Showing posts with label My Hubby. Show all posts
Showing posts with label My Hubby. Show all posts

October 18, 2016

Genap 3 Tahun Dia Pergi

bila pernah hidup dengan suara dia, jenaka dia..ketawa dia..senyuman dia..marah dia..merajuk dia...kemana mana pun dengan dia, tentang dia..tiba tiba hilang..

first time dia tak ada..dial no hanphone dia pada waktu yang sama ketika dia masih ada..dah dail berbunyi tapi tetiba..ouchhh!!! losing someone is hard!! seriously it hurts!! tak ada dah soalan bertubi tubi mcm peluru,  dah makan ke belum..arini dialysis brapa jam, sakit tak..ubat dah makan ke..buat apa..soalan bertubi yg biasanya akan diulangi hari yang sama...

kini..yang aku miliki sekarang adalah sebuah Rindu..satu jenis rindu yang tak berbalas, bila seseorang tu dah tak ada atas dunia ni...

Alfatihah..genap tiga tahun dia pergi..moga anakanda kesayangannya menjadi anak yang solehah dunia akhirat..aminnn..moga segala kenangan bersamanya dari berkawan hingga ke akhirnya nafasnya masih akan mampu diingati..

rindu insan utk berkongsi segala cerita suka duka..tiada lagi bahu untuk ku sangkutkan dagu bila kesedihan melanda..������anak papa yg gedebem tu tak suka pun bila dgr mama kata "adik, mama sedih" Khairani Masturaura  thanks sgt2 sb temani aku masa tu...aku ingat moment tu sampai bila bila..��������������

18/10/13  - 18/10/16

#alfatihah

March 17, 2016

Kenangan..Kekuatan

Godek godek hp jumpa lagi..time ni nak masuk OT buat fistula kat tangan..kalau boleh ambik sikit sakit dia, kongsi sama2 dah rasa lega..hidup perlu ada tolak ansur tapi alhamdulillah, dia sangat������tak pernah mengeluh tentang sakit dia..cuma selalu berharap, berdoa dgn sakit dia, Allah akan mengasihi dia, mengampuni dosa2 dia..

Selalu rasa bersalah sebab dah susahkan wife dia yg syomel ni��������..teman dok sepital...hafal ubat dia mcm personal assistant..mmg la kena sepuk, kena leterkankan..abis apa perlunya isteri kalau tak boleh susah senang dgn suami kan..suka tau bikin gaduh����tapi,mmg rindu nak gaduh dgn dia..missed u abang..

alfatihah..

p/s : yes let it go let it go..kenangan itu indah..kenangan itu penguat semangat..suka duka itu kenangan..jgn risau yer darling darling..mama is ok����

October 18, 2015

Genap Dua Tahun

Tanggal 18/10/2013 lepas, papa pergi meninggalkan mama dgn Qaseh yang ketika itu baru berumur 5 bulan 5 hari. Kini, tarikh itu kembali lagi hari ini. Genap dua tahun papa tiada disisi kami tapi tetap teguh dalam hati.

Dua tahun berlalu, anak kecil kita makin membesar dengan pelbagai ragam. Biar pun keseorangan membesarkan anak syurga kita, biarpun penat dan lelah, biarpun menangis sendirian, insyallah dengan semangat yang telah papa tinggalkan, amanah ini akan mama jaga.

Alfatihah buat mu suami..

January 16, 2015

Tentang Lakaran Dan Cacatan

Lakaran dan sedikit catatan papa sebelum masuk rumah baru. Terjumpa kala anak kesayangannya memunggah.

Sayu rasa hati melihat lakarannya. Kelihatan dia seolah olah mengetahui itu peninggalan dia untuk kami.

Walaupun keadaan kesihatan dia ketika itu tidak begitu baik, tapi semangatnya memanjat dan mengukur untuk pemasangan langsir pilihan dia tidak boleh nafikannya.

Abang, terima kasih banyak2 sebab selalu bersusah payah untuk kami. Moga abang selalu dalam rahmat Allah. Amin

July 17, 2014

Lagu Raya

Lagu raya...telah kedengaran saban waktu dan hari. Dulu mama suka sangat dengar lagu raya malah mama lah yang akan jadi Dj dekat office untuk pasang lagu raya..tapi kini..

Lagu raya bukan lagi kesukaan mama. Mendengar dendangan lagu raya kesayuan terasa..mama rindu papa!

June 20, 2014

Tetiba..

Tetiba terdail no handphone papa walaupun sebenarnya nak call rumah mak! Kebiasaan yang sukar dielakkan..sakit jadinya..

June 13, 2014

Aku Terima Nikahnya

Dia menerima mama seadanya..menerima segala kekurangan mama dan kelebihan mama sepenuh hati dan mama sama seperti dia saat ijab dan qabul terlaksana. .

March 14, 2014

Rindu

Rindu papa.rindu gurauan papa..rindu ketawa papa..rindu senyuman papa walaupun papa tak handsome tapi mama suka papa senyum dan ketawa walaupun kekadang ketawa papa tu sebab lawak bodoh mama yang tak lawak langsung

February 25, 2014

Papa

Papa..Mia..petang tadi masa on the way balik dari office, kereta di lorong laju tapi tak boleh laju sangat pun sebab semua lorong pun slow even lorong laju. Tapikan papa ada satu kereta ni memag jenis tak boleh sabar, sebuk nak memotong siap kasi lampu tinggi lagi tapi memang tak ada ruang pun untuk kereta tu nak memotong..tetiba brek sikit spontan aje kelaur "papa" simple word macam biasa kalau mama tak nak papa main main atas jalan raya.

Perasaan tetiba sayu, rindu

December 26, 2013

Melangkah Bersama Airmata

Rindu!!! rindu pada papa dengan Mia. Rindu yang bisa membuatkan mama tersungkur.

Melangkah mencari lunch untuk alas perut dengan airmata bertakung. Rindu nak call papa macam biasa. Rindu nak tanya papa ok ke tidak..papa dah makan ke belum..rindu segalanya. Rasa sakit rindu ini papa..

Published with Blogger-droid v2.0.4

December 18, 2013

Genap Dua Bulan

Assalammualaikum..hari ini genap 2 bulan papa tiada disisi mama. Dua bulan juga papa tiada di sisi Qaseh dan dua bulan juga papa bersama Mia disana.

Terasa seolah-olah mama baru aje memandikan jenazah papa, mengucup papa sambil menahan airmata, melihat sahabat handai kita menziarahi jenazah papa, turut bersedih atas pemergian papa yang bukan sahaja mengejutkan mama tapo mereka juga.

Dua bulan juga mama pergi dan pulang kerja tanpa dapat menyalami dan cium tangan papa dan dua bulan juga tiada ciuman kasih di dahi dan ubun ubun mama dan Qaseh.

Papa hari ini mama makan lagi lasagna kala tengahari ketika waktu rehat dan kini mama menikmati fav kita berdua..sundae coklat di KL Sentral. Dulu kita selalu makan dalam kereta kan papa sebelum balik rumah. Mama selalu beli dua perisa berlainan tapi papa tetap nak kacau sundae coklat mama. Papa punyer selalu papa abiskan cepat sebab papa selalu takut mama minta.

Kita selalu berlagak berdua kan.."agak2 kan orang tengok kita, diaorang rasa kita dah kawin ke belum"..

Papa, mama tahu mati itu pasti..antara cepat dan lambat. Mama redha papa sebab mama tahu Allah sayangkan papa..Allah rindu papa..mama dengan Qaseh pun rindu papa. Papa dalam hati kami.

Published with Blogger-droid v2.0.4

December 17, 2013

Tentang Lasagna

Papa, lunch tadi mama ikut kawan mama makan dekat SR kat office mama. First time makan dekat SR setelah papa tiada.

Papa tahu mama makan apa? makan chicken lasagna dengan air tembikai. Last sekali mama makan lasagna dekat SR dengan papa dua hari sebelum papa pergi tinggalkan mama selamanya.

Perasaan mama...boleh tak papa gambarkan keadaan mama tadi? bergenang airmata depan makanan mama dan kawan-kawan mama..terkeluar kata-kata pada kawan mama.."last makan ni, dua hari sebelum arwah pegi"..

Papa tahukan itu antara fav mama, sedap tapi tak sesedap bila makan bertemankan papa. Mama suka bila papa tengok mama makan sebab papa kata, bila mama makan, mama nampak macam kelakar je tapi ada mama kisah? huhuuu rindu la kat papa..

Published with Blogger-droid v2.0.4

November 17, 2013

Kali Pertama 16/11/2013 tanpa papa




Ya papa, kali pertama mama dan Qaseh ke DEMC tanpa papa. Mama rasa teruk sangat tanpa papa bila melibatkan buah hati kita Qaseh.

Hari ini sepatutnya cucuk Qaseh untuk 6 bulan papa, tapi sebab masa Qaseh 5 bulan papa pergi awal dari tarikh temujanji dia maka jadinya anak kecil kita terpaksa menerima dua suntikan setiap satu di pehanya termasuk kena ambil nebulizer sebab asa kahak pula dekat kerongkong. Kesian dia papa. menangis menahan sakit dan mencari papa kerna setiap lelaki yang memakai kaca mata pasti ditenungnya..hati mama sakit papa..sakit sebab papa tak ada saat simata bulat papa memerlukankan papa. Rasa sangat sedih bila mama tak dapat membantu dia papa.

Papa, Qaseh kita dah 7.15kg sekarang ketika 6 bulan. Doktor kata perkembangan dia sangat bagus. Dia dah boleh duduk dengan badan tegak. Badan dia sangat lembut macam budak belajar gimrama..macam macam aksi papa dia buat.

Rindu nak dengar papa ketawa gembira bila tengok aksi Qaseh yang pandai bodek ni. Rindu nak dengar suara papa memberi komen tentang Qaseh.

Papa, kami sayang papa. Mama tahu papa sayang sangat Qaseh. Mama akan jaga Qaseh dengan baik

Published with Blogger-droid v2.0.4

November 4, 2013

Tentang Tiada Komen

Papa, tadi lunch hour mama pergi Weld kejap. Pergi tengok kasut. Mama tak suka shopping tanpa papa dan papa macam biasa dari dulu mesti nak ada mama baru nak beli barang. Rasa macam tak seronok kan papa sebab kita dah biasa buat semuanya bersama.

Banyak pilihan tapi tak komen. Kalau dulu papa tak ikut mama sebab kekadang mama shopping time lunch hour mama mesi snap gambar dan hantar pada papa. Papa pula akan komen. Papa juga akan cakap ok atau tidak tapi pilihan tetap papa serahkan pada mama, namun selalunya mama akan ikut pilihan papa. Kali ni, tak ada lagi semua tu. Mama tetap juga nak snap gambar kasut mama.

Mama rasa papa pasti setuju dengan pilihan mama.

October 31, 2013

Tentang Kuih Kesukaannya..


Papa, lunch hour tadi mama turun pergi belakang office mama. Macam biasa kan papa ramai yang berniaga tengahari kat belakang ni. Mama bukannya nak makan sangat tapi memaksa diri supaya tak ada officemate yang akak berleter kat mama.

Mama nampak pulut kesukaan papa. Terus mama beli. Kalau dapat kat papa mesti papa tersenyum gembirakan sambil makan tapi mama makan dengan rasa yang amat sebak.

Entah kenapa, hari ini airmata amat mudah mengalir. Bila mendengar zikir dan mengikuti zikir pun mengalir airmata.

Ohhh!!! terasa sungguh bila papa tiada.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tentang Airmata Rindu

Allahuakhbar!!!

Papa...mama rindu sangat..maafkan mama papa sebab mama menangis. Mama tak boleh tahan. Mama rindu sangat.


Biarkan mama menangis kejap yer papa supaya mama tak rasa sakit sangat rindu itu, supaya mama tak rasa pedih sangat kehilangan itu walaupun hakikatnya sangat sakit.

Papa tahu mama sangat sayangkan papa kan..kita selalu bergaduh sebab masing masing nak cakap rasa sayang kita..papa selalu cakap papa sayang mama lebih dari mama sayang papa..mama pun selalu cakap mama yang sayang papa lebih dari papa sayang mama..kini mama tahu papa yang lebih sayang mama sebab bila papa tak ada, mama lost..mama macam budak kecil yang baru belajar..

Allahuakhbar..Ya Allah, ampuni dosa dosa suamiku Ya Allah..rahmati dan tempatkanlah suami dikalangan orang yang beriman..selamatkanlah suamiku Ya Allah dari siksaan kubur dan neraka kerna sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

October 30, 2013

Tentang Sakit Dan Dia Tiada



Papa, mama macam tak sihat hari ini. Kepala mama sakit sangat. Berdenyut denyut macam nak pecah.

Adoi sakit sangat papa. Kalau papa ada mesti mama dah telefon mengadu kat papa. Mesti papa suruh mama ambik MC dan pergi klinik.

Papa, mungkinkah sebab mama menahan tangisan sebab tu mama sakit kepala?

Papa, tadi mama call mak, papa nak tahu tak buah hati kita si mata bulat tu, Qaseh Zara Aishah naik motor dengan tok ayah. Tok ayah bawak dia ronda ronda. Mak cakap dia senyum je.

Gambar kat atas kan papa gambar tok ayah hantar pagi tadi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tentang Menunggu


Papa, balik kerja semalam dengan adik and diana. Mama naik monorel sampai KL Sentral. Selalu papa yang setia menunggu mama sama ada mama lambat atau cepat..sama ada hujan atau panas papa tetap menunggu mama. Kalau mama macam lewat sikiy dari biasa, papa mesti call dan sms tanya mama kat mana, kalau hujan kay KL Sentral tu papa mesti bagitahu mama awal awal.."kat sini hujan, nanti bawa payung" tapi semalam tak ada lagi semua itu. Mama tunggu adik lama sangat.


Semalam sebelum balik, adik bawa pi Ikea kejap. Dia nak cari barang. Kami terus makan kat situ. Mama makan fav mama. Tak habis pun papa sebab selalu mama kongsi makan dengan papa!



Published with Blogger-droid v2.0.4

October 29, 2013

Bila berhujan bersama juraian mutiara

Papa, pagi lagi dah hujan. Diana dengan adik hantar mama semalam kat office tapi hari ini diaorang hantar mama sampai monorel KL Sentral aje sebab diaorang tak pandai jalan di KL macam papa.

Papa, sedih sangat. Kalau papa ada tentu papa tak akan benarkan mama naik monorel pagi pagi seorang diri tanpa ditemani papa. Tentu papa tak akan biarkan mama jalan kaki meredah hujan dan tentu papa tak akan biarkan mama menangis berlinangan airmata meredah pagi hari.

Papa, bila papa pergi baru mama rasa papa sangat melindungi mama. Papa selalu mengutamakan mama. Papa sangat memanjakan mama.

Papa, mama harap mama kuat untuk menghadapi semua ini tapi bila terpaksa melalui keadaan seperti pagi tadi, mama rasa mama tak mampu berdiri..mama rasa tersungkur..tapi bila terasa suara papa yang inginkan mama kuat, mama teruskan perjalanan mama..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Tiada Lagi

Semalam mama mulakan hari pertama bekerja tanpa papa sepanjang perkenalan mama hinggalah saat terakhir papa. Rasa hiba bila tiada lagi perbualan di pagi hari, tiada lagi tabiat mama memegang tepi poket seluar papa kala papa drive, tiada lagi ciuman di dahi dan pipi bilamana mana menyalaminya. Terasa sangat janggal! 

Hari pertama berkerja, mama sangat tekun. Asyik menunduk membuat kerja sebab rasa rendah diri kerana mama kehilangan sebelah tangan dan kaki yang selalu membantu mama untuk bangun kembali kala mama hampir tersungkur. Memang terasa sunyi office mama mungkin kerana masing masing masih terkejut dengan pemergian papa.

Ada masa airmata masih lagi berlinangan bila ada teman teman lain memeluk mama. Rasa sayu, rasa sakit kehilangan itu sukar digambarkan. Tiada lagi sms..tiada lagi panggilan telefon bertanyakan "mama buat apa" "mama dah makan" dan tiada lagi sms kala papa tengah dialisis mengadu tentang penatnya kena duduk dan baring, tentang sakit bontotnya sebab duduk lama dan juga tentang tekanan darah papa yang kekadang cantik kekadang rendah.

Tiada lagi mama terkejar kejar nak balik dari office sebab tak nak papa tunggu mama. Tiada lagi kedengaran suara papa berkata "eeeee tak sabarnya nak sampai rumah, tak sabarnya nak tengok si mata bulat papa". Tiada lagi kelibat papa di dapur melulu terus memetik suis cerek untuk memastikan Qaseh mempunyai bekalan air panas. 

Kini, tiada lagi perebutan remote Astro dengan papa. Papa suka tengok rancangan masakan dan mama pula kekadang suka melayan cerita Korea jadi siapa yang dapat pegang remote memang heaven sungguh. Tapi yang paling mama suka, mama dan papa sangat suka siri penyiasatan dan action. Masa tu tiada lagi acara menyorok remote.

Papa, mama masih lagi merindui papa. Sangat merindui!!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...