Showing posts with label Harta. Show all posts
Showing posts with label Harta. Show all posts

March 17, 2017

Bila tamak menguasai

Hampir seminggu selepas perbicaraan harta pusaka arwah papa. Perbicaraan yang belum selesai.

Mood mama yang terumbang ambing. Badan letih otak penat berfikir. Perasaan jadi penat.

Petang selepas perbicaraan yang gagal, mama hantar massage pada abang dan kakak ipar, hanya mereka berdua yang masih bernafas manakala arwah kakak sulong warisnya adalah anak2 dia. Anak-anak sedara ini menolak hak mereka untuk pusaka papa bila mereka mengisi Borang DDA dan berangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaha Sumpah.

Message mama sekadar berterima kasih pada mereka sebab tak hadir perbicaraan dengan pertanyaan kenapa buat adik ipar diaorang macam ni. Nak apa sebenarnya sebab arwah tak punyer harta yang banyak..

Jawapan paling "berperikemanusian" bagi pendapat mama yang mama terima dari massage abang ipar..." Kereta rin ambik tapi rumah kami nak" ok lah kan dah tahu jawapan diaorang maka takkan nak biarkan diaorg dapat lebih tanpa usaha langsung! Time kami susah tak ada pun muncul nak tolong.

Tak apa papa, mama dah bincang dengan peguam, mama akan lawan untuk tuntutan harta sepencarian. Selagi kes tuntutan sepencarian belum selesai, faraid  tak boleh dijalankan.

Ok..mama tahu dalam hukum agama islam, diaorang berhak mendapat faraid tapi boleh fikir logik dan berperikemanusian la kan, harta yang tak pernah bersusah payah nak tolong darah daging sendiri bila adik tak ada, sedap pulak nak tuntut dari balu.

Rasa nak tuntut jugak nafkah edah mama pada abang ipar tu!! Balu adik dibiarkan tanpa nafkah yang sepatutnya dibawah tanggungan waris simati..mama tak redha!

Tunggu minggu depan yer, saman sampai.

March 7, 2017

Bicara Kuasa

Hari ini, mama ada bicara kuasa untuk harta arwah papa. Harta yang tak seberapa tapi itulah hasil kerja keras papa.

Untuk dapatkan sebutan kes di Pejabat Tanah, mama failkan permohonan dalam bulan 11 tahun lepas berpegangkan kata kata ipar duai yang mereka 'beri' semua hak mereka pada mama tapi bila dapat surat panggilan bicara, lain pulak jadinya. Hari perbicaraan tak nak datang, bila minta isi borang pun tak nak. Akhirnya baru kata diaorang nak ambik kuasa juga.

Sedih mama..menggigil kat office  bila dapat msg diaorg ni..tapi tak apa, kita tuntut harta sepencarian..see you all in court.

Maaf papa, wasiat papa tanpa hitam putih, tiada diaorg ambil peduli..mama akan lawan untuk Qaseh.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...