June 22, 2016

Rindu

Rindu..rindu sangat..bersabar dan cuba jadi kuat sekuat Siti Khadijah tapi tewas juga..linangan airmata saksi ketewasan mama dalam kerinduan yang tak pernah putus..

Ramadhan kian menginjak pergi, syawal menghampiri..makin terasa sayu dihati..benar, sabar itu tidak hanya pada jawapan tidak tetapi  pada tiada nya jawapan..

June 12, 2016

Hati dan Puasa

Hampir seminggu berpuasa, berkejaran ingin pulang dari office ke rumah dengan public transport dan meredah jammed begitu lelah bagi diri ini terutama bila mengenangkan si mata bulat bambam yang berada dengan pengasuh.

Tiada menu yang menarik kerana hanya mama yang berpuasa. Terasa kekosongan yang amat sangat sementelah ketika papa masih ada, walaupun menu adalah ringkas tapi cukup untuk mengisi perut yang lapar.

Saat berbuka dan bersahur, hati perlu kuat untuk bertahan namun adakalanya mutiara jernih itu tetap hadir membasahi pipi, mengatakan bahawa rindu itu kian sarat.

Moga Allah berikan kekuatan untuk diri mama dan Qaseh.

Alfatihah buatmu sayang.

June 6, 2016

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan tiba..kali ketiga bersahur dihari pertama berpuasa tanpa dia..moga terus kuat menempuhnya..

Popular Posts