January 27, 2011

Mama Si Penglipur Lara

Last week penuh dgn aktiviti berjalan-jalan dgn adik-adik serta anak sedara mama..this week pula, penuh dengan kerja-kerja office yang begitu memenatkan..dari pagi bermaiin dengan angka-angka bermain dengan abjad dan kembali lagi dengan angka, mama rasa mata mama pun dah semakin sepet pun ada, biji mata pula rasa dah nak tersembul..badan betul-betul rasa letih.. tapi mama suka dengan kerja mama.

Hari isnin seperti biasa, pergi office melalui highway plus..setiap kali sampai kat tol Jalan Duta mama selalu perhatikan satu signboard yang tertera satu perkataan..dah lama pandang benda alah tu..then hari isnin tu, mama tanya papa, "papa, BET tu stand untuk apa? maksudnya apa? lama dah perati tapi mama tak tahu?..papa pulak jawab, "a'ahh papa pun tak tahu" so kebetulan nak bayar tol sebab pepagi cash tol tak sesak.. sambil hulur tiket tol papa tanya kat tol gate girl tu "adik, BET tu apa?" ..adik tol yang manis tu jawab " BET tu maksudnya Bus Ekspres Transit" hhuuuu belajar lagi..ehhh betul ker? kalau tak percaya, nanti tanya yer..

Hari Selasadan rabu pula keluar cerita tentang ibu tikam bayi sampai mati, mama dngar dlm kereta..mama dengan papa terus terdiam..masing-masing layan perasaan sendiri..airmata mama dah mengalir..rasa nakjerit je sambil nak cakap kat ibu ang tikam anak dia tu "eh!! kalau tak nak jaga baby tu, jangan tikam!! kasi aku..aku boleh jaga..ko tak sayang anak ker? kejamnya!!!" mama rasa macam nak pegi gusti je dengan dia..siksanya baby tu.. pastu arini, ada lagi manusia yang tak berperikemanusian, sanggup letak baby girl dia atas kereta orang..comelnya baby tu mama tengok dalam newspaper..uhhh!!!budak kecik tu tak berdosa, janganlah ditambah dosa lagi..eeee tak tahulah mama nak luahkan perasaan mama..sedih sangat. Mama nak sangat baby..walaupun mama ada Mia, tapi Mia mama jauh dari mama..kalau ada orang nak kasi baby kat mana, sure mama ambik..betulkan papa..

Esok Jumaat, moga esok lebih baik dari hari ini..moga mama dan papa senantiasa dibawah rahmat Ilahi. Yes!! Sabtu pula mama nak balik kampung..nakdok umah maktok Mia lama-lama..nak main dengan cousins Mia..nak pi bertandang rumah Mia tiap hari sebab mama rindu Mia..

January 23, 2011

Mama Belajar Menyanyi

Weekend  minggu ni, rumah mama menerima tetamu..paklang dan keluarga datang rumah mama, so tak lah mama tinggal berdua aje dengan papa. Semalam, pagi-pagi lagi kami semua dah bangun sebab nak pergi breakfast kat luar..kat tempat mama selalu makan..kedai mamak kat Kota Damansara sebab rasa tekak nak sangat makan tosai.. hehehehe..
Memang bangun awal tapi bila deal dengan budak kecil, memang awal pagi dah jadi bukan awal..hahahaah riuh rendah dengan suara mak lang..kejap kejap suara pak lang dok melayan karenah adik atiyah yang umur 3 tahun tu, yang kadangkala memang menguji kesabaran mak dan abah dia..bila dah settle dgn  atiyah, baru pergi breakfast..wah bestnya mama dapat makan tosai..tak heran dah dengan makanan lain. Sambil makan, sambil sms auntie iqin sebab nak ajak dia join kitaorg pergi jalan-jalan kat Aquaria..yeh!! Aquaria again! mula tu auntie macam tak nak pergi sebab auntie kata tengah bulan, hubby lum gaji lagi..mengenangkan auntie dengan uncle baru memulakan hidup berkeluarga dan auntie belum dapat keje lagi lepas balik dari oversea, mama kata "don't worry, along belanja" wahhh mama belanja auntie tu, tak apalah, adik beradik usah berkira kan kan kan..anak mama pun tak leh kedekut dengan orang tau..tak baik sebab rezeki kena kongsi sama-sama.

Destinasi selepas breakfast adalah Aquaria..kami sampai jam belum lagi pukul 11 pagi..so mama jadi orang pertama yang berbaris dengan bangganya hehehee..atiyah pulak, kelihatan teruja dengan keadaan di Aquaria tu walaupun belum masuk dalam..risau jugak bila dia asyik berlari sana berlari sini, orang ramai, takut hilang la pulak budak sorang tu..bestnya berkumpul ramai-ramai dengan pakklang sekeluarga serta auntie iqin sekeluarga..wah mya sara anak autie iqin dah besar..tapi pemalu la konon..

Teruja betul bila masuk Aquaria, mama yang dah banyak kali masuk pun teruja especially bila tengah- tengah menikmati keindahan ikan-ikan tu, feeding time!! memang best sangat..gambar? papa belum upload lagi so mama tak dapatlah nak tunjukkan kat sini..tapi memang teruja sangat, papa kata mama dah tergedik-gedik macam kanak-kanak ribena..

Lepas Aquaria, Ikea time pulak..aduh memang penat sangat..paklang dgn maklang tu memang nak beli barang kat situ so  kenalah bawak diaorang..letihnya..mama lah kena jadi babysitter layan atiyah..hahaha layan melukis, layan menulis..dan paling best sebab bukan mamajar dia menyanyi tapi dia ajar maklong dia ni menyanyi..ada ketika sewaktu dok melepak kat dining table punya site, sambil layan dia melukis, dia menyanyi, mama pun turut la terikut, tak perasan pulak ada pakcik tu dok dengar kitaorg nyanyi sama-sama..uhh malunya!! nasib baik pakcik tu tak nyanyi sama..kelakar..hampir malam baru keluar dari Ikea tu..just imagine apa yang kitaorg buat kat situ..kalau Mia ada,tentu Mia dah marah kan sebab penat jalan lama-lama..papa pun penat sampai sakit dada dua kali la jugak..tapi papa kuat..

Lepas Ikea, kami pergi rumah paktam kat Shah Alam..paktam tak ada sebab sebuk, tapi pakcu ada..yeh yeh sedap makan free kat rumah paktam. Sian pakcu tinggal sorang-sorang, kalau paktam ada tak lah sunyi pakcu tu..okaylah kan makan pakcu masak walaupun hanya sardin dan telur dadar hahahaha..saja je malas mama nak beli lauk sebab memang nak kenakan pakcu..sambil-sambil tu dok dengar lagi atiyah menyanyi sensorang..mama dah mula dapat menghafal apa yang dinyanyikan.. rupanya bila mama tanya paklang dgn maklang apa yang atiyah nyanyi, rupanya abjad ABC..Z..mama tnaya sapa ajar buat lagu macam tu, diaorang pun tak tahu tapi diaorg pun layan belajar juga dari atiyah..kekadang ayat bertukar cerita.. 
Jom kita nyanyi sama-sama..yang tak ada ayat cuma abjad tu, mama tak dapat tangkap ayat apa yang dia susun dan lagukan sebab dia nyanyi sambil main dan cepat pulak..huuuuu..

A ~ Ayam kokok siang malam
B ~ Burung terbang tinggi
C ~ Cicak makan nyamuk
D ~Datuk jalan pakai tongkat
E ~ Emak masak nasi
F ~
G ~ Gajah hidung panjang
H ~ Harimau saya takut
I ~ Ikan mandi kolam
J ~
K~
L ~
M ~
N ~
O ~
P ~ Pensel saya tulis
Q ~
R ~
S ~
T ~
U ~
V ~
W ~
X ~
Y ~
Z ~

January 20, 2011

Rindu Hati Mama

Hari ni public holiday, mama cuti. Tapi walaupun cuti, mama bawak balik kerja dari office. Papa pergi dialysis pagi tadi, Mama tak ikut sebab badan tak sihat, lagi pun, mama sakit mata! hehehe mata merah menyala.

Semalam, mood mama kat office pun tak bagus, rasa letih sebab badan tak sihat, pastu mata sakit, kerja yang banyak,,uhhh memang tak ada langsung perasaan semalam. Nasib baik semalam papa ambil mama kat office kalau tak, rasa tak mampu nak bawa kaki mama melangkah ke monorel tu..aduh!!! mama rindu Mia!!

Mama rindu Mia, rindu sangat..mula tu mama tak nak layan rasa rindu tu, tapi bila membaca luahan hati mummy alanna "adik pernah wujud", mama jadi rindu sangat pada Mia..membaca coretan itu, hati mama disayat pilu, airmata turun tanpa boleh ditahan-tahan..mencurahkan perasaan ketika ini pun airmata masih lagi mengalir.seperti mama, mummy alanna pasti juga rindukan "adik nun"..kami ibu yang diduga...rindunya mama..anak sendiri tak sama dengan anak orang lain kan Mia hatta anak saudara..beratnya perasaan mama sekarang..

Mia, mama rindu..mama rindu Mia, rindu sangat..mama sayang Mia, sayang sangat. Kadangkala mama nak sembang-sembang dengan mak tok serta tok ayah tentang rasa rindu mama, tentang rasa kehilangan mama, tapi mama tak mampu Mia walaupun hati berdetik nak bercerita namun tiada kata yang terluah..mama tak mampu nak berkongsi rasa, nak berkongsi rindu mama dengan mereka berdua yang kerna mama rasa mereka lebih sedih dari mama..mama tak nak mak tok dengan  tok ayah sedih tengok mama sedih..tapi Mia, mama rindu anak mama...

Papa pun rindu Mia, tapi papa tak akan bercerita tentang Mia jika mama tak memulakannya, mungkin sebab tak nak mama sedih..papa suka cakap, Mia tu..Mia ni..papa selalu anggap Mia dah besar..tapi mama tetap anggap Mia anak kecik mama..anak mama yang senantiasa mama nak ambil tahu apa yang Mia buat..apa yang Mia pandai..tapi...

Minggu depan, mama nak balik kampung..mama cuti panjang dalam seminggu..mama nak pergi rumah Mia, moga terubat sikit rindu mama..tok ayah nak buat kenduri, segala macam kenduri tok ayah nak buat macamlah tok ayah tu kuat sangat kan..tok ayah kata nak buat kenduri untuk Mia juga..moga Mia gembira nanti bila ramai yang berikan Mia mama hadiah..

Mia, rindu mama dengan papa tak? ingat mama dgn papa?  Mia masih ingat macam mana papa jaga Mia, masih ingat Mia pegang jari papa? Mia masih ingat tak suara mama dengan papa bercakap dengan Mia, tenteramkan Mia bila Mia menangis?..masih ingat lagi ke Mia pada pelukkan mama kala waktu untuk Mia pergi hampir tiba? mama nak cakap masa tu, jangan tinggalkan mama..jangan tinggalkan mama..ketika itu mama masih ada hak ke untuk meminta anak mama tinggal dengan mama..mama kejam ker Mia? masih terbau-bau wangi Mia..masih terbayang-bayang comelnya anak mama walaupun apa orang lain kata, anak mama tetap comel sebab Mia anak mama..bukan anak orang lain..

Papa mesti tahu mama tengah nangis ni..mesti terasa-rasa mama tengah sedih..siap sms mama tanya, "mama ok ke? papa habis dialysis kul 2.30"..mama dah bagitahu papa, mama sedih, mama rindu Mia..

January 17, 2011

Mimpi Mama..Cerita Papa

Hari ni mama kelihatan ala-ala cantik gitu kat office..ekekeke memang penuh dgn perasaan "perasan" kejap. Ishhh orang bodek, mama layan je. Entah kenapa, hari ini, mood kerja hari isnin sangat bagus..tak adalah bangun tidur,dok termenung tepi katil berfikir " nak keja ke tak"..memang tak ada langsung pagi tadi..badan rasa segar sangat..mesti mama mimpi best kan sampai mood pun bagus..huhuhu..

Malam tadi..or subuh  tadi, tak tahu pun jam berapa, mama macam bermimpi..seronok sangat mimpi tu..mama mimpi mama tengah dodoikan baby dalam buaian..siap nyanyi-nyanyi dengan selawat lagi..alhamdulillah..memang rasa hilang segala sakit mama..tapi mama mimpikan baby mana yerk? mama mimpi Mia ker or itu petanda mama nak dapat rezeki yang mama tunggu-tunggu? petanda Mia akan dapat adik untuk temankan mama dengan papa kat dunia ni? mama dodoikan baby tu..bila dia nak tidur, mama cium-cium dia tapi baby tu tak nangis..baik macam Mia je. Dulu Mia sakit, Mia tak nangis pun, Mia diam je kan, kecuali bila Mia lapar nak susu..tapi bila dengar tangisan Mia, hati mama jadi sakit sangat sebab mama tak tahu macam mana mama nak tolong Mia agar Mia tak rasa walau sebesar hama pun sakit tu..doakan mama yer sayang, andai itu pengganti Mia..Mia tetap anak sulong mama..tak ada siapa yg boleh rampas takhta Mia dari hati mama.

Semalam papa cari ikan tak jumpa kan, hari ni papa dapat ikan koi! beli kat kedai..siap lagi dengan aksesori..ummm papa ni kalau mama beli macam-macam, papa kata mama membazir, tapi kalau papa yang beli macam-macam tak apalah pulak. Ini tak adil! Boleh lagi tu senyum-senyum..Eeeee geramnya papa ni, macam nak gigit-gigit je papa ni. Lagi tak adil, papa bela ikan, pastu mama pulak yang kena tukar kan air aquarium tu setiap kali kotor..argggg memang menggugat perasaan betul papa ni.

January 16, 2011

Mama Terlalai..

Tadi masa mama bangun dari tidur, mama rasa badan dah sihat..mama ajak papa gi breakfast kat Kota Damansara, sebab nak terasa nak makan tosai kat kedai mamak..Huhuuuu konon nya nak makan tosai, tapi bila sampai aje, mama order nasi lemak dengan tosai plus air barli panas! terkejut papa. Papa kata, "mama, why order banyak, nanti tak abis", hahah mama dengan rasa tak bersalah pulak jawab "tak apalah, mama rasa macam lapar sangat" so no comment dari papa lepas tu..ummm nasi lemak sampai dulu, maka mama pun makanlah sambil dalam hati berkata, tak sedap! wakakaak padan muka mama..kalau papa tahu mesti kena tarik telinga mama ni sebab tak dengar kata..pastu sampai tosai garing mama! wah sedap sungguh tosai mama ni, rasa macam tak cukup tapi karang mama order lagi, mesti kena kutuk dek papa kan..

Lepas habis makan, mama dengan papa pergi rumah kawan mama, pergi berubat kejap..cara islam..alhamdulillah rasa lega sikit bisa-bisa badan. Kawan mama kata, ada tumpangan yang dok kat mama, mama kata, mama tak pergi mana-mana pun hari Jumaat lepas..kawan mama kata, benda nak tumpang tak kira tempat mana pun kita pergi, kalau kita lalai dari mengingati DIA, memang mudah sangat benda yang bukan-bukan berkampung kat badan..huhuuu memang hari Jumaat tu, mama terlalai sikit, mama perasan yang mama kurang sangat berselawat dan berzikir macam biasa..selalunya pun tak lah banyak sangat mama buat tapi hari Jumaat lepas memang kurang dari biasa..Ya Allah, Kau Ampunilah hambaMU yang lalai ini, kuatkan minda hambaMU ini, bantulah hambaMU ini untuk terus mengantiMU..

Lepas balik dari rumah kawan mama, papa sibuk pula nak jumpa kawan dia kat Gombak..uhhh masa tu mama dah start balik rasa macam nak demam lagi, kepala pun sakit..kuatkan azam konon, dah selawat byk2 tak lah rasa sakit tu..pas pi Gombak, papa nak cari ikan pulak, arggg papa ni macam-macam tau..pulak tu nak pi area Pasar Pudu..jalan jammed! tak ada parking..so tak dapatlah cari ikan,,bukan ikan nak masak, ikan untuk aquarium..konon nak tengok wayang lepas tu tapi sebab tak dapat ikan, and papa nak cari ikan juga tak jadilah tengok wayang..alih-alih, sampai Sungai Buloh pun tak ada ikan yang papa suka. Akhirnya balik rumah.

Penatnya badan, papa buli mama ajak cari ikan..ummm alhamdullillah badan tak panas lagi, cuma kepala aje yang pusing-pusing sikit..

January 15, 2011

Mama Sakit..Tak Sihat

Mia,

Mama tak sihat dari malam tadi..mungkin sebab kena hujan tengahari masa mama pergi beli lunch kat belakang office mama..sebenarnya semalam tengahri tak lah hujan lebat sangat..balik dari office, terus jadi tak sedap badan, badan dah panas, perut pula sakit sangat ..dah letak minyak semua pun tak okay juga..last-last mama kata kat papa, "papa, mama tidur kejap boleh tak? tak boleh tahan sakit ni"..bila papa kata ok, hati-hati..terus mama masuk bilik..dah tak ingat apa dah..Mama tersedar kejap sebab dengar papa cakap sorang-sorang..rupanya dah kul 1.30 pagi..badan mama panas, dahi panas papa kata..mama dah mamai...

Harini mama tak temankan papa buat dialysis..sian papa..memang teruk pulak demam mama kali ni, nak bangun pun tak larat, tapi bila tidur aje, badan pulak jadi lenguh. Papa pergi dialysis pagi-pagi lagi tanpa mama temankan..sunyinya papa tak ada kat rumah..rasa bersalah aje bila tak dapat temankan papa..papa pun mesti risaukan mama sebab, kejap-kejap papa sms, kejap-kejap papa tepon mama..ummm dialisis yang kena buat 4 jam, papa hanya buat 3 jam aje..

Sebab tak sihat, mama langsung tak makan, tunggu papa balik..ingatkan papa nak beli lauk kat luar, rupanya papa nak masak..terima kasih yer papa sebab masak kan lunch untuk kita. Tak ada selera sangat nak makan, tapi paksa juga makan..sakitnya mama Mia..kalau papa tahu mama ni tak pakai payung semalam, mesti macam mak nenek papa berleter..mama on jap lappy ni sambil baring dalam bilik..bosan la Mia..

Harap-harap esok dah ok sebab kalau esok tak ok, maknanya mama terperap la kat rumah, tak boleh pergi jenjalan dengan papa..ingat nak pergi tengok wayang..tadi acik tepon mama, kata tok ayah nak buat kenduri..huhuuu kenduri lagi..nanti mama citer kenduri apa ya..

January 11, 2011

Mama ada dia..tapi

Hampir seminggu mama tak mencoret kat blog mama, hampir seminggu juga hati dan perasaan bercampur-aduk, hampir seminggu juga mama terkejar -kejar dengan tugasan di office dan tanggungjawab mama pada papa. Arggg mama tak tahu apa sebenarnya sekarang perasaan mama saat itu..penat sangat..rasa nak menangis..tapi dah menangis pun bila mengadap DIA yang Maha Mengetahui..kerdilnya mama!

Minggu lepas, mama sibuk dengan pelbagai report yang perlu dihantar, almaklumlah masuk tahun baru, kenalah buat report untuk year end..huhuhuuu tak cukup kaki dan tangan mama ni..nak tarik nafas pun tersekat-sekat..tengahbuat satu laporan, datang lagi permintaan untuk laporan yang lain..wow!! mama dah macam robot..papa pulak macam biasa, time sihat, dia sihat, time datang sakit, haru biru hidup mama..

Seminggu ni, hampir 4 hari papa tetiba kena serangan sakit dada!. kena pula time mama kat office, hati dan perasaan tak tentu arah..airmata sering bertakung bila mana papa call bagitahu dia sakit..tension! mama tak tahu nak buat apa kalau mama kat office dan papa call kata sakit..rasa umpama jiwa dan nyawa separuh dah pergi..sedihnya mama..

Sabtu lepas, mama dengan papa pergiTanjung Harapan kat Klang..ada reunion kawan-kawan sekolah papa. Ada yang sering mama jumpa dan ada yang baru pertama kali. Tengah seronok sembang, ada yang baru memunculkan diri..dah salam-salam masing-masing, tup tup ada suara-suara yang berkata "eh lama tak jumpa, haaa nak interview la, ada anak berapa orang..bla bla bla..mama pasti soalan tu bukan untuk mama  sebab ada dalam dua tiga orang lagi yang bersama mama...hehhe tapi mama tak tunggu dah la kat situ sebab mama rasa sure nanti akan ada soalan yang sama untuk mama..mama lari dok tempat lain hehehee..macam mana yerk mama  nak jawab kalau mama still kat meja tu? satu soalan yang tak mampu mama berikan jawapan.. boleh tak lain kali mama jawab macam ni "so far, anak sorang, gegirl..dah sekolah..kat special school..tak adalah penat nak layan" uhhhh macam tu ker? or jawab macam ni.."ada sorang, girl..tapi tak dapat jaga, sebab ada yang lebih berhak menjaganya..isk isk isk...sedihnya!

Semalam papa sakit lagi, salah makan! geramnya mama..papa ni suka bagi mama susah hati..hati dah penat menangis..penat rasa bila perasaan dan hati kelam kabut..papa ni, tolonglah jaga kesihatan, jaga diri..sementara mama masih ada, boleh lah mama jaga papa..esok papa ada dating dengan doktor lagi..hoping semua ok..

Hari ni pula, dapat call dari makteh mia, tok ayah tak sihat..tadi tokayah rebah kat surau masa solat subuh..aduh! Mia..rasa macam nak terbang balik nak tengok tok ayah..siap pesan kat makteh jangan bagitahu mama..mesti tok ayah tak nak mama susah hati, tak nak mama nangis, almaklumlah mama ni anak tok ayah yang mmg suka nangis..petang tadi call tok ayah, dengar suara tok ayah pun lemah, tok ayah kata, doktor kasi ubat baru, mungkin sebab ubat tu tak serasi dgn tok ayah tu..

Mama rasa letih yang teramat..mama harap, Allah permudahkan segalanya buat mama dengan papa, moga Allah berikan kesihatan yang baik untuk papa, tok ayah, maktok dan seluruh keluarga mama..sedih lah kalau diaorg tu sakit..mama tak sangup tengok dia orang sakit,,

January 5, 2011

Award DiTahun Baru

Yeh yeh..mama dapat award dari kawan mama yang tak pernah putus datang jenguk mama. Terima kasih yer AL sebab tag mama dengan award ni. Moga tahun baru ni, akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. 

Cerita ringkas aje ni sebab mama penat sangat, rasa nak bernafas pun penat..penat dengan kerja kat office yang supposed disettlekan masa mama cuti tapi tak apa, sebab semua orang sibuk,mama dah settlekan sendiri balancing year end 2010 serta daily sampai date semalam. Memang rasa letih sangat, nak berjalan pun malas..rasa macam nakseret je kaki mama ni..esok boleh rileks sikit, tak ada lagi kacau bilau kat office tu..

January 1, 2011

Rangkuman Hati dan Perasaan

Tahun 2010 telah berlalu, tiba pula 2011, moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga Allah terus memberkati dan merahmati hidup mama dan papa. Tahun 2010, tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran, penuh dengan tangisan dan sengsara, penuh dgn rasa sunyi dan sepi, penuh dengan rasa rindu dan benci.

Hati mama tetiba jadi sebak, jadi sayu bila mengenangkan hari-hari yang mama lalui sekitar tahun 2010, papa tetiba sakit, sakit teruk sangat, silih berganti masuk ward, naik ambulance je dalam setahun dah  3 kali, jiwa rasa tersiksa, hati merana,sedih,  marah semua ada sebab mama tak mampu nak tolong papa bila papa sakit, mama hanya mampu memandang, mendengar keluh resah papa bila sakit, macam Mia dahulu..mama buntu, totaly lost!

Kekadang, mama terfikir, kenapa dugaan silih berganti hadir dalam hidup mama dan papa..kenapa mama dgn papa kena melalui semua ini..adakah sebab mama dan papa alpa pada Dia? terlalu banyak ke dosa mama dan papa? mama rasa masa tu, mama macam tak mampu untuk menghadapi semua ini, tak mampu nak berperang dengan perasaan sendiri, tapi bila saat mama tak mampu nak menanggung segala kepahitan, kesengsaraan dan kesedihan, mama seringkali di bisikkan dengan kata-kata "mama, jangan sedih-sedih, jangan putus harap, jangan cepat menyerah kalah, sebab Allah sayangkan mama, sayang papa, sebab tu Allah berikan dugaan-dugaan pada mama dan papa"..hati mama ker yang berkata atau Mia yang bersuara?

Tahun 2010 disamping berperang dengan tahap kesihatan papa yang tidak menentu, mama masih sempat lagi buat treatment untuk pregnancy, mama sunyi, papa pun sunyi,,tiap hari berperang dengan pelbagai suntikan, 2 kali masuk operation theatre semata-mata untuk memperolehi zuriat sebagai peneman hari tua..tapi Allah masih duga mama lagi, "adik" kecil tak nak dok lama-lama kat dalam perut mama, sama macam Mia, "adik" kecil keluar tika masih baru, hampir 4 minggu..hancur luluh hati, punah harapan mama untuk membuatkan papa melonjak gembira lagi sekali..kenapa ada juga yang masih membuang bayi sendiri, mengapa masih ada lagi yang sanggup membunuh bayi sendiri..sedangkan itu rezeki dari Allah! kesian bayi-bayi yang tidak berdosa, sampai hati ibu sendiri..hati mama sakit..jiwa rasa marah sangat..andai bayi-bayi itu diberikan pada mama, mama sanggup membelanya, letakaje depan rumah mama, insyallah, andai ditakdirkan itu rezeki mama, mama syukur sangat, tapi janganlah dibuang bayi-bayi yang tidak berdosa itu..


sebahagian ubat utk treatment mama




Mama tiada Mia untuk mama berkongsi suka duka membesarkan Mia dengan kawan-kawan mama, saban waktu yang berlalu, tiada yang dapat mama kongsikan, cuma kenangan-kenangan 3 tahun yang lepas, saat Mia lahir, saat Mia tenat, saat hati mama hancur berkecai bilamana terpaksa memandikan anak mama buat kali pertama dan terakhir..sejak itu, mama sudah pandai bermain rindu, telah pandai merindui..bukan tak pernah mama rasa rindu, tapi rindu pada Mia lain sangat, rindu yang tak terluah dek perkataan..rindu yang membunuh mama dalam diam..rindu itu rindu yang terlalu pedih dan bisa..tiada potret terbaru Mia dlm simpanan mama, hanya potret hidup Mia selama 3 hari di dunia yang kejam ini..

Mia 3 tahun yang lepas..tetap sama sampai bila2


genggaman yang kurindu
Segala yang terjadi, dugaan yang melanda, mama harap mama akan mampu terus bertahan, akan mampu terus kuat dan tabah untuk terus melayari kehidupan bersama papa, papa yang sering menyorokkan kesakitan, yang sering menyembunyikan masalah dan masih lagi cuba untuk menceriakan hidup mama, yang masih cuba untuk membuatkan mama berfikir,yang papa tak sakit walaupun dia sebenarnya sakit.

Moga Allah terus berkati hidup mama dan papa sempena tahun baru ini, moga Allah teruskan berikan mama dan papa tubuh badan yang kuat, kesihatan yang baik dan rezeki yang diberkati dan dirahmati olehNYA. Mama juga berharap, tahun baru ni akan ada rezeki dari ALLAH yang mama ingin sangat..

             “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.

Popular Posts