October 21, 2009

Jiwa Kacau

Arini dah masuk ari ketiga dlm minggu ni...minggu yang aku rasa paling tak best..pasal apa pun aku tak tahu..badan macam tak sedap, rasa macam nak demam..dada jadi sesak sangat. Why? arggg aku tak tahu..tak tahu...ada sesuatu yang aku nak luahkan...nak letupkan dari dalam hati, tapi tak termampu di keluarkan..

Aku memang unhappy sangat..pelbagai perasaan melanda diri aku ni..jiwa kacau dan meracau..aku rasa nak menjerit sangat tapi suara tak terlontar..rasa nak menangis sepuas puasnya tapi tak puas jugak..uh!!! peritnya gelodak perasaan ini..

Ya Allah,

Bantulah..bimbinglah hambaMU ini Ya Allah..
HambaMU yang lemah tak terdaya
HambaMU yang kerdil
HambaMU yang jahil ini

Ya Allah

Kuatkan lah iman ini
Tabahkan hati ini
Berikanlah dahan yang teguh untuk hambaMU ini berpaut

Ya Allah

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Sesungguhnya Engkau yang mengetahui
Isi hati hambaMu ini

Ya Allah

Tidak dapat ku zahirkan kata-kata
tidak dapat ku luahkan rasa

October 18, 2009

Citer minggu syawal

Hari ini genap seminggu...

Sebelumnya itu, macam-macam yang berlaku..pergi open house dgn highway yang tak macam highway tu...jammed giler, buat sakit hati je...sampaikan both of us kena decide nak pergi or tak rumah my frenz seba dah separuh jalan tapi still kat tempat yang sama dekat 1 /12 hour...giler tak? lastly we all decide balik rumah aje..tunggu la lepas raya baru pergi rumah dia..

Keesokannya pergi jejalan kat shopping complex..pastu terus lajak ke Cheras rumah cousin..mak sedara aku nak gi Mekah...dah buat permintaan pada dia if dia ingat lah...doa doakan aku agar apa yg aku nak allah berkati dan kasi..aminn..

Minggu ni jugak 2 org officemate aku dapat baby...dua story yang berlainan kerana one of them mmg dah ada anak tapi kali ini mmg special sebab dia dapat baby girl !! princes among the 4 prince..dan lagi sorang member, baby boy setelah lamaa jugak menunggu untuk first child ni..aku? perasaan aku? umphhh mahu berkata benar or sorok-sorok rasa hati?

Rasa seronok gak bila kengkawan ni dapat baby...tapi jauh dalam sudut hati, aku cemburu sesangat...dengki pun ada..ha ha ha ha..tapi tak ada niat jahat pun..sedih pun ada sebab turn aku belum sampai lagi ni..tapi insyallah, mungkin lepas ni giliran aku pulak kan..

Minggu ni juga Raya Gathering kat opis, seronok and meriah sangat..haru biru jugak ler opis dgn boss di buat dek kitaorang terutama time sesi berposing..sedap betul makanan..kenyang perut dari pagi sampai ke malam..

Hari ni pulak, tetiba aku dikejutkan dgn phone call..ya allah anak sedara aku si qilah dah pandai main handphone...hahahhah bila dsgr suara aku, boleh pulak dia letak tepon...bertuah sungguh anak sorang tu...rupanya, dida main hanphone adik aku, and then bila dgr s uara aku, kata mak dia, boleh pulak dia kata ada orang...memang ler orang..

October 5, 2009

Open House

Hari badan terasa macam tak sihat aje...rasa macam penat sangat..Mungkin sebab semalam aku melepak sehari suntuk kat dapur kut...sempena syawal ni..ada orang nak datang rumah, so aku ni macma ala ala rajin ler jugak, buat ler mee rebus. Fuh!!! sedap macam mak aku buat..semalam tak terasa kepenatan...ari ni baru kepenatan tu datang melanda. Penat betul, rasa macam berterbangan pulak..terbang tinggi di angkasa.

Hujung minggu lepas, banyak sangat attend "open house"..macam-macam yang dimakan..alhamdulillah, rezeki dari allah. Time time open house ni, bebudak yang paling gumbira aku tengok...mana idaknya, ikut mak ayah pergi open house, surely dapat duit raya...abih abih koman pun sat usampul RM2..tu yang paling koman ler...tapi tak kisah ler, janji tuna rumah ikhlas...dapat pahala besar kalau mengembirakan bebudak ni..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...