May 27, 2014

Subhanallah..

Subhannallah aku menyintainya..subhanallah aku mencintainya. Dari ufuk timur hingga ke barat selalu dihatiku.

Subhanallah kuatkan hatiku..tabahkan aku mengharungi dugaanmu. Tabahkan aku mengharungi hari hari mendatang tanpa dia.

Subhanallah Ya Allah berikan kekuatan untuk aku meneruskan sisa sisa hari yang ada bersama puteri kecil kami.

Cinta Terakhirnya

May 23, 2014

Hari Lahir Dia Tanpa Dia

Selamat Hari Lahir Papa dari kami berdua!!!Sayang papa ketat ketat!!! Tanggal 18/5/2013 selang 5 hari dari hari lahir Qaseh.

Tiada kad yang kena sorok, tiada hadiah yang perlu disembunyikan untuk hari lahir papa kali ini, yang ada hanyalah kiriman untuk papa di sana moga papa gembira. Moga Allah juga menempatkan papa bersama hambaNya yang beriman.

Papa, bila mama bercerita tentang hari lahir papa pada Qaseh, dia juga seolah olah ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Lahir itu. Gambar papa pada handphone mama dicium sangat lama, bila mama nak ambil dia melarikan diri dari mama..betapa dia merinduimu papa.

Papa,

Thanks for the times that we've spend together. The talks we've had and the mkments we've shared.

You fill my heart with joy in everything we share and when i look into the future, i see rainbow waiting there. With you right there by my side, i feel safe and so secure. And if a million years passed by, i couldn't love you more.

Now you're gone..sometimes i scared and not secured but your strenght make me feel the same when i'm with you. You mean the world to me.

Papa,

Alfatihah..sayang papa ketat2..

May 13, 2014

Birthday Tanpa Papa

Happy Birthday Qaseh Zara Aishah!! cepatnya anak mama dan papa setahun.

Papa, anak kita dah besar papa, papa tentu gembirakan sebab dia dan pandai berjalan macam yang papa bayangkan ketika dia baby lagi.

Qaseh, moga menjadi anak yang solehah, anak yang bijak buat mama. Mama tak ada harta untuk mama taburkan tapi mama ada kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi untuk anakanda mama.

Qaseh, biarpun papa telah tiada, biarpun papa tiada ketika Qaseh sambut hari lahir yang pertama ini, percayalah bahawa, sayang dan kasih papa pada Qaseh sangat dalam..doa papa selalu untuk Qaseh. Tiap hari dahi kecil Qaseh papa akan cium selepad ubun ubun Qaseh..masi mama ingat pagi terakhir papa dengan kita, lama sungguh papa cium dahi Qaseh anak kesayangan papa..papa senyum je..

Jangan nangis yer anak mama..

May 6, 2014

Ziarah Maklong Papa

Alhamdulillah cuti labour day last week dapat juga jejak kaki lagi sekali ziarah maklong papa dekat Shah AlamII.

Last sekali rasanya pergi terjah rumah cousin papa tu sebulan sebelum papa pergi kan. Sejak arwah mak papa tak ada, maklong ni la kami terjah kalau nak makan hahaaha..

Papa, mama dengan tuan puteri papa aje yang pergi. Papa dengan Mia kat sana, dengan mak lagi tu. Papa tahu tak, bila kereta berhenti je, nampak aje maklong ngintai balik langsir. Abang dengan kakak tak ada. Tinggal maklong dengan cucunya aje.

Terasa sangat kurangnya. Maklong cakap "allah..macam ayahnya sungguh". Sayu hati bila maklong asyik tengok Qaseh.

Part best macam biasa yer papa, part makan. Part yang selalu papa tak nak bawak mama pergi tengok maklong sebab mama asyik nak makan je kat sana. Ada fav ulam papa..pucuk ubi cicah sambal belacan dgn tenggiri goreng.

Masa papa pergi, maklong pun tak dapat ziarah sebab masa tu kita dalam perjalanan balik ke Perak kan. Allah permudahkan perjalanan papa di hari tasyrik Jumaat yang berkat. Maklong cakap ramai yang ingat papa nak di bawa balik rumah kakak yang dekat PJ.

Qaseh macam biasa, dapat rumah besar, laju aje menapaknya. Siaplah tidur. Emmm mama pun tertidur kejap kat rumah maklong..tapikan papa nak citer jugak ni.. sedap sungguh makan haritu!!! tu mama tak bagitahu nak pergi kalau bagitahu tentu lagi banyak makanan..

Tengoklah papa buah hati papa yang makin laju berjalan.

Popular Posts