2013 bakal berakhir malam ini. Pelbagai cerita berlalu. Ada suka dan duka. Begitulah yang mama lalui, antara suka dan duka, pahit dan manis.
Alhamdulillah, Allah berikan mama dan papa rezeki dan hadiah yang tidak akan dapat ditukar dengan wang ringgit, emas mahupin intan permata. Hadirnya Qaseh seumpama kiriman bidadari dari syurgawi. Penuh kasih dan sayang dia hadir. Papalah insan yang paling gembira dan bahagia. Bersama Qaseh, kami melalui segala kesakitan bersama.
Namun, ketentuan dan perancangan Allah melebihi perancangan kita hambaNya yang lemah. Papa pergi tidakkan kembali lagi. Pergi tanpa mama disisi. Betapa sakitnya perasaan mama, betapa hancurnya hati. Bertapa terkilannya bila insan yang dikasihi pergi tanpa diri tiada disisi buat kali terakhir.
Rindu usah dibicarakan..kekuatan hilang serta merta. Semangat hilang. Kala entry ini dibicarakan, terasa kepala terlalu berat, tekak terasa loya..terasa sakit tetiba.
Sesungguhnya Allah berikan Qaseh sebagai teman mama kala papa pwrgi mengadap Ilahi.
Ya Allah berikanlah kasih sayangMU pada suamiku. Tempatkanlah dia di kalangan orang2 yang beriman. Permudahkanlah urusanya denganMu Ya Allah.
Ya Allah rahmati kami yang ditinggalkan. Lindungi kami. Permudahkanlah rezeki yang Kau berkati ke atas kami. Pelihara anak kami Qaseh Zara Aishah. Aminnn
Published with Blogger-droid v2.0.4
1 comment:
mamanurin,
moga tahun 2014 ni memberi lebih kekuatan, keberkatan dan kenikmatan walaupun sesungguhnya ia tidak akan sama dengan tahun sebelumnya. take care dear!!!
Post a Comment