Banyak yang mama nak update tapi kesuntukan masa..
August 27, 2016
July 15, 2016
Kehilangan
Sedih..pilu..sayu..bertambah sedih bila dgn lagu Tommy Page " A shoulder to cry on"..hilang kawan berbual, hilang bahu untuk menyandar, hilang jari yang mengeringkan airmata ini..hilang kata-kata semangat..hilang insan istimewa yang tak pernah menghakimi buruk baik mahu pun betul salah diri ini..
Hari raya yang kurang gembira buat mama..
July 9, 2016
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..Masih dan still beraya bersama Qaseh dan family yang setia menemani mama.
Raya pertama penuh dgn kesibukan dan lain dari kebiasaan sebab tokayah Qaseh tak sihat. Bersalamam juga didalam bilik, tiada kesibukan bergambar macam biasa terutama sejak ketiadaan arwah papa.
Arwah papa Qaseh suka sangat tangkap gambar jadi bila time raya atau bila ada keluarga besar kami berkumpul, dialah yang paling sibuk dengan dengan cameranya.
Jadi bila tak ada gambar raya, mama dicide pergi studio dgn Qaseh pada hari raya kedua☺kenangan hari raya dengan cinta hati mama..
Pada pandangan mata kasar, hanya kami berdua tapi hakikatnya kami berempat..
Alfatihah buat suamiku..Mohd Sharif Bin Johari dan anakanda Nurin Amni Damia Khalilah
July 5, 2016
Sehari Sebelum Syawal
Dipagi hening, sunyi dan tenang. Ditemani mentari pagi, mama menziarahi cinta hati..dua buah rumah bertiang batu yang sepi..
Alfatihah buatmu papa dan anakanda Mia..rindu itu indah tapi sakit. Puas menyimpan rasa sayu, disini mama menitiskan airmata kerna mama tahu kalian sangat memahami mama..memahami bertapa rindu itu sangat sakit..
Moga papa dan mia senantiasa dalam rahmat kasih sayang Allah. Mama dgn Qaseh sayang kalian tapi kasih sayang Allah mengatasi kasih kami.
June 22, 2016
Rindu
Rindu..rindu sangat..bersabar dan cuba jadi kuat sekuat Siti Khadijah tapi tewas juga..linangan airmata saksi ketewasan mama dalam kerinduan yang tak pernah putus..
Ramadhan kian menginjak pergi, syawal menghampiri..makin terasa sayu dihati..benar, sabar itu tidak hanya pada jawapan tidak tetapi pada tiada nya jawapan..
June 17, 2016
June 12, 2016
Hati dan Puasa
Hampir seminggu berpuasa, berkejaran ingin pulang dari office ke rumah dengan public transport dan meredah jammed begitu lelah bagi diri ini terutama bila mengenangkan si mata bulat bambam yang berada dengan pengasuh.
Tiada menu yang menarik kerana hanya mama yang berpuasa. Terasa kekosongan yang amat sangat sementelah ketika papa masih ada, walaupun menu adalah ringkas tapi cukup untuk mengisi perut yang lapar.
Saat berbuka dan bersahur, hati perlu kuat untuk bertahan namun adakalanya mutiara jernih itu tetap hadir membasahi pipi, mengatakan bahawa rindu itu kian sarat.
Moga Allah berikan kekuatan untuk diri mama dan Qaseh.
Alfatihah buatmu sayang.
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Berwajah baru blog ini, namun sebentar cuma sebab mama tak puas hati lagi. Jadi ambil masa sikit nak kasi cantik dan simple. Harap tahun...
-
Hari ini cuaca begitu dingin...dingin yang tak dapat mama luahkan..aduh!! hati tetiba jadi sayu sangat ketika ini. Airmata bertakung,rasa ma...
-
Alhamdulillah, anak kita telah kembali sihat papa. HMFD pergi jauh-jauh yer..jangan datang lagi. Hampir 5 hari mama bercuti disebabkan HMFD,...