September 29, 2010

Tentang Hari Mia Pergi

Sayang Mama,

Tepat jam 12.00 pagi tadi..cukuplah masa..terhentilah seketika dengupan jantung mama kerna, saat ini pada 3 tahun yang lepas, sayang menghembuskan nafas terakhir sayang setelah bertarung 3 hari untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini..yer sayang, hari ni juga cukuplah 3 tahun Mia tinggalkan mama dengan papa serta semua yang menunggu kehadiran Mia.

Saat ini juga pada tiga tahun yang lalu,  mama dengan papa dalam perjalanan pulang ke Perak, untuk menyempurnakan "perjalanan terakhir" Mia..sedihkan mama masa tu..kita tak naik ambulance sebab mia dah rasa naik kan, masa doktor pindahkan Mia, bunyi ambulance tu pun tentu Mia masih ingat laig "ninon ninon ninon", laju sangatkan? tapi Mia naik kereta dengan paklang, tok ayah yang pangku Mia..masa tu mama macam tak nak kasi sesiapa pun pegang Mia..tapi semua orang takut, takut mama tak boleh handle..kesian tok ayah, mesti dia sedih sangat, dah la tak sempat main dengan Mia, kena pulak pangku Mia yang semakin sejuk..

Kita naik kereta yang berlainan walaupun mama nak sangat temankan Mia, tapi semua orang tak kasi, sebab tak nak sesuatu yang buruk berlaku dikala kami ingin "sempurnakan" pemergian Mia.. kereta mama ni rasa terlalu lambat bergerak, masa tu bulan puasa..mama dah memang tak puasa hehehehe..tapi masih macam orang yang berpuasa sebab dari saat Mia nazak, kami tak makan walapun sebutir nasi, tak minum walau setitis air..tapi kami semua tak kisah sebab kami semua sayang Mia..

Akhirnya, Mia sampai dulu kat surau depan rumah mak tok dan tok ayah..mama masih jauh di belakang..hati mama ni dah meronta-ronta nak cepat tapi papa yang drive, jadi mama kena banyak bersabar sebab mama pun tahu papa nak cepat juga tapi tak boleh sayang..mama sampai masa tu semua orang nak sembahyangkan Mia lagi sekali..

Cantiknya anak mama dalam kain kapan yang putih itu..sejuk sangat mama rasa perut mama, beruntung sungguh mama sebab mengandungkan Mia mama, mama cuba bertahan, mama cuba bersabar, mama cuba menahan airmata, mama cuba segalanya, agar semua yang ada di dalam surau itu tidak turut bersimpati pada mama, tidak berasa kasihan pada mama..tapi mama gagal Mia, sebab mama gagal menahan tangis..lemah sungguh badan mama rasakan, sebab lepas solat jenazah, Mia pasti akan dibawa pergi..pergi dari pandangan mata mama, papa dan semua yang ada..

Selasai sudah solat untuk Mia, dakapan terakhir..ciuman terakhir dari tok ayah, mak tok, uncles dan aunties..masa tu dan saat ini juga mama masih terdengar-dengar esakan dari insan-insan yang sudi hadir..mama hampir lemah Mia, terlalu lemah untuk berdiri..tiba giliran mama juga akhirnya..cantik manis sungguh anak mama, tenang aje mama tengok Mia, mama cium Mia..tak nak lepas-lepas..cuba tahan airmata dari mengalir, masa tu mama sedar yang mama memang telah kehilangan Mia, Mia tak mungkin akan kembali pada mama..tangisan mama akhirnya meletus..Mia mama telah pergi!

Hari ini September 29, telah genap 3 tahun Mia pergi, tapi kenangan indah Mia walaupun sedikit tetap mama hargai, tetap tersemat dalam hati sanubari mama hinga mama mati..tunggulah mama mu ini Mia..tunggulah papa mu jua..insyallah, kasih sayang kita tetap akan kekal abadi..kita berpisah di dunia ini, namun yang pasti, kita akan bertemu nanti..mama sayang Mia..papa pun sayang Mia..Mia pulak sayang mama dan papa kan?

September 27, 2010

Tentang..Majlis @ Acara Makan

Salam,

Hari ini pepagi lagi mama dah bangun awal sebab nak siapkan spaggetti dari menu campak-campak mama sempena majlis@acara makan-makan meraikan hari lahir "Mia" mama..kenalah buat hari ni walaupun semalam birthday Mia tapi masa tak mengizinkan almaklumlah jemputan rumah terbuka banyak sangat..

Mama buatkan spaggetti aje, sebab yang lain mama dah order dengan mak kawan mama..alhamdulillah, niat mama telah Allah penuhi, ada kawan-kawan mama turut membawa buah tangan untuk breakfast merangkap lunch..penuh meja sebelah mama..terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menjamu selera dengan apa yang ada..

Hati mama? gembira bercampur sayu..ramai yang tak tahu sebab apa mama buat makan-makan ni..so sure ada persoalan yang timbul walaupun mama rajin juga buat spaggetti untuk diaorg..mama senyum aje pada pertanyaan mereka..yang mana tahu dah tentu tahu jawapannya..dah tentu tahu hati mama meruntun sayu..harap hadiah mama, Mia terima dengan gembira..moga jadi sebahagian sinar untuk Mia kat sana..

September 26, 2010

Tentang..Hari Ini Hari Lahir Baby Mia

Cake Yang Paling Sedap
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Mia..
Happy Birthday to you.
Hari ni birthday Mia..hari lahir Mia yang ke 3 tahun..muahhhhhhhh..kiss dari mama disini buat anak mama di sana..malam tadi mama tak boleh tidur, mama rasa teruja sangat sebab hari ni nak celebrate birthday Mia..teruja sebab apa pun mama tak pasti..macam nak buat majlis untuk Mia aje..

Pagi tadi mama bangun awal sangat, bestnya kalau Mia ada, tentu mama dah surprisekan Mia walapun Mia kecil tapi mama tak kira, mama nak juga buat surprise! mama pandai sangat buat surprise ekekeke.. betul..papa pun kata mama pandai buat surprise! sayu sungguh perasaan mama bila jaga dari tidur yang tak lena..mama kata pada papa.. "hari ni birthday Mia" papa angguk aje kepala..mesti tak nak kasi mama sedih lagi..tapi mama tetap sedih juga sayang..mama kata lagi pada papa "hari ni dia dah 3 tahun kalau dia ada, mesti nakal kan" dan papa tetap macam tadi sayang, masih terus dengan anggukkan kepalanya..papa pun sedih ker Mia?

Akhirnya rasa pilu dan sedih mama tak mampu mama bendung...manik-manik mutiara terus berguguran..teresak-esak mama menangis..menangis pada hari lahir baby mamay ang cantik lagi comel ni..maaf yer Mia sebab mama nangis, supposed mama sambut birthday Mia dengan tawa riang yer? aduhai sayang mama, macam mana mama boleh ketawa riang seandainya tarikh keramat ini, adalah hari dimana Mia keluar melalui tingkap..melalui operation..masih lagi ada parutnya sayang..macam mana mama nak tersenyum manis, andai insan istimewa yang sepatutnya mama raikan tiada di sisi? Papa bila tengok mama nangis, terus kata "tak nak nangis..tak cantik..tak elok..nanti mesti budak kecik tu marah kalau mama nangis". Aduh! perasaan bagaimana perlu mama hadapi..

Pagi-pagi lagi mama dengan papa pergi breakfast kat luar, konon-konon celebrate birthday Mia..tapi kami berdua je yang makan..Mia tak ada..tak ada Mia untuk potong kek..tak ada Mia untuk buka hadiah dari mama dan papa..tak ada Mia untuk kiss mama dengan papa..tak ada Mia untuk mama dengan papa peluk erat-erat, gomol-gomol sampai Mia nangis..semua tak ada untuk mama celebrate dengan Mia..

Hari ni juga mama pergi rumah officemate mama..anak officemate mama sebaya dengan Mia..pedih hati Allah aje yang tahu..rasa nak balik cepat aje..nama dia pun Mila..hampir sama dengan Mia kan? kami sama-sama pregnant cuma mama cepat 2 bulan aje..uhhh!! sakitnya perasaan masih belum hilang walau telah 3 tahun berlalu..

Esok mama ada buat majlis sikit kat office sempena birthday Mia hari ini..mama order aje..cuma satu aje yang mama masak kat rumah kita..atas permintaan officemate, mama kena masak spaggetti..mama sambut dengan kawab-kawan mama tau birthday Mia..anak mama janganlah sedih ya..mama tetap ingat hari lahir sayang mama ni..sampai akhir hayat mama..

Selamat Hari Lahir..Happy Birthday Dear..apa lagi yang perlu mama ucapkan buat si kecik mama ni? Moga anak mama gembira disana..moga anak mama sentiasa ingatkan mama dengan papa disini..tunggu kami yer..doakan kami disini menjadi hambaNYA yang kuat dan tabah..

Allah telah selamatkan kamu anak ku dari dunia yang kejam ini..Allah telah memilihmu dari ku..Allah lebih menyayangimu dari mama dan papamu ini..insyallah, kita pasti bertemu nanti..Selamat Hari Lahir Sayang..Selamat Hari Lahir..Happy Birthday Dear Nurin Amni Damia Khalilah Yang Ke 3 Tahun.

Tentang Open House @ Rumah Terbuka

Salam,

Sabtu yang penuh dengan jemputan rumah terbuka..sabtu yang mana periuk di rumah sendiri digantung, dapur pula tak berasap dek kerana memenuhi jemputan rumah terbuka..hari ini juga hari yang penuh dengan pelbagai macam kenderaan jalan raya, di jalanan, highway pun jammed juga..

Terlalu banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dipenuhi, pada detik dan waktu yang sama..aduhai macam mana mama dengan hubby nak handle ni, kalau tak pergi kawan-kawan kecil hati...sedara mara mesti marah kan..mama dengan hubby cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan semua orang..mama ni segan nak pergi rumah terbuka ni, almaklumlah mama dgn hubby cuma berdua..uhhhh tengok kengkawan lain bawa anak-anak walaupun seorang, hati dah macam terluka..mama tak ada sapa nak bawa..

Mama rasa rendah diri sangat..takut pun ada..sebab tak tahu nak jawab macam mana if ada orang bertanyakan "anak berapa orang", "tak bawa anak sekali?".. kalau dijawab mesti ada pertanyaan lain kan.."sakit apa", "macam mana boleh jadi macam tu"..peritnya perasaan setiap kali terpaksa berdepan dengan soalan-soalan seumpama itu..pastu pasti ada yang kata, "tak apa, nanti ada rezeki lain", 'sabar" yer..huhuuu mama dah hafal semua itu..mama tak salah mereka yang bertanyakan soalan demikian, mama juga tak menafikan akan kuasa Allah..cuma yang mama tahu, Mama memang terkilan sebab anak mama tak ada dengan mama, tak dapat tengok dia membesar seperti anak-anak yang lain..

Buat teman-teman yang mama tak dapat penuhi jemputan rumah terbuka, especially buat ibu nabila (noina), maafkan mama yer..dah terlalu lewat untuk mama bertandang ke sana, tak manis tetamu bertandang di kala malam telah berinjak tua, pasti nanti disturb masa rehat tuan rumah..insyallah, mama pasti akan cari ruang masa yang lebih untuk mama bertemu dengan nabila..

September 23, 2010

Tentang Sambutan..

Mia, hari ni baru mama tersedar..bukan selama ini mama tak sedar, mama sedar sejak awal tahun lagi, mama pasti akan kena tempuhi hari yang paling mama nak elakkan..bukan sebab mama tak suka atau gembira tapi sebab mama tak tahu macam mana mama nak sambut hari itu..

Mama puasa hari ini, alhamdulillah berjaya juga mama berpuasa walaupun kat office, mama dah menggigil gigil menahan sejuk..memang sejuk betul kat office tu Mia, if Mia ada, Mia tak perlu risau sebab mama pasti akan memeluk erat anak mama supaya anak mama selesa..seronok tak berada dalam pelukan mama hampir 2 tahun lepas sayang?

Hari  ini baru seolah-olah terasa begitu cepat masa berlalu..mama masih disini, masih setia dengan papa yang menyanyangi mama sepenuh hati, masih setia dengan kecintaan dan kerinduan mama pada Mia..saat ini juga andai Mia disisi mama, sudah pasti mama yang paling sibuk sekarang..sibuk menguruskan majlis untuk Mia..majlis hari lahir Mia!!

Aduhai sayang mama..maafkan mama, mama tak tahu bagaimana nak uruskan majlis untuk Mia dalam ketiadaan Mia..mama buntu..confused semua ada..bestkan kalau Mia ada, surely mama buat majlis yang ada belon, kek yang comel ataupun mama panggil karektar kartun yang Mia suka dsbnya..tentu Mia suka kan sebab ramai kawan-kawan Mia mama jemput untuk main-main dengan Mia..maybe mama buatkan majlis tu kat Mc'Donald..KFC..Pizza or maybe kat Sunway Lagoon..ishhh Mia ni, surely la mama buatkan doa selamat untuk Mia juga..dan sekarang pun walau Mia dah tinggalkan mama, insyallah mama pasti akan buatkan majlis untuk Mia..

Lagi 3 hari hari lahir Mia, hari perut mama di potong..hehehee hari perut mama jadi macam tingkap sebab nak keluarkan Mia mama yang tengah distress kat dalam..naper sayang distress? tak sabar nak tengok dunia? tak sabar nak tengok mama dengan papa ya? ummmm mama pun tak sabar nak tengok Mia mama..teringat-ingat tangisan pertama Mia..

Mia sayang, jom kita kira sama-sama nak tak? kira berapa hari lagi tinggal untuk kita sambut hari yang paling bahagia buat mama..hari yang Mia keluar dari tingkap perut mama..jom sayang..kita kira dengan papa sekali..jangan sedih ya Mia, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Mia..nanti kita jumpa bila telah diizinkan oleh Allah..tentu seronok, tak dapat mama gambarkan perasaan mama nanti...rindunya mama kat anak mama..

September 22, 2010

Topik @ Office

Salam,

Hari ini macam biasa je..kerja kat office pun so far so good..mood aje yang pepagi tak berapa nak bagus. Sudah berulang kali mama dah pesan, dalam meeting pun dah bagitahu but still jugak ada yang tak ikut guideline..uhuuuuu geram gak mama di buatnya..penat kena call another department nak cari information yang sepatutnya..

Sejuk sungguh kat office tu, stoking, baju panas pun tak dapat cover kesejukan aircond semenjak dua menjak ni..kalau tidur, mahu dah tarik selimut sampai kepala..arini topik kat office petang-petang sebelum balik adalah berkenaaan dengan ibu tumpang, buang bayi dan yang sekarang tengah glamour kat newspaper ialah sekolah untuk remaja yang pregnant kat Melaka..juga berkisah pada pembuangan bayi..

Seronok juga kekadang bila tak ada kerja pastu bergosip pasal citer-citer macam ni..huhuuuu gempak jugak..mama bersuara pada kengkawan mana, "naperlah diaorg yang buang anak ni tak nak buang kat depan pintu umah aku ni, kalau  depan pintu dah sah sah aku ambil bebudak ni.." kawan mama kata, diaorg tak tahu yang mana nak bela..wahhhh!! mama rasa mama kena buat iklan agaknya yerk!!

Ishhh kalau ada orang nak kasi baby, mama sedia hulur dua belah tapak dan lengan mama menerima baby-baby ni..bestnya!!! alamak...Mia jangan cemburu ya sayang, Mama sayang Mia jugak..tak adasiapla yang boleh hilangkan kasih sayang mana pada Mia..

September 21, 2010

Photo Yang Fotogenik!!


Cucu Sedara Mama ~ Zara
Siapa gerangan si kenit ni? ni cucu kakak ipar mama, merangkap cucu sedara mama..umurnya masih muda jelita heheehehe..baru sebulan lebih masa mama mencoret. Si kenit ni lah yang mama dengan hubby dok kenen kenen kat kakak ipar nak mintak jaga, memandangkan anak kakak ipar mama @ anak sedara hubby mama ni ada anak-anak yang lain, kalau campur si kenit ni, adik beradik dah 5 orang..kecil-kecil dengan yang sulong baru aje umur 8 tahun..puas di kenen pada kakak ipar dan anak sedara tapi macam tak dapat aje..yang tak puas hati tu, dah la tak dapat, denganr nak dihantar pulak si kenit ni balik Pahang, tinggal dengan mak sedara belah babahnya...uwaaaa sedihnya..

Sireh Junjung Utk Majlis Pertunangan
Halwa ~ Hantaran Manisan
Bekas untuk Telur

Untuk Bakal Adik Ipar
Sabtu lepas adik lelaki mama bertunang...penat sungguh mama dibuatnya, almaklumlah Jumaat mama masih lagi bekerja, then family mama pula ada yang datang rumah kecil mama pada hari tersebut dan separuh lagi pada hari Sabtu pagi...uhhhh rumah yang ala ala kemas macam hotel, kembali berselerak, almaklumlah selalu tinggal berdua kali ni rumah mama tetiba jadi macam tapak pesta heheehe..Tahniah ye "Paklang & Maklang" hahahahah..lepas majlis pertunangan, kami semua berehat kat Intekma Resort, Shah Alam..hotel sponsor memang best tidur..

View kat resort
Tangga ke ruang beradu bahagian atas
Swimming Time
Macam Fairytale
Pokok yang berwarna warni
Papa dgn Batrisya
Mama dgn Anak Sedara (Batrisya)







September 19, 2010

Weekend Yang Memenatkan

Salam semua..

Hari ini, baru berkesempatan untuk berbicara lagi..mampukah mama? hehehehe penat tak hilang lagi ni..Jumaat lepas sampailah semalam, rumah kecik mama dipenuhi dengan family mama yang datang dari jauh..hehehee dari Perak je..jauh ker tu? tak lah jauh sangat pun..seronok mama sebab ramai sangat orang..yang paling best ada cousins Mia!

Semalam Sabtu, ada majlis pertunangan adik mama..kalau mia ada, Mia tentu panggil adik mama tu "Pak Lang"..aduyai! penat tak ingat..semalam jugak kami beramai-ramai berkampung kat Intekma Resort Shah Alam..saja tak nak balik rumah..alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan insyallah tahun depan mama dapat adik ipar baru..welcome..welcome..welcome "Aunt Jaja"..

Sabtu juga, selepas balik dari majlis tersebut, cousins Mia sibuk nak main kat swimming pool! seronok betul diaorg main, terkenangkan dan berangan la mama ni..konon-konon kalau Mia ada, tentu lagi havoc jadinya..Mia nak tahu tak, Aqilah dengan berlagaknya tak nak guna pelampung kat swimming pool tu..ala ala dia lah ratu kolam..suara dia yang paling kecoh! kakak batrisya dan adik atiyah control cool aje..bestnya kalau Mia ada, tak adalah kakak Aqilah tu "aksyen@berlagak" kat situ heheheeh..

Malam Sabtu pula, kami pergi jejalan kat ICT Shah Alam..first time mama sampai sayang...macam poyo je mama..hahahha..mama posing gak, mana boleh tak posingkan..cantik betul lampu-lampu tu tai penatnya kaki sampai harini terasa lagi..papa pun nampak macam kepenatan sangat tapi masih berusaha untuk menggembirakan mama..

Nanti mama uploadkan sedikit gambar-gambar pertunangan adik mama dengan gambar-gambar yang fotogenik kat sini..esok mama dah start keje..uhhhh macam malas je..

September 16, 2010

Rindu yang tak tertanggung

Syawal makin berinjak hari..ramadhan telah melepasi..jari masih ingin terus melayani perasaan hati. Alhamdulillah, mama puasa penuh tahun ni Mia..macam tahun-tahun yang lepas, mama dengan papa pun ada baju raya macam orang lain juga. Mama beli baju yang dah siap aje Mia, sebabnya tahun ni mama ingat nak raya pakai "uniform" tapi bukan rezeki mama lagi agaknya dapat pakai uniform tu jadi terpaksalah mama beli yang dah siap..papa belikan 5 pasang untuk mama heheehe..banyak ker? ala Mia ni, mama kan jarang buat or beli baju baru, jadi baju-baju tu mama boleh pakai pergi office jugakan..Mia tahukan, mama pergi rumah banglo usang Mia, mama pakai baju baru, cantik tak baju mama? colour sedondon dengan papa kan? kalau Mia ada, tentu mama tak perlu pergi "kawasan elit", tentu kita sedondon sama-sama..

Raya pertama, syahdu sungguh rasa hati, dari rumah maktok, hati mama berkata, "mama kena kuat, mama tak leh nangis kat banglo Mia" tapi bila sampai aje kat kawasan elit tu, airmata dah bertakung..hari tu, kawasan elit penuh dengan pelawat yang keluar masuk, tak macam hari-hari yang lain..dari jauh mama rasa anak kecik mama yang comel tak sabar-sabar tunggu mama, terloncat-loncat jerit nama mama dengan papa..betul tak Mia? rindu mama yer..mama pun rindu, rindu sangat! masa tu rasa macam nak berlari-lari sebab mama nak cepat sampai kat private balkoni rumah Mia tu..mama dengan papa bawakan Mia macam-macam..Mia suka tak? mama bawakan air yang paling sedap kat dunia ni, air dari surah yassin,,bunga-bunga dengan haruman pandan, walaupun mama tahu kat "tempat" Mia lagi best tapi mama tetap nak bawa juga sebab mama dengan papa sayang sangat Mia, walaupun Mia "pergi" dulu dari mama dan papa, walaupun kelihatan seolah Mia tak sayang mama dengan papa sebab tinggalkan kami berdua, tapi hakikatnya kami tahu kerna sayang Mia, Mia kena "pergi"..pergi untuk menunggu kami di sana..

Rumah banglo Mia dah usang..tak lama lagi genaplah 3tahun  usia Mia..kemudian 3 hari lepas genap usia Mia, cukuplah pula 3 tahun Mia pergi..memang telah usang banglo Mia, tapi kasih sayang, kerinduan mama dan papa pada Mia tak pernah berubah walau sedikit pun..Mia tahu tak, sebelum mam pregnantkan Mia, papa suka sangat dengan nama Mia..mama pun suka..papa suka tengok citer kat TV..alaaa citer yang pasal futsal tu..mama dah lupa nama citer tu, tapi ada fazura, sazy falak and ada sorang yang berlakon sebagai Mia..sorry sayang mama lupa nama citer tu..nama "Mia" pada papa dengan mama, sweet sangat..cute dan lembut, sebab tu, papa suka dengan nama Mia..alhamdulillah, anak mama gegirl, dapatlah papa panggil Mia walaupun nama dalam surat beranak Mia tertera Nurin Amni Damia Khalilah binti Mohd Sharif..naper nama Mia panjang? hehehe mama suka dengan semua nama penuh Mia..tapi kan Mia, kalau mama sembang-sembang dengan papa, mama selalu panggil Mia "budak kecik" sebab Mia tetap baby mama yang tak pernah "pergi" dari hati mama..parut operation, tingkap tempat Mia keluar masa bersalin makin hilang tapi rasa macam baru aje mama bersalinkan Mia..

Yeah, syawal pertama dan kedua, hati memang sering dipanggut rindu, disapa pilu sebab hati rasa kosong, cuba dan bergembira tapi mungkin tawa ria mama hanya pura-pura untuk menutup sendu di jiwa mama..malam sebelum raya, hati benar-benar terluka, rasa masa tu memang mama ada kekurangan..sayang mama pada anak-anak sedara menyebabkan airmata mama sendiri yang tumpah..salahkan mama tegur auntie-auntie Mia bila mereka marahkan cousins Mia? mama rasa malam tu juga mama nak balik KL..masa tu juga, mama rasa yang memang mama dah tak ada "Mia"..auntie-auntie tak rasa perit kehilangan anak macam mama rasa..dan mama tak nak mereka merasa  sakit kehilangan tu sebab mama takut mereka tak akan dapat hadapi satu perkataan yang bernama "kehilangan"..Mia tahu tak, bila mama menangis kat dalam bilik, cousins Mia, kakak batrisya, aqilah dengan adik iman pun masuk bilik, maybe sebab diaorang sedih kut tengok mama..masing-masing dok mengadap maklong yang telah "kehilangan" anak ini..aqilah yang paling banyak bertanya pada mama "maklong kenapa? naper maklong nanes? maklong nak pergi mana?" sayu hati mama..kakak batrisya tengok aje mama tapi mama tahu dia mesti sedih tengok mama nanes..adik iman? adik iman pun sama, dari tak pernah duduk dia, dari lasak, bila tengok kakak semua mengadap mama, dia pun dok diam jugak..mama jawap apa? mama jawab kat kakak aqilah "maklong cedih..maklong nanes sebab maklong cedih, maklong nak balik KL" ..ummm aqilah tak puas hati lagi.."maklong nak tidur mana? maklong cedih? banyak pula pertanyaan dari cousin Mia yang 3 tahun ni..mama rasa diaorang tak tahan tengok mama sedih, mama dengar aqilah dgn batrisya bagitahu papa, "paklong, maklong nangis, maklong nak balik KL"..argg papa tengah makan masa tu..sian papa..masa tu, mama rasa nak pergi je rumah banglo Mia walaupun hari dah malam..papa, maktok dengan aunties sebuk bertanya kenapa mama nangis..mam kena jawab macam mana? tak kan mama nak jawab mama kecil hati kan..mama diam aje..tapi rindu pada Mia tetap menggunung..if Mia ada, anak mama tentu macam aqilah yang keletah tu, nak marah pun mama tak sampai hati..rindunya mama Mia!

Banglo usang Mia yang perlukan renovation
Taburan bunga buat bidadari syurga
Batrisya, Aqilah, Iman Harith
Aqilah, Batrisya

September 14, 2010

Tentang Airmata Syawal


  video

  video


Sayu
Hati ini Makin Sayup
Rindu
Terkenangkan Anakanda
Wajah Anakanda Bermain Di Mata
Mengajak ku Pulang Ke Desa
Di Hari Bahagia Hari Raya
Lama Kutunggu
Bertemu Di Pagi Mulia
Namun Tidak Kesampaian
Airmata Jatuh Berlinangan
Kuingin Berulang Manisnya Bersama
Menyambut Hari Bahgia
Jarak Memisahkan Rindu Pertemuan
Bilakah Hasrat Jadi Nyata
Duhai Anakanda Maafkan Bonda
Tak Dapat Beraya Bersama
Jauh Dari Mata Dekat Dalam Jiwa
Teguh Kasihku Tidak Berubah


Tentang Belanja Raya

gaun ala ala english style

colourful

navy for iman

Lama sungguh tak tak update blog ini..sedar tak sedar, dah sambut raya rupanya. Saat mama mencoret di lappy mama ni, mama dah mula bekerja, sunyi office mama ni..

Oh!! picture kat atas tu, sebahagian dari baju-baju untuk cousins Mia..Mama beli untuk gegirls orang tu, 3 pasang sorang dan untuk satu satunya "si kumbang" 5 pasang..untuk Mia? ummmmm sedihnya mama, supposed, Mia pun ada dalam senarai mama tapi apakan daya, takdir Allah mendahului kita kan sayang..bila kakak batrisya, kakak aqila, attiyah dgn boby iman harith serta Mya Sara pakai baju-baju yang mama beli, mama rasa seumpama anak mama yang memakainya..

sandal / handbag mama



sandal yg simple

handbag mama
Ummmm..ni last minute mama beli barang untuk diri sendiri..saja tak beli "kasut tinggi" sebab mama lagi suka pakai  sandal, senang nak berlari, melompat dsbnya..handbag baru setelah sekian lama tak beli handbag..bukan sebab kedekut, tapi handbag lama masih boleh guna, mama gunalah, papa yang paksa mama beli, lagipun papa yang bayar, mama ambik jelah..murah aje sebab tak sampai hati nak ambik yang mahal-mahal..Mia, tahun ni juga papa belikan mama barang kemas..seronok sangat..kata papa, "papa dah lama tak belikan barang kemas untuk mama..arini papa nak belikan..mama pilihlah.." hehhehe sayang aje duit tapi mama pilihlah juga sebab bukan selalu dapat offer bagus..nasib baik mama punya taste jenis yang kecil dan comel..muahhhhhhhh thanks papa..lip lap lip lap mama tahun ni..macam Mia jugak..kalau Mia ada, sure papa belikan Mia punya dulu..

September 9, 2010

Tentang Esok Raya

Mia, masa mama mencoret kata-kata dari hati mama ni, mama ada kat hospital Ipoh, sebab mama temankan papa dialysis. Pagi-pagi lagi kami berdua merendek dari Taiping tau..kalau bukan bulan puasa, mesti dapat sarapan kat highway hehehehe..arini papa dialysis 3 jam aje sebab papa tak ada mood nak buat lama sebab papa tak sabar nak raya esok.

Ummm esok raya la Mia, Mia raya tak kat sana? Mia raya tiap-tiap hari yer, tentu Mia lagi seronok kan sebab kat sana best, air susu lagi sedap dari susu mama kan..lagi sedap dari segala galanya..baju raya Mia pun mesti cantik-cantik dan comel-comel macam Mia..barang kemas Mia pulak mesti lip lap lip lap..wah!! berseri anak mama ni..semalam papa bawak mama pergi cari tudung baru untuk mama..minggu lepas tak sempat nak cari kat KL sebab mama sebuk cari baju untuk cousins Mia..Mia nak tanya cantik tak baju mama belikan buat diaorg yer? cantik sangat-sangat..kakak aqilah siap peluk mama, kiss mama lagi sebab dia suka gaun yg mama kasi..habih penuh air liur kakak aqilah tu kat pipi mama ekekeke..kelakar la Mia, kakak Aqilah tu..

Mia semalam juga mama pergi rumah Mia..rumah banglo Mia kaler putih tiang dua tu..aduhai sayang, rindu tak terkira hati dan jiwa raga mama serta papa. Mia tahu kan papa dgn mama datang kan? Mamam cakap dengan papa dah, yang mama nak tukar rumah banglo Mia, nampak macam dah usang pulak banglo Mia, Mia nak tak? alaa tak apa, mama tahu kalau boleh Mia nak sembang lama dgn mama serta papa, Mia nak main-main dengan mama kan? mama lagi lah nak main-main dgn Mia, nak buli Mia, nak peluk mia erat-erat..tapi mama tak sedih sangat sebab Mia sambut mama dengan bayangaaa taman syurga..byk kuntuman bunga tumbuh subur kat banglo Mia..syahdu dan tenang aje rumah Mia..mama suka sangat sayang.

Esok dah raya sayang, mama rasa macam dah  sarat sangat airmata mama ni..macam tak tertanggung lagi rasa rindu mama...macam mana ni Mia? esok maktok kata nak masak mee rebus kesukaan mama..kalau Mia ada, tentu Mia pun suka makan me rebus macam mama..maktok punyer mee rebus sedap sangat Mia..esok juga kalau Mia ada,  tentu poket baju Mia dah penuh dengan duit raya..ha ha ha tapi mama lah kaya sikit dari Mia sebab duit Mia tu surelah mama yag simpan kan? tak sanggupnya nak dengar takbir raya malam ni, hati dan perasaan tetiba rasa beku sangat Mia..pelbagai perasaan yang melanda diri mama, ada seronok sebab esok raya, tapi banyak yang sedih sebab Mia tiada..sebab Mia tinggalkan mama kala Syawal menjelang, dah mama fobia!!

September 5, 2010

Tentang September..

September, kau hadir lagi..hadir bersama ramadhan yang kian hilang, hadir bersama Syawal yang bakal menjelang. Kerna September, hati berbicara lagi..berbicara tanpa suara..

Mia, hadir pada September..dan Mia juga pergi pada September..kejapnya  masa berlalu, sedar tak sedar if Mia masih ada, dia tentu dah hampir 3 tahun,.Hampir tiga tahun juga dia jadi bidadari   syurga menunggu papa dan mama..menunggu papa dan mama yang merinduinya..

Semalam papa tanya mama "mama ada uploadkan video Mia kat Facebook ker" ishhh papa ni, boleh pulak papa tak perasan  yang video tu mama dah lama upload tau Mia..mama tanya papa "naper? papa baru nampak ker" apalah papa ni..papa kata kawan dia ada tengok video yang mama uploadkan dan kawan papa sedih sangat..kawan papa sedih tengok Mia..kalau kawan pada sedih, mama lagi sedih bila tengok video tu..mama selalu nak tengok Mia dalam video tu sebab  ada Mia yang gerak-gerak, ada Mia menangis dan ada Mia pegang jari papa tapi mama memang selalu failed untuk habiskan movie Mia, tambah-tambah yang  part Mia menangis..arggg perasaan mama begitu terluka..luka yang tiada ubatnya..mama jadi tersiksa..mama tak pernah pasang volume lappy mama!!

Aduh papa!! naper la begitu rajin tanya tentang video tu kat mama..hati jadi sebak sangat, Mia tahu tak apa jawapan mama pada papa..mama kata "mama upload sebab mama nak tengok Mia but mama tak pernah habiskan or turn on volume lappy" suara mama terketar-ketar mia, papa citer kat mama yang dia bagitahu kawan dia, andai dia rakamkan detik-detik mama meriba Mia, mama  memeluk Mia sambil berjalan ketika Mia dah tak ada, membawa Mia jalan-jalan untuk perjalanan yang terakhir, detik-detik mama dan papa mandikan Mia dengna iar didunia ini, detik-detik di mana kami kafankan dan selimutkan Mia dengan kain putih untuk menemui Pencipta Mia, pasti tiada siapa yang mampu untuk melihat video tersebut kerna tiada siapa yang sanggup melihat kesedihan mama yang amat sangat, tiada siapa yang mampu untuk bertahan melihat penderitaan mama yang terpaksa menyempurnakan perjalanan terakhir seorang anak kecil yang baru nak mengenal papa dan mamanua, yang masih belum sempat diasuh dan di didik..argggggggg rasa masa tu, macam nak terjun kuar je dari kereta papa yang bergerak tu Mia, bila dengar papa kata macam tu..and bila mama pandang papa, i can see his eyes!!! mata papa bertakung dengan airmata..cepat-cepat mama alihkan pandangan..tak sanggup tengok papa sedih!!

Mia tahu tak, menjelang Syawal ni , hati mama makin terusik, September yang sensitif..September yang penuh dengan cerita..Mia tahu tak sayang, saban tahun, hari last bekerja dan hari terakhir berjumpa kawan-kawan mama, mereka yang paling gembira sayang, sebab mereka tahu, hari last berjumpa adalah hari untuk bermaaf maafan..mereka tunggu mama, sebab mereka kata, mama suka nangis..kawan-kawan mama selalu usik mama, mereka kata kalau mama tak menangis, suasana bersalaman tu rasa macma tak seronok..bukan mama saja nangis tau, entah..tapi bila bermaafan tu, rasa kecik sangat diri..rasa aduhai!!


Jumaat lepas, mama ada beli baju raya buat kakak batrisya, kak aqilah, adik attiyah, adik iman dengan adik mya..heheheh mula tu nak beli baju mama tapi akhirnya baju mama tak beli, mama beli baju diaorg..baju Mia? Ummmm tak ada baju yang cantik dan comel kat dunia ni berbanding baju Mia kat sana..baju-baju kat sana lagi cantik, cute dan comel kan macam Mia..mesti cantik anak mama. Rindunya nak tengok Mia..papa kata, kalau Mia ada, mesti Mia anak yang nakal..hahahaah Mia tahu tak kenapa? sebab papa takut kena buli dengan Mia lah..mama pun ada beli kasut dengan handbag baru..papa belanja..dah lama mama tak beli barang..seronok Mia, mama pergi OneUtama sebab malam tak ramai orang..kalau Mia ada, boleh main lari-lari lagi..


Semalam juga, mama dengan papa serta paksu pergi jalan-jalan shopiing lepas papa buat dialisis..sian papa Mia, terpaksa melalui kesakitan sepanjang hayat dengan dialisis..kami gi jalan kat Ikea, Ikano dan pastu mama pergi The Curve..shopping lagi baju-baju untuk kakak dengan adik-adik..papa dengan paksu kata "amboi banyaknya ambik baju" heheheeh tu baru untuk anak-anak sedara mama, kalau untuk Mia, mesti penuh kiri kanan beg shopping mama bawak balik kan..Mia jangan cemburu ya sayang, mama pilih baju-baju tu pun dengan bayangan anak mama yang pakai..baju gaun lagi..Mia jangan marah mama ya, kakak-kakak dengan adik-adik sayang Mia, mereka tak berebut mama dengan Mia, mereka sayang mama sebab mereka semua tahu, mama sedih..mama tak ada Mia sebab Mia dah pergi, mereka nak berkongsi sayang dengan mama supaya mama tak sedih..
 
Mama tak sabar nak pergi rumah banglo Mia..tok ayah kata, rumah banglo Mia dah bersih..dah cantik..mesti tok ayah yang tolong jagakan rumah banglo Mia..sebab rumah banglo Mia kan dekat dengan tok ayah dan maktok..sebab tu mama dengan papa buatkan rumah banglo Mia kat Perak, senang semua orang datang bertandang rumah banglo Mia..walaupun tak ada air atau makanan yang Mia boleh beri tapi kami semua tak kisah, sebab Mia sambut kami semua dengan wangian syurga, dengan kuntuman bunga yang berseri macam Mia..Mia rasa nanti mama nangis lagi tak kat rumah banglo Mia?


Hari ni, mama nak pergi "rumah banglo nenek"..papa kata nak melawat nenek..papa kuat sayang, semua orang yang papa sayangi dah pergi..masa mama kawin dengan papa, tokwan dah tak ada, tinggal nenek aje..nenek pun masa tu tak sihat, kaki nenek kena potong sebelah sebab kencing manis..sedara papa panggil nenek, "nenek jambu" sebab rumah nenek dulu ada pokok jambu..lepas mama kawin dengan papa, mama tinggal dengan nenek..sebab papa anak bongsu, anak kesayangan..jadi mama Mia ni automatik jadi menantu kesayangan..nenek suka masak walaupun berkaki palsu dia tetap kuat Mia, macam Mia jugak kuat! mama kalau nenek masak, mesti mama berselera makan,  nenek masak sedap..Mia ada jumpa nenek kat sana tak?


Mia sayang, jangan cedih ya..main kat "sana" ya..dah lama mama tak nampak Mia main buaian putih yang talinya penuh dengan bunga sebab Mia tak datang jumpa mama pun..Mia belajar mengaji ker sayang? bagusnya anak mama....tunggu mama dengan papa dengan adik-adik ya..doakan kami bahagia dunia akhirat ya sayang..rindunya kat Mia tiap hari, bertambah rindu di bulan September..



Popular Posts