June 29, 2014

Ramadhan Pertama Tanpa Papa

Hari pertama bersahur tanpa papa..hanya minuman mengisi membasahi tekak. Tiada selera..termenung lama di dapur.

Hari pertama berbuka, bersama Qaseh pergi ke pasar ramadhan. Aduh!! ramainya orang..mencari air dan kuih untuk berbuka. Dulu bersama papa, kini Qaseh. Tiada mampu untuk menjelajah pasar yang panjang dan padat dengan orang sambil mendukung Qaseh, nampak air yang dihajati, terus membeli..kasturi asam boi dan air mata kucing. Sangat tidak berdaya dengan anak berdukung dan bungkusan air ditangan. Kereta parking jauh. Qaseh pertama kali ke pasar ramadhan. Teruja gayanya.

Kalau papa ada, tentu papa tak kasi bawa mata bulat dia ke sana tadi. Sebab sesak dan asap. Emm mama pun dah serik nak ke pasar kalau bawak Qaseh..

Menunggu berbuka, hati makin sayu. Telefon mak, dengar suara mak, mama terus menangis. Rasa sungguh berbeza bila papa tak ada berbuka dengan mama. Kalau papa ada tentu atas meja ada murtabak!!

Ya Allah, hambaMu ini berjaya mengharungi ibadat puasa untuk hari ini walaupun rasa rindu itu menyentap perasaan hingga diri rasa terlalu lemah tapi kekuatan yang KAU berikan membuatkan diri ini bangkit kembali. Ya Allah kuatkan imanku..kuatkan hatiku..Aminnn

June 28, 2014

Sendirian Berpuasa

Pagi esok dah kena sahur sebab esokp dah puasa. Hati sebak!  Sakit itu datang lagi..sakit rindu yang makin sarat.

Pertama kali ramadhan tanpa insan tersayang. Airmata tak berhenti menitis. Harus bagaimanakah sahur mama. Selalu sahur mama bertemankan papa, papa yang masak untuk sahur, papa yang buat air untuk kita minum, dah siap semuanya baru papa gerak mama bangun. Walaupun kadangkala hanya telur dadar, ikan masih dan kicap tapi tetap sedap. Mama pula yang akan membasuh dan mengemas lepas kita sahur.

Aduhai hati..aduhai kasih..Ya Allah sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk ku Ya Allah..dan kerna itu, KAU kuatkanlah hambaMU ini..

June 20, 2014

Tetiba..

Tetiba terdail no handphone papa walaupun sebenarnya nak call rumah mak! Kebiasaan yang sukar dielakkan..sakit jadinya..

June 13, 2014

Jantung Hati

Dia..Kami..ada rindu..ada sayang..ada cinta..ada sakit..pilu dalam sendu duka dalam ketawa

Aku Terima Nikahnya

Dia menerima mama seadanya..menerima segala kekurangan mama dan kelebihan mama sepenuh hati dan mama sama seperti dia saat ijab dan qabul terlaksana. .

June 10, 2014

Cuai

Hmmmm..arini lepas parking kereta dekat station Monorel Titiwangsa terus tunggu monorel tapi masa nak lock kereta tadi rasa macam ada benda yang tak lengkap..abaikan.

Dalam monorel dok gagau cari handphone dalam beg. Tak ada. Ada handphone papa je. Arggg sah tertinggal dlm kereta. Memikirkan hal yang penting takut ada orang call sampai station chow kit terus keluar and patah balik pergi titiwangsa!!

Sah..sah..sah..memang handphone dalam kereta dekat carseat. Tengok dari cermin luar memang nampak. Nasib baik patah balik kalau tak...

Papa, dah ambil handphone naik balil monorel tapi kali ni terlajak pulak pit stop. Dah kena pusing balik. Kalau mengadu kat papa, sure papa gelakkan mama sampai keluar airmata dan mula cakap mama cuai!!

Emnnn letih pagi-pagi ni.

June 9, 2014

Dia Menangis Tiba-tiba

Qaseh menangis tetiba papa dalam tidur..selop!! Hati mama dirundung duka melihat dia.

Mama angkat dari tempat dia tidur, mama peluk sambil baca fatihah dengan 3Qul..dia diam tapi hati mama sangat sakit papa melihat sisa airmatanya.

Kenapa wahai anak kau menangis..andai mama tahu puncanya pasti mama ada jalan penyelesaiannya sayang kecuali satu..mama tak dapat kembalikan papa..

Kan mama selalu cakap dengan Qaseh, kalau rindu papa, Qaseh kena ingat papa selalu dalam hati..mama tahu anak mama rindukan papa tapi anak mama belum pandai meluahkan.

Papa, panggilan itu sentiasa dibibir mungilnya..walaupun tiada sahutan tapi dia sangat gembira kalau dapat cium gambar papa pada handphone mama..

Kelak bila kau dewasa wahai anak, kau pasti tahu betapa dalamnya sayang papa padamu..tak mahu sedih sedih yer sayang, nanti papa sedih tengok mata bulat dia sedih..

June 1, 2014

Hanya Kami..Berdua

Semalam sabtu hari terakhir dalam bulan May, seharian terperuk dalam rumah sebab tak boleh keluar dari rumah gara-gara pekerja kontrak memecah simen. Berdebu luar rumah.

Hari ini breakfast diluar dengan Qaseh. Hanya Qaseh. Nampak riak gembiranya bila dapat keluar.

Pandangan orang pada mama..uhhh sangat tak best. Teruk sangat kah kalau hanya berdua tanpa pasangan. Pelikkah bila tak cukup tangan hendak melayan anak kecil makan dan makan untuk diri sendiri?..

Dulu bila hanya berdua dengan papa, masih juga ada pandangan yang sangat mama tak menyenangkan. Ada juga pertanyaan "eh berdua je ke".."ehh nampak macam tak sihat"..yer berdua je sebab anak kami dah simpan awal (jawapan dalam hati)..yer jugak suami saya tak sihat (jawapan dalam hati)..jawapan luaran hanyalah senyuman dan genggaman erat jari jari papa pada mama supaya mama terus kuat.

Selesai sarapan bawa Qaseh pergi jalan ke Space U8. Main redah je demi Qaseh. Terus pergi Amanville..tempat permainan. Anak kecil yang kadangkala bikin hati mama jadi sayu. Sabarlah wahai anak, Qaseh ada mama.

Popular Posts