September 6, 2013

Bila tarikh itu..

Pagi Jumaat yang syahdu..dingin. Kepiluan bersambung dari dua tiga hari yang lepas. Mama cuba padamkan dari ingatan kecuaian mama, kelekaan mama tapi ia tetap menghantui mama.


Sejak Mia pergi, tarikh isimewa itu tidak pernah mama lupakan, tambahan pula parut comel di perut mama masih ada hingga sekarang. Tarikh bahagia dan tarikh duka itu senantiasa dalam memori Mama. Selalunya papa yang selalu salah tentang tarikh lahir Mia dan mama pula yang akan membebel membetulkan kesalahan papa. Tapi dua tiga hari lepas, mama pula yang salah dan sebab itu mama rasa sangat bersalah.


Seperti biasa, saban tahun menjelang tarikh lahir Mia, mama siap siap nak sambut dengan saja saja bungkuskan cookies etc untuk kawan kawan office mama dan untuk tahun ini juga perkara yang sama mama akan lakukan dan insyallah kalau diizinkan Allah sekali dengan pulut kuning.


Entah tetiba mama baru sedar mama telah beri date yang salah pada orang yang mama order untuk set pulut kuning tersebut. Arggg Mia, mama minta maaf sangat-sangat entah kenapa mama tetiba jadi macam ni. Mama tak sengaja. Mama takut Mia marah mama.


Sedih sangat. Maafkan mama yang lemah ini wahai anak syurga. Mama masih merindui..rindu mama, sayang mama hingga akhir hayat mama.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Unknown said...

Salam...
Banyakkan bersabar :)
Kita hanya insan biasa...lupa adalah perkara biasa walaupun ianya perkara paling penting dlm hidup kita...

Sizuka said...

Mia x marah mama.. mia tahu mama mungkin penat siapkan kerja di opis.. smile mama.. :)

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...