April 29, 2011

Off to...

Mama off to Perak until next week..kejap lagi lepas Subuh dah nak bergerak dari  sini. Celebration birthday mama on Saturday..didn't expect birthday present dari papa sebab on that time, we ada kat Perak..but mama suka surprise! hoping ada surprised untuk mama macam biasa. 

April 28, 2011

Kekuatan dan Ketabahan DariNYa

Hari ni last mama kerja..esok Jumaat, mama dah cuti..yes! mama nak balik kampung..nak pergi jenguk banglo kecil Mia yang dah lama sangat mama tak pergi ziarah since mama selalu busy dengan treatment-treatment mama..rasa rindu sangat..ummmm dahmula rasa sebak, rasa macam sekarang nak terbang terus..

Tak sabarnya mama nak jumpa anak-anak sedara mama..dah boleh bayangkan betapa peningnya kepala mama, betapa penatnya mulut mama nak bercakap, betapa teruknya tekak mama nanti bila kena menjerit..betapa teruknya mama bila kena buli..uhhh rindunya kat bebudak tu..mesti mengada-ngada nanti, mesti tak dengar kata  dan mesti mama dengan papa asik kena bodek..mesti kena belanja makan KFC or Mcdonald nanti..tak mau tak mau makan!! mama dah berisi sangat rasanya akibat asyik makan ubat hormon aje..

Tak sabar rasanya nak tengok bebudak tu pakai gaun dan Tshirt yang mama beli, mesti perasan cantik dan handsome..mesti nanti kena bawak pergi cari basikal baru..adoi!! tauke balak pun boleh bankrap tau sayang maklong oiii..maklong belum balik lagi, dah banyak pesanan penaja..time belum dapat barang semua sayang maklong, dah dapat yang dikehendaki, maklong ke mana..sayang pun kemana..

Sabtu birthday mama!! bestnya orang celebrate birthday mama sampai ari ahad bawak ke hari isnin! heheheeh..mama nak dok kat kampung lama sikit, nak main-main dengan anak-anak sedara mama..nak pegi banglo Mia..harap-harap banglo Mia kemas dan bersih ..

Perasaan mama sekarang? ummmm still ada rasa frust dan sedih, tapi mama tetap akan berusaha supaya mama dapat permata hati yang mama selalu inginkan..yang dapat jadi peneman mama di dunia ini..entah kenapa mama masih ingin terus berusaha..entah kenapa mama belum lagi mengaku kalah..entah kenapa mama masih mempunyai kekuatan..terima kasih Ya Allah atas ketabahan dan kekuatan yang Kau berikan pada hambaMU yang lemah ini..

April 27, 2011

Satu Episod Kegagalan

Semalam mama dah check urine..hanya dapat result satu line je..dah menangis sepanjang malam, bangun mata bengkak! arini period! aduh sedih sangat..hampa semua ada. Sedih kan mama? Kesian kan kat mama? Papa? Papa diam aje sebab dah paham sangat dengan mama ni, karang dipujuk lagi teruk sedihnya, so rasanya papa ambil pendekatan mendiamkan diri..usha mama je dari jauh supaya mama tak buat keje bodoh agaknya..

Masa kat office, mama sms papa, padahal boleh je cakap dalam kereta kan.."papa, tadi ada darah period keluar"...papa balas msg mama "tak apa, dah tak ada rezeki kan..nak buat macam mana..kita dah usaha..tak mau sedih sedihlah, buruk lah ucuk papa bila sedih"..ingatkan ada lah received bunga ke apa ke dari papa tapi tak ada pun..tak romantik langsung..tak bagi peluang langsung jadi glamer kat office..

Harini mama tak pergi solat..so banyak ler pertanyaan yang perlu dijawab..ada yang mama jawab ada yang mama diam je..sebab mama dah tak tahu nak jawab apa, jawapan tetap sama pada soalan yang sama setiap bulan..apa nak dihairankan, ini semua dari Allah..redha je..redha yerk?

Teruk kali ni, mama rasa, mama banyak kehilangan darah..rasa pening, perut mengeras macam nak meletup..masa kat restroom, rasa nak pitam..lama sungguh mama kat situ, sambil tu amatlah sangat berharap agar budak-budak department datang cari mama yang lama sangat kat restroom tu..tapi agaknya diaorg tak perasan kut yang mama ambil masa yang lama..masa kat restroom tu juga, mama  terkejut pun ada, sebab tetiba keluar ketulan darah hampir besar 2 jari mama..patutlah sakit sangat..tak pernah rasa teruk macam ni..harini memang rasa teruk sangat! lemah sangat badan dan lemah minda!

Papa datang ambil mama kat office, nasib baik jalan jammed so sempat singgah farmasi, cari Clomid..nak makan and try checking waktu subur sendiri..esok nak pergi Guardian sebab nak beli ovulation kit..kali ni tak nakbuat appointment dengan gyane mama..tak nak buat apa apa pun sebab mama rasa sekarang mama tak cukup kuat nak face doctor sebab malu asyik gagal je..lagipun bulan depan mama busy sesangat, bulan June pula busy dengan majlis kenduri  perkahwinan adik mama..mungkin kalau tak berjaya pregnant natural, hujung bulan 6 baru start balik treatment, masa tu insyallah duit dah bertambah balik..



Gelodak Perasaan

Musnah harapan..berkecai impian
Semalaman menangisi angan-angan
Membiarkan airmata membasahi lengan
Mengundang mimpi yang tidak kesampaian
Pagi mama tiada bersuara
Hanya kedengaran radio kereta
Mama melayan perasaan
Papa juga tiada berkata
Harapan dan impian
Menggunungnya tinggi
Kejayaan dan kegagalan
Meninggalkan kesan dihati

Pahitnya rasa
Bila diri dicurigai
Sakitnya luka
Bila pengorbanan diri
Jadi umpatan hati
Wahai teman, bukan sahabat
Mengertilah hati seorang ibu
Fahamilah gelodak seorang wanita
Ini bukan yang diingini
Ia adalah dugaan Yang Esa

April 26, 2011

Geram II

Rasa sedih berkampung kat dalam hati..hati yang tiada taman sebab taman telah pudar warna serinya. Mama nangis senyap senyap dalam bilik takut papa tahu tapi tetap KANTOI dengan papa walaupun nangis siap tutup dengan bantal! "mama? Ishhhhh naper nangis?"..mama diam aje sebab kalau cakap mesti serak suara, tapikan papa ni mcm tak paham je kenapa mama nangis! Saja la tu..

Mama nak mak dan abah mama yang nun kat Perak..nak bagitahu mama sedih sangat..tapi ishhhh tak boleh bagitahu diaorg, sebab kalau call pun, dengar je suars mama dah mula menangis, tak bercakap lagi tu..dah selalu macam tu, jadi mama dah mula kena belajar sedih sensorang..mak mama selalu kata mama "kememe"..

Eh! Anak mama Mia tak ingat mama ker? Lama tak datang jenguk mama dalam mimpi..lama tak dtg main dgn mama, dah lupa mama ker? Tak kesian kat mama? Mama rindu Mia..rindu sangat..sabtu ni birthday mama..uhhh dah tua la mama kan tapi sorang anak pun tak ada untuk temankan mama..pernah ada Mia tapi..tunggu mama kat sana pulak..uhhhh sakitnya sedih ni..pedihnya rasa rindu ini..peritnya rasa!

Benci!

Dah lama mama tak mencoretkan?
Dah lama mama menyepi dari rumah kecik mama ni..
Tapi mama selalu datang jenguk rumah mama
Selalu membaca luahan serta cerita ceriti kawan-kawan mama
Mama jengah-jengah blog kawan-kawan mamaa cuma..
Kekadang mama tak tinggalkan kesan sebab mama tak tahu nak tulis apa..
Teruk kan mama..

Hari ni mama rasa lagi teruk
Rasa teruk sebab dah lepas 2 minggu
Dah hari ke 16 lepas IUI
Mama paling tak suka bila kena tunggu
Tunggu result!
Tadi gatal giler pi check UPT
Result tak bagus!
Kenapa satu line je?
Kenapa tak double line?
Uh!! tak suka tak suka
Argggggg!!! hate this feeling again!

April 13, 2011

Done! Thanks Doctor

Petang semalam mama baru discharge dari hospital..done for my IUI on Monday (11/4/2011)..this time of IUI rasa teramat sakit hinggakan selama ini mama tak pernah "mengaduh" ketika procedure itu dibuat, tapi kali ni, bukan setakat "mengaduh" lagi siap pegang lengan nurse lagi masa doctor nak masukkan speculum tu...sakit sungguh!

Speculum tu macam mulut itik..bila dah insert tu, boleh dengar macam"jerk" kereta..uhhh memang sakit, lepas dah letak speculum tu barulah boleh masukkan catheter for injection sperm terus dalam rahim...berenang cepat-cepat dan kuat yer wahai mr.sperm..and dok kat situ kuat-kuat!!

speculum..dari mr.goole hehhehe



catheter inserted

Alhamdulillah, masa doctor baru nak start insert speculum, mama rasa macam nak jerit, after that lepas dah catheter pun insert, mama tak rasa sakit macam sebelum tu, lepas settle procedure, baru rasa teruk..huhuuu nak nangis..rehat dulu kat bilik procedure hampir 45 minutes juga...lenguh dah badan, tekanan darah pun tak stabil, asyik rendah je..

Doktor kasi kat mama ubat dexamethasone 0.5mg yang kena makan selama 10 hari untuk membantu mengurangkan hormon lelaki dalam badan mama..kemudian mama di transferkan ke ward..lega! tidur nyenyak lepas tu..terjaga bila kawan mama datang melawat bawa airkrim!! sedap!! rasa senak ada lagi sikit tapi bila nampak aiskrim, lupa dah rasa sakit.

For this time, cost untuk procedure until mama discharge semalam adalah..


1. Disposables Items                      RM52.24
2. Equipment and Procedure          RM122.80
3. Infertility Items                          RM140.20
4. Inpatient Admin Fee                  RM21.00
5. Operating Theatre Supplies       RM1.20
6. Pharmaceutical Item                  RM4.40
7. Single Standard Room               RM196.10

Total Cost                                       RM537.95 (round figure heheheh)

Cost paid by mr.hubby..terima kasih yer sayang hehehehe..but mesti hairan kan, tak ada consultation and procedure fee doctor! yes!! memang pun..masa mama received discharge bill memang tak ada cost untuk specialist consultation and procedure.. mama guess doctor memang tak ambil consultation and procedure fee dari mama sebab mama kan patient yang selalu aje menangis dalam bilik doctor hehehehe..thanks to my specialist gynae sebab dah kurangkan cost mama..moga Allah membalas budi baik doktor..hoping kali ni, the result tak akan menghampakan mama dan juga doctor mama.

So total cost for this cycle until mama done my IUI procedure adalah dlm RM1,085.90. Moga Allah terima segala usaha mama dan papa..terima kasih pada doctor mama yang bersusah payah memberikan rawatan terbaik untuk mama yang selalu menangis dalam bilik dia, yang jarang berkira tentang consultation fee dan procedure fee dia..hampir RM300 lebih tau kalau doctor nak charge mama untuk consultation and procedure. Hanya Allah yang boleh membalas budi baik doctor!







mama love this pic..ummm sedap ni dapat cium kaki baby


April 10, 2011

Another day for procedure..

Esok mama ada

yang perlu mama lalui untuk entah keberapa kalinya..dah tak ingat berapa kali buat treatment ini. Hoping everything's ok for me and my lovely blog friend Mira yang akan melalui procedure macam mama esok. Please doakan kami berjaya ya..

Dear baby, please hang in there for mama and auntie Mira..please be strong ya..esok mama dah kena masuk ward, macam check in hotel dah pulak rasanya tapi mama suka bilamana mama kena warded.

April 9, 2011

IUI Lagi..

Pagi tadi mama ada dating dengan doctor mama..nampak gayanya, mama masih tak dapat buat IVF sebab ada satu telur mama dah pecah, so doktor decide untuk IUI sahaja..mama tak kisah dah IUI or IVF sebab mama hanya mampu berusaha, menyuntik diri dengan ubat, menelan ubat dan sebagainya, dengan satu harapan lambat laun Allah pasti akan tolong mama..

Sambil doctor terangkan pada mama dan papa tentang ketebalan dinding rahim mama, tentang hormon dalam badan mama, mama dah berkira-kira, apa yang doctor nak buat mama rela, mama tak peduli apa orang nak kata, sebab mama dan papa tak pernah guna duit dioarg pun..kalau nak dikira-kira segala cost yang telah dikeluarkan selama ini, mama dah boleh dapat sebuah rumah lagi, tapi itu tak bernilai berbanding zuriat yang mama tunggu..mama tak kisah..

Doktor kata kat mama, tiup follopian mama dua-dua belah okay, tak ada yang tersumbat, tak ada penyakit endo pun, dan doctor yakin yang mama boleh mengandung, cuma doktor tak nak mama putus asa dalam berusaha..bila sampai kat ayat doktor tu, hati mama jadi sebak..teringat peristiwa semalam bilamana mama rasa terhina! sambil pandang papa, bibir terketar-ketar nak bersuara..airmata menitis..tapi papa pula yang mula bersuara "dia ni (mama la tu) preasure lebih doctor, takut tengok" ishhh mama pulak salah..lagi la cepat menangis mama tadi bila dengar papa kata macam tu..tapi dengan suara antara dengar dgn tidak, mama cakap kat doctor, "semalam saya rasa terhina sebab ada orang kata, anak saya anak tabung uji!" menangis lagi mama kat dalam bilik doktor..tak ada dah rasa malu kat doctor dengan nurse..

Doctor mama pandai handle mama..doctor kata "tak apa, Monday kiter buat IUI pagi, jangan tension-tension, kita kena berusaha, saya tahu awak boleh mengandung, insyallah selagi ada usaha, kita pasti berjaya..keluar dari bilik doctor, mama rasa ramai yang perasan tentang muka menangis mama yang tak comel ni..ummm tak ada rasa nak malu pun, sebab bila nangis, mama rasa lega sikit..

Esok nak gi main basikal dengan papa kat Bukit Cahaya Sri Alam (Bukit Cerakah)..hari Isnin pula, mama dah nak buat IUI. Moga Allah masih lagi memberkati usaha mama.

April 8, 2011

Rasa Terhina..

Bengang!! Sedih Sangat!!

Mama rasa terhina sangat hari ni..dah lah dengan badan yang tak berapa nak sihat, rasa macam lemau je badan mama ni tapi mama gagahkan juga pergi office sebab mama takut next week mama MC panjang. Seperti biasa, mama settlekan dulu job task mama yang penting lepas tu mula nak buat yang baru..but!! aduyai, suka tau create benda baru pastu tak bagitahu, bila tanya baru nak cakap, meeting without mama ada kat office! ishhhh dah terasa hati dah tu, mama ni nak settlekan kerja, bukan nak kasi keje berlambak-lambat atas meja mama, sayang oiiiiii...

Disebabkan mama yang jadi orang pertama, gara-gara dah letakkan kat meja mama tu kan, so nak dengan tak nak, kenalah buat benda alah tu, kira mama ni macam bahan ujikaji..tu kira boleh accept lagi la walaupun discuss masa mama MC..boleh? tapi yang membuatkan mama rasa terpukul, tersentap jiwa raga dan perasaan, dan yang paling penting mama rasa terhina sangat sebab ada satu ayat keluar dari mulut seseorg ni bila mama bising sebab tak discuss or bagitahu mama pasal format baru tu " ala, org lain tak siap lagi, kau dah abis dulu kan, so kiranya kau ni macam ujikaji lah jugak utk buat benda ni, nak tengok senang or susah..macamlah tak biasa, kau kan suka bab uji menguji nak, tabung tabung uji ni.." auww!!! ayat sentap tu!! rasa nak menangis masa tu tapi mama tahan je..mama tak pasti dia maksudkan ayat tu atau sekadar gurauan..tapi mama terus hilang mood!

Hina sangatkah anak mama bila dibantu dengan tabung uji? hina kah mama? teruk sangat kah mama andai mama tak dapat mengandung dengan normal macam orang lain.. berdosakah mama, bersalahkah mama pada anak-anak mama? sedihnya mama..mama sms papa bagitahu tentang rasa terhina mama..berderai-derai airmata mama..tolonglah fahami, tidak ada seorang wanita yang berkahwin yang tidak inginkan zuriat..antara senang untuk pregnant dengan tidak sahaja..

Luka dihati memang boleh diubati, tapi parut tetapkan ada...mama cuba terima kekurangan yang ada, mama telah berusaha tapi rezeki dari Allah, andai Allah takdirkan zuriat mama dari cara yang normal, alhamdulillah, andai Allah takdirkan zuriat mama hasil dari usaha mama dengan kepakaran sains, mama terima tapi janganlah biarkan kata-kata itu kedengaran sekali lagi..kasihanilah mama yang telah kehilangan permata hati, janganlah diragut lagi ketabahan yang disemai dalam diri ini..

April 7, 2011

Day 12..Appointment

Hari ni, pepagi lagi mama nak sampai office sebab, harini mama nak settlekan kerja mama cepat-cepat kerna mama half day petang..yes!! memang settle sangat, sungguh kemas cubical mama tau.

Alhamdulillah, papa ambil mama kat office so mama taklah penat nak terkejar kejar naik public transport tunggu papa kat KL Sentral kan..appointment mama mula jam 2 petang..12.45pm tadi mama dah keluar office, sampai Shah Alam, pergi makan nasi ayam PakMal..ummmm sedap..lepas tu baru pergi hospital..mama ada dating dengan doctor.

Harini ari ke 12 dalam kitaran haid mama..kena scan lagi..alhamdulillah, doctor nampak berpuas hati dengan perkembangan "telur" tu..ada yang dah cukup size dlm 18mm..ada yang baru 14mm..harini mama kena suntik lagi dengan Gonal F yang masih lagi ada bakinya..tujuanGonalF ni untuk membantu tumbesaran "telur"..selain dari GonalF, mama pun kena suntik ubat untukmenahan telur tu dari pecah..nama ubat tu Cetrotide 0.25mg..fuh!!! bisanya perut mama..sakit betul bila ubat ni masuk tru perut..dinding rahim masihbelum lagi tebal baru tebal 5inc/mm sahaja..lupa la pulak mama yang mana satu doctor pakai hehehhee..pastu arini mama kena ambik darah jugak sebab doktor nak tengok tahap hormon dalam badan mama..Sabtu ni, kena repeat lagi scan and doctor akan decide apa yang perlu dilakukan..hoping segalanya berada dalam keadaan yang tersangat la baik dan bagus. 

Demi untuk "adik" Mia, mama sanggup korbankan apa sahaja, janji segala usaha mama berjaya. Costing harini adalah seperti berikut :- hehehe

Admin Fee                                           ~ RM3.00
Syringe & Needles                      ~ RM7.60 (Rasanya ikut size)
Blood Test (Estradol E2)                     ~ RM47.00
Ubat Cetrotide 0.25mg (Injection)      ~ RM167.20
Specialist Consultation Fees &
Specialist Procedure Fee                      ~RM90.00


Total costing                                        ~RM314.80


Nasib baik ubat Gonal F tu ada lagi, kalau tak sure lagi bertambah tinggi cost harini..setahu mama Gonal F untuk dos yang mempunyai 300IU kira dalam satu set lah kan harganya dlm RM473.00 sahaja..ahaksss!!mahalkan..tapi alhamdulillah lah jugakkan sebab dos yang doctor kasi kat mama hanyalah 75IU so bermakna setiap kali suntik, mama hanya guna 75IU untuk sekali suntikan..campur harini, mama dah guna 3 suntikan..mungkin last pada sabtu ni..Gonal F ni lebihan treatment mama yang failed cycle lepas -:)


April 5, 2011

Scan dan Injectio Gonal F

Hari ni mama jumpa doctor..sementara nak gi DEMC tu, mama gi breakast dengan papa kat Kota Damansara tapi entah apa yang kami salah makan pun tak tahu, mata mengantuk sesangat..nak kata makan nasi beriani, tak makan pun, makan tosai dgn barli panas je..ishhh mushkil la...takkan la sebab mama tegur merangkap "merengus" mamak tu marah mama then jampi mama kan..lain yg dimintak, lain yang kasi, tak paham buat cara paham tu yang mama angin tu hehehhe..

Jumpa doctor, hari ni hari ke10 so memang nak kena scan tengok "telur"..alhamdulillah, telur banyak dan membesar ikut hari yang sepatutnya..doktor kata, kalau buat IVF best hehehhe..so doktor kasi ubat injection Gonal F yang kebetulan last month mama punyer ada balance lagi..simpan kat dalam peti ais comel doctor kat bilik dia tu..so ubat dah save la kan arini..cost dah kurang..arini doctor yang tolong injectkan kat perut mama..tak rasa sakit pun..esok mama kena buat sendiri kat office..

Hari Khamis nanti mama kena jumpa doktor lagi untuk scan..nak tengok perkembangan telur, sebelum doktor decide for IUI or IVF..tapi mama tengok tadi doktor memang kiv mama for IVF so if telur bagus, insyallah doktor akan kasi another ubat untuk tahan "telur" tu dari pecah.then if continue dgn IVF, mungkin hari Jumaat or Sabtu, mama kena masuk ward again untuk procedure OPU..

Moga segala usaha mama dan papa Allah berkati, moga Allah makbulkan apa yang telah papa dan mama lakukan. Mama harap sangat, kawan-kawan yang datang jenguk Mia dengan mama kat blog ni, akan mendoakan kejayaan mama dan papa.

April 4, 2011

Scan on days 10

Hari ni mama letih sangat, sebab arini hari monday-isnin **pinjam ayat abang nadime, anak handsome mummy ayu** cute sangat tau abang nadime ni, dah pergi sekolah dah mummy ayu tulis dlm blog..mesti mummy ayu bangga sangat dengan abg nadime kan Mia -:)

Tadi pun mama gi tengok adik aqil dgn mommy dia..mommy aida kasi hadiah kat Mia..suka tak? mama dah ucapkan terima kasih -:) adik nabila pula tak sihat, sian ibu ina..sedih sangat ibu ina bila adik nabila asyik nangis je..nanti kalau Mia rasa nak jadi budak baik, Mia tolonglah cakap kat adik nabila yer, janganlah nangis, sian ibu..cakap kat adik nabila, adik kena kuat macam siapa? macam kakak Mia lah hehehehe..

Hari ni mama banyak sangat kerja kat office, siap mintak kawan mama tolong tapaukan lunch lagi...buat report, buat recon dan buat filing pun sama..berat tu, file yang nak disimpan..banyak pula tu, tapi mama dah settlekan sebab rimas lah mama tengok, berselerak je..so tempat bos-bos, mama dah clearkan, dah nampak dah rupa wajah diaorg hehhehe..mmg tunggu mama jugak yang buat..tak apa, esok mama MC hehehhe..

Esok ada appointment lagi dgn doctor mama..ummmm doctor kata nak scan tengok "telur" mama ok ker tak.. nak kena tambah ubat or tidak..best wooo esok MC pastu nak tengok wayang rasanya..ok tak? Esok, insyallah, lepas jumpa doctor, mama buat entry lain yer kalau mama larat..

April 1, 2011

Bila Hati Berbicara...Inilah Rasanya


Mama rindu..entah kenapa mama merindui anak sulong mama, entah mengapa bila rasa rindu itu menyesak kalbu, airmata tetap tidak mampu melenyapkan segala yang terbuku..peritnya perasaan..peritnya hati..peritnya rasa sebak yang perlu disimpan jauh..sesak nafas sempit saluran hidung cuba menahan diri dari menangis, menangis kerana merindui, merindui rahmat Allah, merindui anak mama yang telah pergi..saat ini, hanya Allah yang tahu perasaan mama..

Mama rindu Mia, sayang Mia tapi mama juga perlukan adik Mia..supaya mama dengan papa tak rasa sunyi, supaya mama dengan papa dapat jaga adik Mia seperti mana yang mama dengan papa angan-angankan dulu ketika mama pregnant kan Mia..mama nak melalui pengalaman maktok mengasuh, menjaga mama hingga sekarang, mama nak sangat..mama nak merasai segalanya Mia..dulu mama ingat, mama dapat tangkap gambar mia macam ni..


tapi takdir Allah, dan ketidakmampuan mama sebagai hambaNYA yang lemah, benar-benar membuatkan mama rasa kekosongan..mama harap dengan rahmat dariNYa,dengan kasih sayangNYA pada mama, mama akan ada adik Mia, mama akan dapat menjalankan tanggungjawab mama sebagai seorang isteri kepada papa dan ibu kepada Mia dan adik-adik Mia..Amin Amin, moga malaikat aminkan doa mama yer..

Mia, bangga tak dengan mama? malu tau mama kalau Mia tak bangga dengan mama..mama masih teruskan usaha mama untuk mendapatkan adik Mia..mama nak sangat..sebab mama tak puas peluk Mia, bila mama ada adik Mia, tentu bila mama peluk adik, mesti mama rasa peluk Mia juga..rasa rindu ini boleh membawa mati..mati itu pasti..moga-moga Allah permudahkan untuk mama dan papa segalanya.


Minggu depan, hari Selasa, mama ada lagi appointment dengan doktor..mama nak adik supaya mama boleh kongsi rindu mama pada Mia dengan adik-adik, supaya mama boleh kongsi rasa kasih dan sayang mama pada Mia dengan adik-adik, supaya mama boleeh berkongsi cerita tentang Mia dengan adik-adik..supaya mama boleh tunjukkan gambar Mia yang macam papa **orang kata** kat adik-adik..mama nak nanti bukan hanya mama dan papa yang sedekahkah hadiah dari Al-Quran untuk Mia tapi ada adik-adik juga..

Mama..Tidak Seperti Dulu..

Semalam mama busy sangat dekat office almaklumlah month end, memang banyak sangat keje yang mendatang, kepala mama jadi berserabut, bukan sebab kerja tapi mama jadi rimas..bisingnya office mama! kalau bising pasal keje okay lagi, ni entah apa yang dijeritkan, yang dok bercerita..uhhhh memang semalam, mama rasa nak pecah kepala ni..dah ler kena buat daily reconciliation, nak buat report pelbagai, nak buat segalanya..uhhhhh memang penat kalau tak cuti setiap hujung bulan..tapi kalau cuti, lagi teruklah jawabnya bila masuk office, kalau balancing ada orang tolong cover,ok lah, buatnya orang tak peduli nak  cover, jenuh lah nak memerah keringat membuatnya..

Bila mama dok diam buat kerja, rupanya ada jugak yang perasan akan "diamnya" mama..jarang bersuara..agaknya sebab tak tahan tengok mama diam, tetiba ada message kat skrin pc mama "akak ok ker? diam je" auwww!!! tersenyum je mama, sebab msg tu pop up tengah-tengah mama buat kerja, nak kena babab ni..so mama jawab lah "eh, akak ok je, jangan risau..ni dok tengah buat balancing ni" hehehehe tapi bebenornya dok jugak mendengar diaorg tu merepek merapu mengusik segalanya..

Mia,betul ker mama ni ok? malam tadi pun ada kawan mama chit chat kat FB tanya mama ok ker tidak..sebab dia kata, mama macam tak happy je, tak ceria macam dulu, dah tak bising macam dulu..teruk sangat ker mama ni dulu yerk? bising sangat ker? ishhh mama masih macam dulu kan..cuma keadaan sedikit sebanyak telah merubah situasi sekarang..

Mama senenarnya kena tumpukan perhatian pada kerja mama, mama cuba nak settlekan semua kerja, semua report dan semua filing sebelum mama bercuti..sebelum mama MC and sebelum mama kena tahan lagi kat ward..perlukah semua itu mama terangkan pada kawan-kawan mama yang prihatin akan diri mama? ishhh mama tak boleh lah Mia, bila kawan-kawan mama macam kasihan pada mama..susah nak bwak diri dlam keadaan macam tu..arini, mama dah settlekan pula, monthly reconciliation and daily,sebahagian benda2 yang kena filing dan juga admin report..so hari ini, tak adalah banyak kerja yang mama kena struggle settlekan sebelum mama jumpa doktor.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...