February 12, 2016

Aktiviti Qaseh

Cuti perayaan yang panjang. Tidak pulang ke kampung sebab tak larat nak layan jammed walaupun kalau pulang dua tiga hari sebelum perayaan bermula.

Maka, "beraya" la di rumah melayan Qaseh. Uwaaaa ada je permintaan dari dia.

Jom layan gambar Qaseh.

February 2, 2016

Ulangtahun Perkahwinan ke 13

Me : i love you (kih kih kih angin mengada datang)
H : i love you too (muka selamba jawab)
Me : cuba cakap kuat-kuat bagi satu dunia dengar (dah sedia nak dengar tapi debor-debor)
H : **bisik dekat telinga** i love you
Me : kenapa bisik? Kan suruh cakap kuat-kuat (geram)
H : sebab you are my world (sambil sengih dengan rasa tak bersalah)

Semalam 01/02/2016 cukuplah 13 perkahwinan kami andai pahlawan masih ada..pemilik rusuk ini telah kembali pada PenciptaNya kala ikatan itu menghampiri angka 11..sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..Allah ambik pahlawan hati ini agar kesakitan yang ditanggung hilang.

Semoga Allah senantiasa merahmatimu wahai suamiku Mohd Sharif bin Johari bersama mereka-mereka yang beriman dan disayangiNya disana.

Gembiralah dan tersenyumlah bersama anakanda kita Mia. Moga hadiah-hadiah kiriman dari ucuk abang ini dan juga dari sahabat andai kita, dapat membantu mengembirakan abang.

Moga Allah juga melindungi dan merahmati isterimu ini dan sikecik bam bam abang Qaseh. Aminn

Alfatihah..

One of the best feeling in life is when you realize that the one you love completely, love you back the exact way..

Potret Hati

Dalam dia ada dia..dengan dia juga ada dia. Terima kasih Allah atas rahmat dan kasih sayangMu pada hambaMu yang lemah ini..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...