August 27, 2009

Citer En. Suami

Bulan Ramadhan...aku rasa begitu mencabar dan penuh dengan dugaan. En. suami aku tetiba jadi tak sihat sangat. 17/08 seminggu sebelum puasa...tetiba dia sakit dada..susah untuk bernafas..aku yang sedang nyenyak tidur, dikejutkan...umppphhh aku mula dah jadi tak tentu arah..so aku decide kitaorang pergi buat lawatan ke hospital..

Dihospital, aku terpacak macam patung kat wad kecemasan..lama betul dia kat dalam tu...fuh!! akhirnya dapat jugak call dari dia...dah terbaring dalam wad tu...lengan dah bertempek dek plaster..kena ambik darah..pastu kat tangan pulak ada jarum...ummm siannya tengok dia..suami kata doktor suspected dia ada kidney problem!!!

Aduh!!!! dugaan apakah ini...sedih sangat..tak tentu arah aku dibuatnya...aku tak dapat menangis depan dia..ku tahan airmatadari mengalir...aku call officemate untuk maklumkan yang aku cuti...terdengar suara kawan aku...aku jadi semakin sebak..tak dapat berkata...aku menangis dulu baru boleh bercakap..arggggg!!!!terasa berat betul untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini..

Aku berkampung di hospital menemani dia selama 4 hari..letih usahlah kata, tapi asalkan dia nampak aku temankan dia, mungkin dia rasa lega sikit..macam-macam test yang diaorang buat pada dia..ctg test lah..echo test lah..ambik darah usahlah kata..aku rasa boleh penuh satu tempayan darah dia..plus lagi air kencing..

Hari ni suami kena warded lagi kat hospital sebab esok doktor nak buat biopsi buah pinggang pulak...siannya suami ku ni...aku? aku pun turutlah berkampung kat hospital menemani dia sambil berpuasa di hospital. Moga-moga apa yang diperkatakan oleh doktor adalah angan-angan doktor itu sendiri...moga suami ku sihat walafiat hendaknya.

Failed Lagi

Last month aku buat IUI treatment lagi...kali ni dekat LPPKN..konon-kononnya nak ubah angin..seperti biasa aku kena makan Clomid100gm selama 5 hari, pastu kena suntik Gonal F dengan dos 175IU berselang hari selama 4 hari...tapi apakan daya, treatment aku gagal lagi..hampa tapi entahlah, aku tak terasa sangat..masa hari pertama aku period je akurasa sedih sangat.. macam tak percaya aje aku ni period hahahaha..macam hipokrit je kan - :)

Tapi kali ini, period aku lain macam aje, tak macam period aku yang lepas...berketul ketul darah...tapi aku tawakal je, period or misscarriage aku tak tahu...tak pergi pun hospital or clinic..takut!!! fobia kena seluk, kena D&C dulukala tak hilang lagi heheheheh..aku panggil hubby tengok darah ketul tu...terjerit dia "alaaaaa sayangnya baby papa" hehehehe tapi aku cakap, aku tawakal kalau aku gugur sebab aku rasa ketul-ketul darah dah keluar habis..

Aku stop dulu treatment aku bulan ni...masih mencuba dengan cara biasa, insyallah kalau ada rezeki, alhamdulillah..kalau tak ada, usaha lagi!!! maybe kalau tak ada jugak, lepas raya or end of the year, aku start balik treatment IUI sesambil mengintai peluang untuk IVF...mahal tu kos IVF tu...mana mau cari???

Aku pun hairan jugak ni...kenapa aku masih kuat..masih lagi tabah untuk meneruskan perjalanan yang sukar ni? masih belum berputus asa untuk mendapat "sikecil" ni?? terima kasih YA ALLLAh kerna mengurniakan aku ketabahan dan kesabaran ini..

Jari

Dah sekian lama betul tak datang melawat kawasan ni..rindu sangat. Umpphh bulan puasa ni, tetiba kenangan kembali bertaut..yeahhh dulu, 2 tahun lepas aku masih lagi pregnant ketika bulan puasa menjelma...seronok sangat dengan perut memboyot ke depan hahahaha..kenangan yang begitu indah untuk diingati. Namun puasa kini, perut ku belum lagi memboyot, belum juga berisi..moga aku akan perolehi peluang itu lagi.

Sebenarnya banyak yang ingin aku bicarakan, terlalu banyak yang ingin disampaikan tapi bila hati mula berbicara, fikiran mula terkenang, jari pula tak terbilang untuk menari..semua seakan berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi..segala-galanya berperang!!!

Popular Posts