Showing posts with label Nurin Amni Damia Khalilah. Show all posts
Showing posts with label Nurin Amni Damia Khalilah. Show all posts

September 29, 2016

Sembilan Tahun Berlalu..

hari ni cukup 9 tahun...3 hari je lepas birthday budak bambam putih melepak ni datang teman mama dengan papa..dia keluar ikut "tingkap" ���� tak sabar nak tengok dunia gamaknya terus la perut  mama kena potong..tapi mama ok je janji anak mama selamat kan����tapi budak kuat semangat ni kena masuk NICU lepas lahir..geram je tak dapat peluk dia..papa la jadi orang kuat..jaga mama kat ward..tgk dia kat NICU pulak..lahir pulak dalam bulan puasa maka bertabahlah papa masa tu������..

selebihnya...hanya Allah yang mengetahui����������..mama tak kuat tapi berlagak kuat demiMohd Sharif Johariharif Johari paling happy bila budak kocik ni lahir tambah2 bila budak kocik ni genggam jari papa..��tu jari yang gelap tu jari papa������sekarang pun kekadang tak kuat tapi kena kuat demi adik Qaseh jugak..Allah uji sebab Allah sayang kan..insyallah tunggu mama...papa..nanti tarik dan pimpin lah mama, papa, adik dan mereka yang menyayangi kita untuk bersama disana yer..

Alfatihah buat anakanda..

September 26, 2015

Hari Lahir Mia Ke 8

Selamat Hari Lahir Mia..kenangan itu sebenarnya masih ada. Namun kenangan itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat mama berdoa untuk Mia dan papa, sebab Mia dan papa ada dalam jalur masa hidup mama nan indah dulu.

Gembira lah disana wahai bidadari syurga..8 tahun, mana masih merindui mu..hingga akhir hayat mama, Mia masih dirindui..begitu juga papa..hingga akhir hayat papa, Mia dan adik tetap dalam hati papa.

Alfatihah

Selamat Hari Lahir Bidadari Kecil

26/09/2007 - 26/09/2015

September 29, 2014

Alfatihah..7 Tahun

Papa, tarikh ini muncul lagi untuk ke sekian kalinya..kali ini muncul tanpa papa disisi. Tanpa genggaman erat jari papa menenangkan mama.

Genap 7 tahun Mia pergi..baru 3 hari lepas sambut birthday dia. Tak ada jajan macam dulu sebab tak ada papa untuk tolong mama bungkus.

Hanya sekadar sedikit makan malam dengan kawan kawan opis.

Gembiralah papa dengan mia disana..tunggu mama dengan adik yer

December 27, 2013

Orientasi

Rasa macam baru semalam mengandungkan Mia, dan terasa baru sebentar tadi melahirkannya walaupun hakikatnya lagi dua tiga hari mengikut tahun genaplah 7 tahun dia hadir dan pergi..

Seandainya Mia dan papa ada, mesti kita tengah sibuk dengan persediaan Mia masuk darjah 1!!! dan Qaseh pula tentu apa yang kakak ada, dia pun mesti nak ada juga.

Tapi sebenarnya sekarang, hanya kami berdua. Qaseh dan mama yang saling bergantungan.

Mama rindu kalian berdua. Mama pasti ok sebab mama ada semangat juang dan kasih sayang kalian walaupun kadangkala mama hampir tersungkur kala rindu itu bertamu dengan hebatnya tapi mama redha sebab Allah lebih menyayangi kalian dan dugaan ini ujian Allah agar mama berubah menjadi hambaNya yang lagi baik.

Published with Blogger-droid v2.0.4

September 29, 2013

3 Dalam 6

Cukup 3 hari dalam 6 tahun hari ini Mia pergi. Pergi bersama iringan airmata mama dan papa. Pagi tadi tak terasa sangat mungkin sebab mama busy sikit.
Tengah melipat baju Qaseh yang sebakul ni, tetiba airmata mengalir laju bersama esakan. Ohh betapa kehilangan itu menyakitkan. Betapa kerinduan itu bagaikan racun bisa.
Nasib baik papa tak ada, kalau tidak mesti papa pun sedih. Sekarang kalau mama nak nangis, sebolehnya mama cuba elakkan papa ada sebab mama tak nak papa susah hati dan tertekan.
3 hari dalam 6 tahun ini, seolah baru sahaja mama lalui. Dengan gaun pregnant tak berikat tali di belakang, dengan stokin bola tebal yang panjang ke lutut, dengan airmata mengalir sambil mengendong dia yang tidak bernyawa menyusuri NICU, ward dan lobi hospital, dan sesungguhnya mati itu pasti dan sesungguhnya juga Allah memberikan mama sesuatu supaya mama kuat.

September 28, 2013

Enam Tahun Tetap Sama

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk mama sekali lagi.

Cukup enam tahun 26/9/2013 si merah mama lahir..wahh dah sekolah tadika ni. Mesti minta mama belikan cake sebab nak makan dengan kawan kawan sebab si merah mama tahu yang mama dia ni memang tak pandai buat kek, pandai beli aje.

Tapi sayang, enam tahun berlalu dia tiada disisi. Dia lebih bahagia di syurgawi sebab dia bidadari mama. Selamat Hari Lahir Mia!!

Walaupun anak mama tiada, mama tetap sambut hari yang sangat bermakna dalam hidup mama. Sambut dengan kawan kawan pejabat mama.

Mama orderkan cookies dengan lolichoc serta pulut kuning. Berkongsi rezeki dengan kawan kawan walaupun ada yang menyatakan yang mama menyeksa diri dengan berbuat demikian. Walaupun rasa sedih di hati tapi mama tak kisah sebab mama tak susahkan sesiapa pun. Mama rasa happy sangat sebab mama terasa rasa anak mama terloncat loncat mengedik disana sebab mama telah mengembirakan dia.

November 29, 2012

Cerita Tentang Bidadari

Mama tak kerja hari ini sebab mama tak sihat. Dalam erti kata lain, mama on medical leave. Semalam doctor siap ambik darah sebab viral fever mama tak turun-turun lagi so better cegah dari melarat larat, tukar ubat and sedut darah mama hantar lab. Pagi tadi stay kat rumah kejap tapi belum tengahari lagi dah keluar rumah dengan papa pegi cari breakfast kat kedai mamak! orang lain dah cari makanan untuk lunch, kami cari breakfast.

Lepas makan, pergi tengok rumah baru, entah bila la nak masuk rumah tu pun tak tahu hehehee..dekat dalam kawasan yang sama dengan rumah kami sekarang tapi tak kisah, janji dekat nak balik Perak ahaks!!! lepas tengok rumah, konon nak terus balik tapi tayar kereta pecah!!! sebab papa yang jadi punca so tak adalah papa membebel, kalau mama yang jadi punca, mahu putus telinga dengar -:) heheh tu hakikat. Lepas mekanik datang ganti tayar spare, pergi bengkel tukar tayar lain. Ummmm perbelanjaan yang tak ada dalam list untuk hari ini! tapi sebab papa yang bayar, layannnnnnnnnnnn dengan senyuman je wink wink wink!!!

Dalam tak sihat, tekak nak minum air jambu ais, bila lalu kat jalan tu, brother yang selalu jual air tu tak ada so jadilah satu lagi alasan untuk keluar jauh dari area, rumah pergi tengok-tengok barang-barang untuk rumah baru. Asyik dok tengok je selalu, belinya tak jugak. Dalam perjalanan dok pot pet pot pet dengan papa, lastly mama cakap "mama rasakan, papa sakit teruk sebab Mia kan"..papa diam je. Mama sambung lagi, "mesti papa sedih dan tension sebab dia sakit sebelum mama kena operate, lepas tu terus duduk ICU, bila dah macam tu, semua papa kena buat sendiri, terkejar sana terkejar sini kan" tapi papa jawab "tak lah.."

Bila dengar jawapan papa macam tu, mama cakap lagi "dalam keadaan macam tu, papa tak menangis, papa tak cakap pun papa susah hati, mama je yang menangis mengadu kat papa, mama je yang kongsi rasa sedih mama kat papa tapi papa tak kongsi pun rasa sedih papa, mungkin sebab tu papa sakit teruk sebab simpan dalam, tak luahkan perasaan tu" sambil tu mama tengok muka papa sedih.

Papa cakap pula "alaaaa dia tak susahkan papa pun. dia anak yang baik dan pandai serta dengar kata papa sebab masa dekat ICU HTAR dengan heart beat yang turun naik, papa cakap "kalau heart beat mia cantik dan stabil, papa balik ambil mama"..memang dia sangat mendengar kata! Papa cakap, sampai sekarang papa rasa macam mimpi je yang papa balik ambil mama!!! tentang-hari-mia-pergi

Emmmm sangat-sangat tak sangka, perbualan itu timbul tapi deeply kami sangat merindui dia..sangat!!!!

September 30, 2012

Kerana Dia Anakku

Semalam 29/9/2012, genap 5 tahun dia pergi bersama linangan airmata dan rasa kasih sayang mama dan papa dia.  Hampir setiap tahun mama selalu berharap agar bulan bernama September tidak akan wujud dalam calendar tahunan dunia.

Dua hari lepas, mama buatkan entry tentang hari paling bermakna buat mama dan papa, kelahiran dia yang sangat kami nantikan sekian lama, dan hari ini mama buatkan satu entry tentang hari dia pergi. Anak kecil putih merah mama yang tak sempat mama berikan kasih sayang ketika di dunia, yang belum puas mama gomol-gomol tapi mama hanya mampu melaksanakan tanggungjawab mama sebagai seorang ibu yang kerdil buat anaknya yang telah pergi..menyempurnakan segala urusan dan amanah Allah pada seorang hamba kecil kudus itu.

Rasa rindu itu tak mampu mama luahkan. Rasa sunyi itu sangat bisa. Tapi itu ketentuan Allah pada mama dan papa, walau sakit pedih kehilangan itu, kami tetap redha kerana dia anak mulus kami, kerana dia sumber kekuatan kami, kerana dia kami lebih mengenal erti sabar. Bila 5 tahun berlalu, selalu berangan dia sudah sebesar sepupunya Aqilah yang hanya tua dua bulan dari dia. Selalu terasa dia tak akan serasi dengan Aqilah sebab dia pasti seorang yang kuat cemburu dan Aqilah juga seorang anak sedara yang sangat suka cemburu. Mama yang akan jadi mangsa cemburu mereka.

Melihat lakonan Eja dalam Cerekarama malam tadi, terasa sangat perit kehilangan anak kesayangan itu sebab terasa seoalah-olah itu luahan hati mama yang kehilangan anak. Menonton cerita tersebut membuatkan airmata tak henti mengalir.

Alfatihah..Yassin buat anakanda kecil mama Mia. Moga dia senantisa mendoakan mama dan papa dia di dunia ini. Selamat tinggal September!!

September 26, 2012

Cuppies on her birthday



Selamat hari lahir anakanda mama..cuppies tu mama order nak beri pada kawan-kawan mama esok sempena bornday Mia. Bekas putih berikat dgn riben mama dgn papa cari last week masa pergi shopping. Papa hanya ikut rentak mama supaya mama tak bersedih. Ohh dah besar anak mama!

Published with Blogger-droid v2.0.4

September 25, 2012

5th. Birthday


Andai dia ada, sudah pasti dia dah besar. Sudah pasti dia penglipur lara mama dan papa. Sudah pasti hanya ada suara dia dalam teratak kecil mama dan papa. Esok genaplah 5 tahun usia budak kecil itu. Mama yang tinggal cuba menjadi pelakon yang hebat, cuba menjadi diva yang mampu melakonkan segala watak, cuba menyembunyikan segala rasa rindu yang bertamu.

August 28, 2012

Sorry...i just missed her




Same status kat FB..tak tahu kenapa mama say sorry..maybe sebab tak nak orang lain tahu yang mama rindukan dia. Maybe sebab tak nak orang kata, asyik-asyik rindu, asyik-asyik rindu, macam orang lain tak ada perasaan rindu. Rasa sangat berat  dihati..rasa sangat lemah badan bila rindu itu tak mampu untuk dilontarkan.

March 6, 2012

Cerita Di Padang Pasir

Alhamdulillah
Alhamdulillah!!! Syukur padaMU Ya Allah. Terima kasih atas kasih sayangMU, atas kurniaanMu, atas belas ihsanMu. Tiada kata yang mampu menzahirkan perasaan mama saat mama terjaga dari lena. Lena yang sangat asyik, saat kedinginan melingkari waktu.
Ihsan M/S Google

Seakan berada di alam nyata, bila mama berjalan di padang pasir seperti dalam cerita Arab, tiada panas, rasa sangat nyaman dan tenang, ditemani beberapa teman yang mama tak pasti siapa, dihadapan mama ada unta yang dipegang talinya dek pengembala, semua dalam keadaan putih, bercahaya tenang, tiada silau..tiada debu yang memasuki ruang penglihatan walaupun saat itu angin padang pasir berlagu..

Tiada ruang untuk mengeluh kerana tiada rasa keletihan walaupun saat itu kaki mama telah jauh melangkah, rasa sangat tenang dan gembira. Dalam melangkah, tanpa sedar unta itu telah berhenti..dan saat ini juga, ketika mama melayani jari-jari mama airmata bergenang. Saat unta itu berhenti melangkah, tiba-tiba mama terdengar suara yang sangat comel dan terasa tubuh mama dipeluk erat!! terasa lembutnya dakapan itu walaupun sangat erat, terasa halusnya suara kecil itu, sangat bahagia bila suara itu  kedengaran berkata "Mia rindu mama". Mama pun rindu Mia jawab mama tapi serentak dengan jawapan itu, mama terus terjaga dari lena..

Oh!! mama bermimpi ker? Bila mama terjaga, terus mama istighfar dan juga berterima kasih pada Allah, andai itu mimpi yang benar, mama terima dengan rasa gembira, andai itu mainan tidur, lindungilah hambaMU ini Ya Allah. Tak terpandang dek waktu ketika itu jam berapa. Mama memang rindukan dia. Rindu sangat.

September 29, 2011

Tentang Masa Yang Pantas

Andai Nurin Amni Damia Khalilah Mohd Sharif ada, isnin lepas cukuplah dia 4 tahun..tapi hakikatnya, dia memang telah tiada. Hari ini pula,cukuplah 4 tahun juga dia telah kembali pada yang berhak..kembali pada yang menciptakannya,..dalam masa 3 hari mama melalui dua peristiwa..

Andai setiap tahun mama boleh hilangkan September dari kalendar 12 bulan ini, sudah pasti mama akan lakukan sebab September terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang terpaksa dihadapi..terlalu banyak nostalgia yang menghimpit rasa. Andai ada yang berkata, redhakanlah...ya mama memang redha sebab Mia mama tentu lebih bahagia disana..tapi salahkan mama, salahkan perasaan seorang ibu ini, merindui anaknya yang telah pergi terutama pada hari kelahirannya? salahkah? airmata yang berjuraian tanpa henti hingga menutup mata juga, adalah airmata rindu..bukan dipaksa..lahir dari sudut hati yang sangat dalam.

Tak ada apa yang mama lakukan sempena birthday Mia, cuma sedikit ole-ole buat kawan-kawan office mama dan anak2 mereka..sedikit makan-makan tengahari..moga Mia kata sana beroleh sedikit "hadiah". Rasa teruja sangat sebab dapat bungkuskan oleh-ole tu..rasa macam nakbuat birthday party je..

Selamat Hari Lahir Anakanda Mama..mama tahu anak mama senang disana..tunggu mama dan papa yer..


September 25, 2011

Dia 4 tahun..

Tears!!!

I miss u like crazy!!!

Tadi tengah sitting down kat bilik "opis" papa, rasa tersangatlah sedihnya mama..terus pergi kat papa yang tengah tengok TV, terus peluk papa, sambil cakap "mama sedih...mama nak peluk papa" terus aje airmata mengalir, papa pujuk kejap usap2 belakang mama, kemuadian terus masuk bilik..terus menaip rasa hati mama ni dengan linangan air mata..


Esok mama keje..tak tahu macam mana nak handle emosi nanti..



saat dia wujud dalam rahim mama
saat dia membesar dengan sihat dlm rahim mama

saat dia tengah berjuang, saat mama perlukan kekuatan



August 14, 2011

Buku Merah

Mama pernah pregnant and pernah juga miscariage! Bila melalui pengalaman miscariage, mama rasa takut sangat, sebab rasa sakit sangat bila kena "seluk" dek doctor sebelum procedure D & C tanpa sebarang ubat pengsan! akibat tak tahan sakit, mama pengsan sendiri. Bila sedar nurse kata nak bawa pergi D & C. Rasa macam dah fobia bila pergi hospital kerajaan..bayangkan masa tu dikelilingi oleh doctor pelatih jugak! Then, bila mama pregnant, mama cakap awal-awal kat papa, mama tak nak pergi gomen punyer hospital, mama nak bersalin kat private!

Bila pregnantkan Mia, selama 5 bulan mama di bawah pengawasan doktor di LPPKN sebab mama buat treatmant kat sana. Lepas tu, doctor suruh mama choose hospital mana mama nak continue rawatan, doctor buat surat refer and mama pergi private. Dalam masa yang sama, kawan-kawan mama suruh juga mama pergi Klinik Kesihatan, sebab kalau apa-apa jadi, susah kalau tak ada buku merah. Disebabkan itu, mama pergi juga. Mulanya mama pergi Klinik Kesihatan Jalan Hang Tuah sebab dekat dengan office mama kemudian dirujuk pada Hospital Kuala Lumpur. First time pergi HKL Klinik Ibu Mengandung, surprised!!! ramainya orang, and ambik masa menjawab pelbagai pertanyaan pelbagai pihak setelah membaca butiran pada registration. Setiap kali datang mesti kena jawab soalan yang sama, sampai kekadang rasa nak marah. Nasib baik hanya 3 kali je visit sebab lepas tu doctor suruh pergi own clinic disebabkan kandungan mama tiada masalah dan mama pun tak ada masalah.

1st. Time dpt Buku Merah bila pergi Kelinik Kesihatan Jln Hang Tuah
Rekod pertama yang ditulis doctor and nurse masa kat KK Jln Hang Tuah
First muka surat dalam Buku Merah mama, ada menyatakan treatment mama yang membantu mama pregnant, ada tentang medical history mama. Masa tu, nurse kata mama sihat sebab mama tak ada diabetic and darah tinggi. 

2nd time kat HKL

Masa ni kat HKL, first scan report keluar kata air ketuban mama kurang..ouch!! gelisah dah mama. Repeat scan oleh staff yang scan tu kan, sama aje..tunggu giliran jumpa doctor. Bila dah dapat jumpa doctor, doktor tanya mama, kenapa air ketuban mama masa scan ni nampak kurang..ayoyo!! kalau mama tahu, baik mama jadi doctor kan kan kan hehehe..ummm akhirnya dua tiga orang pakar datang ukur perut mama, entah apa lagi la doctor buatkan, mama tak paham..dlm hati, mintak2 lah tak jadi bahan ujian lagi..big bos doctor buat memo suruh pergi scan lagi sekali, kali ni dia sendiri yang handle scan tu..oh!!! nasib baik ok..


last check at HKL

Last check kat HKL sebab sugar level mama normal, blood preasure pun normal, kaki tak bengkak dan berat mama dengan baby pun normal.













March 6, 2011

Gambarnya..Hati Mama Duka

Mia,

Mama very-very sad! tadi tak tahu kenapa pulak mama rajin nak tengok gambar Mia kat FB mama..ada comment-comment  dari kawan-kawan mama, kata-kata semangat dari kawan-kawan mama..tetiba airmata mama bergenang..mama rindu anak mama yang mata sepet tu..rindu pipi tembam anak mama..rindu sangat..betul kata kawan mama,semua boleh berkata "sabar" semua boleh berkata "tabah" dan mama pun telah cuba sedaya upaya mama untuk berkeadaan begitu, ketawa riang mama bukanlah tanda mama tak bersedih, sedih nya mama bukanlah tandanya mama tak redha dengan dugaan dariNYA..tapi hati seorang mama..naluri mama tiada siapa yang tahu Mia..

Papa ni macam tahu aje mama tengah bersedih..tengah rindu kat Mia..papa ajak mama keluar cari makan...tapi mamadah agak dah, sebenarnya papa tu nak try GPS baru ...papa ni suka membazir, kalau mama beli yang bukan-bukan, papa marah tapi kalau papa beli tak apa..ummmm kita tengok jelah ya Mia berapa lama papa boleh tahan dengna gadjet baru dia tu..mama nak keluar ni, pi cari makan..tapi tadi memang sedih sangat..mama loved Mia..

December 11, 2010

Tentang Nurin Amni Damia Khalilah

Mia Sayang
mama rindu anak mama
rindu sangat!!

Mia,
masa Mia dalam perut mama
masa Mia guling-guling
masa Mia exercise
masa Mia tendang-tendang
mama suka sangat
mama suka ketawa kegelian

Mia,
masa mama nak mengada-ngada kat papa
masa mama nak manja-manja dgn papa
masa mama tanya Mia nak makan apa
walaupun mama yang nak makan
mama selalu cakap kat papa
baby yang nak
papa kalau mama kata baby nak
pasti papa akan tunaikan

Mia,
harini mama saja sketch pic Mia
walaupun dari picture yang sama
tapi Mia mama tetap nampak cantik
tetap comel
mama rindu Mia
mama sayang Mia

November 27, 2010

Rasa Kasih Seorang Ibu..Rasa Cinta Seorang Anak

Ketika ini, Sabtu yang dingin, sambil menemani papa dengan rutin dialysis, mama meluangkan masa dengan membaca blog kawan-kawan mama..namun tetiba mama sedar..sedar macam malam tadi ketika sedap-sedap Mia mengintai mama (dlm mimpi) papa pula kejutkan mama sebab papa sakit..

Mama baru sedar, hampir kesemua kawan blogging mama mempunyai anak-anak yang comel, yang menggembirakan hidup mereka dengan telatah mereka yang cute, kelakar dan penuh dengan warna-warni..walaupun ada diantara kawan mama yang mempunyai anak-anak yang istimewa, tapi mereka tetap mempunyai peneman dalam kehidupan seharian mereka sayang..mama rasa terpegun bila kawan-kawan yang ada anak-anak yang istimewa ni begitu tabah saban hari mengharungi suka duka mereka dengan amanah dari Allah ini..mereka masih terus merusaha mencari yang terbaik untuk buah hati mereka..moga Allah permudahkan urusan mereka ya Mia..

Mia sayang, ada satu entry mama baca tadi...mama suka sangat..ada perasaan halus yang menjalar, ada rasa cemburu pun ada..alangkah bahagianya mama andai mama boleh menjadi seperti Ummi Min yang dikelilingi anak-anak yang hebat, anak-anak yang begitu menyanyangi ummi dan babah mereka..jangan sedih Mia, mama pun tahu Mia sayang mama, sebab tu Mia kena pergi kan..Mia pergi dulu sebab nak tunggu mama kat sana kan..Mia, perenggan terakhir entry Ummi Min begitu menyentuh hati mama...menitik jua airmata mama bilamana anak-anak Ummi Min tak nak ummi diaorg "pergi''dulu..sayangnya mereka pada ummi mereka kan..macam Mia juga..yang paling menyentuh hati dan perasaan seorang ibu macam mama ni, bila anak-anak ummi min terus peluk ummi and menangis...arggggg..touching sangat Mia..entah bila mama berpeluang merasa situasi macam tu kan..


Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...