December 29, 2015

Alhamdulillah..

Alhamdulillah Qaseh dah keluar ward tapi dengan bekalan ubat untuk kuatkan paru-paru selama sebulan. Mama pula yang dah selsema dan sakit kepala.

Badan masih terasa penat, rasa nak tidur. Sehari dua dihospital, Qaseh masih lemah namun masuk hari ketiga dengan nebulizer selang 4 jam dan antibiotik setiap 8 jam benar-benar buat mama semput..semput layan karenah dia.

Anak kecil yang tak kecil sangat ni, tiada perasaan takut dengan nurse dan doktor. Dia selamba aje menegur doctor "hi", bila dapat keluar dari bilik, jadi " busy body" di kaunter nurse "buat apa tu..nak tengok" uwaaaaa tepuk dahi mama!

Jom layan pic Qaseh..

Terpadam Komen dari Mussyida Sofea

Huhuhuuu mama tertekan comment yang sepatutnya mama publish tapi TERDELETE..niat nak copy no phone huhuu..

Mama minta maaf tak sengaja tapi kalau tak salah mama, yg tinggalkan comment tu nama Mussyida Sofea..lebih kurang mcm tu..hope dia baca entry ni..

December 22, 2015

Bercuti di Hospital

Bercuti di hospital dengan Qaseh..percutian di hotel 3 bintang. Mungkin menahan kerinduan hampir seminggu kena berpisah dengan mama.

Panas, pernafasan yang tersangat laju buat mama susah hati tambahan pula tokayah pun dah warded sehari sebelum tu gara gara tekanan darah naik.

Masa di ER, doctor kata Qaseh kena Acute Pharyngitis dan bila kena warded doctor pakar kata Qaseh kena Pneumonia dan terus Xray serta start antibiotik dan ubat lain termasuk demam.

Harap Qaseh cepat sembuh. Amin.

Warded  : 20/12/2015
Hospital : Columbia Asia Taiping

December 18, 2015

Qaseh Kekasih

Hari bersama si kecil yang dah besar ni, kekadang sangat havoc dengan keletah dia, dengan mood kejap ok kejap tak..tapi sangat sunyi bila dia tidur. Bila dah tidur, rasa eeeee nak kacau dia.

December 4, 2015

Hampir Ke Penghujung

Kesibukkan dengan hal2 dunia dan segalanya dalan sedar dan tidak sedar hampir ke penghujung tahun.

Mama masih lagi under Project Team di Shah Alam. Project dah selesai kalau diikutkan tapi belum boleh dimaktubkan, fasa terakhir untuk cuci cuci, betulkan apa yang perlu dibetulkan.  Kalau ikut surat offer dari HR, attachement mama dengan projek akan berakhir pada bulan 3 tahun depan. Bila berakhir, mama kena kembali pada office mama di KL.

Setiap masa berlalu, tidak pernah sekali ingatan mama pada papa dan mia luput. Kekadang rasa mereka ada berhampiran mama.

Qaseh, si anak kecil yang makin keletah. Saat ini, Qaseh di Perak dengan maktok, gara2 mama kena kerja sabtu dan ahad. Rindu sungguh pada dia.

Allah, rahmatilah kami semua dengan kasih sayang dan rahmatMu. Amin

October 18, 2015

Genap Dua Tahun

Tanggal 18/10/2013 lepas, papa pergi meninggalkan mama dgn Qaseh yang ketika itu baru berumur 5 bulan 5 hari. Kini, tarikh itu kembali lagi hari ini. Genap dua tahun papa tiada disisi kami tapi tetap teguh dalam hati.

Dua tahun berlalu, anak kecil kita makin membesar dengan pelbagai ragam. Biar pun keseorangan membesarkan anak syurga kita, biarpun penat dan lelah, biarpun menangis sendirian, insyallah dengan semangat yang telah papa tinggalkan, amanah ini akan mama jaga.

Alfatihah buat mu suami..

October 6, 2015

Kerana Dia QZA

Dialah kawan bergaduh, dialah kawan ketawa, dialah kawan menangis malah dialah orangnya yang selalu selerakkan mainan dan dialah juga orang yang akan "clean up"  mainannya sambil mulut kecilnya berlagukan irama " clean up..clean up..everybody clean up" :-D  walaupun adakalanya riuhnya lebih dari tindakan hehehehe..

Diakhir September, dia seolah mengerti akan kesedihan dihati mamanya ini..ada karenah yang bikin hati mama rasa "arggghh..eeeee..geramnya".. ada je bahan untuk dia buat mama " busy".

Papa, mesti gembira tengok dia kan..itik gembo gembo yang papa selalu bayangkan bila dia telah mula melangkah..kekadang ada ketikanya datang angin mengusik, saja dilanggarnya mama tika melangkah, mahu marahkah mama pada dia bila  "sorry" sambil tersenyum nakal keluar dari mulutnya..rasa nak gigit ada..

Moga mama mendapat kekuatan dalam melayari hidup kami berdua. Membesarkan dia dengan kasih sayang dan kegembiraan bersama ketegasan.

Ya Allah pelihara dan lindungi anugerahMu ini..terangkan dan lembutkan la hatinya, berikan kesihatan yang baik untuknya, berkati dan murahkan rezekinya, jadikanlah dia anak yang solehah..Aminn.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...