May 26, 2018

Laut Biru

lautan biru
tenang dan damai
disini pasti beriringan
ditepian pantai
suatu hari nanti

lautan biru
kadangkala gelora
kadangkala tenang
memandang lepas ke tengah
ombak pulang, memecah berderai
ke ribaan pasir
rindu berpaut

January 14, 2018

Nota Pertama Di Tahun Baru 2018

Assalammualaikum..

Allah tidak akan menarik suatu nikmat melainkan Dia mengantikannya dengan yang terbaik dari sebelumnya.

Kehidupan ini memang diciptakan dengan pelbagai kekeruhan dan dugaan sementara kita masih inginkan sebuah kejernihan dalam kehidupan. Inilah hakikat dunia sebenarnya.

Diri ini penuh dengan kekurangan dan tidak  mampu untuk bergelut dengan pelbagai dugaan sebab kita ini adalah manusia yang diciptakan olehNya  dalam keadaan lemah dan tidak mampu melawan segala dugaan dan rintangan yang datang  namun apabila kesedaran itu wujud yang kita perlu bertawakal kepada Allah dan percaya akan janjiNya serta menyerahkan segalanya pada DIA, maka akan hadirlah satu kekuatan yang luar biasa. 

Berusaha, berdoa dan tawakal la mama!!

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman"
(Surah Al-Maidah : 23)


December 28, 2017

Sabar vs Sepi


sabar itu indah.. sepi itu sakit namun andai ada kejujuran, kesabaran dan kesepian itu berbaloi dihujung pertemuan..

December 27, 2017

Wajah Baru Blog

Berwajah baru blog ini, namun sebentar cuma sebab mama tak puas hati lagi. Jadi ambil masa sikit nak kasi cantik dan simple.

Harap tahun baru nanti dah ada wajah baru yang syomel.

December 23, 2017

Ujian Kekuatan

Duhai cinta, ketahuilah ketika aku memohon kekuatan, ALLAH berikan aku kesulitan untuk menjadikan aku kuat walaupun aku tidak tahu sekuat mana aku mampu.  Aku memohon keteguhan hati tetapi ALLAH beri masalah untuk diatasi walaupun adakalanya aku menangisi masalah itu sendirian dan ketika aku memohon keyakinan, ALLAH berikan ujian untuk memantapkan iman dan jiwa. Aku memohon cinta, ALLAH berikan insan yang tulus untuk didampingi..

Cinta aku adalah apabila melihat dia dan berkata dalam hati ” Ya Allah jadikanlah dia anugerah terhebat yang pernah Kau berikan padaku, semoga aku dan dia akan terus kekal bahagia selamanya." Aminn..

Pada saat aku menyintai, aku akan sentiasa menunggu, menemani dalam apa jua keadaan dengan kesetiaan walaupun memakan masa yang lama.

Walau jarak memisahkan, biarlah doa yang mendekatkan, moga dia, cinta dan sayang senantiasa dalam perlindungan Allah.

Sayang awak kerana Allah..

December 19, 2017

La Tahzan

Positif dengan ujian. Itu hadiah Allah.
Bersyukurlah. Beruntunglah. Dari jutaan, engkau pilihanNya. Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Jalan takdir Allah tak pernah salah. Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk menangis, maka menangislah. Tapi  jangan sedih lama-lama nanti orang kata kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

La tahzan.
Syurga itu mahal , bukan mudah untuk dapat tapi insyallah pasti bahagia sangat bila dapat.Tapi terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun. Tapi walau apa pun, Allah akan tetap menemani.  Allah akan ubat luka di hati. Hadiah buat hambaNya yang bertabah!

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan. Inilah kasih sayang Allah. Berdamailah dengan takdirNya.Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

La tahzan

Kesatlah air mata. Allah ada. Allah tahu.

nota utk diri sendiri - mamaQ😍😍😍

December 18, 2017

Angin Rindu

Hadirnya perasaan tanpa jemputan,  hadirnya kasih tanpa rayuan hadirnya rindu tanpa jemu..

Tidak perlu diminta rindu kerana rindu itu selalu menemani. Tidak perlu memaksa mama untuk mengungkap rindu kerana rindu itu satu rasa yang tak pernah mama inginkan untuk mati.

Mama ingin selalu mengungkapkan rindu  kerana rindu yang tak terungkapkan membuatkan mama pilu. Membuat kan mama harus tersenyum disaat semuanya terpaksa dan akhirnya mama cuma mampu berdoa dan pasrah kepadaNya untuk mengungkapkannya.

Kesempatan yang mama harapkan ketika saat itu datang, rindu mama ini akan dapat mama ungkapkan dgn penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Kelegaan pabila rindu itu terubat walau penyambung nya hanyalah dihujung masa..sepi tanpa bicara namun hati berkata, mama rindu!! dan dia juga begitu...

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...