August 28, 2012

Sorry...i just missed her




Same status kat FB..tak tahu kenapa mama say sorry..maybe sebab tak nak orang lain tahu yang mama rindukan dia. Maybe sebab tak nak orang kata, asyik-asyik rindu, asyik-asyik rindu, macam orang lain tak ada perasaan rindu. Rasa sangat berat  dihati..rasa sangat lemah badan bila rindu itu tak mampu untuk dilontarkan.

August 25, 2012

Berani Untuk Cuba Masak!!!

Nasi Beriani

Ayam Masak Tomato / Merah
First time masak nasi beriani!! bangun tidur tadi papa ajak keluar beli barang dapur sebab musim musim raya ni, kalau barang kat dalam peti ais dengan dapur tak ada, naya aje tetamu datang rumah tak ada benda nak masak kan.

Entah kenapa, mulut mama terus cakap nak cuba masak nasi beriani. Tetiba kawan baik papa call. Adoiyai!! papa pulak citer mama nak masak nak beriani hahaha.baru first time nak cuba daaa, siap papa ni suruh kawan dia pujuk mama buatjugak nasi beriani tu walaupun first time. Konon try in error.

Alhamdulillah, lepas beli barang semua, dah start masak..gas pulak tetiba abis. Selalu sangat tau kalau ada orang nak datang, suka betui dia nak abis.Nasib baik call kedai,cepat aje diaorg hantar gas kat rumah.

Oh!!! papa cakap sedap untuk pertama kali mama berani masak nasi beriyani!! hehehee..kawan baik papa and family pun kat OK untuk first try. Alhamdulillah bertambah juga mereka makan.


August 23, 2012

Eid Mubarak!!!


Alhamdulillah berjaya menempuh ramadhan dengan jayanya. Papa pun berjaya juga dalam keadaan kesihatan yang tak begitu memberangsangkan. Ramadhan berlalu, Aidilfitri menjelma. Perasaan bercampur baur antara gembira dan duka. Seringkali peristiwa 'kehilangan' itu menggamit memori silam. Bukan satu tapi dua episod 'kehilangan' itu berlaku kala kegembiraan menyambut aidilfitri.

Kali ini, mama cuti awal sebelum raya. Terus balik Perak seperti tahun-tahun sebelumnya. pendek kata "signed" sampai mati setiap kali perayaan mesti balik Perak. Best kan sebab tak ada sistem giliran. Mama sangat bangga! Tahun ni juga menyaksikan tak semua adik-adik mama berkumpul di Perak sebab kebetulan hari Merdeka nanti, kami semua still kena berkumpul lagi sekali untuk perkahwinan adik perempuan bongsu mama! jadi kesempatan itu, ada yang ambil peluang balik rumah family sendiri untuk tempoh tertentu.Bosan mama sebab mama dah biasa dengan suasana yang kecoh dan hiruk pikuk. 

Jom layan gambar yang tak berapa menarik ni sebab tak cukup ahli keluarga heheheh.

Iman dan Qilah yang kuat bodek mama!

maktok, tokayah dan adik yang bakal berkahwin..iman yg suka menyelit!

teman-teman mama



August 5, 2012

Ramadhan

Hotel Singgahsana Petaling Jaya
Dalam Bilik
Mirror Mirror
Fav mama - Tauhu Sumbat
ni untuk 5 orang makan
sedap

Lama sungguh tak menulis, tak mencoret dan sebagainya. Sedar tak sedar kita dalam minggu ke dua berpuasa. Alhamdulillah, semalam berbuka, bersahur serta tidur kat Hotel Singgahsana Petaling Jaya dengan kawan baik mama dan suaminya yang datang dari Melaka. Tempat favourite kawan ni, so bila dia sms and ajak berbuka plus stayed kat sana, mama dengan papa ok aje walaupun rumah kami dekat aje.

Setiap tahun, setiap kali bulan puasa, hotel ini antara yang kami selalu pergi untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan. Kat sini semalam ramai sangat orang dan kebetulan ada Rabbani buat persembahan. Memang best. Kat sini nak solat pun senang sebab ada surau dan ada solat terawih!

Papa masih lagi berupaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah walaupun kesihatan papa tak menentu, walaupun terpaksa melalui rutin dialysis 3 kali seminggu.

Popular Posts