April 12, 2013

Result darah..jeng jeng

Sekejap aje sudah masuk hari Jumaat. Pejam celik pejam celik dah bulan April!


Mama sekarang dekat clinic. Menunggu nak masuk jumpa doctor. Hoping result darah mama bagus huhuhuhu takutnya!


Mama dah mula nak buat treatment so start bulan ni kena rajin dan disiplin sikit dalam berjumpa doctor dsbnya. Buat permulaan mama kena tengok result darah mama dulu. Kena dengar apa yang doctor nak bagitahu. Harap tahan colestrol dsbnya bagus.


Mama pun kejap lagi nak minta doctor buat surat rujukan untuk jumpa pakar..nak buat pemeriksaan jantung. Papa suruh buat sebab mama asyik mengadu dada mama rasa tak sedap. Kekadang rasa sakit tetiba. Rasa macam ketat je. Bagi mama mungkin sebab kerja yang teruk tanpa henti dari bulan December hingga sekarang sebab tu rasa dada macam sakit je. Stress melanda hehehe.


Ramai la pulak harini. Tadi masa call, kata tak ada orang. Nasib baik panel clinic sebelah bangunan office je.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...