December 31, 2011

Pahit Manis


Sedar tak sedar, dah sampai hujung tahun. Rasa macam baru sahaja melayari kehidupan di awal January, sedar tak sedar December juga menginjak hari, January menjelma  kurang dari 4 jam lagi. Hampir setahun berlalu, pelbagai rasa, pelbagai kenangan melingkari mama dan papa.

Setahun juga bertambah dalam mama melayari bahtera kehidupan mama bersama papa, antara rasa gembira, rasa bahagia, rasa terluka mahupun rasa duka, banyak mengajar mama untuk lebih dekat padaNYA, mengajar mama bersyukur atas segala rahmat yang mama perolehi, Melayari kehidupan berdua-duaan dengan papa alhamdulillah mama rasa sangat bahagia walaupun jauh dalam hati, mama selalu berharap dan berdoa, agar rezeki mama dan papa lebih murah dengan kehadiran permata hati.

Bersama 2011, papa seringkali tak sihat, bergelumang dengan tahap kesihatan papa yang tidak menentu, benar-benar membuatkan hati mama selalu tersentak, selalu kelam kabut dan selalu berharap ada orang lain dalam rumah mama untuk mama jadi lebih kuat kala papa tiba-tiba sakit. Namun, syukur sangat-sangat pada Allah sebab kerna DIA mama jadi lebih kuat dan tabah, mama jadi lebih cool walaupun selalu airmata mama mengalir bila papa sakit dan mama tak tahu nak buat macam mana. Melayani tahap kedegilan seorang lelaki kekadang benar-benar membuatkan mama sebagai seorang wanita rasa tercabar, marah dan sakit hati. Namun, mama sangat menghargai lelaki itu, sebab dia kawan mama, sahabat, teman dan suami mama, yang mama boleh berkongsi segala rasa walaupun lelaki itu selalu sorokkan perasaan dia pada mama terutama bila mama dalam duka. Lelaki itu juga papa yang terbaik untuk anak mama, arwah mia dan juga papa yang sangat caring insyallah buat adik-adik Mia.


Setahun juga mama dan papa berusaha dengan pelbagai treatment moden dan traditional agar mama berjaya menambah bilangan ahli dalam rumah mama, tapi andai itu belum diizinkan Allah, mama tetap kena teruskan usaha mama, tetap kena berdoa. Kadangkala kegagalan membuatkan mama rasa sangat perit, sangat terluka. Bila berjaya, dugaan lain menimpa, namun itulah kehendakNYA, andai telah ditetapkan ia bukan rezeki mama dan papa, ia tetap pergi jua. Moga tahun mendatang, Allah kurniakan mama rezeki yang lebih istimewa. Amin Ya Rabillalamin.


Berkongsi kegembiraan serta kebahagian dengan keluarga yang besar sangat besar ertinya buat mama, keriuhan serta kenakalan anak-anak sedara membuatkan mama dan papa rasa kebahagian itu milik kami berdua, walaupun kekadang terasa hati sebab kena angin tak nak baik dengan maklong diaorg ni, sure ada ayat popular yang keluar dari bibir mungil diaorang "tak nak kawan  maklong", sangat pedih ayat itu walaupun ianya dari seorang kanak-kanak. Kasih sayang maktok dan tokayah serta adik-adik mama buat kami berdua tak dapat kami balas, sangat-sangat besar ertinya terutama maktok dan tokayah. Terima kasih mak, abah!!


Kerja mama alhamdulillah. Sangat seronok berkerja dengan kawan-kawan yang menyeronokkan walaupun kekadang tu, bila angin masing-masing tak elok, boleh kecoh satu department, tambah-tambah bila hujung bulan nak tiba. Mama suka dengan kerja mama walaupun terpaksa berkejaran terutama bila waktu balik tapi mama seronok. Kawan-kawan yang sering memberi semangat dan mengambil berat walaupun kekadang ada yang mengadu tentang cakap-cakap kat belakang, tapi itu lumrah. Mama tak kisah sebab mama rasa sebagai makhluk Allah, kita tak sempurna dan lemah. Biarlah orang nak kata apa, selagi mama mampu bertahan, mama biarkan aje, tak kemana pun perginya kalau dilayan.


Rasa cinta, rasa sayang, satu perasaan yang sangat indah, mama rasa kita kena banyak memberi tanpa mengharap balasan sebab ia satu perasaan yang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Nikmati rasa itu dengan penuh perasaan. Kebahagian dan kegembiraan memerlukan pengorbanan kerna itu, mama akan terus berusaha dan berkorban apa saja, agar mama dan papa beroleh kebahagian itu. Mama ingin nikmati saat-saat indah dan bahagia seperti orang lain, yang berjaya memperolehi zuriat, yang sedang menikmati keterujaan saat kehamilan. Mama harap sangat dan berdoa, saat itu milik kami juga. Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan setiap detik dan saat, dapat mama kumpul sikit demi sedikit untuk menampung segala kos yang berkaitan.



Lumrah alam, yang tiba pasti akan ada penghujungnya, yang hidup pasti akan mati. Mama sentiasa berharap dan berdoa, agar mama serta papa senantiasa dalam rahmat Allah, diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dariNYA. Sangat berharap kesihatan papa semakin baik dan sangat berharap juga rezeki kami semakin murah. Amin Ya Rabillamin. Moga Allah teruskan berikan kami sinar dan  bimbing kami menjadi hambaNYA yang sentiasa tunduk dan sujud padaNYA.




December 24, 2011

Watch Me

Paling awal sampai
Percubaan dalam mencari kejayaan kembali lagi. Kenapa urusan klinikal? sebab mama dah ada rekod dengan LPPKN masa treatmentkan Arwah Mia, jadi mama tak perlu open new record. Ujian klinikal ni untuk ambil darah mama serta papa sekali dengan sperm papa.

Mula tu ok aje tapi tetiba nurse panggil kata fail mama tak jumpa walaupun dah puas diaorg cari. Week before mama datang, masa call diaorg ada la pulak fail tu. Pastu diaorang kata nak kena open fail baru, kena interview sikit macam patient yg first time datang nak buka fail. Mama kata ok aje sebab mama pun bercuti kebetulan hari tu. Rezeki mama dan nasib mama baik sikit hari tu, baru aje nurse nak buka fail baru mama, datang senior nurse, dia tengok and nurse yang tengah attend mama kata, fail tak jumpa, nak open yang baru, but senior nurse tu kata "macam pernah nampak je nama ni" terus dia masuk bilik fail, tak sampai lima minit, fail mama dah ada, kejap je kan..papa cakap kat mama sambil berbisik "veteran juga yang diperlukan" jahat tau papa..

Ya..insyallah mama kembali dengan ikhtiar mama, kembali dengan usaha mama untuk mendapatkan zuriat seperti orang lain juga. Mama kembali mencari kebahagian mama dengan papa. Mama harap usaha mama dengan papa diberkati dan dirahmati Allah dengan kehadiran zuriat-zuriat yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya, supaya mama tak lagi rasa kekurangan dalam rumahtangga mama dan papa.

Mia mama adalah anugerah terindah Allah pada mama dan papa. Anugerah yang tiada tolak tandingnya. Kehadiran Mia dalam rahim mama dulu sangat-sangat mengembirakan mama serta papa, dan mama sangat bangga sebab mama ada Mia. Jadilah bidadari mama dengan papa disana yer sayang. Doakan mama dan papa disini supaya kami berdua terus kuat dan tak putus asa. Doakan mama dengan papa ada adik supaya mama dapat bercerita tentang Mia sebagai kakak mereka nanti, walaupun mungkin cerita itu adalah cerita yang sama, tapi mama ingin mereka tahu yang Mia senantiasa dekat dengan mama dan papa. 

Amin Ya Rabbil Alamin..

p/s : Nanti mama update pasal cost etc next entry..dah ngantuk ni


Rindu Maklong

Hari ni rasa rindu sangat pada Aqilah serta Iman Harith  yang dah terbang balik Sabah ziarah nenek belah ayah dia (adik ipar mama). Dua hari diaorg sampai sana, call mama pun diaorang tak  nak cakap, bila mula pegang handphone je adik mama kata diaorg dah mula "menyebik", nak nangis..pastu bila dengar suara maklong dia ni, terus aje nangis. Rindu maklong dengan paklong la tu..rindu korang juga..

Dua tiga hari ni juga cuaca amat muram sekali, rasa seronok nak tarik selimut. Minggu lepas hingga tahun baru, rumah kecil mama ni menjadi transit or rumah persinggahan saudara mara untuk bercuti, sangat-sangat seronok dan sangatlah havoc jadinya. Maktok pula memang suka dok dapur jadi dapatlah makan sedap-sedap hingga papa bising kat mama sebab mama tak tolong maktok. Macam mana nak tolong, maktok tak kasi hehehe...dari kecil sampai dah kawin, memang selalu  maktok tak kasi mama tolong..tokayah pula, memang jenis tak boleh dok diam sebab kalau dok diam tanpa buat kerja, pasti badan rasa sakit katanya, jadi ada je tempat dengan barang yang direnovatekan, ubah kedudukan hehehe.

Inilah hero mama - Iman Harith

Aqilah Hannani - sebaya dgn Arwah Mia

December 22, 2011

Sangat Gembira

Mama sangat happy this week sebab maktok dgn tok ayah ada kat rumah kecik mama ni, pastu ada Qilah dan Iman Harith dengan mak ayah diaorang,  bila balik kerja, diaorg semua ikut papa ambik mama, sangat seronok dan sangat penat sebab jawab banyak soalan dari Qilah dengan Iman Harith tu. Hari ni Qilah dengan Iman nak fly balik Sabah ziarah nenek belah pakteh. Sejak 2 tahun lepas Iman tu tengok dunia ni, inilah pertama kali dia balik jenguk nenek dia. 

Esok makngah dengan acik pun nak datang rumah mama lepas kerja. Wah sangat best sebab sampai hujung tahun, rumah mama penuh dengan tetamu. Bukan senang tau maktok dengan tokayah nak tinggalkan rumah diaorg kat Perak nun..



December 17, 2011

Mama Sakit

Mama Sakit

Sakit sangat..hari ni mama gagahkan diri untuk bangun..semalam kat office mama dah rasa badan lain macam aje tapi pikir penat kut so mama tak kisah sangat. Bila sampai rumah je, memang rasa perit sangat tekak tetiba, badan jadi tersangatlah panas tapi tetapkan kuat kan semangat sebab nak settlekan membasuh pakaian dulu. Rasa memang teruk sangat. 

Bila dah selesai semua, memang mengigil badan sebab panas sangat, minum air barli yang papa belikan pun tak jalan, minum air badak pun sama, last mama tidur aje. siap berselimut dan tanpa kipas..tapi mam atetap menggigil..papa jerlun kepala pun tak jalan. Lagi papa tak senang duduk bila mama nangis. Tak tahu kenapa mama perlu nangis tapi papa cakap, papa tak suka mama demam, sebab kalau mama demam, mama suka merengek pastu nangis. Teruk la papa ni.

Semalam memang mama asyik mandi aje sebab nak kurangkan panas dalam badan, sejuk sesangat, bergetar-getar bibir tapi air cepat kering sebab badan terlampau panas. Tak nak pergi klinik atau hospital sebab takut kena masuk ward then nanti papa yang susah sebab papa pun tak sihat jugak.

Hoping mama getting better soon.

December 12, 2011

Papa Pengsan!

Mama masih menangis sendiri
Papa ada rutin dialysis harini..macam biasa, lepas hantar mama, papa pun pergi kat dialysis centre kat PJ tu. Seperti biasajuga, bila dah sampai, papa mesti sms mama bagitahu dah sampai sebab tak nak mama susah hati. Rutin yang biasa untuk mama dan papa.

Harini juga mama leka buat kerja, tapi still tak lepas dari detik 10 pagi sebab memang dah jadi habit, time time tu lah mama mesti nak call dialysis centre tanya pasal papa..jadi nurse kejap nak check condition papa. So far rutin ini pun berjalan dengan lancar setiap kali papa kena dialysis seminggu 3 kali. Tak pernah mama culas buat spot check even kekadang mama merajuk dengan papa pun, mama tetap call. Tadi staff centre jawab call mama..

mama : as'salamualaikum, kak rin ni..abg (papa) macam mana?
staff    : abg ok kak
mama : dry weight datang tadi brapa, BP and pulse brapa sebelum buat?
              mesti tension je staff tu kena soal
staff    : kejap yer kak...(lama sungguh..konon ambil fail la tu)
               kak..
mama : a'ha ok ker tak? abg tengah buat apa tu? tidur ker?
staff    : normal kak, macam biasa..macam selalu (ni without jawap soalan mama kan)
mama : abg guna selimut tak? sejuk bawah aircond tu
staff    : guna kak (case mcm takut nak jawab lebih)
mama : ok..thanks

Mama sambung kerja and tak call handphone papa pun sebab tak nak ganggu dia tengah rehat or tidur masa tu sebab selalu dialysis dalam 4 jam..mama lunch around 12pm..tup tap tup tap terus pergi surau nak solat zohor, memang dah budget time ni papa dah settle dialysis, mama call papa..

mama : dah abis ke dialysis?
papa  : mana ada buat..
mama : aik!! apasal tak buat? tadi mama call centre diaorg kata buat..
papa  : tadi papa pengsan!
mama : haaaaaa? abih tu kenapa diaorg kata papa ok je..buat dialysis (time ni mmg marah)
papa  : papa yang tak kasi diaorg bagitahu mama (mcm tu pulak kan)

Uhhh!!! memang panas..nasib baik air sembahyang ada basah lagi kat badan..kurang sikit marah, kurang sikit nak membebel, terus mama solat, terus balik department, kemas barang jumpa relief boss sebab dua orang boss cuti, tinggal bos ketiga, mintak keluar awal dgn air mata berlinang..sedih sangat!!! dapat permission terus naik monorel!!!

Papa  ambik mama kat KL Sentral sebab dia kata dah ok tapi mama tengok pucat je papa, ajak pergi hospital tak nak, ajak pergi clinic pun tak nak, penat rasanya bila bercakap dengan papa yang tak nak dengar kata ni..rasa nak piat piat telinga pun ada, naper la degil papa ni kan..

Wahai papa, tolonglah dengar cakap mama. Mama tak minta papa belikan rumah macam Istana Negara tu, tak minta belikan kapal terbang or roket, tak minta pergi melancong kat angkasa lepas tu, tak minta papa kasi mama makan 24 jam pun, tak minta pun papa belikan baju tiap-tiap hari..mama cuma minta papa sihat je, minta papa pandai jaga diri, minta papa pergi clinic or hospital bila sakit bukan buat degil. Batuk papa tu dah lama, bila nak tidur sure tidur tak lena kan, asyik batuk, asyik bangun buang kahak, pastu papa asyik cakap mama tidur lena. Kalau papa dengar cakap mama, sure papa pun tidur lena.

December 11, 2011

Gelodak

Semakin hari, mama terlalu sukar untuk mencoret sedikit luahan hati mama disini, selalu membiarkan hati mama berbicara sendiri, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan namun begitu mama masih cuba untuk mengatur masa mama dan keadaan dengan sebaiknya.

Sekejap sahaja kita telah sampai penghujung tahun, tak lama lagi tahun baru..mama masih berdua dengan papa dengan keadaan kesihatan papa yang tidak menentu, kekadang sihat, kekadang tidak. Hati dan perasaan mama rasa pedih dan terluka bila papa tak sihat, jarang dapat lihat papa sihat sepenuhnya. Rasa sakit bila terpaksa melihat papa sakit, bila terpaksa menangis keseorangan sebab tak nak papa susah hati..rasa perit dan rasa teruk sangat..perasaan yang sama mama harungi kala anak mama sakit dahulu..

Pengakhiran tahun juga, terasa terlalu penat dengan kerja-kerja dipejabat, KPI dan appraisal yang perlu diselesaikan, jadual cuti untuk tahun depan yang perlu disusun dengan sebaiknya supaya mama dapat bercuti dengan papa sebaiknya.

Benar kata orang, menumpang kasih dengan anak orang takkan sama dengan anak sendiri. Dengan anak sendiri adakah mama akan rasa kecil hati? tidak kan? aduh!! mama tak sangka juga mama kecil hati dengan anak sedara mama yang sebaya dengan arwah mia..budak kecik je kan tapi itulah kan, hati seorang ibu yang kehilangan anak..sangat terasa!! sampaikan adik mama yg second last pun comment kat FB mama " ala, along ni, dengan budak pun nak majuk" huhuuu memang mama sentap habis dengan budak pompuan yang nama Qilah tu..siap report kat mak dia lagi yang anak dia tak nak kawan maklong dia ni..sedih tau..

Iman Harith (boy yang kat belakang tu), Qilah and bertopi tu Mya Sara


Lama dah mama tak cerita tentang treatment mama kan..ummm entahlah mama pun tak tahu macam mana  lagi, mama tetap berusaha sendiri, insyallah kalau ada rezeki, alhamdulillah, if tak ada juga, mama tetap akan cuba sampai ada, sebab menumpang kasih anak orang takkan sama dengan anak sendiri.

December 2, 2011

Love


Lama juga mama tak update blog usang ni, kepenatan yang melanda sejak kebelakangan ini, memang sangat-sangat membataskan keinginan mama untuk berkongsi rasa dan cerita, hinggakan bila sampai rumah je rasa ingin terus tidur.

Mama pergi terjah rumah kawan-kawan mama, cuma jarang meninggalkan jejak sebab mama penat, membaca pun siap tongkat dagu, memang kronik sesangat rasa kepenatan mama bila, saban hari bergelumang dengan kerja, mengejar masa  berlarian dalam hujan sebab nak sampai rumah cepat, bersesak-sesak nak masuk dalam monorel sebab tak nak papa tunggu lama kat KL Sentral..belum dicampur monorel buat problem..lagi lama la mama menunggu..

Cerita tentang papa pula, kejap papa sihat kejap tidak. Last week papa demam..loya mengalahkan orang pregnant. Mungkin sebab papa tak lalu nak makan, jadi angin dah penuh badan. Last week juga pergi Setiawan, pergi buat fisio papa, pergi ambik ubat  papa kat doctor homeopathy..mama jumpa ibu Aiman dengan Aiman, sangat mulus wajah dia..kemudian terus balik rumah tok ayah..best.

Mama singgah rumah kecil Mia..sgt tenang! mama tak nampak pula jiran baru Mia. Rasa macam tak nak pergi dari situ. Mama rasa macam Mia terloncat loncat gembira sebab mama datang, almaklumlah mama dah lama tak datang jenguk Mia..balik rumah tok ayah, rasa sangat happening sebab ada cousins Mia yang pelbagai ragam, yang sangat suka buat ayat "maklong cantik, maklong wangi, maklong kurus, maklong putih" semata-mata nak bodek mintak main Ipad papa, or nak mintak minyak wangi mama or mintak nak beli buku atau mainan..tapi bila angin tak baik, hilang sudah segala wangi, cantik dsb..timbul ayat "kakak tak kawan maklong, kakak kawan mak ngah, acik, acu", bila sorang berkata macam tu, sure yang lagi 3 orang pun mengikut, sentap jugak maklong dia ni tapi mama tak kisah sebab nama pun budak-budak, mama tetap sayang sebab diaorg anak-anak mama jugak. cousins Mia!

Mama sentiasa menyayangi..always..

November 20, 2011

Sleep


Mama terjaga about 2.30am! kacau papa tidur, tapi papa tepuk mama konon suruh tidur balik. Argggg!!! papa ni,mama tak boleh tidur la!!! mama ajak papa sembang-sembang, tapi papa asyik cakap ummmm...memang papa tidur, mama tak boleh tidur. Penat mama paksa mata ni tidur..still juga tak boleh tidur..tetiba teringat, waktu waktu beginilah mama dalam perjalanan pulang ke rumah maktok, bawa balik anak mama yang kaku..

November 15, 2011

Siapa Peduli


Mama sangat terluka! mama ingat mama mampu melupakannya tapi hakikatnya tidak. Telinga mama rasa sangat sakit tapi hati mama yang parah lukanya. Tak mampu nak menepis, tak mampu juga menghalang mereka berkata dan berbicara tentang..

Mama cuba bertahan tapi harini mama betul-betul rasa tersisih, betul-betul rasa malu dan segan. Andai berbicara, bila siang pandang-pandang, bila malam dengar dengar..kekadang rasa prihatin tu tiada, tak terfikir kah perasaan orang macam mama? Mama yang berusaha demi seorang zuriat, yang puas menahan kesakitan setiap kali treatment, yang sering menangis bila treatment gagal..yang sering berkira-kira duit tabungan setiap kali ingin melakukan treatment dengan harapan beroleh zuriat yang sihat dan sempurna seperti orang lain.

Andai rasa diri begitu senang memperoleh zuriat dan melahirkannya, bersyukurlah pada Allah atas kesenangan dan kenikmatan yang diberi olehNYA. Janganlah rasa diri dah sempurna. Mama tumpang gembira tapi usah diulang-ulang ayat yang sama, cerita yang sama sebab makin lama, ia melukakan mama.

November 7, 2011

Pengorbanan - Terima Kasih Mak & Abah

Salam Aidil Adha.. Selamat Hari Raya Korban. Sungguh indah andai mama dan insan-insan kesayangan mama dapat ke Mekah dan Madinah menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Walaupun Sabtu lepas mama rasa  sedih sangat sebab tak dapat balik rumah tok ayah tapi mama redha..papa pun macam tak sihat je.

Adik-adik mama semua hampa sebab mama dengan papa tak balik sebab ada yang bercadang nak masak banyak dan sedap, nak makan ramai-ramai, jadi bila ahli tak cukup, kuranglah meriahnya,  tambah-tambah lagi anak-anak sedara tu..ummm tak ada orang yang nak di buli agaknya.

Ahad lepas solat sunat raya, papa ajak pegi rumah kakak papa kat Petaling Jaya, walau mood tak ada, tapi pergilah jugak kan. Lepas tu terus balik rumah. Sebab boring, mama tidur aje. Kat rumah mak tok dengan  tok ayah, mak tok kata buat laksa, ada lemang, ada lontong.  Nasib baik maktok tak buat mee rebus kalau tak sure mama nangis lagi..tapi mama siap pesan kalau buat mee rebus nanti kirimkan kat adik mama yang nak balik Shah Alam.

Akhirnya, dapat juga makan mee rebus maktok yang sedap giler ni..tak cukup rasanya sebab maktok kata maktok buat kuah malam tadi, pastu semua anak nak balik, maktok tapaukan sorang sikit..huhuuu memang tak cukup ni..mama baru terima kiriman maktok dari adik mama pagi tadi..

rendang daging korban utk papa sahaja ~ mama tak makan

bahan-bahan hiasan untuk mee rebus yang telah dikeluarkan dr plastik ~ mee juga

kuah mee rebus maktok isi ayam sebab mama tak makan daging korban ~ sangat sedap!!

mama punyer ~ mmg tak sabar nak makan

licin ~ tak cukup. tunggu papa balik dr dialisis nak tapau sikit
Terima kasih mak dan abah, sebab tak pernah lupakan kesukaan anak mak ni walaupun anak mak dengan  abah ni makin tua hehehe..tak pernah mak dengan abah lupakan yang anak mak sorang ni tak makan daging korban! Walaupun mak dengan abah jauh, anak mak tetap sukakan air tangan mak dengan abah tetap suka kan segala yang mak dengan abah masak walaupun simple tapi tetap sedap. Andai di beri pilihan antara hotel atau restaurant yang mahal dengan masakan mak dengan abah yang simple, anak mak dengan abah ni tetap akan pilih masakan mak dan abah..sangat istimewa!

Mak..abah, anak mak dgn abah ni harap nanti cucu-cucu mak dengan abah akan suka masakan mama dia sebagaimana mama dan papa dia suka masakan maktok dan tok ayah dia.

November 5, 2011

Tersangatlah Sedih


Sedih, sangat...ingatkan sebab mama kerja hari Jumaat, nak balik kampung sempena Raya Korban hari Sabtu la..tapi malam tadi bila mama tanya papa, papa geleng kepala..tandanya tak balik! terus mama jadi sedih sangat, hilang kata-kata, hilang dah muka mama yang cantik manis bila senyum, timbul muka masam! rasa down sangat!!

Mia, maafkan mama yer sebab tak balik ziarah "rumah" Mia, nanti mama mintak tolong tok ayah pergi ziarah yer. Perasaan mama sekarang? rasa tersangatlah kecik hati, tersangatlah sedih dan tersangatlah sakit hati sebab tak dapat balik rumah tok ayah. Bertambah tertekan bilamana semua adik beradik mama balik!  Mak Tok janji nak buatkan mama mee rebus kesukaan mama tapi bila mama tak balik, tentu orang lain dapat merasa, mama kat sini yang menelan air liur. Sedih kan?

Mood dah hilang..sejak dari tadi mama tak buat apa pun..makan minum pun tak lagi sebab memang tak ada hati kat rumah, rasa nak terbang balik sekarang..nasib baik semalam mama dah selesai membasuh pakaian baru mama tanya papa, kalau belum lagi membasuh, tentu sebakul pakaian terbiar macam tu..tersangatlah sensitif bila tak dapat balik rumah tok ayah especially bila ada perayaan, especially bila semua adik beradik balik! argggg mama dah nangis again!!

Ummmm berkorban segala walau hati terluka!! Esok duduk kat rumah je, tutup tingkap dengan pintu sebab  hati dah terkorban. Selamat Hari Raya Korban.

October 27, 2011

Hati yang terusik..

Tiada yang seindah ini..

Untuk mama..
Cuma hanya satu harapan
Agar ada yang memahami
Agar tiada yang melukai
Dalam diam..

October 26, 2011

New Baby..

Next year, mama akan ada baby baru..


Mia sayang,

Yesterday mama tak working sebab mama tak sihat, back pain kembali menyerang mama. Mama just pergi clinic dengan papa untuk dapatkan medical cert and ubat.

Mia, dua hari lepas aunty iqin sms mama kata period aunty dah lewat, oh!!! itukah tandanya aunty pregnant? ummmm hati mama dah mula sayu walaupun sebenarnya gembira..auntykan adik mama, mana mama boleh sedih..semalam lagi sekali auty sms mama, kali ni ada attachment gambar..guess what sayang? ada double line kat UPT test tu!! mak sedara Mia dah pregnant againlah sayang!! next year Mya Sara akan dapat adik!! Next year juga selain auty Iqin nak bersalin, maktam Mia pun nak bersalin..wah!!! mama dapat 2 org anak sedara!!!

Sayang Mia, mama tak pandai nak sembunyikan rasa sayu mama kan dari Mia, memang tak pandai sangat, alangkah bagusnya kalau mama pun boleh sekali meriahkan rumah tok ayah dengan maktok tu dengan adik Mia, mama harap dan berdoa, Allah beri mama kesempatan lagi untuk mama menikmati keindahan dan keseronokan macam yang mama alami ketika Mia dalam perut mama, missed sangat saat itu..

Anak mama, please doakan mama kat sana yer..kalau jumpa nenek, mintalah nenek doakan untuk mama dengan papa supaya nanti mama ada adik baru, bagitahu nenek, papa sayang sangat dekat nenek, jangan risau pasal papa sebab mama ada. Walaupun ada adik baru nanti, mama tetap sayang Mia mama, tak akan pernah pudar rasa kasih mama..rindu sangat pada si kecik mama ni..arggg!!! sedih!!


October 22, 2011

Hanya Separuh Perjalanan

Alhamdulillah, perjalanan mama dengan papa ke Seri Iskandar semalam after mama abis keje, dipermudahkan Allah..dari Kuala Lumpur hingga ke Seri Iskandar, perjalanan ditemani hujan, kekadang renyai, kekadang lebat sama seperti hati mama..namun begitu bila menghampiri Tapah, hujan tersangatlah lebat hingga tak nampak jalan kat depan...cuaknya mama..macam-macam ayat dok baca..

Mama tumpang tidur umah adik mama malam tadi sebab nak pergi Setiawan untuk jumpa doctor homeopathy..ummm nak berubat sakit papa..nak cuba pregnant juga :-)..sedap makan rumah maklang Mia, sambal tumis udang, sup sayur dengan ikan merah masak kicap! sedapkan..sebab kepenatan, masing-masing tidur awal.

Pagi-pagi lagi dah keluar dari Seri Iskandar menuju Setiawan..alhamdulilltah kami orang pertama sampai, pusat homeopathy tu pun tak buka lagi, tapi tak sampai setengah jam, doctor pun sampai..hahaha doktor tolong buka pagar klinik dia..suka mama! doktor periksa papa..buatkan fisioterapi kaki papa kejap..doktor kasi ceramah kejap kat papa..ehh mama tak kena, sebab mama baik, papa tu je yg selalu tak dengar kata..

Seluruh kaum kerabat mama tahu kami ada kat Perak, semua ingat kitaorg nak balik Taiping...umm tak dapat balik Taiping minggu ni sebab nanti Raya Haji nak balik, jenuh mama dok membalas sms dengna call dari adik beradik ni..jenuh kena explain kat tok ayah sebab apa tak balik...papa? ummm selamat la sebab phone dia tak kena call..alasan lain boleh tak? sebenarnya rasa merajuk  sikit kut..Disebabkan tak balik rumah tok ayah, mama terus balik KL..kemudian walk in kat pusat servis kereta..umm dengan papa la..melayang lagi duit hehhe..

Interview! Orphancare Interview..mama tak ada rezeki kat situ sebab mama tak pergi..insyallah, pasti Allah ada peracangan yang lebih baik untuk mama...doakan mama yer..

October 20, 2011

Kosong

Mama masih mendiamkan diri..kalau berkata-kata pasti ada yang terluka. Mood pun tak stabil. Rasa merajuk pun ada, sakit kepala usah dikata, macam nak pecah dibuatnya. Tentang interview Saturday ni..ummm tiada jawapan..tiada laluan..akhirnya terkorban! mama juga la..

Kat office, mama lebih banyak mendiamkan diri, settlekan apa yang patut hingga tak sedar lunch hour dah tiba..tak rasa nak makan, mood makan makin hilang, kurusnya tak juga..mama bawa diri ke surau, niat nak mengaji, tapi mama hanya baca Yassin..rasa sayu sangat, kejap keluar suara, kejap tidak..bacaan bersulam tangisan...rasa kecik sangat..bila solat, 2 rakaat terakhir, rasa terlalu lemah, mengalir menderu airmata turun..Ya Allah, buka kanlah jalan pada hambaMU yang lemah ini..bantulah aku Ya Allah..

Sedari dulu, mama tak pernah membantah apa yang tok ayah suruh buat..hingga mama dah kahwin pun still macam tu juga..rasa bersalah sangat, rasa macam jahat sangat mama ni bila tak dengar kata-kata tok ayah..jawapan untuk interview masih tiada..mama rasa, papa biarkan  mama sendiri yang putuskan sebab itu papa tidak berkata apa-apa..akhirnya!!! berkorban rasa, berkorban kasih demi satu hakikat..sebab tok ayah macam belum bagi green light, sebab papa mendiamkan diri dari sebarang keputusan..dan yang teruk sekali, hati mama terluka..berkorbanlah lagi rasa hati ini..bantulah hambaMU yang lemah ini..mama call Orphancare..menitis-nitis airmata, mama nak pergi interview tu tapi bukan untuk Sabtu ni..mungkin bukan rezeki mama untuk kali ini..mama tak kisah andai nama mama kena turun sikit dari list sebab tak akan membuat keputusan sendiri..mode sekarang ~ silent!!

October 19, 2011

Hati Yang Sesak!

Rindu yang sangat berat, rasa yang sangat sakit! kuatkan hambaMu yang lemah ini. Saat ini rasa nak menangis, tapi mama selalu menangis, rasa nak meraung tapi tak terlontar raungan..rasa nak lari dari segalanya, tapi tiada arah tuju...pengakhirannya adalah SESAK!

Saat ini, mama ingin berbicara, mahu meluahkan segala rasa yang dirasa tapi tidak kesampaian..menangis dalam hati, bergenang mutiara jernih, menjerit perasaan, tegarkah ma.ma? rindu dan kehilangan benar-benar membuatkan mama sakit, lagi sakit dari kena caesar dulu..tak ada yang memahami! tegar sangat kah mama andai saban waktu diri rasa kekurangan..oh Mia!!! sian kat mama kan..

Paling sedih, hari ni kena berleter dengan papa, gara-gara mama dok pot pet pot pet dalam kereta sebab persoalkan pemanduan papa yang sangat berhemat tu. Suka sangat tekan minyak bila kat selekoh, ikut dekat dgn kereta depan, bila mama bersuara, suruh mama diam..mama je yang salah sekarang. Agaknya sebab mama kut, sampai sekarang dalam rumah ni hanya ada dua orang..

Petang tadi ada orang dari OrphaneCare call..kebetulan mama solat, jadi bila tengok ada missed call, teruslah call, ummm tak ingat bila mama register, terkejut la juga..Sabtu ni ada interview..kalau mama lepas interview tu, insyallah if ada baby, mama akan dapat..mama just sms papa bagitahu and tunggu keputusan papa..tak bercakap pun..reply papa "ikut mama..mama nak pergi ke?"..tok ayah pula macam suruh mama dengan papa usaha lagi..dan mama pulak? melawan perasaan!!!dari office dok bergenang air mata..


October 13, 2011

Redha dan Pasrah Lagi Walau..

After lunch semalam..
Mama kena call hospital
Bukan hospital call mama!
Sungguh tak mesra!
Dan sungguh tak best..
Tapi disebabkan emergency
Gunakan aje apa yang terdekat
Tak lah jugak dekat sb kena tempuh jammed!

Result darah!
Tak memberangsangkan
Bukan doctor gynae tu yang explain
Tapi his nurse yang bagitahu
Mulalah mama nak membandingkan
Antara personal gynae mama dgn
Emergency gynae yang terpaksa mama
Jumpa..dihospital yang tak sama juga..

Mama tak berjaya..puan anggap aje darah period yer!
Ummm, dalam hati mama menjawab
Dalam hati mama menangis
Menangis bukan sebab tak dapat terima
Yang mama tak berjaya, tapi
Sebab jawapan nurse tu!

Kawan-kawan yang mengira
Solat penuh mama
Menunggu
Agar ada perkhabaran gembira
Namun hanyalah harapan
Mama tak berjaya
Mama juga hampa
Mama juga
Tahu apa sebenarnya
Yang mama tahu, mama sakit sangat
Sakit macam mama nak gugur!


October 12, 2011

Perasaan yang berkecamuk!

Tak tahu mama nak tulis kali ni macam mana...

Every month circle period normal
Tak pernah tak muncul, pasti muncul
Sebelum raya dia muncul
Supposed muncul juga September
Tapi tak ada..
Biarkan..biarkan

Hampir 2 weeks lebih
Tak pernah nak buat UPT
Sebab tak pandai nak buat sendiri
Terukkan..takut sebenarnya..
Aftr solat zohor, gi toilet ada sikit blood
Dah preasure bagai..
Siap nangis dalam bilik doctor
Kena refer pakar !

Jumpa gynae yg first time jumpa
Tak mesra patient betul
Scan perut dlm 6 weeks...the doctor said
Tak berapa nak nampak sebab baru lagi
Buat UPT result macam negatif
Buat ujian darah..result tak dapat lagi

On the way keluar dari hospital
Kereta kena hentam dari  belakang!
Sakit hati sebab kereta baru!
Baru bayar hutang bulan pertama tau!
Dah ler mengaku salah
Siap boleh kata "tadi saya sembang dgn kawan kat luar"
Berlagak nak bayar kat bengkel
Cakap je berapa
Bila sebut nak hantar tempat servis kereta
Sebab under warranty, byk alasan
Dari sanggup nak bayar berapa aje
Terus keluarkan duit..kata "saya ada RM30" aje
Arggggg!!!

September 29, 2011

Tentang Masa Yang Pantas

Andai Nurin Amni Damia Khalilah Mohd Sharif ada, isnin lepas cukuplah dia 4 tahun..tapi hakikatnya, dia memang telah tiada. Hari ini pula,cukuplah 4 tahun juga dia telah kembali pada yang berhak..kembali pada yang menciptakannya,..dalam masa 3 hari mama melalui dua peristiwa..

Andai setiap tahun mama boleh hilangkan September dari kalendar 12 bulan ini, sudah pasti mama akan lakukan sebab September terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang terpaksa dihadapi..terlalu banyak nostalgia yang menghimpit rasa. Andai ada yang berkata, redhakanlah...ya mama memang redha sebab Mia mama tentu lebih bahagia disana..tapi salahkan mama, salahkan perasaan seorang ibu ini, merindui anaknya yang telah pergi terutama pada hari kelahirannya? salahkah? airmata yang berjuraian tanpa henti hingga menutup mata juga, adalah airmata rindu..bukan dipaksa..lahir dari sudut hati yang sangat dalam.

Tak ada apa yang mama lakukan sempena birthday Mia, cuma sedikit ole-ole buat kawan-kawan office mama dan anak2 mereka..sedikit makan-makan tengahari..moga Mia kata sana beroleh sedikit "hadiah". Rasa teruja sangat sebab dapat bungkuskan oleh-ole tu..rasa macam nakbuat birthday party je..

Selamat Hari Lahir Anakanda Mama..mama tahu anak mama senang disana..tunggu mama dan papa yer..


September 25, 2011

Dia 4 tahun..

Tears!!!

I miss u like crazy!!!

Tadi tengah sitting down kat bilik "opis" papa, rasa tersangatlah sedihnya mama..terus pergi kat papa yang tengah tengok TV, terus peluk papa, sambil cakap "mama sedih...mama nak peluk papa" terus aje airmata mengalir, papa pujuk kejap usap2 belakang mama, kemuadian terus masuk bilik..terus menaip rasa hati mama ni dengan linangan air mata..


Esok mama keje..tak tahu macam mana nak handle emosi nanti..



saat dia wujud dalam rahim mama
saat dia membesar dengan sihat dlm rahim mama

saat dia tengah berjuang, saat mama perlukan kekuatan



September 16, 2011

Mama Tak Sihat

Dah hampir seminggu mama demam, batuk serta selsema, dah 2 kali jumpa doctor dan 2 kali juga tukar ubat lagi kuat, tapi nampaknya masih tak juga nak sembuh..paling teruk, telinga mama belah kanan macam sound trouble je..uhhh tak selesa.

Kesian kat papa, dalam keadaan yang tak sihat, kena pula jaga mama yang sakit hinggakan kalau papa macam tak larat nak larat mama merengek, papa akan cakap " janganlah merengek, papa tak tahu nak buat camner..umm main FB nak?" hahaha nak kasi mama senyap dari merengek.

Dua hari lepas mama mimpi yang sama, mimpi mama menyusukan baby. Kawan mama kata, itu gangguan sebab badan mama lemah. Lemah sebab mama demam. Agaknya kemaruk sangat nak baby,sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

September 13, 2011

Tentang Syawal

Sebolehnya mama tak nak mencoret tentang Syawal. Namun seandainya mama tidak mencoret sesuatu tentang Syawal tahun ini, tentu mama tidak akan mengingati segala kenangan yang berlaku. Bila mama dah tua, mama harap kecanggihan teknologi akan terus berkembang dan mama masih dapat terus membaca rasa hati mama..mama nak anak-anak mama tahu apa yang mama lalui kala Syawal tiba saban tahun.

Bercuti panjang dekat rumah maktok di Taiping, dikelilingi sanak saudara, dibuli anak-anak sedara sedikit sebanyak mengembirakan mama tapi Syawal mama masih kurang meriahnya sebab saban tahun, banglo itu mama kunjungi..banglo comel itu seringkali mengamit rasa rindu, rasa syahdu. Sejak tiba kat rumah maktok, saban hari mama dan papa pergi banglo itu, saban hari juga airmata mengalir, mama rindu sangat kat Mia.

Bila mama tengok anak-anaka sedara mama berbaju baru, baju mama beli, mama rasa suka sangat walaupun berharap anak mama juga dapat memakainya..sedih sangat sebab tak dapat tengok anak mama yang memakai pakaian baru walaupun mama tahu anak mama kat sana lagi bahagia.

Syawal juga menyaksikan ikatan sah selama berbelas tahun terlerai juga..masa berkasih semua indah tapi bila nak berpisah, berjela-jela alasan diberi semata-mata untuk melepaskan diri. Segalanya perlu dilakukan oleh sang ayah, mencari nafkah, menghantar dan menjemput si anak-anak dari sekolah, membasuh dan memasak demi kasih sayang ayah pada anak, tapi sudah hilangkan rasa kasih seorang ibu pada si anak? namun salahkan mama andai mama masih tidak mempunyai anak? terguriskah dia melihat kebahagian mama dan papa? jangan persendakan mama andai ketiadaan anak menjadi kekurangan mama dan papa. 

Kebahagian itu penuh onak dan duri, setiap ikatan perkahwinan perlukan kejujuran, sokongan dan kepercayaan, pertelingkahan dalam perkahwinan tidak dapat dielakkan tapi mama rasa sebagai seorang yang dewasa, setiap masalah perlu ditangani dengan baik.

Andai nanti anak-anak mama membaca coretan ini, hidup adalah anugerah yang sangat berharga dari Allah, jalani kehidupan dengan sebaik-baiknya, sayangi diri, sayangi keluarga, sayangi segalanya. Hormatilah semua. Mama sayang anak-anak mama, mama sayang juga Mia mama..mama harap anak-anak mama tidak akan cemburu dengan kakak Mia..mama harap, Syawal seterusnya lebih bermakna..

September 8, 2011

Syawal tanpa dia..

Andai Dia ada di antara mereka..

ceria sebelum ke banglo Mia

berkongsi senyum..tawa dan kasih..


August 18, 2011

Tentang Tiada..

Mama tiada cerita gembira untuk dikongsi, tiada cerita duka juga untuk dikongsi, cuma ada kerinduan yang sangat dalam..

Mama tumpang gembira bila Aunt Mira dah berjaya pregnant, wlpun masih baru mama harap rahmat Allah senantiasa bersama Aunt Mira dan kandungannya.. tumpang gembira juga buat ibu Jiey, Ummi serta mama Damia, moga segalanya dipermudahkan Allah buat mereka. Rasa mama? Hanya mama yang tahu..cemburu? sudah tentu tapi semua itu rezeki dari Allah. Maafkan mama andai perasaan mama begitu, mama hanya hamba yang terlalu lemah.

Allah kurniakan hambaNYA akal untuk berfikir tapi kenapa akal itu tidak digunakan ketika berada di tempat ibadat? kemana hilangnya rasa hormat pada insan-insan lain. Andai diri masih budak kecil, mahu juga mama maafkan tapi sebab umur bukan budak, memang buat mama rasa geram. Ramadhan adalah untuk melakukan sebanyak mana amalan yang baik tapi..takkan lah tidur kat surau siap berselubung dari tengahari sampai abis solat pn tak sedar-sedar..yang buat mama rasa teruk sangat, dgn tiada perasaan bersalah, boleh ambik sejadah sampai dua, konon nak buat bantal, siap baring belakang mama yang nak ready nak solat..baru nak start, boleh pulak handphone berbunyi, kut yer nak jawab, pergilah keluar dari surau, ni dok bercakap jugak..fuh!!! sakit mata dan sakit telinga mama..notis dah naik pun tak reti nak baca ker?? 

Kelmarin,mama keluarkan bantal Mia..sebab Mia tak ada, bantal Mia, mama simpan dlm kotak plastik..sedapnya bau baby..papa nampak tapi papa diam aje sebab mesti papa tahu mama rindu Mia..esok mama nak balik rumah maktok lagi..

Buntu dalam mencoretkan sesuatu..sebab selalunya cerita mama hanya berkisar pada kerinduan mama..

August 14, 2011

Buku Merah

Mama pernah pregnant and pernah juga miscariage! Bila melalui pengalaman miscariage, mama rasa takut sangat, sebab rasa sakit sangat bila kena "seluk" dek doctor sebelum procedure D & C tanpa sebarang ubat pengsan! akibat tak tahan sakit, mama pengsan sendiri. Bila sedar nurse kata nak bawa pergi D & C. Rasa macam dah fobia bila pergi hospital kerajaan..bayangkan masa tu dikelilingi oleh doctor pelatih jugak! Then, bila mama pregnant, mama cakap awal-awal kat papa, mama tak nak pergi gomen punyer hospital, mama nak bersalin kat private!

Bila pregnantkan Mia, selama 5 bulan mama di bawah pengawasan doktor di LPPKN sebab mama buat treatmant kat sana. Lepas tu, doctor suruh mama choose hospital mana mama nak continue rawatan, doctor buat surat refer and mama pergi private. Dalam masa yang sama, kawan-kawan mama suruh juga mama pergi Klinik Kesihatan, sebab kalau apa-apa jadi, susah kalau tak ada buku merah. Disebabkan itu, mama pergi juga. Mulanya mama pergi Klinik Kesihatan Jalan Hang Tuah sebab dekat dengan office mama kemudian dirujuk pada Hospital Kuala Lumpur. First time pergi HKL Klinik Ibu Mengandung, surprised!!! ramainya orang, and ambik masa menjawab pelbagai pertanyaan pelbagai pihak setelah membaca butiran pada registration. Setiap kali datang mesti kena jawab soalan yang sama, sampai kekadang rasa nak marah. Nasib baik hanya 3 kali je visit sebab lepas tu doctor suruh pergi own clinic disebabkan kandungan mama tiada masalah dan mama pun tak ada masalah.

1st. Time dpt Buku Merah bila pergi Kelinik Kesihatan Jln Hang Tuah
Rekod pertama yang ditulis doctor and nurse masa kat KK Jln Hang Tuah
First muka surat dalam Buku Merah mama, ada menyatakan treatment mama yang membantu mama pregnant, ada tentang medical history mama. Masa tu, nurse kata mama sihat sebab mama tak ada diabetic and darah tinggi. 

2nd time kat HKL

Masa ni kat HKL, first scan report keluar kata air ketuban mama kurang..ouch!! gelisah dah mama. Repeat scan oleh staff yang scan tu kan, sama aje..tunggu giliran jumpa doctor. Bila dah dapat jumpa doctor, doktor tanya mama, kenapa air ketuban mama masa scan ni nampak kurang..ayoyo!! kalau mama tahu, baik mama jadi doctor kan kan kan hehehe..ummm akhirnya dua tiga orang pakar datang ukur perut mama, entah apa lagi la doctor buatkan, mama tak paham..dlm hati, mintak2 lah tak jadi bahan ujian lagi..big bos doctor buat memo suruh pergi scan lagi sekali, kali ni dia sendiri yang handle scan tu..oh!!! nasib baik ok..


last check at HKL

Last check kat HKL sebab sugar level mama normal, blood preasure pun normal, kaki tak bengkak dan berat mama dengan baby pun normal.













August 7, 2011

Berbuka dan Bersahur

Nasi Ulam Maktok Mia Sediakan..Sedap!!!
Mama dgn papa balik rumah maktok kat Perak nun hari  Jumaat  lepas masa dekat2 time 10 malam. Letih sangat-sangat. Cadang nak balik lepas sahur tapi takut tidur sampai lewat pulak hehehehe..tak sabar mama nak balik.

Balik tengah malam then sampai depan rumah maktok dengan tok ayah masa tu jam dalam kereta dah pukul 1.30 pagi, kira lewat setengah jam dari biasa, almaklumlah banyak sangat berhenti sebab mata mengantuk, tak larat nak drive hehehee..sampai time semua org dalam rumah tu dah tidur, terpaksalah menelefon gara-gara pintu pagar telah dikunci hehehe..konon nak surprise lah tak nak bagitahu maktok dgn tokayah mama dengan papa nak balik malam tu jugak. Bila dah masuk rumah, tak banyak cakap, terus masuk tidur hahahah...mama dengan papa mengantuk sangat. lepas sahur and solat subuh, sambung tidur, sedar-sedar kul 10 pagi hehehehe..

Aktiviti pagi, tunggu cousins Mia datang, main-main kejap lepas tu pergi "rumah Mia". Adik iman tu menangis-nangis nak ikut mama tapi mama mana boleh bawak dia,karang abis dia dok main kejar-kejar kat kubur tu..ummmm rasa rindu sangat kat Mia, rasa macam Mia terloncat-loncat gembira bila mama dengan papa datang..alhamdulillah rumah Mia masih lagi sempurna dan bersih. Mesti Haji Kecik selalu datang tengok "rumah Mia" kan..

Gambar kat atas tu, nasi ulam yang maktok buat untuk berbuka puasa. Suka betul maktok memasak, siap ada mee rebus, nasi ulam, cucur udang and lauk-lauk untuk dimakan dengan nasi biasa..jiran sebelah rumah maktok pun ada kasi bubur kacang, keow teow goreng..meja makan memang dah penuh so sebahagian dari makanan di bawa turun kebawah, makan bersila!!! nyum nyum nyumm sedap. Seronok sangat dapat bersahur dan berbuka beramai-ramai.

Minggu ketiga puasa mama balik lagi yer Mia..insyallah nanti mama pergi sana lagi. Opssss lupa nak cerita kat  Mia masa mama ziarah rumah Mia semalam..insyallah lepas raya masa start balik treatment mama, papa kata ok je. Mama dah set appointment dengan doctor!.

August 5, 2011

Mama Balik Kampung

Tadi jalan jammed masa mama nak balik dari office, teruk giler punyer jammed. Papa dengan acu tunggu mama kat Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam. Kejap lagi nak balik rumah maktok, tak sabar nak bersahur dan berbuka dengan mak tok serta tok ayah.

Lagi tak sabar nak pergi banglo Mia, tak sabar nak tengok banglo kecil yang cute lagi comel. Bertambah seronok dan gembira serta tak tahan nak jumpa cousins Mia..huhuuuu mesti dok tertunggu tunggu mama dengan papa sampai.

August 4, 2011

Puasa..Keje Gila..Sakit

Dah berpuasa kembali!!! ummmm lama rasanya mama tak update blog ni. Bukan tak rasa nak update tapi banyak sangat benda yang nak kena buat, bila dah banyak sangat, mula lah rasa penat tahap gaban. Aduhai !! bulan ramadhan dah kembali, salah satu sebab mama tak update blog mama yang tak semengah ni ialah sebab sekarang bulan ramadhan, terlalu banyak kenangan yang terpaksa mama hadapi eventahun ni bulan puasa dalam bulan August!! sakit !! sakit!!

Disebabkan lama tak update, so mama kena update lah yer..ummm mama belum lagi tinggal puasa sebab last week mama baru habis period and hari ni adalah hari ke 10 period  so boleh start kerja keras kan kan kan -:). Kereta mama yang masuk ward last 2 weeks hari tu dah keluar ward on Tuesday dan kelihatan macam baru sangat hehehhee..sebelum tu, papa dengan mama buat keje gila. lepas aje accident Selasa 19 July, hari Sabtu kami pergi meronda kat kedai kereta hahahahaa!!!  mula tu nak tengok-tengok aje tapi terjerumus!!! terjerumus dengan kereta baru!!! entah mana datang idea giler ni pun tak tahu,terus bayar booking, isi form sebab nak beli cash duit tak berapa ada kan kan kan so kenalah try loan..isnin company kereta tu submit loan, petang selasa loan approved!! ishhh macam tak percaya aje..hari Sabtu gi ambil kereta..seminggu je punyer keje giler!! maktok dengan tokayah tak tahu lagi ni..esok nak balik kampung dengan kereta baru..kereta yang accident tu nak kena buat balancing sebab rasa tak sedap bila dipandu..

Sakit belakang mama still on and off tapi bila datang sakit, rasa nak menangis. Tak sabar nak jumpa doktor lagi..macam nak mintak buat MRI aje. Papa pun sekarang waktu malam aje asyik cramp aje kaki. Rasa kesian sangat kat papa sebab baru nak lena, kaki cramp..bila dah ok, kejap lagi bila nak lena cramp lagi..mama pun tak boleh la nak lena sangat tidur, so ni boleh dijadikan alasan kenapa mama tak update blog dah lama.

July 27, 2011

Mama Susukan Baby..

Entry mama pada subuh hari. Semalam mama MC sebab mama demam and sakit belakang. Papa bawa mama jumpa doctor, doctor kata spinal mama okay. Then semalam jugak mama period! ummmm tak menjadi lagi kerja keras mama dan papa hehehehe..tahun ni sure mama puasa penuh kalau ikut kitaran period mama yang sangat-sangat bagus ni.

Disebabkan tak sihat, papa pun tidur awal, mama lagi ler tidur awal..ummm bangun awal juga sebab terkejut dari mimpi yang indah sangat. Mimpi menyusukan baby..tapi bukan Mia mama, ni baby boy..ummmm adakah adik Mia nanti? bestnya mimpi..lapar sangat dia agaknya sampai tak berhenti-henti menyusu..

Apakah itu rezeki mama?

July 24, 2011

Please Come To My House

Harini mama dgn papa breakfast lewat sikit..mula nak nak makan kat rumah tapi papa tengok mama macam tak larat, and harini perasaan belas kasihan papa pada mama macam banyak sangat, papa ajak makan kat luar, so kitaorg makan kat area rumah aje. Lepas makan pergi mall kat situ konon nak beli  barang dapur sikit..suddenly
jumpa neigbour mama..

Neigbour mama ni indian, ada 2 sons, and the second son sebaya dengan arwah Mia..that's why maybe diaorg closed dengan mama and papa..berlari-larian bebudak tu nak salam, jangan tak tahu, the eldest kalau salam, cium tangan tau, mama selalu kena usik dengan papa konon itu "anak mama" hahahahaa..rupanya nak jemput mama dengan papa datang rumah, celebrate birthday the eldest..aunty datang tau! datang tau! hehehee. So tadi mama dah pergi join birthday party tu dgn papa..ahaks!!! salam cium tangan lagi sekali!!


July 21, 2011

Kerisauan



Risau kan kesihatan papa yang dua tiga hari terpaksa merempit dgn mama sejak kereta masuk "ward". Hari ni begitu ketara keletihan papa walaupun harini papa cuti dari mengempam darah. Mama susah hati sangat-sangat. Tadi masa merempit pun 2 kali berhenti sebab papa sakit dada! rasa nak luruh jantung mama sekarang.


July 20, 2011

Makan Dalam


Inilah wajah kesayangan mama dan papa selepas Mia. Kereta papa yang accident semalam. Hari ni hari kedua "dia" tidur kat bengkel. Tak tahulah naper "dia" buat mama dengan papa macam ni. Sian tau papa.

July 19, 2011

Accident!

Rasa nyawa mama melayang lagi sekali pagi tadi. Mama pun dah tak ingat ini yg keberapa kali mama rasa macam tu, tapi yang paling mama ingat, perasaan ini pertama kali mama rasa ketika mama mengadap, menemani Mia pada saat-saat terakhir hinggalah anak kecik mama pergi hampir 4 tahun lepas! mama sedih sangat....

Seperti biasa, papa hantar mama sampai office.  Mama received call lebih kurang setengah jam lepas papa hantar mama, ketika tu mama baru lepas beli breakfast..

Papa : Mama.. (masa ni suara papa hampir tak kedengaran) and talian terputus
 
Mama : Calling..calling..calling..tak dapat line (dah rasa tak tentu arah) argggg masa ni nak nangis dah..akhirnya dapat..
 
Papa : Ma..papa accident!
 
Mama : Ha? kat mana? papa ok tak? (masa ni dah macam kat awangan, masa ni mama rasa mama nak
Mia ada dekat mama)
 
Papa : Kena kat area nak balik rumah, 3 biji kereta, kereta papa kat tengah, tak boleh gerak langsung!
(masa ni papa macam penat sangat, mama takut jantung papa sakit sebab terkejut, masa ni jugak
airmata mama dah bertakung, dah macam kucing nak beranak pun ada)
 
Mama : Mama ambik EL yer papa? mama temankan papa nanti..(masa ni papa tak kasi sebab papa kata
cuti mama tinggal sikit, mama tak boleh nk buat keje klu kat opis ni)
 
Mama : Tak apa..mama call erock (adik mama kat shah alam) datang tengokkan papa dulu yer. Nanti mama
call balik (dlm hati dah tekad nak EL jugak)
 
Papa : Ummm mama janganlah kelam kabut, papa ok. (ishhh leh lak kata jangan kelam kabut) arggg nak
marah pun ada ni.


Kebetulan second boss mama datang awal, terus mama jumpa dia sambil tanya dia "can i take emergency leave, my husband accident..(masa ni airmata dah merambu rambu keluar), then  she said,"can..can..can,go go go" dengan suara yang nyaring,sambil pegang tangan mama..she asked about papa, console mama, tapi mama still jugak nangis,ada kakak sorang tu pun datang urut-urutkan belakang mama yg tengah nangis. Masa masa ni baru dekat kul 8 pagi so orang tak ramai..

Bila dah dapat permission terus mama sign out! Mama jalan kaki pergi monorel kat office mama, sampai KL Sentral, ambik Komuter pula pergi station Sungai Buloh, ambik teksi terus pergi balai polis traffic kat Kota Damansara sambil dalam perjalanan tadi, papa serta adik mama msg and call..kawan-kawan mama yang baru tahu pun msg mama bertanyakan keadaan papa. Thanks guys!

Memang sedih sangat bila tengok kereta papa teruk! bertambah teruk bila tengok papa yang macam kepenatan sangat, rupanya papa tak sempat breakfast! aduhai Mia, siannya mama, sedih sangat-sangat. Papa mengadu kata sakit dada time tolak kereta tadi tapi dah ok katanya..ummm kaki pun sakit. Nasib baik adik mama datang temankan papa.

July 17, 2011

Breakfast, Urutan, Jumpa Kembali

Harini mama breakfast makan lontong lagi,  tapi kali ni bukan kat Warung Pak Abu yang semalam tu ,kali ni papa bwk pergi breakfast kat TTDI Jaya. Nampak gayanya, mama lagi suka makan lontong kat warung Pak  Abu sebab, nasi himpit dia lembut sgt, puas betul makan semalam..tapi papa dah cakap, kalau mama suka makan kat warung PakAbu tu, papa ikut je, janji makan habis heheheeh..

Kemudian mama pergi Pasar Tani berdekatan Giant Seksyen 13 Shah Alam, berpeluh jugak berjalan kat situ, lum abis lagi lorong-lorong pasar tu ditereka, papa buat hal nak pergi toilet pulak.Arggg siap boleh cakap lagi, kita pergi toilet pastu kalau mama nak sambung jalan tak apalah. Ishhh tak kuasa mama, dah ler susah nak dapat parking, leh pulak nak suruh sambung..papa drive pergi Petronas untuk letak share kat situ, then pergi rumah adik mama kat Seksyen 15 kejap..

Mama pergi One Utama, Damansara pulak lepas tu..kat new wing ada pertandingan cheerleaders! wah so colourful. Lama juga mama dgn papa menjadi penonton..sedar tak sedar hampir 4 jam lebih kami kat situ. Cadang nak balik tapi singgah pulak Giant Kota Damansara pula. Beli barang dapur sikit, makan sambil sembang-sembang. Kaki mama dah rasa penat, pastu dah nampak group orang buta buat urutan kaki, mam singgah la kejap..mula nak urut kaki 30 minit je tapi sebab rasa best, mama jadikan 1 jam! urutan tapak kaki, betis sampailah leher, bahu dan kepala..fuh!!! lega sangat, sedap betul adik tu buat urutan, sambil urut sambil berbual, Allah itu Maha Berkuasa, Dia ambil salah satu nikmat dari kita hambanya, tapi Dia berikan keistimewaan yang lain, begitu juga dengan adik yang buat urutan pada kaki mama, dia bukan blind yang sepenuhnya, kala mama bertanya "adik boleh nampak ker kalau jauh? " adik tu kata, nampak samar-samar je kak, saya tahu apa caler baju yang dipakai tapi saya tak nampak wajah orang tu sebab memang samar sangat. Ada yang guna kanta pembesar untuk menaip sms kat handphone. Moga mereka senantiasa dalam rahmat Allah..minggu depan nak pergi lagi!

Sampai rumah dalam kul 6.30 petang, bayangkan mama keluar rumah 8.30 pagi, petang baru sampai rumah ahaks, nasib baik harini papa kuat, tak mengadu sakit dada. Terus iron baju untuk seminggupunyer kerja, pastu cari surat nikah mama! kali ni papa pun  tolong carikan tapi akhirnya mama sendiri yang jumpa..memang betul, tempat yang selalu simpan, peti besi cokelat mama! mama dah cari tempat yang sama semalam tapi entah kenapa mama tak nampak..ummm maybe sebab terlindung dek buku merah mama masa pregnant Mia kut, terlindung dek gambar-gambar scan perut mama masa Mia kat dalam dulu. Sekarang mama dah lega sebab mamatak perlu risau nak cari lagi.

July 16, 2011

Hilang

Hilang!! adoi!! surat nikah mama hilang!! ummm bukan hilang agaknya tapi mama tak ingat kat mana mama simpan..ishhh ni yang buat mama nak selerakkan rumah, nak selongkar semua almari tengah2 malam ni..

Tadi dah selongkar box yang mengandungi barang-barang Mia..wangi sungguh!! dalam tu ada beg Mia, ada x-ray Mia, ada botol susu, ada tuala kecil, ada spring buaian, ada bear, ada bunny, ada surat mati dan surat lahir Mia, and ada kain batik mama yg Mia guna buat kali terakhir ketika diaorg bawak Mia pergi nun kat sana, kain kendongan Mia..sebaknya rasa..mama realy missed you dear.

Ishhhh tak jumpa lagi ni surat nikah mama..kad kawin macam kad pengenalan tu adalah, tapi surat nikah ni penting! papa siap laminate lagi..ummmkena tidur awal, hoping malam ni mama dapat petunjuk hehehe..

Makan, Shopping, Terkilan, Kpop

Pagi tadi mama breakfast makan lontong setelah puas masuk kedai makan 2 tiga kali tak jumpa, last mama pergi area Paya Jaras dekat dgn bangunan baru Honda  Sales and Service..warung makan Pak Abu. Fuh lega dapat makan lontong, superb!! esok mama nak makan lagi, dah siap order kat papa suh bawak mama makan lagi esok.

Lepas breakfast terus pergi Mid Valley, lama sangat tak pergi, mula tu nak cari kasut sebab kasut mama dah nak hancur hehehe..dah jumpa kasut tapi papa tak berkenan pulak dgn kasut yg mama nak so, mama tak jadi beli..tak dapat kasut, mama tengok  blouse dgn kemeja..dah dapat 2 helai, cari seluar dapat 3 helai hehhee..then ternampak blouse yang sangat cantik, mama dengan papa pergi lah kat situ, tengah dok belek, ada sale girl kat situ cakap "ni baju untuk maternity" even tak nampak pun utk maternity..sentap terus mama, sambil nak cover malu or marah, mama cakap, tak pregnant tak boleh ker tengok?..terus mama bla dari  situ..sambil jalan terus cakap dengan papa dengan airmata bertakung, "mama saja je belek baju tu, lagipun tka nampak pun mcm baju pregnant, nak tengok pun tak boleh ker"..papa dgn rasa nak control emo mama cakap "tak adalah tak boleh, dia nak bagitahu aje kut"..argggg tak kira, dah kecik hati!!!

Terus pasang niat, insyallah mama pregnant, mama akan pergi kat situ, and borong semuanya termasuk sale girl tu!sedihnya mama masa tu, terus rasa rendah diri. Harini dapat minum mocha blended buy 1 free 1 dari San Francisco kiosk kat bawah tu. Sedapnya!!! kasi reda sikit rasa terkilan kat hati mama pasal kejadian sebelum tu.

Dari Mid Valley terus ke Shah Alam makan, call paksu, paksu tengah rajin bekerja so mama dengan papa ajelah yang makan..kebetulan makan kat SACC Mall so dapatlah mama tengok Kpop Talent Show kat bawah sana tu..rakaman untuk 705 Astro, harini dari 30 orang, diaorg nak pilih hanya untuk 2 orang ke final yang akan di buat dekat The Curve, Damansara..papa siap ambik pamplet visit Korea 2010 - 2012..bestnya kalau dapat pergi Korea!! Winter Sonata!!!

Teambuilding on 9-10 July @ PD





penat yang teramat sangat mama rasa!! tak cukup masa tapi mama rasa seronok sangat sebab penuh dgn gelak ketawa!! thanks to fasilitator yang sangat humor!! walaupun ada rasa susahhati sebab tinggalkan papa sekejap yang dirasakan lama tapi alhamdulillah, papa cakap papa ok..

July 11, 2011

Marah Yang Masih Bersisa

Marah mama belum habis lagi
belum surut lagi
sebab papa!

Papa buat mama rasa tak selamat 
buat mama rasa takut 
buat mama nak naik public transport!


Lately ni
papa suka sangat tekan minyak kereta
suka sangat bawak laju
mama takut, mama fobia

Papa tentu tahu mama takut
tapi kenapa papa nak bawa laju
kalau mama suruh bawa laju
barulah bawa laju

July 7, 2011

Kena Tinggal..

Mama susah hati..

Susah hati sebab kena tinggalkan papa hujung minggu ni. Mama rasa, sejak mama kawin dengan papa, mama jarang tinggalkan papa or papa tinggalkan mama, mesti nak berkepit siang malam, even kalau papa nak jumpa kawan dia, mama mesti nak ikut dan papa pun mesti nak bawak mama.

Masa mama pregnant 7 bulan kat Mia dulu, mama sakit sampai kena warded pun papa still jugak nak tunggu mama walaupun kena tunggu kat luar ward (sepital kerajaan tak kasi masuk temankan isteri). Sampailah masa mama nak bersalin, sampai nak kena usung masuk bilik bedah, papa still jugak nak ikut mama, and mama pun macam tu jugak, nak jugak papa ikut tapi disebabkan heart beat Mia dah drop, so kena lah emergency caesar..papa tk boleh ikut masuk bilik bedah..rasa kosong tau masa tu..tapi pikirkan Mia, mama kena kuat.

Nasib baik masa tu mama bersalin kat private hospital,so ada kelebihan kat situ, suami boleh temankan isteri dan anak..sebab papa, mama kuat nak bangun untuk gi jenjalan tengok Mia kat ICU masa tu..papa yang pimpin mama..papa yang tenteramkan mama..

Bila mama dalam pantang tanpa Mia, setiap minggu papa balik tengok mama kat kampung, tiap hari bergayut kat telepon sebab papa risaukan mama..risau mama yang kematian Mia..dalam tempoh tu, papa betul betul keletihan tapi tetap gagahkan diri untuk mama..masa tu mama tak risau sangat sebab papa sihat dan kuat tapi sekarang...

Sejak papa sakit last year, sejak kesihatan papa yang tak menentu, mama tak pernah berpisah dengan papa even papa kena warded kat hospital pun, mama tetap nak juga duduk kat hospital..rasa macam tak lengkap bila tak ada kat papa..papa kawan mama bersembang, mengumpat, bergaduh dan ketawa..tapi tak leh buat kawan menangis, bahaya..tak sampai hati tengok papa sedih..

This is the first time mama terpaksa tinggalkan papa untuk 2 hari 1 malam..rasa macam lama je. Aturan kerja yang wajib mama attend, malas nak mengadap EDO company, malas nak bersoal jawab..hoping sakit papa tak buat hal bila mama tak ada nanti..mama dah pesan kat paksu Mia, suruh datang umah temankan papa. No alasan baik dari paku or dari papa.

Popular Posts