Showing posts with label Pictures. Show all posts
Showing posts with label Pictures. Show all posts

February 12, 2016

Aktiviti Qaseh

Cuti perayaan yang panjang. Tidak pulang ke kampung sebab tak larat nak layan jammed walaupun kalau pulang dua tiga hari sebelum perayaan bermula.

Maka, "beraya" la di rumah melayan Qaseh. Uwaaaa ada je permintaan dari dia.

Jom layan gambar Qaseh.

February 2, 2016

Potret Hati

Dalam dia ada dia..dengan dia juga ada dia. Terima kasih Allah atas rahmat dan kasih sayangMu pada hambaMu yang lemah ini..

September 9, 2014

Wajah Seribu Erti

Berbicara pada sang bayu, sampaikan pesanan rindu di angin lalu. Moga terasa dipipinya bait-bait rindu itu menyapu pipinya nun disana..

Allah, lindungi anak ini, pelihara anak ini moga menjadi anak yang solehah.

Papa, inilah yang antara yang papa selalu ingin lihat bila Qaseh membesar. Terasa masa begitu pantas berlalu.

August 25, 2012

Berani Untuk Cuba Masak!!!

Nasi Beriani

Ayam Masak Tomato / Merah
First time masak nasi beriani!! bangun tidur tadi papa ajak keluar beli barang dapur sebab musim musim raya ni, kalau barang kat dalam peti ais dengan dapur tak ada, naya aje tetamu datang rumah tak ada benda nak masak kan.

Entah kenapa, mulut mama terus cakap nak cuba masak nasi beriani. Tetiba kawan baik papa call. Adoiyai!! papa pulak citer mama nak masak nak beriani hahaha.baru first time nak cuba daaa, siap papa ni suruh kawan dia pujuk mama buatjugak nasi beriani tu walaupun first time. Konon try in error.

Alhamdulillah, lepas beli barang semua, dah start masak..gas pulak tetiba abis. Selalu sangat tau kalau ada orang nak datang, suka betui dia nak abis.Nasib baik call kedai,cepat aje diaorg hantar gas kat rumah.

Oh!!! papa cakap sedap untuk pertama kali mama berani masak nasi beriyani!! hehehee..kawan baik papa and family pun kat OK untuk first try. Alhamdulillah bertambah juga mereka makan.


August 5, 2012

Ramadhan

Hotel Singgahsana Petaling Jaya
Dalam Bilik
Mirror Mirror
Fav mama - Tauhu Sumbat
ni untuk 5 orang makan
sedap

Lama sungguh tak menulis, tak mencoret dan sebagainya. Sedar tak sedar kita dalam minggu ke dua berpuasa. Alhamdulillah, semalam berbuka, bersahur serta tidur kat Hotel Singgahsana Petaling Jaya dengan kawan baik mama dan suaminya yang datang dari Melaka. Tempat favourite kawan ni, so bila dia sms and ajak berbuka plus stayed kat sana, mama dengan papa ok aje walaupun rumah kami dekat aje.

Setiap tahun, setiap kali bulan puasa, hotel ini antara yang kami selalu pergi untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan. Kat sini semalam ramai sangat orang dan kebetulan ada Rabbani buat persembahan. Memang best. Kat sini nak solat pun senang sebab ada surau dan ada solat terawih!

Papa masih lagi berupaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah walaupun kesihatan papa tak menentu, walaupun terpaksa melalui rutin dialysis 3 kali seminggu.

May 31, 2011

Cuti Sekolah..Kenduri Kawin

Mia sayang, Jumaat lepas mama balik rumah maktok sebab opah sebelah rumah maktok buat kenduri kawin..aunty syasya kawin la sayang..kalini papa tak drive, kami balik dengan paktam, naik kereta paktam..best dapat rehat.. kat bawah ni ada gambar auntie syasya yang papa snap..




Mama busy jugak, penat pun ada sampaikan bila dah baring tu, terus lena, kalau kena simbah dengan air, belum tentu sedar. Cousins Mia? memang asyik dok buli mama dengan papa aje,tambah2 adik iman harith tu..huhuu yang tak sampai hati, time mama nak balik KL hari ahad..menangis nak ikut mama, sampaikan tok ayah call, bagitahu, adik iman menangissampai tertidur..huhuuuu sedihnya mama dengar..agaknya Mia pun macam tu kan kan kan..


Next entry, mama masukkan gambar cousins Mia ya..sekarang ni, mama rasa letih sangat, sebab hari ni terlalu banyak keja kat office..nanti ya sayang..

March 26, 2011

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...