December 23, 2017

Ujian Kekuatan

Duhai cinta, ketahuilah ketika aku memohon kekuatan, ALLAH berikan aku kesulitan untuk menjadikan aku kuat walaupun aku tidak tahu sekuat mana aku mampu.  Aku memohon keteguhan hati tetapi ALLAH beri masalah untuk diatasi walaupun adakalanya aku menangisi masalah itu sendirian dan ketika aku memohon keyakinan, ALLAH berikan ujian untuk memantapkan iman dan jiwa. Aku memohon cinta, ALLAH berikan insan yang tulus untuk didampingi..

Cinta aku adalah apabila melihat dia dan berkata dalam hati ” Ya Allah jadikanlah dia anugerah terhebat yang pernah Kau berikan padaku, semoga aku dan dia akan terus kekal bahagia selamanya." Aminn..

Pada saat aku menyintai, aku akan sentiasa menunggu, menemani dalam apa jua keadaan dengan kesetiaan walaupun memakan masa yang lama.

Walau jarak memisahkan, biarlah doa yang mendekatkan, moga dia, cinta dan sayang senantiasa dalam perlindungan Allah.

Sayang awak kerana Allah..

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...