Papa, Qaseh tak sihat lepas kena cucuk tempohari. Kali ini, teruk sangat tak sihatnya papa. Semua pakej dia ambil. Merengek usah dikata hinggakan mama pun menangis sebab mama dah buntu.
Hati mama bagai disayat dan hiris halus bilamana anak kecil kita terpaksa melalui hari dalam kesakitan tanpa papa disisi.
Suhu dia tinggi tadi. Mama tertidur tadi bila menidurkan dia tapi tersedar bila dia merengek..panas sungguh badan dia papa. Mama ambil suhu badan dan basahkan kepala dan badan dia dengam air sepertimana mama selalu buat bila papa tak sihat.
Papa, dah jam 3 pagi dan mama masih tak boleh tidur. Kepala mama berdenyut dengut tanda kurang tidur dan si anak juga tiada kebahnya..airmata menitis laju sebab mama sangat memerlukan papa ketika ini..ketika anak kita tidak sihat.
Papa, mama baru sedar harini genap sebulan papa pergi..rindu sangat pada papa -:-((:-((
Published with Blogger-droid v2.0.4
5 comments:
sis, redha dgn setiap yg berlaku. Kerana redha seorang isteri dapat mengurangkan kesakitan beliau alam sn. Semoga baby yg ada dpt menguatkan hati sis..
Pilunye sy bace setiap coretan sis. cepat sembuh ye syg Qaseh
Assalamualaikum..
Takziah dari saye atas pemergian arwah suami awak.
Semoga arwah ditempah org2 yang soleh.
mamanurin.. i tumpang sedih.. rasa mcm nak share everything wif u
semoga qaseh cepat sembuh..mama nurin tabahlah hadapi dugaan yang berat ini. kami semua di sini akan selalu support mama dari belakang.
Banyakkan bersabar dan sentiasa berdoa. Moga tabah menghadapi ujian ini. Allah lebih mengetahui...jgn bersedih... Allah is there...
Post a Comment