December 28, 2008

Bosan

Lama betul tak merepek kat sini. Bukan sebab lazy, tapi entahlah..
maybe tak berkesempatan or mungkin juga sebab aku perlukan rehat
yang cukup.

Emm penat juga ni bila cuti panjang..itulah kita nikan, manusia
tak pernah bersyukur dgn apa yang ada..bil tak asyik kena kerja, bising
kena kerja but biladah dapat cuti sakit panjang, sibuklah la pulak bosanlah,
penatlah..tu aku lahh hehehheh

December 22, 2008

Fuhhh Gila Babunn

Adoiii sakitnya seluruh tubuhku..
semalam discharge dari hospital..aduisss sakit gila badan ni rasa..
lama jugak aku tak sedarkan diri..tapi telinger tu macam
dengar-dengar aje orang makan..hahaha hubby ku rupanya.sedap betul
dia sental makanan orang sakit heheheh..

Umppp nasib baik hubby ada makan kan..klu tak mahu membazir
je nasib ayam tu..aku? ishhh tak selera nak makan semalam..hari
ni pun tak makan lagi..badan masih sakit lagi lepas buat OPU..
waiting dotor tu call mee..pleaseeee

December 21, 2008

I'm scared

Fuh!!! tak lena tidur malam tadi..pusing kanan tak kena
pusing kiri pun tak kena..berdebar2 agaknya pasal
nak buat OPU hari ni..

Aleh aleh aku dengar orang azan Subuh..ummm bangun jelah
solat dulu..pastu ngadap computer..hari ni kul 10 pagi dah start OPU
so around 8 lebih nanti we all pergilah hospital.

Harap-harap dipermudahkan segalanya bagi kami.

December 20, 2008

OPU Tomorrow

Emmm hari ni tak buat apa.lepak kat rumah je..malas lak nak keluar.
Badan ni rasa tak sedap pulak, lemah gemalai jeee..hubby dari tadi lepak tengok tv..ummm penat dah kacau dia..

Esok aku ada OPU..harap-harap semua berjalan lancar. Berdebar pun ada.

December 19, 2008

Aku dibius cinta

Umm badan rasa letih sgt ni..baru balik dari jumpa doktor..dan hari ini juga aku ikut hubby gi office dia..lagi letih badan ni dibuatnya..penat.. so hari ni makan sensorang aku jawabnya..hubby gi sembahyang jumaat.. arggg bosan ler pulak..

Ishhh kat paper nii..macam2 citer..yg kawin bercerai..yang solo nak kawin..gah betul..emmm sian anak2 yang masih kecil..sedap betul vitagen ni..mahu aku habiskan semua..opss tak leh semua, yang bercaler putih je aku tak minum kah kah kah..tak sedap, bila tak sedap..maknanyaaaaa hubby aku ler tu kena abiskan..

Opsss petang ni ada function lak kat KL..ummm kengkawan dah tepon siap sms bertanyakan aku ni pergi ke tak? rasa macam org penting la sekejap..dinner time with my frenz..best gak ni..walaupun aku ni tak ler terror sangat bab makan ala ala bufet ni, tapi apa salahnya memeriahkan majlis kan..ishhh mana la aku ni boleh tinggal hubby..aku bawak sekali..lagipun bukan selalu gi makan kat Equatorial tu..

Malam ni, last day aku ambil injection..so kita tunggu Sunday morning..aku akan dibius cintaaaa..yuhuuuu

December 18, 2008

Sakitnya Badan

Aduisss sakit betul badan aku nii..
tadi hubby dah picitkan tapi biasala aku suruh picit slow,
kuat jadinya..tangan lelaki memang kasar agaknya..

Tak lega lagi..adoiiii tolong..perut ni sebu..leher sakit.
penyakit hujung tahun hahahhaha. Bosan lak malam ni..
nak membaca kepala pusing..abis tu nak buat apa yerk??

BUAT BODOH
Isk isk iskk sakitnya badan..panas pulak tu..nasib baik arini aku ada appointment dengan doctor, kalau tak, sure hari ni aku antara budak kat office yang comot..yer ler badan tak sihat, sure muka pun tak sihat..tu kira ok lagi, kena pulak mood tak bagus, memang cari pasal la..
Pepagi buta, perut pun meragam..sedap betul tengok hubby ku tidur..rasa macan nak tarik je dia dari katil..sebabnya?? aku tak leh tidur..aku kejut dia, dia buat aku macam Tasha (LILY BUAT NAJAH) lak hubby aku ni, siap dia tepuk aku suruh tidur, nasib baik dia tak menyanyi..hampeh..
Tadi gi jumpa doktor, dapat MC 2 hari sampai esok but still kena jumpa doktor lagi..doktor kata, suntikan ubat2 yang aku ambil berjalan dgn lancar, that's why badan aku ni rasa semacam je..tak kisahlah janji aku dapat apa yang aku idamkan hehehehhe
Ya Allah, andai ini dugaan dariMU atas kasih sayangMU pada hambaMU ini
Aku terima dengan redha Ya Allah
Kurniakanlah Ya Allah, zuriat-zuriat yang sihat walafiat
sempurna sifatnya dan yang soleh serta solehah kepada kami
Ya Allah
Sebagai pengganti anakanda kami yang telah pergi.
Nurin Amni Damia Khalilah
permata yang tetap menjadi simpanan paling indah dalam memori.

December 16, 2008

My Sunshine



Born on 26th. Sept, 2007 @ 4.41pm
Passed away 29th. Sept, 2007 @ 12.31am


Anugerah yang paling berharga untuk mama dan papa, kehadiranmu setelah sekian lama mama dan papa nanti kan. Mama dan Papa namakan little girl mama ni NURIN AMNI DAMIA KHALILAH yang membawa maksud Cahaya Ketenangan, Kebijakan dan Kesayangan. Tiada kata-kata yang mampu untuk dirungkai dan diucapkan, penantian sekian lama, akhirnya Allah berikan juga penyeri untuk mama dan papa. Namun rupanya, kehadiran cahayamata mama ni hanya untuk sementara..untuk melihat mama dan papa serta dunia yang fana ini.

Begitu perit rasanya bila wayar-wayar kelihatan berselirat dibadan, degupan jantung yang tak stabil ditambah dengan pernafasan yang seolah-olah begitu menyiksakan si kecil mama ni, hati terasa amat sayu..alangkah baiknya kalau mama dapat menggantikan anak kecil mama. Puas sudah mama menahan tangisan tapi mama tak mampu..sian sangat kat princess mama, kena tidur kat dalam incubator..

Tanggal 27hb. September, 2007, baby Mia mama semakin kritikal, doktor transfer sayang mama ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang, sekali lagi nyawa mama dan papa seakan melayang, maafkan mama sebab tak dapat temankan princess mama dalam ambulance..mama kan kena caesar jadi mama tak leh bergerak sangat, hanya papa yang kelam kabut menguruskan segalanya..sian papa sayang..

Kesian sangat papa, setiap hari kesana kemari, kejap jaga mama kat hospital, kejap kena tengok princess mama lagi tapi papa tak kisah, mama tahu papa sayang sangat kat baby kecik mama ni..tiap saat, detik dan masa, kami tak pernah putus asa dan berdoa agar baby Mia mama sihat dengan cepat

28th. September, 2007 di kala ini umat islam masih lagi berpuasa, mama dah discharge dari hospital, papa hantar mama balik rumah dulu..rumah yang sayang mama tak pernah dapat lihat..mama jadi rindu sangat kat anak mama..petang, papa telefon tanya mama nak tengok sayang kat HTAR tak..tentulah mama nak tengok kan..namun jantung dan hati mama berdengup dgn cepat, perasaan tak sedap sangat..mama jadi tak menentu sensorang kat rumah..

Akhirnya mama dapat juga tengok anak mama di HTAR, ketika mama sampai hari beransur tua dah nak masuk isyak..sunyi sangat..mama berdebar-debar..dan untuk kesekian kalinya airmata ini berderai lagi tanpa boleh di tahan-tahan, papa yang tabah masih setia menemani mama dan memujuk mama..mama sampai kat icubator sayang, cute sangat dia sayang mama tidur..sedih sangatttttttt.........

Ya allah, tabahkan lagi hati ini..kuatkan lah semangat kami..little girl mama tunggu mama datang yer..tak puas rasanya cium diaaa..siksanya hatiiii..bunyi mesin-mesin disekeliling baby seumpama bom atom di Hiroshima..lama kelamaan heart beat sayang mama semakin menurun..ya allah betapa siksanya anakku menanggung derita ini..doktor kata kat mama dan papa, mereka dah gunakan segala mesin yang ada untuk sayang mama..tapi keadaan sayang makin lemahhh..

29th. Setember, 2007, Baby mama pergi buat selama-lamanya meninggalkan mama dan papa.Pergi yang tak kembali lagi..sedih sangat..betapa remuknya hati dan perasaan seorang ibu bila melihat anak yang dikandung selama 9 bulan lebih beransur-ansur meninggalkan dunia ini..YA Allah, ENGKAU kuatkan lah iman kami ya Allah..tabahkan lah hati kami untuk kami menempuh dugaanMU yang berat ini..sayang mama tunggu mama dan papa di pintu syurga yer..

Dalam keadaan caesar, mama jalan kaki sambil kendung anak mama ke bilik mayat..tak ada wheel chair pun untuk mama, puas mama cuba tahan airmata ni, tapi ia mengalir juga..sambil ditemani papa dan nurse,kita menjadi seumpama celebriti, semua orang pandang kita sayang, kita jalan jauh sangat..tapi sampai juga..cepat sangat ker mama jalan?, maktok..tokayah ngan uncle serta auntie pun baru sampai..sian diaorg tak sempat tengok baby mama..mama tak puas kendung sayang tapi apa boleh buat..Allah lebih menyayangi anak mama.

Aduh sayang, remuknya hati ini bila saat kami menjalankan kewajipan terakhir kami..memandikan dan mengkafankan baby..halus sangat kulit sayang, sejuk kan air tu.Comel betul anak mama..hancur luluh sayang..tak sampai hati mama..and the first time mama tengok papa tak dapat menahan airmata..doa mama dan papa tak pernah putus..jumpa disana yer sayang.


Popular Posts