Showing posts with label Holiday / Outing. Show all posts
Showing posts with label Holiday / Outing. Show all posts

July 9, 2016

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..Masih dan still beraya bersama Qaseh dan family yang setia menemani mama.

Raya pertama penuh dgn kesibukan dan lain dari kebiasaan sebab tokayah Qaseh tak sihat. Bersalamam juga didalam bilik, tiada kesibukan bergambar macam biasa terutama sejak ketiadaan arwah papa.

Arwah papa Qaseh suka sangat tangkap gambar jadi bila time raya atau bila ada keluarga besar kami berkumpul, dialah yang paling sibuk dengan dengan cameranya.

Jadi bila tak ada gambar raya, mama dicide pergi studio dgn Qaseh pada hari raya kedua☺��kenangan hari raya dengan cinta hati mama..

Pada pandangan mata kasar, hanya kami berdua tapi hakikatnya kami berempat..

Alfatihah buat suamiku..Mohd Sharif Bin Johari dan anakanda Nurin Amni Damia Khalilah

May 19, 2016

Bercuti Dgn Sijantung Hati

Mama ambik kesempatan cuti panjang dari hujung bulan 4 hingga seminggu bulan 5❤❤

Merealisasikan keterujaan Qaseh melihat "aeroplane" dari bawah..dulu time umur belum setahun dah naik flight, masa tu tak tahu apa2 kan..kali ni belanja Qaseh naik flight jenjalan..

Seronok melihat kegembiraan dia..penat weyy nak jawab macam2 soalan, belum lagi dia ajak orang sebelah kerusi sembang..sedar tak sedar dah sampai huhuhuu..

Flight dari KLIA to KB je tapi rasa berbaloi bila Qaseh tak banyak ragam.. banyak dia belajar secara tidak langsung. nasib nak duduk dendiam kat kerusi..pakai belt hehehe..

Bercuti berdua sangat mencabar especially bila nak handle bagasi sekali harung dgn anak sekali harung nak snap gambar hahaha

Mama harap, Allah luaskan rezeki mama dan Qaseh supaya mama dapat bawa dia pergi jalan lagi. Aminn..

psttt ® ada nak sponsor mama dgn qaseh bercuti tak? hehehee

January 12, 2015

Cerita Disember

Bulan yang penuh dengan kerja, penuh dengan segala aktiviti. Bulan terakhir untuk setahun.

Minggu pertama, bersama kawan kawan sekolah mama berkumpul di Bukit Merah Lake Town Resort, mama hanya dengan Qaseh tapi gembira bila anak kecil ini kelihatan gembira.

Kemudian minggu terakhir Krismas, bersama mak dan abah serta adik2 bercuti di Port Dickson.

Kenangan bersama papa serta merta menerjah. Sayu pun ada. Qasehlah anak yang paling gembira. Seronok mandi kolam.

August 23, 2012

Eid Mubarak!!!


Alhamdulillah berjaya menempuh ramadhan dengan jayanya. Papa pun berjaya juga dalam keadaan kesihatan yang tak begitu memberangsangkan. Ramadhan berlalu, Aidilfitri menjelma. Perasaan bercampur baur antara gembira dan duka. Seringkali peristiwa 'kehilangan' itu menggamit memori silam. Bukan satu tapi dua episod 'kehilangan' itu berlaku kala kegembiraan menyambut aidilfitri.

Kali ini, mama cuti awal sebelum raya. Terus balik Perak seperti tahun-tahun sebelumnya. pendek kata "signed" sampai mati setiap kali perayaan mesti balik Perak. Best kan sebab tak ada sistem giliran. Mama sangat bangga! Tahun ni juga menyaksikan tak semua adik-adik mama berkumpul di Perak sebab kebetulan hari Merdeka nanti, kami semua still kena berkumpul lagi sekali untuk perkahwinan adik perempuan bongsu mama! jadi kesempatan itu, ada yang ambil peluang balik rumah family sendiri untuk tempoh tertentu.Bosan mama sebab mama dah biasa dengan suasana yang kecoh dan hiruk pikuk. 

Jom layan gambar yang tak berapa menarik ni sebab tak cukup ahli keluarga heheheh.

Iman dan Qilah yang kuat bodek mama!

maktok, tokayah dan adik yang bakal berkahwin..iman yg suka menyelit!

teman-teman mama



April 27, 2012

Janda Baik ~ Team Building

Cherigin Hills, Janda Baik

Sakit tau bila nak pijak anak tangga tu

dalam bilik & kolam renang

camp fire
tea break & senja
senamrobik, tubing and orang sakit

Team building merangkap retreat office mama pada 21hb.April and 22hb. April lepas.Walau kaki mama masih sakit, tapi mama tetap nak joined the team! sangat seronok especially kolam renang! sangat tak manis kalau mama nak attachedkan gambar kat kolam renang tu yer. Enjoy dengan sebahagian pic kat atas yer.

Tinggalkan papa dua hari satu malam dengan perasaan sedih sebab papa tak ada kawan nak temankan dirumah dan seperti yang selalu berlaku kalau seorang tak ada, mama memang dah sakit kaki memang confirmed sakit, papa yang menghantar mama ke office pagi sabtu tu, dalam keadaan sihat, tetiba demam panas siap dengan diarrhea lagi petang sabtu tu..papa memang selalu macam tu, agaknya sebab mama ni selalu depan mata..ohh tidak!!!




February 12, 2012

9th. Anniversary

Last 2 weeks celebrate our anniversary..sangat seronok walaupun papa kekadang tak berapa nak sihat, try to be cool and steady,enjoy our holiday. Thanks papa for the lovely hadiah, surprise hadiah and card! Mama bagi card aje sebab tak tahu nak kasi apa kat papa,nak beli barang untuk papa kena bawa papa sekali, suruh pilih aje hehehe..mama dengan papa seperti biasa bila anniversary mesti nak pergi celebrate. Kali ni pergi Cameron Highland aje. Alhamdulillah 3 hari kat sana, turun sebelum jalan kat sana jammed dgn kenderaan pada hujung minggu, sambung cuti balik rumah maktok.

card and hadiah dr papa..mama kasi kad je
sgt seronok time ni, teruja!!!

Ladang Tea
View dari balcony hotel




June 26, 2011

Bila Mama Bersama Papa Tanpa Dia..

Mama cuti panjang ketika majlis perkahwinan adik mama..sebelum tu, bila buka IPad papa aje, mesti ada link hotel-hotel..ahakss seronok jugak bila belek-belek..tapi mama diam aje sebab time time busy nak kenduri kan..lupakan aje sebab memang tak tahu apa rancangan papa..

Bila balik KL je..still tak ada apa-apa permintaan dari papa seperti "mama, readykan pakaian etc yer" or "mama nak pergi mana-mana tak?" still tak ada..so tidur kat umah sendiri hari tu..next day, bangun pagi dok pikir nak makan apa untuk breakfast, almaklumlah orang lain kerja, kami masih lagi bercuti..mama tengok papa dok belek IPad dia..ummm mama biarkan aje papa Mia tu..lastly papa kata"mama, jom tidur hotel nak tak?" jiwa raga mama ni dah terloncat tergedik gedik nak aje..favourite tu!!so disebabkan mama tak pernah sampai kat Bukit Tinggi tu, so papa kata, jom kita pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi..papa call hotel terus booking and mama siapka apa yang patut. Thanks papa..ada Mia best ni!!! mesti seronok membebel2 dalam kereta..ummm rindu dia! Terus tak terpikir breakfast nak makan apa..seronok punyer pasal.

Sedikit photo mama dan papa disana..seronok sangat. Walaupun ramai yang kata, selagi belum ada anak, berjalan or pergi lah bercuti sebabkalau ada anak susah sikit nak gi jenjalan..ummm mama rasa puas sangat berjalan berdua, mama nak jalan dgn anak-anak mama serta papa, tak kira susah or senang, perasaan tu lain rasanya..mesti havockan?







February 10, 2011

Tentang Anniversary Ke 8

Mia,

Mesti tertanya-tanyakan kenapa la mama Mia ni jarang sangat nak update blogkan..dah lama mama tak bercerita kan..seperti entry yang lepas, mama rasa mama macam busy aje hehehe..entry kali ni mama nak kongsi cerita tentang anniiversary mama dengan papa..memang tak merancang pun nak celebrate kat mana dan nak buat apa sebabnya mama dengan papa nak balik rumah maktok dengan tok ayah..kan ada kenduri untuk Mia dengan onyang-onyang Mia..kenduri kesyukuran untuk acik dayah sekali sebab dapat kerja..mama balik kampung ari sabtu 29hb. Jan, 2011 yang lepas..seronoknya bila sampai..disambut dengan kakak aqilah serta adik iman harith yang berlagak sombong tu hehehe..semua ada..

Hari Ahad 30th. January pula, papa ajak pergi ronda-ronda..segala macam tempat kami pergi..andai Mia ikut, mesti dah tergolek keletihan kat dalam kereta..bila balik rumah je, maktok dah siap masak hahahha.mama makan aje..pastu tetiba papa kata "mama, lepas ni kita pergi Penang nak tak? " terus aje mama setuju, pastu mama tanya papa "celebrate anniversary kat Penang ke? " bestnya..masa tu hati mama ada hutan bunga, bukan lagi ada taman..

Mama boleh pilih hotel mana mama nak..apa lagi, mulut tak henti-henti nak sambut kat Hard Rock..dapat!! lebar gila senyuman mama..terima kasih ya papa..opsss!! mama tak beli lagi hadiah..even a card pun sebab week before mama dah cari tapi mama tak suka tengok card kat kedai tu...tapi mama pandai buat surprised!! malam keluar jalan kaki pergi "night market"..pergi makan..nasib baik kesihatan papa bagus..lagi best kalau ada Mia..tapi mama tetap bawa Mia..bawa selalu tak pernah tinggal..sebab Mia dalam duduk dalam hati mama..hidup dalam kenangan mama..

Esoknya mama sempat cilok dari papa sebab papa pergi toilet lepas breakfast..sempat lari gi nyorok kat Hard Rock Shop..nak beli hadiah untuk papa..yes!!! mama dah dapat apa yg mama nak..tapi kan..kat situ tak ada jual card..tak apa nanti cari..tup!!! papa muncul depan pintu kedai, nasib baik dah suruh sales tu simpan dulu surprised gift tu..papa sempat shopping lagi dan mama tumpang shopping lagi..dan mama tetap terror cilok kan diri dari papa..sempat berlari pergi kat front desk untuk bertanyakan pasal kad..nasib baik ada walau pun bukan kad anniversary..tapi mama gembira! sempat pesan kat diaorg suruh hantar kat bilik tepat kul 11 malam tu juga sebab kalau tunggu jam 12  takut dah tidur..

Mama keluar jalan-jalan lagi malam tu tapi kul 10 malam dah sibuk nak balik bilik sebab takut terlepas surprise untuk papa..sampai pukul 12, tak ada siapa pun yang datang tekan loceng bilik..ishhh tak boleh jadi..papa pulak nak tengok live band kat bawah..so mama pun dah mula hilang sabar..bila papa turun je, mama sms papa suruh pergi front desk sambil bertanya tentang "barang" untuk dia..heheheheh..kelakarkan, orang yang nak disurprisekan terpaksa pergi sendiri.."miss communication between the staff" ummm esoknya memang kena complaint ler.. Gembira juga mama sebab dah berjaya buat papa teruja!! mama dapat apa? hehehe mama tak dapat hadiah tapi mama dapat kasih sayang  dan perhatian yang tak berbelah bagi dari papa..dapat menginap kat Hard Rock..dapat makan sedap..ok lah kan.

masa breakfast
lampu yang boleh bertukar kaler..berjuntaian ke bawah
tired tapi sempat posing
Papa
Mama
Laptop untuk Batrisya, Aqilah, Atiyyah and Mya Sara

Sebahagian swimming pool yang besar
Ultraman and train set untuk Iman Harith..Helicopter Papa Punya
Mama kat Miami Posing untuk CSI
Papa dah suka dengan guitar tu..

December 29, 2010

Perjalanan..Percutian

Pagi tadi masa tengah siap-siap nak temankan papa pergi dialysis, papa cakap "mama kemaslah beg, kata nak pegi jenjalan, malam tadi papa dah call hotels tapi tak ada yang available untuk hari ini , ada juga yang tak pick up telephone tu..ishh papa ni, memanglah tak ada reservation nak angkat call kalau dah namanya tepon malam-malam..tapi yang best tu siap cakap lagi kat mama "jangan mengharap sangat tau, kalau tak jadi tak apa kan"..uhhh!!

Hari ni mama temankan papa buat dialysis, sambil teman kan papa, mama jadi sexytary papa kena call hotel-hotel nak booking..heheh nasib baik ada lagi bilik untuk mama dgn papa melepak..mula tu booking kat The Legend Water Chalets PD..so lepas abis aje papa dialysis, pergi makan dulu, yang bestnya pergi makan kat Shah Alam, dialysis kat PJ..dalam keter boleh decide pulak tak nak pergi PD tu sebab dah pergi..hahah macam lawak je kan mama dengan papa, sambil makan boleh lagi cari no tepon hotel huhuuu..dapat pun!!!

Sekarang mama kat bilik hotel, papa layan BOLA, mama sakit jantung tengok bola ni..uhhhh aduhai papa ni, tak leh tengok wey akhir bola ni..berdebar-debar..papa tak nak alih siaran ni!!! mama kat mana? Mama dgn papa dok kat Swiss Garden Hotel & Spa kat Lumut..ramai orang sayang, pastu tadi tersesat jalan, padahal dah 3 kali sampai...heheheh nasib baik tak kena marah dengan papa sebab mama ajak kuar ikut Tapah, sedangkan kalau ikut Bidor lagi senang, atau pun ikut je jalan lama dari Kuala Selangor tu..



December 5, 2010

Lost World

Sayang mama,

Saat mama mencoret di alam maya ni,mama dengan papa baru aje pulang dari Perak..mama pergi rumah makngah Mia lah...kakak Batrisya dah bising sebab mama dah lama tak pergi tidur sana..kebetulan pula, kawan papa ajak pergi Lost World of Tambun..Ummm tak berapa nak seronok sangat sebab mama tak leh nak bermain air macam orang lain..ishhhh karang air tu bertukar caler pulak..papa je yang main air, mama kena jaga barang, tu yang mama tak puas hati, memamg lost betul kat sana..seronok tengok budak-budak main air..mama dah cakap dengan papa, " mama tak kira, next week kena datang sini balik, sebab mama tak dapat main air arini"..hehehe mama paksa papa..pergi Lost World juga tak pernah membuatkan mama melupakan anak mama ni..
Hijau yang menyamankan mama

pintu masuk

if Mia ada,sure Mia kena ukur kat sini..klu tinggi, mama kenalah bayar entrance fee

map ~ sure susah kalau Mia hilang kat dlm ni

klu ada Mia, tentu papa belikan untuk kita

favourite mama..mungkin akan jadi kesukaan Mia juga

tempat rabbit

rabbit..mma suka rabbit

burung yang lapar

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...