January 28, 2013

Aqiqah dan Doa Selamat

Minggu yang penuh dengan cuti. Mama sangat suka bila cuti dan sangat suka juga bila berkerja. Masalahnya bila cuti panjang, mood kerja lambat muncul muahahahaha.


Minggu ni cuti Maulidur Rasul pastu mama sambung hari Jumaat cuti. Sebelum cuti maulidur rasul hari khamis lepas, mama siap ambil half day leave lagi sebab tak nak terperangkap dalam jammed kat KL nun. Hari ni cuti lagi sebab sambung cuti thaipusam yang jatuh hari ahad.


Mama balik kampung sebab tok ayah buat kenduri aqiqah cucu baru huhuhuu..aqiqah budak bam bam tu..Nur Adlina Humairah! Yeahhh budget raya tahun ni dah bertambah lagi lagi dengan pertambahan anak saudara.


Adik mama kata, Humaira ni gelap sikitlah along ahaks!! Tak dalah gelap sangat mama tengok Humaira tapi kalau nak dibandingkan dgn kakak Aqilah dan abang Iman dia, memang nampaklah beza. Humaira gelap sebab mak dia suka tengok cerita hindustan. Hidung penyet jugak hahahaa. Alaaa ok je lah kulit Humaira kan.


Minggu ni minggu yang supposed untuk preparation anniversary ke 10. Huhuhuu tapi tak ada prepare apa-apa pun untuk papa..poket kempis..kebetulan adik-adik pun nak datang rumah Jumaat ni jadi anniversary yang jatuh pada hari wilayah nanti boleh la kut kalau nak pau diaorang hahaha!


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 21, 2013

tentang ole ole

Yes!!! akhirnya dah received!! Hadiah buat anak-anak sedara mama. Minggu ni nak balik kampung!! Papa, kita confirmedkan balik kampung?


Hahaahah bebudak ni sure tak sabar tunggu maklong sampai!! Ada peluang untuk mama tunjuk belang dgn membuli diaorg ni. Nak barang mesti dengar kata maklongkan wahai anak anak.


Budak perempuan semua kena sama sebab kalau tak sama, penat nak jawab. Nama je berbeza itu pun Iman Harith punyer ultraman..sure nak kena soal jugak kenapa iman lain. Pasti kena! Hahaha budak2 memang banyak tanya tapi mama tak kisah..setakat budak2 tu, hahaah senang je mama kasi jawapan.."ok sekarang pilih..nak or tak nak" hahahaah sure semua nak kan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 20, 2013

tentang..langsir..dinner

Alhamdulillah..akhirnya rumah mama dgn papa dah berlangsir!! Tadi kawan papa datang tolong pasangkan ril langsir satu rumah. Nasib baiklah bukan papa yang buat, klu tak memang hancurlah ril dgn dinding.


Kat atas tu langsir baru mama hahahaha..huhuhuu hanya langsir simple tapi memang buat poket mama dengan papa kempis. Kat ruang atas belum abis kemas lagi. Penat sgt nak mengemas. Tak tahan berpeluh peluh.


Minggu ni memang tak pergi mana sebab dok melayan mengemas rumah..susun atur perabot tapi still jugak tak menyenangkan hati terutama katil baru mama!!! Huhuhuuu nak beli lain!!! Ada tak orang nak sponsor hehehe.


Last week dinner office mama..buat dekat Surf Beach Sunway Lagoon. Hanya utk staff sahaja. Papa tinggal kat rumah. Tak lucky sebab tak dapat luck draw..dapay door gift aje. Makan buffet tapi tak best. Rasanya department yang handle tu iaitu Corporate Comm kali ni failed!!! Sgt tak best sebab buffet, staff ramai, food tak refil. Big2 boss datang lambat!!


Kalau office hour staff tak boleh datang lambat begitu juga time dinner, klu lambat tak boleh masuk tapi big big bos lambat boleh aje..eeee tak ada tauladan sungguh. Opsss!! Theme dinner mama malam tu Alohaaaa!! Hawaian gitu.


Sangat sukar untuk update blog sekarang sebab line telekom belum pasang lagi..tiang dengan cabel dah pasang tapi kotaknya tak nampak lagi.huhuuu cepatlah mr.telekom...tak tahan la dengan mr.m yang slow ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 10, 2013

Cantik tapiiiii!!!!

Meja makan yang mama dan papa sangat suka bila tengok kat kedai tapi sangat sakit hati dengan mat bangla yang datang hantar malam tadi!!!


Dah ler kerusi tu putih melepak, boleh pulak diaorg angkat kerusi tu without plastik pembalut!! Dah hitam jadinya kerusi tu dek jari diaorg yang ada minyak tu. Eeeeee rasa nak baling kerusi tu kat diaorang tau. Pastu meja bergoyang!! Sungguh tak berkualiti. Bila complaint meja goyang, punyer hampeh pekerja bangla tu boleh dia lipat kertas pastu letak kat bawah kaki meja tu..ceh!!! Ingat kedai mamak ker!!!


Papa dah bengang giler dengan lwkerja bangla 3 orang tu...eeeee rasa nak rodok je diaorang tu..mati2 tak nak mengaku kualiti meja tu!!! Pastu siap tanya balance harga meja makan tu but papa tak nak bayar full sebab meja still bergoyang..papa kata kami tak puas hati kalau you nak angkat meja ni balik kedai, sila angkat..kalau nak tinggalkan pun ok tapi i tak nak bayar full sampai you datang esok betulkan supaya tak bergoyang..lap kerusi tu supaya tak ada kesan hitam minyak tu..we tak kisah!! Agaknya sebab tengok papa dah naik angin, diaorg janji nak pagi ni selepas kena jerkah dengah papa gara2 papa suruh datang pagi diaorg boleh lagi nak tawar tawar datang petang..cari penyakit betul.


Hari ni mama kerja, so mama dah pesan kat papa, nanti sruh guard datang temankan while mat bangla ni datang nak betulkan meja tu, kalau still tak ok jugak, sila ambik balik deposit beratus tu, kasi balik meja tu. Mama tak nak walaupun cantik. Rela makan bersila.


Sangat menyakitkan hati betul.!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 6, 2013

tentang..berpindah

Ya..berpindah sangat memenatkan!! penat badan dan penat fikiran juga. Dari 30/12/12 berpindah sampai ke hari ini masih belum lagi selesai mama dan papa berkemas. Andai ada cik merah mama, tentu mama dah mintak tolong kemaskan sekali..kemaskan or selerakan lagi?


Sangat penat bila kena kerja awal tahun baru. Coverkan 3 orang kawan mama yang cuti hampir seminggu ni gara2 penggal persekolahan dah bermula. Nak pergi ladies pun kena fikir tau.


Rumah baru ni still masih belum berkemas dengan cantiknya. Masih banyak yang kena cari dan touch upkan almaklumlah banyak barang ditinggalkan kat rumah lama nun sebab kesiankan orang yang menyewa.


Ada rahsia..rumah mama tak da langsir lagi heheheeh..so bila malam, tarik ampaian baju yang bergantungan baju tu, letak kat sliding door hahaha..semalam baru pergi tempah langsir..gila sakit poket beli langsir je..


Dua hari lepas beli washing machine fully auto. Lagi teruk mama!! Sgt conventional sebab tak pandai nak operate almaklumlah dulu guna semi auto je hahaha..last papa yang tolong.


Hari ni tak pergi mana sebab nak mengemas lagi. Poket pun dah koyak hahahaa. Mama kat atas konon nak mengemas..papa kemas bawah. Kat atas ni line sangat cantik kalau nak guna internet..kat bawah macam hampeh je. So ambik kesempatan kejap layan blog mama ni. Update blog pun dari handphone. Tiang telekom baru cacak. Harap2 cepatlah ada line. Bosan ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jantung Hati Maklong

Jantung hati maklong yang baru!! Time ni dalam NICU. Time yang buat maklong sangat susah hati dan duduk sorang2 kat hujung dapur sebab tak nak kasi paklong nampak maklong dia sedih.


Macam cousin dia tak? Mama tengok pic ni, macam ada iras arwah mia je..alhamdulillah sekarang baby dah sihat. Ada kat rumah maktok. Nama dia Nur Adlina Humairah Binti Noor Izzan Sitanis Abdullah. Huhuuu jenuh kena isi nama ambik masa exam kan hehee..


Published with Blogger-droid v2.0.4

January 1, 2013

Happy New Year 2013

Selamat Tahun Baru..Happy New Year!!

Oh mama tak sempat nak berkongsi segala cerita end of the year!! Banyak sangat cerita tapi masa tak seakan tidak ada untuk mama mengadap Ipad or notebook mama sama ada siang atau malam.huhuhu tak ada ruang utk mencuri masa itu..

Okay, mama dapat anak sedara baru!!! gegirl gitu!! Alhamdulillah..lahir hari Ahad 30/12..but sadly, baby condition not doing well..masa lahir terus ke NICU gara gara lemas..due on 25/12 but doctor suruh tunggu lagi..dua tiga orang doctor dengan dua tiga keputusan..mana satu nak kena dengar..adik kena tunggu sebab doctor tak nak buat caesar konon laluan dah ada..baby kat dalam tu konon ok..terpaksa lahir normal tapi air ketuban dan tukar colour..baby dah makan najis..ohhhh tak senang duduk si buatnya!!

Tok ayah bila mama call tanya how the baby, nada suara tokayah sebak and jawapan tokyah "baby macam baby along dulu.." terkedu mama..tak boleh nak bernafas sebab teringat tentang Mia mama..terus letak phone and duduk kat dapur sorang sorang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts