February 25, 2012

Iras

inginku cubit cubit gigit gigit hidungmu

ahaks!!! dah kena buli dengan maklong

sangat suka
Hari ni mama dengan papa pergi ziarah SIL and her baby kat PPUM.  Sampai kat PPUM, jumpa adik lelaki mama. Adoi!!! baru dapat baby 3 hari dah serabut, comot je hehhe..bila mama bising, dia kata tak cukup tidur, tak balik rumah sebab tidur kat surau kat PPUM tu. Agaknya malas nak balik rumah sebab tak larat nak terperangkap dalam jammed. Okay reason accepted and sebab adik mama kata nak balik tidur rumah malam ni, so mama diam terus.

Masa mama sampai kat ward, baby tak ada sebab nurse ambil bagi susu. Susu ibu dia tak banyak tapi insyallah kalau ibu dia rajin, pasti akan banyak. Berat Abyana Adawiyah ni 3.2kg. Dulu Arwah Mia berat 3.1kg. Tadi mama cakap kat SIL nampak macam ada kuning aje, dia kata dah bagitahu nurse tapi nurse kata tak ada. Ummm..camna tu?

Bila tengok Abyana Adawiah ni, mama rasa macam ada iras arwah Mia. Mama cakap dengan papa macam tu tapi papa diam je, Papa ni memang nak kena piat telinga. Ummm mama rindu!

February 24, 2012

Mama & Baby Girl

Gegirl baru dalam list mama
Alhamdulillah, ada baby baru dalam family mama. Ada gegirl yang tembam di pipi, mata yang sepet!! Welcome my dear princess!!  Inilah anak sedara mama yang baru, yang supposed lahir pada 18/3/2012 tapi memang tak sabar nak lihat dunia, maka pada jam 0.001am  bersamaan 23/2/2012, si kecik ni selamat dilahirkan menerusi pembedahan sebab lood preasure mama dia tinggi sangat even dah seminggu di pantau dek doctor so birthday list mama untuk bulan February bertambah.

Welcome my dear..welcome Abyana Adawiyah Binti Mohd Israr. Moga menjadi anak yang solehah, sayang keluarga dan sayang maklong lebih!! Tak sabar tunggu esok sebab nak lepak kat hospital dengan baby. Ahad ni maktok dengan tok ayah datang.

Give my hand even...

Sangat sedih tapi tak mampu berkata " tidak". When someone closed to you, ask your hand for something you might know that it will hurt you deep in your heart, just imagine..abaikan grammar yang tunggang langgang ni..


Someone yang dulu di gosipkan dengan mama when mama still single hingga mama dah married dengan papa, someone yang still mengusik dan diusik dek kawan-kawan lain, asked mama to buy something for his baby!!!


Yes, mama tolong belikan tadi..his request mama belikan 3 pasang sambil hulurkan duit but mama giler meroyan kat tempat shopping tu so mama belikan 4 pasang!!!


Ummm some of officemate nampak but mama buat bodoh coz it's makes my eyes...druuuuuuu..hujan! Text papa about this, and papa reply with "wife dah bersalin ka"..


Ok..done for this, mama nak solat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 22, 2012

Sendu Di Hati

Harini tetiba jadi rindu sangat, rindu yang tak bertepi, rindu yang takkan pernah padam, rindu pada DIA..rindu pada rasulNYA dan rindu pada Mia juga.

Rindu pada Allah, benar-benar membuatkan mama rasa sangat tidak berdaya, mama rasa sangat kerdil, bukan kerdil tapi tersangatlah berdosa sebab mama takut mama tak dapat menjadi hambaNYA yang bertanggungjawab. "Ya Allah, ampunilah selalu hambaMu ini, bimbinglah dan sinarilah hati ini, moga aku tidak kan berpaling dari suruhan MU, moga aku akan terus menjadi hambaMU yang senantiasa mengingati dan merinduiMU.

Rindu mama pada insan terpuji, membuatkan hati rasa pilu, mendengar namanya juga membuatkan hati jadi sebak, inikan pula apabila selawat padanya. Muhammad sangat indah, tak terbayang rasanya andai dapat berjumpa rasullullah walau hanyak sedetik di dalam mimpi..

Rindu mama pada Mia juga menambahkan sarat rindu itu. Mama rasa sunyi dalam rindu. Hari ini memang terasa sendu yang mendalam dalam hati. Airmata bergenang gara-gara sendu melanda, bertambah gelora kerna ada teman yang sudi meminjamkan bahu walau hanya melalui sms.

Rindu itu sangat kejam sebab rindu itu sangat sakit!

February 21, 2012

Baby Baru

Bestkan title kat atas nun. Insyallah moga dipermudahkan oleh Allah pada kami semua. Ahad ni mama dapat baby baru, ekekeek anak sedara baru la.

Adik ipar mama dah kena tahan ward even dua date 18/3 ni. Disebabkan blood presuare and urine kotor sampai hari ni still tak boleh discharge. Doctor decide nak buat operation Ahad ni tapi tak tahu time bila. Semuanya bergantung pada scan this Thursday. Hoping semuanya baik-baik belaka untuk ibu dan baby. Moga Allah permudahkan urusan ini.

Maktok dan tok ayah dah susah hati, mama la jadi sasaran. Dah macam mama pulak yang dok jaga kaunter pertanyaan. Mesti semua orang susah hati, mesti semua orang dok pikir takut jadi macam arwah Mia mama kan. Nak tanya or nak berkata lebih-lebih kat mama, tak sampai hati, takut mama sedih kan so tak ada satu ayat yang merangkumi rasa risau diaorang yang secara terang terangan di lotarkan pada mama.

Mama pulak yang tak sabar nak dapat baby baru. Tak sabar nak berebut dengan orang lain dan yang paling tak sabar, nak cium bau baby. Mama suka bau baby walaupun selepas muntah sebab baby wangi!!!

February 18, 2012

Lirik Yang mama tukar dalam hati

Sedih..sebak..rindu..

Mama baru selesai menonton cerita dari Indonesia berjudul Hafalan Shalat Delisa. Sangat menyentuh hati dari permulaan cerita hingga akhiran cerita. Merambu rambu airmata mengalir. Cerita tentang tsunami yang melanda Aceh. Tentang kecekalan seorang kanak-kanak perempuan yang kehilangan ibu dan kakak, tentang kasih seorang ayah dan keteguhan serta ketabahan iman dan hati mereka dalam menghadapi dugaan dari Yang Esa.

Mama sangat tersentuh dengan ungkapan "Delisa sayang ummi kerana Allah".. "Ummi juga sayang Delisa kerna Allah. Sangat touching cerita tersebut, membuatkan dada jadi tersangat berat. Mia, mama sayang Mia juga kerna Allah. Sayang sangat dan sekarang rindu sangat!!

Lirik yang asli..mama hanya ubah liriknya didalam hati kala mama nyanyi sendiri...
--------------------------------------------
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)

Lagu Ibu

February 17, 2012

Drama Jepun


Entry yang tak ada kena mengena dengan pic diatas. Mood mama kurang baik. Moody sikit. Tak boleh nak bersuara, tak boleh nak stop suara orang lain selain suara diri sendiri. Sangat tak bagus kalau terpaksa melalui hari-hari dalam keadaan macam ni. Tapi biasakah mama bertahan? Insyallah mama mampu tapi tegarkah hati mama?

Mood mama sekarang nak tengok drama Jepun yang famous kat TV dulu sekitar tahun 1980an to 90an especially Maero Attack, Rin Hanekkoma, Chiaki etc. Tapi sukar betul nak dapat full drama direct. Tersangatlah susahnya. Mama sangat berbesar hati andai ada yang tahu bagaimana mama boleh perolehi full drama tersebut. 

Ummmm dari tadi mama dok godek Youtube cari, jumpa sikit tapi not a full drama. Mama tak suka, mama nak full drama so boleh layan kat lappy ni. Please sapa-sapa yang tahu...

February 15, 2012

Bersih..Suci

Emmmm hari yang penuh dengan kesibukan, hari yang memenatkan buat mama sebab banyak kerja yang nak dipulun, pastu passport mama buat hal pulak!!! adoi!! sakit jiwa woo.

Hari ni juga kalau dikira "pendarahan" yang bermula ahad lepas,  dah hari ke 4 tapi badan sakit-sakit macam baru nak period aje. Kepala pusing, perut tak selesa, "Cik B.." pun rasa sakit. Mama tak berharap tapi kawan-kawan mama suruh mama test urine. Nak test ker? Umm nak test ker? tengok esok pagi bangun tidur la ya.

Hari ni area rumah mama ada pasar malam, mula tu malas nak pergi tapi sebab papa kata nak cari kuih putu, ikut ajelah kan. Sempat mama pau papa laksa sedap! pastu lalu kat orang jual satay, bau sungguh best, beli pulak satay. Papa nampak orang jual apam balik, beli pulak apam balik yang rangup tu. Putu tak jumpa lagi..jalan nak cari putu, jumpa murtabak, beli pulak murtabak. Sebab tulah mama tak nak pergi pasar malam, sebab nak beli satu aje dah jadi banyak. Selalu macamtu..maka nanti berlakulah pembaziran, pastu sure papa pun berleter hehehhee.  Putu? tak pergi pun cari putu sebab dah banyak makanan.

February 14, 2012

Cerita atas highway

Mama sangat marah dan sakit hati!! Dah banyak kali mama dengan papa jumpa situasi macam ni!! tak tahu la kan diaorang ni sebenarnya tahu or tak tentang keselamatan or saja tak ambil peduli, tunggu masa berlaku baru nak menyesal. Sorry!!! masa tu menangis, meratap meraung pun tak akan ada gunanya.

Mesti tertanya-tanya kan kenapalah mama ni dok berleter tak tentu pasal. Tadi masa on the way balik rumah dengan papa, kat highway Jalan Duta nun nak masuk ke Guthrie pulak, sebelah lorong kiri mama ada satu kereta kancil, boleh tahan laju nak himpit ke kanan, kiranya lorong mama sebab nak guna smart tag, sebab mama lagi laju so, memang real la nampak kereta kancil tu. Rupanya yang memandu tu perempuan, bezanya mama tak drive tapi papa yang drive, so mama peratikan, cik akak tu drive laju satu hal, signal tak kasi, then tahu tak apa mama nampak?? dia drive dengan anak dia kat pangku dia, sebelah tangan pegang stereng kereta, sebelah lagi pegang anak, sambil tangan si anak tu dok berlaga-laga kat stereng!! cuba bayangkan!!!

Adoi!!! bahayanya..cakap dengan papa, papa kata mungkin tak ada car seat kut..mama kata tak apa, kita slow, kiter tengok bila dia potong kiter..then..seperti yang dirancang, kami dipotong, yesza!!!! nampak ada car seat sebelah pemandu..naperlah drive macam tu wahai akak kancil, tak fikirkan kan keselamatan anak dan diri sendiri? even memang salahkan kalau car seat tu letak kat depan, supposed car seat kat belakang penumpang..ummmm papa kata, nak buat macam mana, orang tak belajar dari pengalaman orang lain, nak kena dulu baru nak belajar..

Aduhai, hilang apa yang dikasihi dan disayangi tak akan ada penganti. Merana jiwa. Berwaspada dan berhati-hati demi anak-anak dan diri serta orang lain. Sakit kehilangan sangat perit.

February 13, 2012

I believe I Can Fly


Tengahari tadi mama beli UPT test konon nak test sendiri sebab pagi tadi bangun tidur tak ada tanda-tanda bleeding, konon aje yer. Lepas beli, ummm macam tak kasi mama guna ajekan, pergi toilet tengok2 macam kawan baik pulak!!! ummm sah mama dah failed first treatment untuk tahun ni.

Perasaan mama? Ummm mama redha, even semalam pun mama doa dalam hati, minta Allah berikan jalan dan petunjuk jika benar ada rezeki untuk mama, kuatkanlah ia pada rahim mama, jika ia bukan rezeki mama, mama redha. Papa pun mama tengok ok aje sebab papa ni memang cool aje bila mama pun cool, kalau mama nangis, sure papa tak cool, sure papa tak suka.

Hari ni mama tak pergi surau, kawan office tegur mama..mama cakap mama dah failed, terus kawan mama kata, "tak mau nangis yer, usaha lagi" auww!!! nampak sangat mama ni kuat nangis kan? hehehee..mama jawab "eh mana ada nangis, dah tak tau macam mana nak nangis, insyallah..nanti cuba lagi" see!! mama tak putus asa kan? mama rasa Allah berikan mama kekuatan yang sangat hebat!!! entah kenapa semalam mama seolah rasa lemah sangat kala mama mencoret entry semalam, tapi hanya seketika!! malamnya mama rasa kekuatan mama datang kembali. rasa degil mama muncul lagi. 

Mama pasti ada juga suara-suara yang sinis pada mama. Kenapa nak buat lagi treatment? treatment kan guna duit banyak,sakit. Dah banyak kali cuba tak berjaya, tak payahlah buat. Itu kata-kata hanya  di belakang mama, sangat pedihkan bila telinga mendengarnya. Setiap insan dugaan dariNYA sangatlah berlainan, jika tidak sudi berkongsi kasut apa salahnya benarkan mama berjalan di laluan yang sama. Mama tak pernah minta dugaan begini, diuji dengan pelbagai ujian, tapi mama redha sebab mama tahu Allah sayangkan mama dan papa, dengan ujian dan dugaan membuatkan mama dekat pada DIA.

Insyallah, andai diizinkan Allah, mama tetap akan teruskan treatment mama, cuma sekarang mama nak rehat dalam sebulan dua, sebab next month mama akan dapat anak sedara baru, bulan lima pula lagi seorang anak sedara..bestnya!!! bertambahlah budget raya mama tahun ni!! Papa dah ajak mama pegi bercuti lagi, maybe nak happykan mama. Wah bestnya dapat jalan lagi.


Dear Friends and Readers

 
Thanks semua sebab always bersama mama, bersama cerita sedih dan gembira mama. Bersama jatuh bangun mama. Bersama mendoakan kejayaan mama walaupun seringkali gagal dalam berusaha. Mama pasti akan kembali bersama kekuatan kalian untuk berusaha dan berjaya walau seribu kali mama jatuh, tapi mama pasti, insyallah satu hari dan satu detik yang istimewa, doa kalian dan rahmat Allah akan mengiringi kejayaan mama. Mama berharap detik itu, mama masih dapat lagi berkongsi rasa nikmat itu, mengangkat tangan penuh kesyukuran bersama kalian.

February 12, 2012

IUI - Days 19

Dah hampir 2 minggu mama buat IUI..hari ni, hari ke 19, bangun pagi macam biasa, paksa papa bawak mama breakfast kat Shah Alam, papa cakap " mama ni kuat makan la". Ummm mama tak peduli sebab mama rasa perut mama macam banyak angin aje.

Lunch tapau lauk dari kedai sebab mama dengan papa dah kena penyakit malas nak masak. Tetiba rasa macam penat, mama baring sambil letak phone atas perut mama, buka orang mengaji. Sekarang sangat suka buat kerja macam tu. Mama pergi toilet, then ada darah. Opss sebelum tu, mama belum lagi buat UPT sebab nak tunggu buat kat LPPKN coming Wednesday ni. Mama dah rasa takut..cuak dan gabra. Bagitahu kat papa, papa diam aje maybe papa tak tahu nak keluarkan ayat yang macam mana untuk mama..salah cakap nanti sure mama nangis kan..so maybe papa rasa, baik papa diam aje.

Ummm now mama tak buat apa, baring pun malas, nak duduk pun malas, hilang kejap semangat, rasa nak menangis tapi airmata tak nak keluar, itu sungguh menyiksakan!! rasa berat, rasa sesak sangat nafas!! mama harap, Allah terus berikan mama kekuatan dan kesabaran sebab mama rasa mama makin lama makin lemah dan tidak sekuat dulu untuk menghadapinya.

Opismate mama yang dulu sama-sama pregnant dengan mama, sekarang pun dah pregnant lagi. Mama happy sangat untuk dia sebab kali ni, kawan mama pregnant tanpa buat treatment. Dia sangat takut mama terluka, sedih gara-gara dia pregnant..duduk bersebelahan pulak tu..ummm rezeki dia kan, memang rasa sedih tapi gembira pun ada untuk dia.

9th. Anniversary

Last 2 weeks celebrate our anniversary..sangat seronok walaupun papa kekadang tak berapa nak sihat, try to be cool and steady,enjoy our holiday. Thanks papa for the lovely hadiah, surprise hadiah and card! Mama bagi card aje sebab tak tahu nak kasi apa kat papa,nak beli barang untuk papa kena bawa papa sekali, suruh pilih aje hehehe..mama dengan papa seperti biasa bila anniversary mesti nak pergi celebrate. Kali ni pergi Cameron Highland aje. Alhamdulillah 3 hari kat sana, turun sebelum jalan kat sana jammed dgn kenderaan pada hujung minggu, sambung cuti balik rumah maktok.

card and hadiah dr papa..mama kasi kad je
sgt seronok time ni, teruja!!!

Ladang Tea
View dari balcony hotel




February 6, 2012

Update

Mama masih belum berkesempatan nak update entry anniversary mama. Mama tak larat sebab mama demam dan cirit birit. Nanti ada masa, masa buat entry yer. Thanks Zalin sb kasi award kat mama, belum dpt ambil lagi award tu. Nanti mama ambil yer. Thanks juga sebab tolong mama hehehehe.

February 1, 2012

Today




Today is our 9th wedding anniversary.   That makes us sound very old.

Popular Posts