November 29, 2012

Cerita Tentang Bidadari

Mama tak kerja hari ini sebab mama tak sihat. Dalam erti kata lain, mama on medical leave. Semalam doctor siap ambik darah sebab viral fever mama tak turun-turun lagi so better cegah dari melarat larat, tukar ubat and sedut darah mama hantar lab. Pagi tadi stay kat rumah kejap tapi belum tengahari lagi dah keluar rumah dengan papa pegi cari breakfast kat kedai mamak! orang lain dah cari makanan untuk lunch, kami cari breakfast.

Lepas makan, pergi tengok rumah baru, entah bila la nak masuk rumah tu pun tak tahu hehehee..dekat dalam kawasan yang sama dengan rumah kami sekarang tapi tak kisah, janji dekat nak balik Perak ahaks!!! lepas tengok rumah, konon nak terus balik tapi tayar kereta pecah!!! sebab papa yang jadi punca so tak adalah papa membebel, kalau mama yang jadi punca, mahu putus telinga dengar -:) heheh tu hakikat. Lepas mekanik datang ganti tayar spare, pergi bengkel tukar tayar lain. Ummmm perbelanjaan yang tak ada dalam list untuk hari ini! tapi sebab papa yang bayar, layannnnnnnnnnnn dengan senyuman je wink wink wink!!!

Dalam tak sihat, tekak nak minum air jambu ais, bila lalu kat jalan tu, brother yang selalu jual air tu tak ada so jadilah satu lagi alasan untuk keluar jauh dari area, rumah pergi tengok-tengok barang-barang untuk rumah baru. Asyik dok tengok je selalu, belinya tak jugak. Dalam perjalanan dok pot pet pot pet dengan papa, lastly mama cakap "mama rasakan, papa sakit teruk sebab Mia kan"..papa diam je. Mama sambung lagi, "mesti papa sedih dan tension sebab dia sakit sebelum mama kena operate, lepas tu terus duduk ICU, bila dah macam tu, semua papa kena buat sendiri, terkejar sana terkejar sini kan" tapi papa jawab "tak lah.."

Bila dengar jawapan papa macam tu, mama cakap lagi "dalam keadaan macam tu, papa tak menangis, papa tak cakap pun papa susah hati, mama je yang menangis mengadu kat papa, mama je yang kongsi rasa sedih mama kat papa tapi papa tak kongsi pun rasa sedih papa, mungkin sebab tu papa sakit teruk sebab simpan dalam, tak luahkan perasaan tu" sambil tu mama tengok muka papa sedih.

Papa cakap pula "alaaaa dia tak susahkan papa pun. dia anak yang baik dan pandai serta dengar kata papa sebab masa dekat ICU HTAR dengan heart beat yang turun naik, papa cakap "kalau heart beat mia cantik dan stabil, papa balik ambil mama"..memang dia sangat mendengar kata! Papa cakap, sampai sekarang papa rasa macam mimpi je yang papa balik ambil mama!!! tentang-hari-mia-pergi

Emmmm sangat-sangat tak sangka, perbualan itu timbul tapi deeply kami sangat merindui dia..sangat!!!!

November 27, 2012

Berpisah




Berpisah hidup, sedih..berpisah mati, lagi la kan:-(((
Mode sedih mama..rindu


November 22, 2012

Dia sangat suka..



Tadaaaa..Iman Harith yang sangat suka buat lawak heheheh..ok, patung tu memang dah lama ada, bila budak yang sangat pandai bodek maklong dia ni berjaya dalam misi membodek maka dapatlah dia sepasang baju dan seluar berserta topeng spiderman!!! Adik mama kata "along, nampak leher la" mama pula, ehhh yervker..a'ahh la nampak leher tapi tak apa, boleh suh iman pakai inner hahahahaaa..

Betapa seronoknya dia bila courier dari mama sampai kat rumah maktok, saat itulah maktok cerita iman kata maklong baik, maklong cantik, maklong wangi hahahah..ayat kasi maklong kembang..

Maka bermula la aksi panjat memanjat kat rumah maktok tu. Bila mama call, iman harith cakap, "maklong kami sayang maklong, nanti maklong beli sarung tangan dengan sarung kaki yer..beli sekali motor" uwahhhh Iman Harith yang sangat bertuah tu!!

Tapi seronok lihat iman dan kakaknya gembira bila dapat barang. Macam dunia ni diaorang yang punyer. Iman Harith dapat dua baju..Aqilah Hanani dpt satu je baju mandi..nnti maklong cari yang lain yer

Published with Blogger-droid v2.0.4

November 8, 2012

Mengantuk

Tolong!!! mama sangat mengantuk, tersangat-sangatlah mengantuk dan penat. Gara-gara tak cukup tidur malam tadi. Tersedar jam baru 2.30 pagi, buka mata sikit je, nampak papa yang gelisah sebab tak boleh tidur. Papackata, kalau tidur aje, batuk dia jadi teruk. Mata mengantuk, papa mengadu.

Ummm...camner nak buat ni. Mama offer papa untuk usap-usap belakang badan, ahaks! dengan seronoknya papa terima. Penyudahnya, papa lena tidur, mama yang menongkat mata menahan mengantuk sebab nak kasi papa tidur lena. Sambil sebelah tangan main Ipad, lagi sebelah dok usap2 belakang papa. Jangan tidur kat office sudah.

November 3, 2012

Bila berdua tak sihat...

Sepanjang minggu yang sangat sejuk,saban hari hujan turun di Kuala Lumpur. Kalau time hari bekerja, belum cukup time balik, dah berkobar-kobar nak balik sebab nak kejar monorel! monorel ni suka buat hal kalau time hujan lebat. Takut kena tunggu lama, kesian pula kat papa yang tunggu kat KL Sentral tu. Jangan cari pasal nak minta papa ambil kat kawasan segitiga emas tu!!! tak gerak kereta. Jalan jammed, motor pun tak lepas nak cilok. Lagi buang masa, lagi stress jantung.

Papa masih lagi tak sihat, dan kali ini, mama pula yang temankan papa sakit dengan full package gitu. Kena pergi kerja juga sebab year end tak lama lagi, bila hujung tahun makin hampir, makin la banyak kerja. Cuba bertahan selagi mampu. 

Bila hanya berdua dalam rumah dan masing-masing sakit, sangat terasa ketika ini, rasa sunyi dalam rumah. Last week bila mama dan papa demam teruk, masing-masing tak ada selera nak makan, kami hanya makan butterscotch beread je. Ohhh masa tu, sangat berharap ada peneman dalam rumah yang menguatkan semangat kami. Sangat berharap adanya zuriat saat itu, yang mampu menjaga kami. Tapi..

Register dengan JKM dah buat tapi itulah kan, kenapalah tak ada news lagi..Kenapalah tak ada yang nak kongsi sayang dengan kami kan. Mama harap sangat, one sweet day nanti, mama dan papa akan ada rezeki macam orang lain juga. Ummmm kalau la ada orang yang kurang berkemampuan or sapa-sapa nak kasi baby baru lahir kat kami, insyallah andai ada rezeki, kami terima.

Oh treament? treatment belum lagi rasanya nak start balik, sebab sekarang busy sangat dengan kerja, busy renovation rumah baru so takut preasure lebih. Insyallah will continue treatment mama next year. Please doakan kami yer.

Popular Posts