Papa,
Sunyi tanpa papa. Mama hilang tempat mama mengadu kala mama sedih. Mama hilang kata-kata pujukan kala menangis. Mama hilang kata-kata semangat dari pahlawan mama.
Hari ini genap Qaseh 6 bulan papa. Sedih dan pilu mengenangkan Qaseh. Bertambah sedih sebab papa selalu kata tak sabar nak tengok Qaseh berjalan dan berlari. Papa selalu kata mesti comel je terkedek kedek jalan dan berlari dengan diapers dia. Papa, sekarang pun dia comel walaupun comot sebenarnya bila tidur dengan cara tidur fav dia.
Papa, hari ini mama menangis lagi. Kala kehilangan papa masih lagi terasa, rasa sensitif mama benar-benar telah membuatkan mama mengalirkan airmata sambil mama buat kerja. Dulu bila papa ada, mama terus call papa tapi sekarang mama menjeruk rasa sendiri.
Papa, mama rindu papa dengan Mia. Qaseh pun selalu rindu papa. Semalam lepas ambil dia dari rumah pengasuh, bila dia main, kerusi biru papa juga yang dia pandang. Papa kan selalu duduk dekat kerusi biru tu. Tengoklah pic dia malam tadi..memandang kerusi papa..kala itu mama rasa sebak sangat....sebab Qaseh sekarang anak yatim.
Published with Blogger-droid v2.0.4
2 comments:
Ya Allah..berilah kekuatan kepada hambamu yang sedang dalam kesedihan ini...semoga mamanurin tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan yangv= telah tersurat..
Be strong sis! Only time will heal..
Sibukkan diri dgn xtxt dan dekatkan diri pada-Nya dgn amalan rohani kerana hanya Dia kekasih yang abadi..
Rabbi yassir wala tuassir..
www.naturally-vitamin.blogspot.com
Post a Comment