September 29, 2014

Alfatihah..7 Tahun

Papa, tarikh ini muncul lagi untuk ke sekian kalinya..kali ini muncul tanpa papa disisi. Tanpa genggaman erat jari papa menenangkan mama.

Genap 7 tahun Mia pergi..baru 3 hari lepas sambut birthday dia. Tak ada jajan macam dulu sebab tak ada papa untuk tolong mama bungkus.

Hanya sekadar sedikit makan malam dengan kawan kawan opis.

Gembiralah papa dengan mia disana..tunggu mama dengan adik yer

September 9, 2014

Wajah Seribu Erti

Berbicara pada sang bayu, sampaikan pesanan rindu di angin lalu. Moga terasa dipipinya bait-bait rindu itu menyapu pipinya nun disana..

Allah, lindungi anak ini, pelihara anak ini moga menjadi anak yang solehah.

Papa, inilah yang antara yang papa selalu ingin lihat bila Qaseh membesar. Terasa masa begitu pantas berlalu.

September 8, 2014

Qaseh

Dia jantung hati papa

Kami Demam

Papa, kami demam!!! kain papa tetap dicari bila dia tak sihat. Mama dah basuh kain tu, dah simpan rapi tapi dia tetap menuju tempat simpanan tu sambil menangis. Cuba beri kain yang lain tetap menangis. Bila beri kain papa, sambil tersenyum dalam tidak sihat, di ambilnya.

Walaupun dia kecil ketika papa pergi, namun dia tetap seorang anak. Mama akan jaga dia seperti papa jaga mama.

September 7, 2014

Surat Buat Papa

Assalammualaikum Papa,

Disubuh hening ini, kerinduan mama hanya Allah yang tahu. Tentang kerinduan    simata bulat papa, pasti kerinduan itu jauh disudut hatinya.

Bila melihat permata hati papa menatap dan cium gambar papa, rasa sembilu. Rasanya andai dia mampu meluahkan rasa hatinya, pasti papa yang dicari, pasti banyak soalan dia yang perlukan jawapan dari mama..

Hari ini, kenduri di rumah kaklong. Kenduri kahwin Kamal. Papa tentu semalam lagi dah pergi kalau papa ada. Kak long kata, dia guna catering je..selamat mamakan, kalau tak mahu kena tolong siang menyiang barang.

Kekok tanpa papa disisi. Bertambah kekok bila ada je mata yang memandang. Bertambah sukar bila ada soalan soalan yang mama tak suka menjawab.

Abah dengan family lain pun ada disini. Semalam buat steambot. Macam biasa angah dengan suami dialah chef kat dapur kita. Qaseh si mata bulat papa, seronok la kan sebab ramai orang dirumahnya. Hari ini juga diaorg nak pergi kenduri kawin saudara abah di Shah Alam.

Mama sakit kepala ni, tak lena tidur. Qasih kejap kejap nangis. Nanti mama cerita lagi. 

September 3, 2014

Jangan Dipersoalkan

Berhentilah wahai mutiara jernih. Bertabahlah wahai diri. Sesungguhnya mati itu pasti.

Memujuk diri sendiri. Dulu kalau mama menangis, papa selalu pujuk. Kali ini kena pujuk diri sendiri.

Mengapa perlu menangis kadangkala soalan itu diajukan. Menangis ini bukan boleh di paksa-paksa. Tangisan ini hanya luahan perasaan. Bila tiba masa, ia menjadi terapi kelegaan. Usah mempersoalkan tangisan itu.

Malaysia..Disini Lahirnya Cinta

Malaysia Bersamamu MH17..bergenang airmata bilamana melihat "mereka" pulang..pulang kepangkuan mereka yabg merindui.

Hari ini, hati masih lagi terusik melihat gambar dan membaca berita di suratkhabar. Puas menahan rasa, tapi tewas. Airmata mengiringi pembacaan mama. Walau pun tiada kaitan antara kita tapi rasa itu tetap ada sebab kita rakyat Malaysia!

Merdeka!!! masih teringat kenangan dengan papa. Pertama kali menyambut luar dari rumah, bersesak-sesak depan Jalan Raja Laut betul-betul dekat dengan bangunan KWSP. Betapa terujanya mama. Betapa gembiranya papa dengan cameranya bila aset aset pasukan keselamatan yang melintasi kami. Bangga sangat! Moga Allah lindungi kita semua dan juga Malaysia.

Popular Posts