak sabar nak tengok Mia mama..teringat-ingat tangisan pertama Mia..

Mia sayang, jom kita kira sama-sama nak tak? kira berapa hari lagi tinggal untuk kita sambut hari yang paling bahagia buat mama..hari yang Mia keluar dari tingkap perut mama..jom sayang..kita kira dengan papa sekali..jangan sedih ya Mia, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Mia..nanti kita jumpa bila telah diizinkan oleh Allah..tentu seronok, tak dapat mama gambarkan perasaan mama nanti...rindunya mama kat anak mama..

September 22, 2010

Topik @ Office

Salam,

Hari ini macam biasa je..kerja kat office pun so far so good..mood aje yang pepagi tak berapa nak bagus. Sudah berulang kali mama dah pesan, dalam meeting pun dah bagitahu but still jugak ada yang tak ikut guideline..uhuuuuu geram gak mama di buatnya..penat kena call another department nak cari information yang sepatutnya..

Sejuk sungguh kat office tu, stoking, baju panas pun tak dapat cover kesejukan aircond semenjak dua menjak ni..kalau tidur, mahu dah tarik selimut sampai kepala..arini topik kat office petang-petang sebelum balik adalah berkenaaan dengan ibu tumpang, buang bayi dan yang sekarang tengah glamour kat newspaper ialah sekolah untuk remaja yang pregnant kat Melaka..juga berkisah pada pembuangan bayi..

Seronok juga kekadang bila tak ada kerja pastu bergosip pasal citer-citer macam ni..huhuuuu gempak jugak..mama bersuara pada kengkawan mana, "naperlah diaorg yang buang anak ni tak nak buang kat depan pintu umah aku ni, kalau  depan pintu dah sah sah aku ambil bebudak ni.." kawan mama kata, diaorg tak tahu yang mana nak bela..wahhhh!! mama rasa mama kena buat iklan agaknya yerk!!

Ishhh kalau ada orang nak kasi baby, mama sedia hulur dua belah tapak dan lengan mama menerima baby-baby ni..bestnya!!! alamak...Mia jangan cemburu ya sayang, Mama sayang Mia jugak..tak adasiapla yang boleh hilangkan kasih sayang mana pada Mia..

September 21, 2010

Photo Yang Fotogenik!!


Cucu Sedara Mama ~ Zara
Siapa gerangan si kenit ni? ni cucu kakak ipar mama, merangkap cucu sedara mama..umurnya masih muda jelita heheehehe..baru sebulan lebih masa mama mencoret. Si kenit ni lah yang mama dengan hubby dok kenen kenen kat kakak ipar nak mintak jaga, memandangkan anak kakak ipar mama @ anak sedara hubby mama ni ada anak-anak yang lain, kalau campur si kenit ni, adik beradik dah 5 orang..kecil-kecil dengan yang sulong baru aje umur 8 tahun..puas di kenen pada kakak ipar dan anak sedara tapi macam tak dapat aje..yang tak puas hati tu, dah la tak dapat, denganr nak dihantar pulak si kenit ni balik Pahang, tinggal dengan mak sedara belah babahnya...uwaaaa sedihnya..

Sireh Junjung Utk Majlis Pertunangan
Halwa ~ Hantaran Manisan
Bekas untuk Telur

Untuk Bakal Adik Ipar
Sabtu lepas adik lelaki mama bertunang...penat sungguh mama dibuatnya, almaklumlah Jumaat mama masih lagi bekerja, then family mama pula ada yang datang rumah kecil mama pada hari tersebut dan separuh lagi pada hari Sabtu pagi...uhhhh rumah yang ala ala kemas macam hotel, kembali berselerak, almaklumlah selalu tinggal berdua kali ni rumah mama tetiba jadi macam tapak pesta heheehe..Tahniah ye "Paklang & Maklang" hahahahah..lepas majlis pertunangan, kami semua berehat kat Intekma Resort, Shah Alam..hotel sponsor memang best tidur..

View kat resort
Tangga ke ruang beradu bahagian atas
Swimming Time
Macam Fairytale
Pokok yang berwarna warni
Papa dgn Batrisya
Mama dgn Anak Sedara (Batrisya)







Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...