Alhamdulillah result darah dah review dengan doctor yang sangat handsome and baik hati!! Terima kasih doctor sebab menerangkan hasil ujian darah dengan berkesan hehehee.
LDL Cholesterol tinggi sikit dari biasa tapi doctor kata ok tak perlu makan ubat. Total cholesterol/HDL ratio 3.7 lebih rendah dari yag sepatutnya iaitu 5.0. Tapi doctor pesan jangan makan makanan berlemak dan bergoreng selalu.
Doctor kasi mama ubat untuk tambah iron dalam badan mama sebab dari result serum iron, iron mama rendah. Kalau iron dalam badan rendah, doktor takut nanti effect haemoglobin mama pula.
Hepatitis result mama kosong sebab mama masih belum ambil suntikan tersebut. Mulanya nak ambil tapi doctor kata mama tak boleh ambil sebab mama dlm proses untuk mengandung. Suntikan hepatitis kena ambil 3 kali selang 6 bulan. Jadi, mama kena hold dulu. Doakan mama yer moga kali ini, usaha mama untuk pregnant dipermudahkan oleh Allah.
Oh lupa pula, pasal dada/jantung mama yang rasa ketat dan tak selesa. Doktor kata, maybe sebab mama tak cukup rehat dan stress tapi doctor kata, if dalam masa terdekat still rasa tak selesa, mama kena datang jumpa dia lagi sebab dia nak hantar mama pergi
stress test.
Hari ni mama tak buat kerja sangat sebab sebelum pergi clinic pagi tadi, mama dah settlekan core work mama jadi tak ada orang boleh bising kat mama kalau mama relaks sikit petang ni. Jom pergi surau solat dan berehat.
No comments:
Post a Comment