February 20, 2009

Bosan

Syukur sangat.. breakfast untuk hubby dengan kengkawan dah abis. Tak sia-sia aku bangun awal pagi memasak. Tadi tepon hubby, seronoknya bila dia puji sedap.

Argggg tadi ada staff meeting..bosan dan boring giler. Tak abis-abis benda yang sama..asyik benda yang sama..eeeeeee tak ada benda lain ker nak bercakap..dah ler pulak tu, aku rasa bukan meeting sebenarnya, dah jadi macam on job training or class economic..memanglah keje ni involved ekonomi but bosannya!!!!

Semalam..Hari ini..Esok

Bangun awal lagi pagi ni..prepare kan breakfast untuk suami dan kengkawan. Hari ni aku masak spaggetti..umphhh dah lama tak buat so tak tahu lah kan apa rasanya spaggetti aku tu..resipi? resipi campak-campak je hahahahaha.

Badan penat giler ni dari semalam. Kerja kat office seperti selalu, tapi yesterday dengar-dengar we all kalau nak buat overtime, kena ada approval dari the big big big big boss..hahahah tak kisahlah tu, kalau orang tak kasi, lagi seronok, tiap tiap hari boleh balik awal.

Esok ada appointment dengan doktor untuk scanning ovum aku. Hoping semua berada dalam keadaan yang sangat baik. Esok juga family aku nak datang sini. Bestnya!!! sure hiruk pikuk rumah aku ni. Hari seterusnya, tentu asyik nak pergi berjalan-jalan tu.

February 18, 2009

Citer breakfast and Appointment.

Today!!! wah aku wake up so early..hahahaha nak prepare breakfast untuk mr.hubby ni..malam tadi dia minta aku masak kan sambal tumis telur..umphhhh rindulah tu!!! yup sejak kebelakangan ini, aku memang jarang sangat masak..this month aje, hujung minggu memang tak ada di rumah, working day jangan harap lah nak masak..main order kat kedai aje..

Pagi ni bangun, buka peti sejuk, umphhhh!!! dalam pinggan ada tembikai yg dah siap dipotong..sedapnya!!! sejuk pulak tu..ni mesti mr.hubby kerjakan malam tadi lepas aku tidur..takut aku lesapkan cepat agaknya.
Petang tadi baru appointment dengan doctor. Alhamdulillah ovum aku banyak dan besar mengikut hari. .so doktor hanya beri satu suntikan Folliova and this coming Saturday ada lagi another appointment. Hoping semua ok. Sakit jugak kena injection.

February 17, 2009

Appointment Dgn Doctor

Esok aku ada appointment dengan doktor. Almost 2 days, badan aku ni rasa macam tak sedap je. Pinggang sakit, perut sebu..macam ada isi aje dalam perut ni. Ubat clomid tu dah abis makan, maybe sebab ubat agaknya..esok juga my doctor nak scan ovum..hoping semua berada dalam keadaan yang baik sekali.

Malam ni rasa penat sangat..teringat Mia lagi but itu adalah lumrah dan hakikat. Let her go dear!!!! sure..

February 16, 2009

About Last Week - 9th. Feb - 15th. Feb, 2009

Last week punyer citer..dah start kembali treatment aku. Hoping kali ini, allah permudahkan segalanya bagi aku. This Wednesday, ada appointment dengan doctor, so hoping ada perkembangan yang memberangsangkan untuk aku. Amin!!! Dah lama tak telan ubat disebabkan asyik ambil injection, tekak aku ni mula lah buat perangai..pahit giler ubat tu..tapi aku gagahkan diri jugak..kalau tak sure aku tak berjaya.

About kerja..umphhh seperti biasa, masih sibuk seperti selalu..sakit pinggang di buatnya. Tapi syukur alhamdulillah, aku masih mempunyai pekerjaan untuk menampung hidup di zaman ekonomi yang tak tentu hala ni..

Hubby outstation and aku pun ikut sekali hahahaha seronok betul dapat ikut hubby outstation. aku ni memang pantang sikit kalau hubby pergi mana-mana, mesti nak ikut. Seronok rasa perasaan tu kalau dapat ikut. Kesempatan kali ini, hubby pergi Ipoh..alang-alang dah pergi Ipoh, dapat lah balik kampung lagi..terkejut family kat kampung, tetiba aje aku muncul depan rumah..mana tak terkejut, sebelum ni dah balik and then muncul lagi.

Dikesempatan yang ada juga, aku dgn mr.hubby pergi ziarah "rumah banglo" mia..masih bersih lagi rumah dia..rindu juga pada dia tapi bak kata my frenz..ur' must let her go..isk isk isk kenyataan yang nyata untuk dihadapi.

Wah best betul cuti ni, abis semua rumah adik beradik kitaorg pergi melawat..nak pergi tengok wayang citer gang (Upin and Epin) fully booked sampai tengah malam, anak sedara dah sedih giler, nasib baik mak dia beli jugak tiket untuk keesokkan harinya.

February 12, 2009

About Cameron Highland




Last weekend memang best giler..no planning tup tup aku dgn en.suami ku sampai ke Cameron Highland. Mimpi apa pun aku tak tahu, tetiba aje beria-ia suamiku ini nak ke sana. Aku bagai org mengantuk di sorangkan bantal apalagi..panjang je kaki aku niiiiiii...

Abah pulak bila tengok kitaorg dah bersiap, macam terkejut pulak, cuti panjang tetiba anak menantu dah nak balik hehehehe..walapun tak puas bermain dgn anak2 sedara tu tapi sebab nak pergi Cameron highland punya pasal, aku buat keras hati je..karang kalau lembut hati, mahu aku tak jadi pergi.

Wahhh!!! bestnya..akhirnya aku sampai sekali lagi ke Cameron highland..macam dok kat oversea je hahahahaa..poyo lah pulak..but, seronok dapat datang Cameron dengan hubby. Disebabkan last minute planning, hotel banyak yang penuh, so the last choice adalah Strawbery Park..nasib baik ada dua lagi kosong..satu Suite and apartment..suite mahal sangat, so ambiklah apartment..besar giler untuk kami yang berdua ni..
Selain dari stayed kat hotel yang sejuk giler tu,banyak masa dihabiskan dengan shopping..jalan-jalan dsbnya..but satu aje yang sampai sekarang mr.hubby tak puas hati, pasar malam kat Cameron highland (Brinchang) tak ada yang jual makanan, semuanya sayur-sayuran, pakaian dan buah2an..sian hubby..dah ler dia suka makan hehehehe..
Bestnya kat Cameron..insyallah nanti ada masa lebih panjang, surely we all pergi lagi, kali ni pergi ramai2 dgn family.

February 11, 2009

Aqiqah Iman Harith










Wah bestnya balik kampung friday last week bersamaan 6th. Feb, 2009. Habis keje je terus cabut balik kampung dgn mr.hubby ku. Plus highway memang tak banyak ahli-ahli yang menggunakannya...alamak r.hubby sengajalah pulak drive slow macam kura-kura..sengaja nak melewatkan jadual ketibaan aku di kampung yang kurindu. hahahahaha..

Esok pepagi lagi aku dah dikejutkan oleh anak2 sedara yang memang tak kenal betapa penatnya maklong mereka ini..tapi aku redha. Seronok melayan walaupun seolah-olah dibuli. Comelnya Iman Harith pepagi ni, almaklumlah hari ni aqiqah dia.

Fuh!!! ramainya tetamu, rasa macam Iman nak kawin la..hati menjadi sedikit sebak apabila tahlil dan doa dibacakan..ketika marhaban di jalankan..alangkah bagusnya andai ini adalah aqiqah untuk arwah Mia..namun aku kena kuat untuk semua ini.

February 5, 2009

Satu kerinduan

Semalam dan hari ini, hari yang berbeza..rabu dan khamis. Nampak gayanya memang tak dapat naik keretapi. Tiket untuk malam esok dah habis, lastly kena balik naik kereta hehehehe. Tak apa, esok mr.hubby kata nak bawak kereta tu pergi SPA untuk merehatkan anggota badan.

Dua hari ini juga, tetiba ingatan semakin kuat pada arwah Mia. Entah mengapa..hati aku menjadi rindu, terbayang-bayang raut wajah putih suci dia..argggg ingatan ini tak mungkin pernah padam. Tadi masa sujud solat, hati menjadi terlalu sebak. Bagaimana harus aku luahkan rasa hati ini.

Esok dah tentu aku pulang ke kampung untuk kenduri cukur cambul, akikah Iman Harith anak saudara ku..juga kenduri arwah Mia sekali. Tak sabar rasanya. Maybe bila tengok Iman Harith, rindu dendam pada arwah akan berkurangan..

Hati yang merindu adalah lilin, lilin yang menyinari kegelapan walaupun terbakar kepanasan.

February 3, 2009

Dimana kan ku cari ganti

Start keje hari ni setelah cuti panjang dgn public holiday. Arggghhh cuaca kat luar pun mendung aje. Keje? macam biasa, selagi tak pencen, ada aje benda yang kena buat hahahah..tapi aku memang suka sangat dengan job aku ni, bermain dengan PC dan system.

Malam tadi, mr.hubby tengok tv kat ruang tamu, but aku memang tak secocok dengan citer yang dia tengok, aku hilangkan diri dalam bilik, tengok wayang dalam bilik tidur..lagi best.. citer IBU MERTUAKU..moga allah limpahkan rahmat dan kemuliaan kepada kedua dua ibu bapa mertua ku yang telah pergi meninggalkan mr.hubby sebagai anak yatim piatu.

Bila dengar p.ramlee menyanyi dengan mata yang buta, hati menjadi sebak, airmata bergenang tanpa disedari terus mengalir ke pipi. Nasib baik mr.hubby tak tahu, kalau tak mesti dia bising sebab aku nangis.

Dimana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman...
Iskkkk sedih betul lagu ni, teringat anakanda ku Mia.

Tadi sister aku hantar MMS gambar anak sedara aku yang baru 12 hari. Alhamdulillah terubat sikit rasa rindu dendam pada arwah. Hidung dan raut wajahnya serupa arwah Mia..macam kembar pula. Tak sabar rasanya nak balik kampung mengulit baby iman tu.

Kejap lagi nak pergi KL Sentral. Nak beli tiket teretapi..yahoooo akhirnya termakbul jugak hajat nak naik keretapi setelah sekian lama meninggalkan acara naik ketapi ni. Kali ni balik kampung naik keretapi dengan hubby, sure best punyer, adventure..keretapi malam tut tut tuttttttt..

February 2, 2009

Cerita Minggu Chinese New Year




















Last week perayaan tahun baru cina. Best sungguh..sebabnya cuti panjang. Last week juga aku balik kampung, rindunya pada kampung..sebenarnya bukan rindu kampung, tapi rindu nak makan masakan mak, rindu anak-anak sedara. Aku balik hari Sabtu pepagi lepas subuh.

Hampeh!!! ingatkan jalan tak jammed..tapi jammed jugak..yang buat aku angin satu badan, lorong laju yang tak bergerak. Arggggg inilah lebuhraya di negara kita..tapi tak apa, sebab dah lama tak balik, aku tahan aje sabar aku. Hubby tetap cool walaupun kekadang tu aku sengaja panaskan dia dgn ngomelan aku.

Akhirnya dlm kul 12.00 tengahri baru sampai kampung, mr.boss call minta ambik adik dan anak sedara kat hospital. Baby jaundice but dah ok that's why dah boleh kuar sepital. For the first time, aku dapat lihat anak sedara ku yang baru ni..umphhhh comelnya..gedebab nya pipi dia..hati terdetik, wajahya ada iras "arwah mia" anak ku.

Sejak aku tiba di kampung, penat giler melayan karenah si anak2 sedara walapun tak ramai tapi aduh!!!!kekadang menguji kesabaran jugak. Si baby kecik still ada jaundice lagi..kena pergi hospital untuk ambil darah setiap hari, mak long dan paklong lah yang menghantar..siannya iman harith maklong..lebam lebam tangan halus dia kena ambik darah. Seronok betul mengulit si baby ni.

Pergi ziarah "rumah" arwah Mia..pokok nenas dihujung kepala dan kaki dah besar..dah ada buah nenas. Moga anak mama mendoakan mama dan papa di sana. Rumput halus kat kubur arwah telah diracun..dah lah susah nak tanam, ada pulak yang meracunnya.. Tak apa, mama kemas dulu kubur sayang, nanti bila mama dgn papa balik lagi, kami tanam rumput tu lagi yer. Rindunya kat Mia.

Aku balik KL isnin malam selasa..hampehhhh!!! kereta buat hal pulak, lampu depan tak nyala..dah turn balik nak ke rumah mak, but sampai jalan nak masuk rumah, rasa macam tak syok pulak..takut kena marah hehehhehe so teruskan aje perjalanan balik KL dengan memasang emergency lamp..tak ke giler punyer keje..syukur sesangat, perjalanan di permudahkan.

February 1, 2009

My 6th. Anniversary


















Hari ini 01/02/2009, genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku dgn suamiku. Umpphhh terasa macam baru aje en. suami melafazkan akad nikah depan tok kadi hehehehe. Syukur sangat2 atas kurnianMU ya Allah. Ya allah, perkukuhkan lah masjid yang kami bina ini buat selama-lamanya, dengan ikatan kasih sayang dan kehadiran zuriat2 sebagai penyeri masjid kami ini ya allah.

Semalam gi celebrate kat Sg.Congkak Ulu Langat dengan officemate hubby. Bestnya!! Siap barbeque lagi..fuhhhh sejuknya air sungai..rasa begitu nyaman. Hilang segala penat yang melanda diri sejak seminggu ni.

Cantik sungguh keindahan kawasan Sg. Congkak tu, rasa begitu kerdilnya diri dikelilingi anugerah Ilahi. En. suami ku pun berendam bagai nak rak..begitu gembira dia. Semakin hari menginjak dewasa, semakin ramai yang datang bertamu..grrrrrrr aku dah tak tahan sejuk nii. Begitu damai menikmati makanan berselang seli dengan mandi manda...fuhhh tak ingat la tu karang perut buncit!!

Aduihhhhhhh penat giler bila sampai rumah. Letih sungguh tapi kami gembira. Alangkah bagusnya jika ada baby yang menemani, tapi insyallah pasti allah akan kurniakan jua pada kami peneman dan penyeri rumahtangga kami.

Popular Posts