January 1, 2016

Selamat Jalan 2015..Selamat Datang 2016

Selamat tahun baru..sekejap je masa berlalu. Cukup dua tahun melayari hidup berdua dengan Qaseh.

2015, pelbagai dugaan yang dihadapi. Pelbagai rasa dirasai. Hati perlu kuat, jiwa kena kental supaya hidup mama tak jatuh tersungkur.

Moga persahabatan yang tinggal akan terus berkekalan. Rasa hormat dalam persahabatan itu penting. Ada pasang dan surutnya jalinan tersebut namun diharapkan tiada lagi ruang untuk persahabatan itu dikhianati dan berlalu pergi tanpa sebarang ucapan.

Moga hidup kewangan mama bertambah stabil dalam zaman ekonomi yang terumbang ambing dalam keadaan Qaseh yang makin hari makin bertambah keperluannya.

Diharapkan juga, kesihatan mama dan Qaseh jugak lebih baik dari 2015. Begitu juga dengan kesihatan abah dan mak serta adik adik mama dan juga kawan-kawan. Psttt heheh tengah demam sebenarnya ni..

Moga segala kasih sayang kami mekar dan subur selalu bersama keluarga dan kawan kawan yang memahami. Insyallah.

Selamat Tahun Baru Semua..

Dear 2016, be nice to us

Alfatihah

Popular Posts