February 24, 2011

Kerja..Mumbai

Mia sayang, harini antara hari yang paling best buat mama, sebab mak saudara Mia dapat kerja. Mummy Iqin dapat kerjalah sayang. Esok papa kena bawak aunty pergi buat medical check up..Mya Sara? Mya Sara pun ikutlah, kalau adik Mya Sara tu tak ikut, siapa nak jaga dia? tadi mama sembang dengan mummy dia pun sebuk je nak sembang..

Hari ni juga mama dah courierkan bungkusan tudung buat kakak aqilah..mesti seronok dapat tudung dari mama kan..Mia? ishhh tudung anak mama lagi cantik, mana ada kat sini kan..mama nak citer sikit je malam  ni sebab mama rasa mengantuk sangat..penat pun ada. Esok mama kerja. lepas kerja mama kena per MUMBAI!!!

Nanti mama citer lagi yer sayang..i love u..missed u

Courier

Semalam mama penat sangat sampai tak sempat nak bercerita .Penat jalan, penat buat kerja, penat segala-galanya..tapi mama tak pernah penat dari rindu kat Mia heheeheh..baik kan mama. Harini mama nak citer sikit je sebelum pergi kerja, mama nak buat courier untuk kakak aqilah! hahahaa macam manalah kan budak nak masuk umur 4 tahun bulan 7 ni terima courier..terima tudung yang diidam idamkan..mesti poyo je..taksabar nak  tunggu maktok dengan makteh cerita.

February 22, 2011

Barang Baru

Hari ni mama lega sikit sebab dialysis papa yang tertangguh empat hari, telah berjalan lancar arini setelah pepagi buta mama dengan papa melepak kat depan branch dialisis kat Sungai Buloh tu..nampak gayanya papa tak boleh pakai dialyzer berjenama yang lain, kena guna jenama yang sama sebab doktor kata papa hypersensitivity..dah la jenama tu mahal..huhuhuuu..tak kisahlah janji papa dapat buat dialysis, kesihatan papa bagus dah syukur alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya bagi mama..Nasib baik branch tu buka awal, kalau tidak, mesti mama sampai lewat kat office..seperti biasa, jalan menuju ke Kuala Lumpur senantiasa sesak ketika hari bekerja..

Hari ni juga mama course kat office, makna nya, setengah hari mama tak ada kat cubical mama, tapi masa sampai opis tadi,masih awal, jadi mama buat lah apa yang patut dulu so nanti bila course dah settle tak adalah meja mama macam tempat kucing beranak kan? Lupa nak cakap kat Mia, papa kata, staff nurse kat tempat papa buat dialysis cakap, suara mama lembut and halus je kat telephone..ya ker? wakakaaa mama jadi riak kejap, konon perasan..biarlah kan mama perasan kejap..

Pastu, semalam papa beli IPad! tergoda dengan paksu Mia lah yang sememangnya gilakan barang MAC..tak lama lagi IPad tu pasti jadi hakmilik mama kan Mia sebab papa ni cepat jemu..tak sabarnya mama. Nanti bila mama balik kampung, boleh berlagak dengan kakak Aqilah dengan adik Iman, sure dok keliling pinggang mama sebab nak bodek harta mama tu hehehehe..arini hujan lebat, basah jugak mama walaupun mama guna payung.

February 21, 2011

Sensitive..

Harini mood mama tak bagus..tak tahu kenapa..cepat sangat hati terguris..terlebih sensitive pulak hari ni. Tak ada sangkut paut dengan papa pun. Lagipun harini papa ada dialysis tapi still tak boleh buat juga dialysis disebabkan dialyzer yang tak serasi bersama papa..so esok pepagi mama dengan papa kena drop by kejap kat branch lagi satu, collect dialyzer baru tapi sama jenama dengan yang pernah papa gunakan. Harap-harap papa ok.

Mama tak tahu kenapa, hari ini mama lebih banyak mendiamkan diri, tak ada rasa nak ketawa walaupun mama sebenarnya mudah ketawa..macam bosan pun ada..pendek ajelah entry mama malam ni sebab tak ada mood.

February 19, 2011

Papa Pitam! Mama Risau

Hari ni, papa pergi dialysis sensorang sebab papa kata mama tak payah temankan nanti mama penat. Selalu kalau papa dah sampai kat dialysis centre tu papa akan call or abis teruk dan kedekut, papa akan sms mama. Tapi tak ada juga call or sms dari papa so mama pun sms ler papa..mama tak kedekut tapi kekadang kesian kat papa kelam kabut pulak tengah dialysis nak menjawab call..

Patut la papa diam aje..rupanya ada problem kat dialysis center..papa sakit..papa pitam..ishhhh tu yang mama susah hati tu. Pelik pula mama kenapa papa jadi macam tu..mama ni kalau dah susah hati, memang lah kejap aje mama dah tepon dialysis centre tu tanya kenapa..staff nurse kata, dialyzer papa yang lama dah tukar, hari ni papa pakai dialyzer baru, mungkin papa tak boleh tahan dengan dialyzerbaru sebab tupapa rasa penning dan sakit, kebetulan masa tu, jarum dah dicucuk pada lengan, papa meronta tak sedar adajarum, tu yang bengkak tangan tu..
mesin dialysis

dialysis dah start ~ darah dicuci

dialyzer
Alhamdulillah, papa selamat sampai rumah tapi kepenatan dan mengadu sakit dada..fuh!!! sekarang taksenang hati sebab mama risaukan papa..mama kena monitor tekanandarah dengan jantung papa..kena tuam-tuam lengan papa yang bengkak tu dengan ais dan air suam..rasa bersalah juga sebab mama dengar kata-kata papa supaya tak ikut pergi dialysis. Sekarang papa tengah tidur..mama tak naklah kacau papa tidur..biarkan papa tidur supaya badan papa segar kembali sebab esok mama dah ada rancangan..mama nak pergi One Utama heheheh..

Another Treatment !

This week, mama rasa macam  tak keruan, mama tak tahu kenapa or memang mama tahu tapi mama saja-saja nak buat tak tahu! badan rasa penat sangat, fikiran pun sama.

Mama sunyi..mama nak pengganti Mia yang telah pergi, tidak bermakna mama telah melupakan Mia tapi mama nak rumah mama yang kecil ini tak sunyi lagi..tapi sebenarnya itu kah alasan mama? bukan..bukan itu sebenarnya..mama sebenarnya rasa tak puas sangat..tidak puas dan tidak cukup lagi rasanya memegang, memeluk,  mengusap, mengendong dan cium-cium baby kecik mama..sapa lagi Mia la..sebab itulah mama harap, mama akan dapat pengganti Mia...Mia mama, hanya seorang di dunia dan akhirat, tak akan sama dengan dengan yang lain, tetap yang mama sayang seluruh jiwa raga mama tapi ketentuan Allah, DIA yang menyayangi Mia, kerna itu DIA yang berhak mengambil Mia terlebih dahulu dari mama, sebab Mia bidadari mama yang cantik sekali..

Mama dah decide nak start balik treatment mama setelah berehat hampir 6 bulan dari acara cucuk menyucuk dan makan ubat dengan cuba untuk pregnant secara normal..mama nak adik untuk Mia, supaya mama boleh berkongsi apa sahaja cerita dengan kawan-kawan  mama yang ada zuriat, supaya mama tak rasa diri mama serba kekurangan..mama harap Mia akan dapat adik yang mana mama boleh bercerita pada "adik" tentang kakak Mia dia yang telah pergi..tentang "kakak" dia yang tidak pernah membuatkan rindu mama surut..tentang tanggungjawab mama yang tak pernah kesampaian pada "kakak" dia..

Moga end of this month and awal bulan depan, akan ada berita baik untuk mama dan papa..jika tidak, mama dah bersedia untuk melalui another treatment, telah bersedia untuk menelan ubat clomid tu, mama hairan, hanya ubat-ubat treatment aje yang mampu mama telan, kalau ubat sakit lain macam panadol ker, jangan harap mama mama boleh telan, muntah ada lagi..Allah permudahkan mama sebab Allah tahu, mama betul-betul dambakan cahayamata penyeri rumahtangga mama..bersedia untuk disuntik setiap hari dengan ubat-ubat dan dos yang tinggi..treatment apa mama nak buat yer? ummm untuk sementara ni biarlah mama try balik IUI..duulu dapat Mia pun dengan treatment ni kan..tak tahulah berapa pula cost kali ini..semuanya bergantung pada jenis ubat dan dos yang terpaksa diambil..

Moga Allah permudahkan usaha mama dan papa..moga Allah kuatkan papa dan berikan kesihatan yang baik untuk papa dan moga Allah limpahkan rezeki untuk mama serta papa. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami..Amin Amin Amin

February 17, 2011

Penat

Entry kecil mama harap sebelum mama pergi office and papa ada dialysis hari ini. Penatnya..Wake up tadi, dah terasa macam malas aje nak keje hari ini, macam nak duduk rumah aje, tapi bila mengenangkan sayangkan cuti nanti abis sia-sia aje, mama kuatkan semangat hehehheh..

Lagipun, ada banyak urusan yang perlu diselesaikan almaklumlah gaji dapat awal pulak bulan ni, so urusan perbankkan perlu dilakukan sedikit awal dari biasa, sebab nanti duit mama lesap macam biasa juga. Semalam mama belikan tudung buat kakak Aqilah..maktok dgn mak teh asyik merungut je dgn kakak aqilah sebab asyik nak pakai tudung yang mama belikan dulu, tak kira tudung tu baru basuh ker..tak kering lagi ker, nak juga tudung yang mama belikan..walaupun ada tudung lain kat rumah mak tok tu..

Nanti mama free, mama datang jenguk kat sini lagi yer..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...