October 18, 2015

Genap Dua Tahun

Tanggal 18/10/2013 lepas, papa pergi meninggalkan mama dgn Qaseh yang ketika itu baru berumur 5 bulan 5 hari. Kini, tarikh itu kembali lagi hari ini. Genap dua tahun papa tiada disisi kami tapi tetap teguh dalam hati.

Dua tahun berlalu, anak kecil kita makin membesar dengan pelbagai ragam. Biar pun keseorangan membesarkan anak syurga kita, biarpun penat dan lelah, biarpun menangis sendirian, insyallah dengan semangat yang telah papa tinggalkan, amanah ini akan mama jaga.

Alfatihah buat mu suami..

October 6, 2015

Kerana Dia QZA

Dialah kawan bergaduh, dialah kawan ketawa, dialah kawan menangis malah dialah orangnya yang selalu selerakkan mainan dan dialah juga orang yang akan "clean up"  mainannya sambil mulut kecilnya berlagukan irama " clean up..clean up..everybody clean up" :-D  walaupun adakalanya riuhnya lebih dari tindakan hehehehe..

Diakhir September, dia seolah mengerti akan kesedihan dihati mamanya ini..ada karenah yang bikin hati mama rasa "arggghh..eeeee..geramnya".. ada je bahan untuk dia buat mama " busy".

Papa, mesti gembira tengok dia kan..itik gembo gembo yang papa selalu bayangkan bila dia telah mula melangkah..kekadang ada ketikanya datang angin mengusik, saja dilanggarnya mama tika melangkah, mahu marahkah mama pada dia bila  "sorry" sambil tersenyum nakal keluar dari mulutnya..rasa nak gigit ada..

Moga mama mendapat kekuatan dalam melayari hidup kami berdua. Membesarkan dia dengan kasih sayang dan kegembiraan bersama ketegasan.

Ya Allah pelihara dan lindungi anugerahMu ini..terangkan dan lembutkan la hatinya, berikan kesihatan yang baik untuknya, berkati dan murahkan rezekinya, jadikanlah dia anak yang solehah..Aminn.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...