December 29, 2010

Perjalanan..Percutian

Pagi tadi masa tengah siap-siap nak temankan papa pergi dialysis, papa cakap "mama kemaslah beg, kata nak pegi jenjalan, malam tadi papa dah call hotels tapi tak ada yang available untuk hari ini , ada juga yang tak pick up telephone tu..ishh papa ni, memanglah tak ada reservation nak angkat call kalau dah namanya tepon malam-malam..tapi yang best tu siap cakap lagi kat mama "jangan mengharap sangat tau, kalau tak jadi tak apa kan"..uhhh!!

Hari ni mama temankan papa buat dialysis, sambil teman kan papa, mama jadi sexytary papa kena call hotel-hotel nak booking..heheh nasib baik ada lagi bilik untuk mama dgn papa melepak..mula tu booking kat The Legend Water Chalets PD..so lepas abis aje papa dialysis, pergi makan dulu, yang bestnya pergi makan kat Shah Alam, dialysis kat PJ..dalam keter boleh decide pulak tak nak pergi PD tu sebab dah pergi..hahah macam lawak je kan mama dengan papa, sambil makan boleh lagi cari no tepon hotel huhuuu..dapat pun!!!

Sekarang mama kat bilik hotel, papa layan BOLA, mama sakit jantung tengok bola ni..uhhhh aduhai papa ni, tak leh tengok wey akhir bola ni..berdebar-debar..papa tak nak alih siaran ni!!! mama kat mana? Mama dgn papa dok kat Swiss Garden Hotel & Spa kat Lumut..ramai orang sayang, pastu tadi tersesat jalan, padahal dah 3 kali sampai...heheheh nasib baik tak kena marah dengan papa sebab mama ajak kuar ikut Tapah, sedangkan kalau ikut Bidor lagi senang, atau pun ikut je jalan lama dari Kuala Selangor tu..



December 27, 2010

Rasa Tanggungjawab..Rasa Amanah

Hari ini, papa pergi dialysis lagi..tapi hari ni ada problem kat tempat dialysis papa yang kalau nak dikira logik,memang tak logik, memang boleh buat mama naik angin, mama marah!! tak masuk dan tak boleh diterima dek akal..uh!!! Mia pun mesti marah kan..stock air untuk kegunaan patient dah abis!! macam mana tu? kenapa tak order sebelum stok yang ada habis..kenapa lah system pengurusan kelam kabut..eeeee nasib baik lah mama tak ada kat situ, kalau tak, mahunya  dapat tazkirah or syarahan percuma ni..time keje, kejelah, time bersembang, hu ha hu ha, sembanglah hu ha hu ha, tak ada siapa pun nak marah, cuma kenalah ingat, patient kena jaga, amanah tu..

Papa tak sihat tetiba, tak tahulah sebab apa, tadi papa mengadu sakit dada, bila mama check tekanan darah dengan gula, memang tinggi sangat..agaknya papa penat kut Mia, pastu tension dgn situasi kat dialysis centre tadi..kesian kat papa.Sampai rumah pulak tu, ikan papa dah mati 3 ekor..uwaaaa mama yang dulu menangis..kesian sangat..papa lagi frust sebab baru je beli aquarium, jauh pulak tu beli..beli kat Perak lagi..

Esok mama cuti panjang, jadi malam ni lewat sikit mama tidur, nak tengok papa yang nyenyak tidur ni..opss!!! papa terkejut lah Mia.."papa mimpi apa? mimpi jatuh ker? mimpi kena kejar ke? " naper mama tanya papa macam tu, sebab tetiba papa terperanjat, siap tangan dua belah tu macam tergapai-gapai..ummm rupanya papa mimpi ikan banyak..mesti terbawak-bawak pasal ikan yang mati tu dalam tidur,,papa dah tidur balikla  Mia..mama ni pulak rasa lapar sangat sebab tadi tak makan langsung dek risaukan papa tu.

December 26, 2010

Saat Membahagiakan

Mama baru sampai rumah petang tadi. Semalam mama balik kampung, pepagi lepas subuh dah bertolak dari KL ke Perak..highway banyak kereta juga, ada setengah tempat jalan jammed..syukur mama dgn papa selamat sampai rumah maktok..uhhhhh ramainya orang kat rumah maktok semalam..semua ada..maktok dgn tokayah seronok betul walaupun tak berapa sihat..semalam makan sedap!!!

Mama dgn papa ziarah Mia semalam..maaf yer, rumah Mia dah ada rumput tinggi..mesti tak ada penjaga yang tolong bersihkan kawasan rumah Mia dan kawan-kawan kan...tak apa, mama dengan papa dah bersihkan..Mia suka tak hadiah dari mama dengan papa? hadiah dari kawan-kawan mama?

Semalam juga, papa ajak mama gi cari aquarium untuk ikan papa..ingatkan nak cari aquarium, tapi papa siap beli lagi ikan comel-comel untuk temankan ikan papa yang kat KL tu..hahahaha mama layan je sebab mama tak kuarkan duit pun..bilabawak blaik rumah maktok, abis dikerumun dek cousins Mia..eee seriau betul bila kakak aqilah dgn adik iman nak pegang...takut di penyet-penyet ikan papa tu...tadi pun bila mama bangun pagi, cari papa tak jumpa, rupanya papa kat luar, dok mengadap ikan-ikan tu..

Tadi masa on the way balik KL, jalan jammed teruk sangat..pastukan Mia, ada kereta yang macam seronok berlumba-lumba sesama sendiri, siap cilok-cilok lagi..yang mama kesian, penunggang motosikal la..boleh pulak yang bawak kereta tu main laju kat lorong motosikal, sebab nak berlumba dengan satu lagi kereta..kalau terjadinya kemalangan, macam mana? suka sangat cari sakit, kalau tak melibatkan orang lain tak apa, kalau melibatkan orang lain, nyawa orang lain kan naya je..

Minggu depan, mam dah start cuti panjang..mama nak rehat puas-puas dengan papa, sebba nanti bila dah start cuti sekolah, mam kena cover kawan-kawan mama yang bercuti sempena sekolah dibuka.

December 23, 2010

Anugerah..Rezeki..Dugaan Semuanya DariNYA

Andai dua tiga hari lepas mama rasa sedih sangat sebab kena marah dgn papa, tapi dah ok dah sehari lepas tu, macam biasalah kan Mia, adat rumahtangga..walaupun sesekali sakit papa datang dan pergi, mama tetap mama yang amat menyayangi papa no matter what..dan papa always macam tu, kalau datang angin degil, satu apa pun tak nak dengar (actually maybe papa suka dengar mama membebel kut) tapi dalam diam, papa dengar kata..

Minggu ni mama nak balik kampung, nak tengok maktok dengan tok ayah, nak tengok sepupu-sepupu Mia..maktok, tok ayah serta sepupu Mia semua nya tak sihat, kesian mereka semua tu sayang..pastu dah pasti lah kan mama nak gi ziarah anak mama..nak bersih kan rumah anak mama..rindunya!

Esok kat opis, maybe ada fire drill..uhhh kalau mama guna tangga,sure penatkan walaupun turun..tinggi taufloor opis mama tu..mama dah decide nak guna lift kalau memang betul ada fire drill, sebagai langkah berjaga-jaga..manalah tahukan rezeki mama murah..Allah makbulkan permintaan mama..ada adik kat dalam perut mama kan..sebab mama rasa macam ada aje adik tu kat dalam perut mama..Amin Amin Amin..

Dua hari lepas, mama pun dapat good news!!! yes!! allhamdulillah rezeki dari Allah, antara keinginan mama, satu telah Allah permudahkan..syukur sangat-sangat..tak sabarnya Mia mama dengan papa nak tunggu semua tu siap..minggu ni supposed kena jumpa person in charge tapi sebab mama nak balik kampung,next weeklah mama jumpa..huhuuu mama dengan papa kena kerja kuat lagi!!!

December 19, 2010

Hati Tersentuh..Jiwa Terusik

Mia,

Mama kena marah dengan papa!! sedihnya mama,sedih sangat-sangat.Kenapa papa marah mama? sebab mama tegur papa, mama tak kasi papa makan coco crunch untuk kali kedua. Uh!!!sakit hati satu, pastu rasa sedih sangat, sebab mama bukan tak kasi makan tapi dah satu kotak langsai, papa nak tambah lagi..kan benda alah tu manis, mama tak nak papa sakit, takkan itu pun salah! bergelodak aje rasa sakit hati mama ni tau!

Mia, kenapa yerk papa degil sangat? kenapa yerk papa tu pentingkan diri aje..mesti papa tu tak fikir kan, kalau papa sakit, siapa yang susah,siapa yang sedih, siapa yang kelam kabut nanti..mesti papa tak ingat tentang mama kan sebab tu,suka-suka hati je nak marah, nak merajuk! mama punyer sakit hati, terkilan merajuk papa tak ingat langsung kan Mia.

Kerna sayang, kerna kasih, mama dah cuba lakukan yang terbaik untuk papa, tapi kadangkala papa langsungtak ambil "pot" seolah-olah papa hidup sorang-sorang aje tanpa mama..

December 18, 2010

Tentang Semalam..Sebelum..Selepas

Dua tiga hari ni, mama sibuk dengan kerja, busy dengan papa yang selalu buat degil dia serta penat dengan situasi jalanraya dan public transport kat sini..penat sangat-sangat..rasa sesak nafas mama dibuatnya..

Mama nak cerita tentang kerja mama semalam kat opis, busy sangat sampaikan ayam panas yang mama beli masa tengahari tu pun mama baru dapat makan dekat-dekat jam 4.30 petang!! dah sejuk dah tak sedap!! gara-gara tolak ansur yang diberi sekian lama, gara-gara baik budi yang dihulur, senang-senang pula diaorg ni pijak kepala..bukan sekali tapi hampir setiap hari..cuma yang tak boleh nak tahan, benda yang sama..tengok nama, nama yang sama..mama rasakan diaorg ni cuma keje hari Jumaat, masuk opis hari jumaat tengahari je..pastu sibuk nak cepat..kejap-kejap call, tanya dah siap ke belum..boleh pulak persoalkan kenapa lambat..auw!! tak ada akal ke nak pikir, pukul brapa korang kasi..berapa banyak nak kena prepare..nak kena check dulu..karang suruh buat sendiri, tak reti pulak..ucap terima kasih pun tak ada tau!! pastu sebuk-sebuk pulak kasi phone mama berbunyi..

Semalam pun papa sakit lagi..mama dah nasihat tapi entahlah, mama pun tak tahu kenapalah papa ni tak dgr kata..degil yang memang menyakitkan hati je..konon tak nak kasi mama pot pet pot pet, papa bawak mama makan kat kedai baru..baru dapat pot baru..papa kata dia dah pernah makan kat situ last week without mama..tak bawak mama!!!jahat tau..

Papa kata, mama mesti suka tempat ni sebabnya papa kata " mama tak suka tempat yang bising-bising..tak suka tempat yang ramai orang..mama suka tempat yang ala-ala eksklusif (sempat pulak kutuk mama)..then memang betul kata papa, mama sampai je..mama dah terpesona dengan deco kedai tu..mmg tak ramai org, tak bising tong tang tong ting..ada surau boleh sembahyang magrib semalam..walaupun bukan restoran mewah, hanya restoran di shoplot, tapi mama suka sebab mmg nampak macam eksklusif..harga berpatutan..ummm kalau lah Mia ada, ni ajelah pot tempat kita lepak..nanti maktok dgn tokyah datang, mama nak ajak papa bawak diaorg makan kat sini..

Hari ni pula, mama temankan papa dialysis..macam biasa setiap Sabtu, mesti nak kena temankan almaklumlah hari lain mama kat opis..then harap-harap lepas ni, papa tak pening or tak penat sebab mama nak gi jumpa kawan-kawan sekolah rendah mama kat OneUtama tu..ummmm lama sangat tak jumpa diaorg..

December 16, 2010

Al-Fatihah

Hari ini, mama dapat sms dari tok ayah...berita yang amat menyedihkan buat kami semua..cousin mama telah meninggal dunia pagi tadi..Al-Fatihah buat Abg Mie, moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sedihnya..kami membesar bersama-sama, dulu masa mama kecil, mama suka balik rumah tok..arwah abg mie yang selalu temankan tok malam-malam sebab tok wan dah tak ada..tapi makin kami dewasa, kami jarang berjumpa almaklumlah masing-masing tinggal jauh..last mama jumpa arwah raya lepas..tokyah kata, arwah meninggal sebab kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..aduh!!!

Ajal maut semua ditentukan Allah, moga kita yang masih ada didunia ini dibawah rahmat Allah, senantiasa di lindungi Allah..

Tentang Papa

Terasa rasa seolah olah telah terlalu lama mama tak mencoret sesuatu disini, walaupun saban hari ada aje cerita yang mama nak kongsi tapi keadaan dan masa yang membataskan mama. Keadaan papa yang tak menentu, sekejap sihat sekejap tak sihat begitu merungsingkan mama.

Papa degil, degil sangat..bila papa degil, mama rasa nak tarik telinga papa kuat-kuat, supaya papa dengar kata mama, dengar nasihat mama..bila datang angin degil papa, mama rasa penat sangat, sebab mama risaukan kesihatan papa, takut sakit papa datang balik..mungkin papa banyak sangat makan pedal ayam ker masa kecil-kecil dulu? bukan ke orang tua-tua kata, makan pedal ayam, boleh jadi degil..mitos?

Kalau papa sihat, mama tak risau, tak rungsing sebab papa ceria, bertenaga dan nampak gembira..yang best dapat pergi jenjalan..mama memang suka jalan! Mama harap, Allah berikan mama dan papa kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat dan kuat serta ketabahan dan kesabaran untuk kami..

December 11, 2010

Tentang Nurin Amni Damia Khalilah

Mia Sayang
mama rindu anak mama
rindu sangat!!

Mia,
masa Mia dalam perut mama
masa Mia guling-guling
masa Mia exercise
masa Mia tendang-tendang
mama suka sangat
mama suka ketawa kegelian

Mia,
masa mama nak mengada-ngada kat papa
masa mama nak manja-manja dgn papa
masa mama tanya Mia nak makan apa
walaupun mama yang nak makan
mama selalu cakap kat papa
baby yang nak
papa kalau mama kata baby nak
pasti papa akan tunaikan

Mia,
harini mama saja sketch pic Mia
walaupun dari picture yang sama
tapi Mia mama tetap nampak cantik
tetap comel
mama rindu Mia
mama sayang Mia

December 7, 2010

Papa Sakit

Mia,

Mama sedih sangat...risau lagi ni..papa sakit lagi sayang..mama dengan papa aje kat rumah..kena attack lagi..aduhai Mia, tolong mama..temankan mama sayang..mama dah ajak papa pergi hospital, tapi papa ni degil sangat..risau mama n i sampaikan rasa macam nak meletup tangkai jantung mama ni Mia..kenapa lah papa Mia ni degil sangat..

Mia sayang, doakan papa disana yer...doakan papa siihat dan kuat yer..doakan mama sekali tau..mama rasa nak tepon aje tok ayah dgn maktok, suh datang temankan mama kat sini, agar bila tetiba papa sakit, mama tak jadi kacau bilau..tapi papa mesti marah mama sebab menyusahkan maktok dgn tok ayah..

Mia, kalau Mia ada, tentu mama ada kawan nak temankan mama..aduh sayang, tak tertahannya rasa hati mama ni..risaukan papa..rindukan Mia..-:(

Maal Hijrah..Sayang

Salam Maal Hijrah Sayang,

Mia, arini Maal Hijrah...moga tahun baru ni, hidup mama dah papa lebih diberkati Allah..senantiasa dibawah lindungan Allah..macam Mia juga..mama harap Allah pelihara papa dan mama, berikan kesihatan yang baik untuk mama dan papa tentunya, kurniakan kami rezeki yang halal dan tentu sangat mama dan papa berharap, agar Allah makbulkan doa kami..berikan kami adik untuk Mia..Mia suka kan?

Mia, mama rasa bertuah sangat sebab mama dan papa ada kawan-kawan yang senantiasa sudi bersusah senang dengan mama..terharu sangat..semalam mama dapat call dari kawan-kawan opis mama bertanyakan tentang keadaan papa..yer la kan semalam kan mama kelam kabut keluar opis, havoc kejap opis tu, sampaikan ada seorang tu kawan mama nama Uncle Shahrom, sanggup keluar cari mama dengan papa kat bawah office tu dengan niat nak membantu apa yang patut..jenuh juga uncle tu mencari mama merata-rata tapi sebab tak cam plat keter papa, so tak dapat lah cari..sian uncle tu..sebenarnya doa dari kawan-kawan serta ahli keluarga yang paling mama harapkan..terima kasih semua..Mia pun tahukan keadaan mama semalam..betapa mama takut..sampai mama nangis-nangis dalam keter..papa pulak ummmm macam biasalah Mia..geram tau dibuatnya..macam tak ada tau perasaan..

Malam tadi, makteh call mama sayang, tapi mama tak sempat nak jawab sebab dok layan papa yang sakit..so bila mama call makteh, mama tanyalah naper..makteh kata "anak hang nak cakap" time tu mama dah tahu siapa yang nak bercakap dengan mama..siapa lagi kalau bukan kakak Aqilah tu..rindu mama lah tu agaknya padahal baru je bercakap sebelum tu..time mama call makteh, kakak Aqilah dah tidur sebab merajuk tak dapat cakap dgn mama..ummmm sian dia..pepagi tadi mama tepon balik, still merajuk lagi...kalau Mia ada, tentu macam Aqilah jugak kan? tapi mama tak kisah nak merajuk pun sebab mama tahu macam mana nak pujuk heheheh...

Harini juga mama celebrate Maal Hijrah dgn papa kat tempat dialysis papa..moga tahun baru ni lagi baik dari tahun yang lepas..amin amin amin..leas papa abis  buat dialysis, tak sure lagi nak pergi mana..tekak mamani macamnak makan something tapi tak tahu nak makan apa..huhuhu kalau macam ni, sure karang kena marah dengan papa..i love u papa..mama love u too Mia..uwaaaa rindunya nya kat Mia..ada lagi gambar masa mama pergi LWOT..

Mama tak berani nak naik
ni bukan stroller Mia..Mia punyer Ferrari gitu

Papa,  we love u


bestkan Mia...

mama suka tengok budak2 main kat sini..tak nampak Mia pulak..





December 6, 2010

Mama..Paklong..Hubby

Mia sayang, mama sedih lagi hari ini..sedih serta gelisah..susah hati sama rata sayang..kenapa? papa Mia la..penatnya hari ni sayang..tadi masa kat office, papa tiba-tiba tepon mama, papa kata " mama, papa on the way nak ambik mama, tapi papa sakit dada teruk sangat ni"..rasa macam kepala mama kena hempap dengan batu besar..terus mama kemas meja..kemas beg, angkat beg terus bagitahu boss, mama nak keluar opis awal sikit sebab papa sakit..Mia boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya mama..betapa risaunya mama dengan keadaan papa..mama sampai kat bawah opis, papa dah ada..nampak sakit sangat papa tu Mia..mama pegang papa.."urgggg..urgggg" banyak nya angin kat papa ni..sesak nafas ler pulak..mama tanya papa "tadi makan apa?" tahu tak papa jawab apa Mia "ummmm makan ubi" eeeeeee rasa macam nak ketuk-ketuk je papa Mia tau..degil betul..dah tahu sakit, nak juga makan benda yang dilarang..menguji kesabaran mama sungguh..hasilnya, kul 9 malam baru sampai rumah, gara-gara banyak sungguh perhentian yang disinggah..

Mama bukannya apa..mama takut papa sakit walaupun sakit tu semua ujian dari Allah tapi mama memang tak tegar bila papa sakit..dah ler banyak sangat penyakit papa tu kan..Mia doakan papa sihat walafiat yer supaya papa boleh beramal ibadat dgn lebih baik..malam ni malam Maal Hijrah..Selamat Tahun Baru yer sayang..mama sayang Mia..

Mia, mama nak cerita sikit, kakak Aqilah sepupu yang sebaya dgn Mia tu, hampir 2 minggu ni, bila mama tepon je rumah maktok,  mesti dia yang jadi sexytary..busy nak bercakap..suka sangat panggil mama ni "mama" bukan maklong seperti selalu..dah ler panggil mama ni "mama" pastu sebuk tanya papa.. "paklong mana? "paklong buat apa?" bila kata paklong tak ada..paklong buat keje..merajuk pulak kat mama ni...ishhhh tapi mama tak kisah dia nak panggil mama ni maklong ataupun mama..Mia pun tak kisah kan?

December 5, 2010

Lost World

Sayang mama,

Saat mama mencoret di alam maya ni,mama dengan papa baru aje pulang dari Perak..mama pergi rumah makngah Mia lah...kakak Batrisya dah bising sebab mama dah lama tak pergi tidur sana..kebetulan pula, kawan papa ajak pergi Lost World of Tambun..Ummm tak berapa nak seronok sangat sebab mama tak leh nak bermain air macam orang lain..ishhhh karang air tu bertukar caler pulak..papa je yang main air, mama kena jaga barang, tu yang mama tak puas hati, memamg lost betul kat sana..seronok tengok budak-budak main air..mama dah cakap dengan papa, " mama tak kira, next week kena datang sini balik, sebab mama tak dapat main air arini"..hehehe mama paksa papa..pergi Lost World juga tak pernah membuatkan mama melupakan anak mama ni..
Hijau yang menyamankan mama

pintu masuk

if Mia ada,sure Mia kena ukur kat sini..klu tinggi, mama kenalah bayar entrance fee

map ~ sure susah kalau Mia hilang kat dlm ni

klu ada Mia, tentu papa belikan untuk kita

favourite mama..mungkin akan jadi kesukaan Mia juga

tempat rabbit

rabbit..mma suka rabbit

burung yang lapar

December 1, 2010

Nemo...Nemu

Mia,

Mama sedih..sedih sangat..
Sedih kerna Nemo dah tak ada..
Nemo dah pergi jauh
Jauh macam Mia juga

Nemo danNemu
Nama yang mama gunakan
Cute sangat macam citer cartoon tu
Tapi sekarang hanya tinggal Nemu sendirian

Tadi pun bila mama tengok Nemu
Mama juga menangis
Papa pun terkejut
Rasa sayu, rasa hiba
Menjadi penyebab pada
Gugurnya mutiara itu

Kenapa Mia?
Tertanya-tanya tentang Nemo dan Nemu?
Itulah  ikan yang mama terima
Untuk sumbangan kecil mama
Charity untuk disalurkan pada kanak-kanak

November 29, 2010

Tentang Rasa Gembira..Seronok..Kelakar

Salam Mia,

Opssss!! mesti Mia tertanya-tanya tentang tajuk entry mama pepagi subuh ni..sekarang line internet mama ni asyik slow aje sebab tu susah sangat mama nak semabang-sembang kat sini..dah complaint pun tapi still macam tu juga, tu yang membangkitkan kemarahan papa selalu tu heheeh..papa lagi cerewet tau dari mama..

Nak citer kat Mia, Sabtu lepas, mama macam biasa, temankan papa pergi dialysis..pastu mama pergi rumah kawan mama kat Jalan Duta nun..dah janji dengan dia..pergi ambil ubat..insyallah segalanya berjalan dengan lancar, moga diizinkan olahNYA..lepas tu, dah hilang idea nak pergi mana, sebab weekend aje asyik jenjalan, sampai semua tempat dah pergi..perut dah lapar..papa Mia ni, kalau mama kata suka hati nak pergi mana, karang bising macam nenek kebayan..alasan papa "papa drive, mama nak pegi mana cakap je, senang nak bawak" uhhhh!!! eeeee ayat skema je papa ni..buat entah ke berapa kali nya, mama kata "jom, pergi One Utama, nak cari baju" hahahaah terbeliak mama papa yang sepet tu.."ha? baju lagi? kan baru je beli baju, minggu lepas pun dah lima pasang hantar tailor suh buat, ishhhh mama ni, suka sangat membazir" papa leterkan mama..tapi mama kata, "ala, tengok je  dulu..kalau mama tak berkenan, mama tak beli la" memang pun Mia, kalau mama  tak suka, mama tak beli lah baju kan..dah sampai sana, tak ada satu pun yang mama suka..jenjalan kat dalam OU tu, singgah makan kat Kebab King..sedap sangat Mia..tapi Mia kat sana lagi sedap kan..

Lepas pergi One Utama, mama pergi beli barang dapur kat Kota Damansara pulak..pastu makan lagi..kemudian kononya nak singgah pasar malam lagi, paksu tepon suruh nak datang rumah, kenapulak patah alik pergi Shah Alam, ambik paksu..penat tak mana? ummmm memang penat sayang.

Semalam Ahad, mama hantar paksu balik, kononnya nak pergi Pameran MAHA 2010..ikut highway dari Puchong tu..opsss!!! dari jauh nampakdah jammed..mama dah mula tak suka, papa pulak layan je drive dia..tup tup!! dah tersangkut dlm jammed..slow je kereta bergerak..tapi tempat dituju mmg jauh lagi ni..ada satu kereta, buat u-turnkaat susur sebelah yang memang hanya utk satu arus je, almaklumlah highway je kan..ada pulak kereta yang ikut..manalah ahan kalau jammed dah terukkan..mama suruh papa ikut..mula papa tak naklah lawan arus..ishhh mama kata "papa, nampak tak nun jauh tu jammed tak gerak-gerak, pastu tengok ramai yang turn balik kat depan tu ada susur keluar, ikit je tepi"..hahahah first time mama jadi jahat..then, memang tak smapai pun MAHA 2010..pastu konon nak pegi BaganLalang kat Sepang tapi panas sangat..mama ajak papa pergi KL Bird Park..Best!!




Best sangat Mia, banyak bird kat situ..mama pun jadi macam budak-budak..geli tau mama bila burung parrot tu hinggap kat tangan mama masa mama kasi dia minum susu campur madu..siap dok kat bahu mama lagi, nasib baik tak "membuang" kat baju mama kan..kalau Mia ada tentu Mia dah terjerit-jerit macam mama ni..pastu papa pulak suka sangat snap gambar mama..eeee tak cantik langsung!!! papa gelakkan mama sebab, papa kata muka mama kelakar je..Mia pun senyumkan mama yerk..tapi weekend ni memang seronok dan memenatkan..

November 27, 2010

Rasa Kasih Seorang Ibu..Rasa Cinta Seorang Anak

Ketika ini, Sabtu yang dingin, sambil menemani papa dengan rutin dialysis, mama meluangkan masa dengan membaca blog kawan-kawan mama..namun tetiba mama sedar..sedar macam malam tadi ketika sedap-sedap Mia mengintai mama (dlm mimpi) papa pula kejutkan mama sebab papa sakit..

Mama baru sedar, hampir kesemua kawan blogging mama mempunyai anak-anak yang comel, yang menggembirakan hidup mereka dengan telatah mereka yang cute, kelakar dan penuh dengan warna-warni..walaupun ada diantara kawan mama yang mempunyai anak-anak yang istimewa, tapi mereka tetap mempunyai peneman dalam kehidupan seharian mereka sayang..mama rasa terpegun bila kawan-kawan yang ada anak-anak yang istimewa ni begitu tabah saban hari mengharungi suka duka mereka dengan amanah dari Allah ini..mereka masih terus merusaha mencari yang terbaik untuk buah hati mereka..moga Allah permudahkan urusan mereka ya Mia..

Mia sayang, ada satu entry mama baca tadi...mama suka sangat..ada perasaan halus yang menjalar, ada rasa cemburu pun ada..alangkah bahagianya mama andai mama boleh menjadi seperti Ummi Min yang dikelilingi anak-anak yang hebat, anak-anak yang begitu menyanyangi ummi dan babah mereka..jangan sedih Mia, mama pun tahu Mia sayang mama, sebab tu Mia kena pergi kan..Mia pergi dulu sebab nak tunggu mama kat sana kan..Mia, perenggan terakhir entry Ummi Min begitu menyentuh hati mama...menitik jua airmata mama bilamana anak-anak Ummi Min tak nak ummi diaorg "pergi''dulu..sayangnya mereka pada ummi mereka kan..macam Mia juga..yang paling menyentuh hati dan perasaan seorang ibu macam mama ni, bila anak-anak ummi min terus peluk ummi and menangis...arggggg..touching sangat Mia..entah bila mama berpeluang merasa situasi macam tu kan..


November 25, 2010

Tentang 3 Tahun Lepas..Tegar Kah Mama

Hari ini cuaca begitu dingin...dingin yang tak dapat mama luahkan..aduh!! hati tetiba jadi sayu sangat ketika ini. Airmata bertakung,rasa macamnak menangis, tapi mama takut nanti papa marah mama..sebak yang mama tahan dari office tadi serasa mahu di hamburkan begitu saja..
Tadi kat office, mama tetiba teringat tentang 3 tahun yang lepas "baby dah tak ada..she's passed away" words yang mama hantarkan sms pada teman rapat dan rakan sekerja mama yang mana sebelum ini, begitu gembira dengan kelahiran Mia..anak mama...itulah wording yang mama sendiri taipkan..mama sendiri ucapkan..tegar kah mama ketika itu?
Saat mama mencoret rasa sayu tentang cerita 3 tahun yang lepas, tentang Mia..terasa sangat perasaan yang membengkak..perasaan yang terluka..terbayang-bayang riak wajah mereka yang turut simpati..terimbau saat tangan mama dan papa sendiri yang memandikan tubuh kecil Mia..terbau bau lagi wangi badan Mia..terlintas-lintas bibir sexy Mia yang senyum..tak tergambar betapa comel dan cantiknya anak mama bila disarungkan kain putih sebagai pakaian Mia..cantiknya anak mama!!
Saat mama teringatkan anak mama yang tak sempat mama manjakan..peluk puas-puas, cium kuat-kuat, acik call mama..acik mengadu pasal mak teh...mak teh pukul kakak aqilah dengan adik iman..mak teh ni, kalau datang angin tak betul, mcm tulah..tak tahu apa yang tak kena, anak-anak jadi sasaran..mama sedih sangat..Mia jangan risau yer..mama dah msg mak teh, mama kata "kalau nak lepas geram pasal org lain, tolong jgn lepas kat budak2 tu..mmg arr diaorg anak ko, tapi diaorg jugak anak sedara aku, tapi kalau nakpukul jugak, pukul la sampai mati,,senang sikit hidup ko tu..tak pun kalau tak nak bela, kasi aku je bela" ummmm kejam ke mama bila mama cakap macam tu kat makteh Mia? sedihnya mama..rasa nak balik kampung, ambik kakak aqilah dengan adik iman sekarang jugak..
Makteh tak rasa tentang sakitnya bila anak tak ada..tak pernah rasa dan rasanya tak akan tahu perasaan mama yang kehilangan Mia, tak akan dan tak pernah akan tahu, rasa sakit kehilangan, rasa sakit terluka dan rasa sakit tentang rasa bersalah yang mama terpaksa harungi..ya Mia, setengah berkata, itu takdir Allah,memang takdir Allah dan mama redha, cuma perasaan bersalah pada Mia memang sukar untuk mama hapuskan..sampai sekarang mama masih lagi mencari punca kenapa, apa yang mama telah buat..adakah mama tak menjaga Mia dengna elok masa Mia dalam perut mama..memang sukar untuk ditafsirkan perasaan sendiri..jadi mama tak nak perasaan yang mama alami akan ada orang lain yang alami terutama keluarga kita kan Mia? Mia, malam ni, Mia muncul la dalam mimpi kakak Aqilah dengan adik Iman..Mia pujuk mereka ya..uhhhh mama marah betui dgn makteh ni..

Mia, 3 tahun yang lepas, mama tak tegar..sampai sekarang mama masih merindui Mia..

November 22, 2010

Kenduri..Balik Kampung..Banglo Mia

Weekend lepas, mama dgn papabalik kampung dgn paktam Mia...best sangat Mia..memang tak sabar-sabar mama nak balik rumah maktok tu..sebab rumah mak tok, ada ramai orang..ada maktok dgn tok ayah, ada paksu, ada acik, ada makteh..ada kakak aqilah..ada adik iman..ada jiran tetangga..uhhh meriah betul..

Mama sampai je depan pagar, kakak aqilah dah sedia menunggu dengan berbaju kurung, bertocang 2..ala ala tomei betui dengan mata sepetnya..terloncat-loncat  aje bila tengok mama dengan papa sampai..ekekeke malu malu kucing pun ada..kelakar la kakak aqilah tu..terus teringat.."andai Mia ada, tentu perangai pun macam ni"..

Alhamdulillah juga, mama dapat pergi rumah Mia..ziarah rumah Mia..mama rasa tenang sangat..rasa rindu makin kuat..rasa nak pluk je tiang rumah banglo Mia tu..oh! jiran Mia dah tukar umah baru jugak yer..ummmm mesti mama dgn papa dia baru tukar kan..yer la,umah Mia baru, mesti mak ayah dia tak nak a ak dia sedihkan sebab tu ditukarkan tiang rumah dia..

Kenduri pun penat juga la Mia..penat makan..tapi mama mana lah makan daging korban ni..tak boleh makan, rasa kesian sangat..fobia dari kecik..dulu kan mama suka tengok orang korbankan lembu..tapi bila sekali tengok, nampak lembu tu mengalirkan airmata,, terus mama sedih..sampai sekarang mmg mama tak makan daging korban..pelik ke mama ni?

November 19, 2010

Hadiah Zalin..

Cantik tak hadiah dari "abang" zalin ni Mia? cantik kan..terima kasih yer zalin sebab sudi tag mama dengan award ni..uhhhh bangga dan hampir riak dibuatnya..

Ishhh, mesti Mia senyum senyum perli mama kan..ala ala terperasan kejap mama sebab dapat award macam artis..cantik ke blog mama? mama rasa blog "abang" zalin Mia lagi cantik, lagi havoc..begitu juga dengan kawan-kawan blogging mama yang lain..tapi mama tetap nak jadi RIAK dan BANGGA kejap sebab blog ni mama punya, cerita ini dan cerita ceriti yang ada dalam blog ni semuanya mama punya..semua tentang insan-insan yang mama kasihi..semuanya tentang Mia..angan-angan mama pada Mia..rindu mama pada Mia..

Terima kasih lagi sekali yer zalin sebab kasi award kat mama..nanti bila senang datang umah mama yer..or kalau tak, mama pergi terjah zalin kat "sekolah" tinggi tu ekekekeke..malas belajar sangat, nanti mama bawak rotan sekali..

Breakfast..Papa..Kawan

Argggg..rasa macam malas je nak bangun pepagi ni,tapi kena bangun jugak sebab mama dah janji dengan papa nak buatkan macaroni goreng untuk breakfast hari ni..orang lain sedap-sedap tidur, mama pulak dok kutang keting kat dapur ekekekeke..boleh buat entry?ekekekeke ala anak mama ni, sambil buat keje dapur, sambil la mama buat entry untuk anak mama..

Huhu..kecik je mata mama  yang dah sememangnya kecik..dengar aje papa tu "berdengkur"..karang papa bangun, tak kiss mama ucap terima kasih, siap la papa kan..hehehehe anak mama buat apa tadi? a'ahhh mama masak 2 bungkus macaroni..banyak kan..separuh nak bawak pegi office mama, separuh lagi papa and separuh lagi kawan papa..adil dan saksama..untuk Mia? ummmm makanan kat sini tak sedap sayang,lagi sedap Mia punya kat sana..mama makan kan sekali untuk Mia..nak tak?

Jap lagi mama nak ready-ready  pergi office..nanti lepas kerja, nak balik kampung maktok..nak pergi ziarah "banglo" Mia..ada kenduri lagi..anak mama kena sabar tau tunggu mama datang ziarah..

November 17, 2010

Takbir Aidiladha

Mia sayang,

Selamat Hari Raya Aidiladha sayang..dari malam tadi takbir berkumandang..mama jadi sedih, bertambah sedih sebab first time mama tak dapat balik kampung, sambut raya dengan maktok dan tokayah..tak dapat sambut dengan semua yang ada kat kampung..dan yang paling tak best, sebab mama tak dapat pergi "banglo" Mia..

Tomorrow, mama kena working sebab tu lah tak dapat nak balik, sebenarnya papa kata, nak balik boleh tapi nanti mama penat sebab nanti bila balik Kuala Lumpur, sampai pun dah lewat, esok pagi dah kena keja..so kononnya mama ikut jelah kata papa..ingatkan boleh tahan perasaan mama ni tapi sebak je memanjang..

Aidiladha, raya korban yerk Mia, ummmm nampaknya kena lah berkorban sikit perasaan sebab mama kena keje esok tapi Mia jangan sedih, Sabtu ni mama balik "jenguk" Mia ya..seronok tak kat sana? Mia dah pandai apa? ooohh..maktok masak apa? ummmm maktok tu. Aidiladha dah macam Aidilfitri..acik kata masa mama call, maktok buat rendang..nasi himpit dgn kuah kacang pastu  siap ada laksa lagi..ummmm jeles tau mama..takkira, nanti mama balik, mama nak minta maktok buatkan lagi..maktok masak memang sedap..Mia tentu suka tau..

November 16, 2010

Tentang..Berharap Anak Itu..Mia

Salam Mia,

Semalam mama penat sangat-sangat selepas Sabtu sebelumnya mengemas rumah, kena pulak angin mama yang tak berapa bagus tu kan..dah ok dah mama dengan papa,, tak ada marah dah..ekekeke majuk sayang agaknya..heheheh, semalam mama bangun lambat, tu pun papa kejutkan mama.."ayang, nak keluar tak" soalan papa pada mama masa kejutkan mama..ekekeke cepat je buka mata sambil tanya balik "nak pergi mana? nak..nak kuar" terus bangun masuk bathroom..okay tak Mia?

Oh!! almost lupa kalau papa tak bagitahu yang kami nak pergi Taman Tasik Titiwangsa..nak tengok anak kawan papa..kat taman tasik tu ada Karnival Tabika Perpaduan Seluruh Wilayah Persekutuan..lepas breakfast kat Kota Damansara terus pergi sana..wow!!! jalan jammed tu sayang..mama dengan papa yang over excited!

Dalam bas ni ada anak-anak yg enjoyed their trip ke Titiwangsa
Ramai betul orang kat taman tasik tu Mia..seronok sangat..ada macam-macam aktiviti..dan yang paling best mama dok bertenggek adalah kat tempat pertandingan futsal..dah rasa macam anak mama pulak yang main..tapi memang hati tu rasa sebak sangat, airmata mama pun bertakung tapi kena tahan lah sebab papa seronok pula snap gambar "abang-abang dgn kakak-kakak" tu..karang tak pasal-pasal papa terkejut  kan?

Keletihan..Andai Antara Mereka Ini Mia..

Futsal ~ Seronok Sgt Tgk Gelagat Diaorg
Tengah berdebar-debarni nak jadi keeper

Penyokong setia

Terik Mentari..Dahaga
Mama berbicara dlm hati tatkala papa busy dengan camera dia tu..betapa seronoknya anak-anak ini..bertapa bahagianya ibu bapa mereka..mak dgn ayah diaorg lagi havoc Mia..lagi kelakar bila terlalu excited tengok anak-anak mengambil bahagian dalam pelbagai acara..uhhh mesti mama pun macam orang lain jugak kalau Mia pun turut serta..lagi la tergedik-gedik mama ni..

Anak-Anak Kita

Andai mereka anak ku

November 13, 2010

Mama..Angin Yang Tak Baik

Mia,

Hari ini, angin mama tak baik, tak cantik
Mood mama pun tak bagus
Hari Sabtu mama pun tak ceria
Dan mama penat sangat

Angin mama tak baik tak cantik sebab
mama rasa terlalu penat, penat sampai rasa nak marah
nak marah sebab semuanya mama kena buat
kena buat semua kerja kat dalam rumah

Dalam rumah mama, bukannya ramai sangat orang
cuma ada mama dengan papa tapi
kalau rumah selerak, uhhhhh Mia pun rimas
papa tak rajin nak tolong mama
sebab itulah mood mama benar-benar tak ada

Mama penat mengemas
papa tak tolong langsung
tengok tv, main komputer
sedih sangat tau Mia
bila mama bising,mama pulak yang dimarah
arggggg rasa arinikan mama macam nak pukul papa
pukul papa sampai papa Mia rasa sakit
eeeeee mama memang tension sekarang!!

November 12, 2010

Menunggu Aidiladha

Short story untuk hari ini..Last day working for this week! fuh, penat nya rasa badan mama ni. Mama tak sabar dah nak balik kampung..nak pergi "banglo Mia"..nak lepas rindu kat Mia, nak kasi Mia dengar mama mengaji kat rumah Mia, nak tunjuk mama baik kat Mia sebab mama tolong bersihkan rumah Mia..

Ummm memang tak sabar dah mama ni nak balik sana..nak bawak flowers caler caler untuk Mia, nak basahkan rumah Mia dengan air yassin..tentu mama rasa tenang duduk duduk kat rumah Mia dan tentu papa tak kasi mama lama-lama kat situ sebab papa tu jeles..

November 10, 2010

Sambungan.. Malaikatmu

Dear Mia,

Dah read mama punyer entry? ummm anak mama tak payah baca entry mama kan sebab anak mama dah kembali kepada Dia yang lebih berhak..ya Mia, if Mia kat sini, mama yang akan melindungi anak mama, memberi kasih dan sayang yang tak berbelah bagi, tak akan ada "orang jahat" yang akan berani mendekati anak mama, mama yang akan memahami tutur bicara anak mama walaupun Mia hanya berbunyi ma..ma..huk huk..thee teeee..semuanya mama pasti paham..

Tadi masa kat office, ada kawan mama tegur..bukan tegur dengan bersuara tapi siap hantar PC Notes lagi.."akak, akak ok ker? nampak macam lain je..macam sedih je".. nampak teruk sangat ker Mia wajah mama ni kalau mama sedih? buruk ya muka mama?..mama hanya jawab "akak ok je..jgn risau, cuma rasa lain sikit..macam rasa rindu je" tatkala tu airmata mama dah bertakung..tak tepon papa? ishhhh tak nak call papa, mama ni dah la "keme'me" karang tak pasal-pasal dengar suara papa aje pun dah boleh nangis..

A'ha Mia, mama rasa rindu sangat..rindu sangat nak peluk Mia..hari tu mama dah kasi hadiah buat Mila anak kawan mama..ekekekke auntie su call, kasi Mila cakap dengan mama.."tima kasih mama zie" uhhh sayang, sebaknya hati mama..sian kan kat mama sebab nak kasi hadiah kat Mia tapi Mia tak ada..terpaksa pula kongsi "sayang" orang lain..

Rindu mama pada Mia, rindu mama juga pada papa..walaupun papa selalu ada dekat mama, mama masih lagi rasa rindu kat papa sampaikan papa kekadang cakap "apalah mama ni, kan papa dok berkepit aje dgn mama"..yang dok berkepit pun rasa rindu serindu rindunya, inikan pula yang telah pergi..

Mia, nanti bagitahu kat malaikat  yang menjaga Mia kat sana, "mama saya tengah sedih, mama saya rindu saya, mama dan papa saya perlukan saya, tapi saya hanya pinjaman sebab itu saya disini, boleh tak tolong mama dan papa saya?..bagitahulah kat Dia..pohonlah pada Dia wahai anakanda mama. "kasihanilah mama dan papa saya, ampunilah mama dan papa saya, berikanlah mereka kekuatan..berikanlah mereka pengganti saya, sebab mereka tak pernah berhenti menyayangi dan merindui saya..tak pernah melupakan saya dan yang paling penting, mereka tak pernah melupakanMU"

Terima kasih wahai anak..terima kasih Mia..hingga akhir hayat kami, Mia tetap dihati walau seribu pengganti yang tiba, Mia dan mereka tetap bertakhta dihati kami..

Malaikatmu..

Baby Mama,

Mama nak kongsi dengan anak mama, dengan kawan-kawan mama tentang satu attachement dari email yang mama terima..mama rasa syahdu sangat..sayu..mama baca kat office, uhhhh bertakung-takung airmata mama, rasa nak jerit sangat-sangat..nak jerit kuat-kuat, nak minta Allah kembalikan anak mama..Ya Allah, ampunkan lah hambaMU yang lemah ini..

Malaikatmu.. ...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu  dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar  kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? " "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal    tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat  tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta  yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

> Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
> 1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
> 2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
> 3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
> 4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
>

November 7, 2010

Jagalah Anak Sebelum Kehilangan

Buat semua yang mama sayang,

Hari ini, mama dengan papa keluar lagi. Mesti hairan kan sebab mama jarang ada kat rumah bila hujung minggu..bukan tak nak dok rehat kat rumah tapi tak bestlah berdua aje kat rumah, kalau kat rumah tu ramai orang, baru best..

Opsss mama sebenarnya nak cerita tentang mama pergi jenjalan kat Ikea, tak merancang pun nak beli barang kat situ, tapi terbeli jugak..but this is not the story hehehe..mama nak cerita tentang kejadian kat Ikano..mama tengah jenjalan dengan papa, pastu ada one family depan mama..tetiba ada little girl menangis kuat..sambil lari-lari..mama dengan family depan mama pandang antara satu sama lain..kita orang pun stop..tengok lagi budak tu menangis..mama dah kecut perut sambil dlm hati berkata, janganlah budak ni hilang mak..hilang family..kaki dah nak melangkah pergi kat budak perempuan yang tengah menangis tu..nak bertanya kenapa, ala ala busy body sikit..tak pun nak bawak pergi kaunter INFO..
Still lagi menangis budak tu, mata mama dengan "akak" yang depan mama melilau-lilau mencari kelibat kut kut ternampak mak bapak budak tu ..ummm macam tak ada respond..kesian nya mama tengok budak tu. menangis teresak-esak, tetiba ada sorang perempuan pegi kat budak tu..perempuan yang mama pandang asyik membelek baju tanpa rasa belas, tak menghiraukan budak perempuan yang menangis tu...terus dia tarik budak tu..ummmm mama rasa mesti mak budak perempuan tu..satu perkara yang mama memang cukup marah sangat, anak dibiarkan menangis, si ibu sibuk memilih pakaian, tak ingat anak langsung, sanggup dibiarkan anak kat public yang sesak-sesak tu, karang dibawak lari, siapa yang susah..tak sayang ke anak? nakal macam mana pun, tak dengar kata macam mana pun si anak tu, tolong lah jangan dibiarkan anak menangis keseorangan tanpa perhatian, kalau tak nak susah, tinggalkan aje kat rumah..eeee mama takut lah dengan kes kehilangan anak-anak ni..sakit tau rasa!!! mama cakap dengan papa, "eeeeee rasa nak luku luku je mak budak tu" uhhhh!!! KEKADANG ADA ORANG KATA "ORANG YG TAK ADA ANAK" MEMANG SENANG BERKATA..CUBA ADA ANAK!!! Isshhh statement panas tu..just pikir lah balik..andai anda sayang kan anak, anda tidak akan membiarkan anak anda dalam situasi yang macam tu!!

November 6, 2010

Entry Kawan Mama..

Mia,

Mama baru sampai rumah, tadi ingat nak shopping barang2 mama tapi nampak gayanya papa Mia aje yang shopping, papa beli flash lens baru untuk camera papa tu, ala ala macam nak jadi photographer..ala modelnya tetap sama, mama lah..pastu papa dapat pulak beli laptop..uhhhh jeles mama ni..ingatkan nak beli laptop baru untuk mama tapi tak dapat nampaknya Mia..layan je lah papa..

Ummmm mama terus buka blog mama and baca-baca entry baru kengkawan mama..tup tup ada satu entry dari kawan baru mama yang mengundang sayu dihati mama, yang membuatkan hati kecil mama rasa sedih sangat, yang menyebabkan airmata mata mengalir lagi hari ini..entry yang dibuat khas untuk mama Mia ni..rasa terharu sangat..baik betul aunti ni buatkan entry buat mama.ni entry tu..Suratan atau Kebetulan

 
Mia, kena tengok-tengok kan adik Damia tu yer..dia baru kat sana, kena main sama-sama, Mia kakak kena jaga adik-adik kat sana..doakan mama dengan mama-mama, ibu, mummy dan mak kat sini semua sihat, kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan ini yer sayang..nanti cakap kat adik Damia, mama dia sihat, mama dia rindu dia macam mama juga yang selalu rindu kat Mia..papa? papa pun rindu juga kat Mia..tapi harini papa busy dengan aktiviti gadjet dia  tu..dah tak ingat mama dah..dah tak heran mama nak buat apa pun, janji mama tak disturb papa, papa tak kisah...tapi sekarang macam nak disturb je papa, rasa macam dengki je ni..

Sayang mama, mama failed lagi ni..tak berjaya lagi..nampaknya mama kena usaha lebih lagi ni untuk dapatkan Mia adik..sayang mama janganlah marah yer..mama tetap ingat anak sulong mama ni..mama tak pernah lupa dan tak akan lupa pun seandainya ada pengganti Mia..arini tak dapat juga kejar matahari terbenam sebab dah malas nak keluar, lagipun papa tu macam busy je..esok pepagi nak kejar pulak matahari naik..tentu cantik..nanti Mia teman mama dalam tidur boleh?

Tentang Lagu..Birthday..

Salam,

Maafkan mama yer Mia sebab minggu ni, mama dengan papa tak balik kampung pergi lawat rumah Mia walaupun cuti panjang. Papa ni yang suruh mama pilih, nak balik minggu ni ker or nak balik raya haji..arggg mama memang tak suka tau kalau disuruh buat pilihan sebab mama nak balik kedua-duanya..dah mama tarik muncung panjang..sedihnya..

Semalam kan Mia, masa on the way nak balik rumah lepas dinner, kat radio kereta papa tetiba ada keluar satu lagu...mama suka sangat lagu tu, bila dengar je lagu tu, mama teringat kat Mia, teringat segala-galanya ketika mama bersama Mia, sebelum Mia pergi..arggg merambu rambu airmata dalam kereta malam tadi..papa diam je, tak berkata apa pun, lagi lah tak berani papa nak tukar siaran radio tu..

Mama rasa rindu sangat kat Mia, kebetulan arini birthday anak kawan Mama..dah cukup dia tiga tahun macam Mia..tadi mama sms kawan mama wishes kan gegirl tu..ummm Auntie Su kata, diaorg nak pergi Pangkor..bestnya kan Mia kalau kita dapat macam Auntie Su dengan Mila kan? Mama ingat hari ni mama nak ajak papa pergi dok tepi pantai tunggu matahari terbenam..

Tentang Lagu Buat Mia

Kali Terakhir Ku lihat Wajahmu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

( ulang korus )

November 2, 2010

Tentang Kena Marah..Kena Tegur

Pepagi lagi mama dah rasa kecil hati sangat, hilang mood nak keje..arggg bosan dengan perasaan ni!! tak ada Mia untuk mama peluk sambil bercerita kenapa mama kecil hati, rasa nak marah tapi tak boleh nak keluarkan perasaan marah tu, sebab kasih dan sayang tu mengikat diri mama!

Mudah untuk berkata, mudah untuk mengarah dan mudah untuk mengkritik, tapi mudah kah untuk menjaga hati, hati yang terluka pasti akan sembuh tapi parut yang tinggal umpama bekas paku di dinding, yeah!!! kesannya sampai bila-bila.

Mahu berbicara dengan mama ker Mia? tak apa, mama tahu mesti Mia tahu kenapa mama kecil hati kan, mesti Mia pun kata mama yang salah...ummmm mama salah ker? rasanya mama pun macam ada salah. Tengok tu mama, masih  nak layan ego!! ekekeke naper pula mama tak boleh marah papa? ini tak adil..papa boleh marah mama, boleh tegur mama, takkan mama tak leh marah papa, tegur papa? heheeh papa tu suka main-main bila bersiap, dah ler siap lambat, karang jalan jammed nak pergi opis, papa penat, mula la dia nak drive laju..mama pulak memang tak boleh jalan jammed pepagi, rasa letih nak sampai office..tu pun papa nak marah mama -:) nanti Mia marah papa yer..

Papa Masak

Aikk!!! naper anak mama macam jeles je tengok title entry mama ni..hahaha ya betul, papa masak tengahari untuk mama semalam..semalam kebetulan office mama ada buat makan-makan, biasalah Mia, department yang memang suka makan so mmglah  selalu keadaan macam tu..

Sebelum tengahari, papa tepon sambil berkata "mama, papa masak kurma ayam, mama nak tak?" ishhh tak kan mama nak kata, mama tak nak kan, nanti papa kecik hati walaupun tengahari tu jugak, lunch mmg dah provided..nasi beriani lagi!! so mama pun jawab, "ok tak kisah but naper papa ni rajin sangat..mama kata lagi, papa masak kurma ayam je kan.." alamak Mia..bukan kurma ayam aje papa goreng sayur campur dgn masak nasi untuk mama!!! bukan hanya untuk mama makan, sekali dengan kawan-kawan mama pun dapat makan. Bertakung airmata mama ni Mia, biasalah kan mama Mia kan memang suka sangat nak nangis..entah masa tu tak tahu nak rasa apa..gembira, sedih, kesian..argggg tak tahu la mama..mungkin  terharu kut..mama dah jadi bahan dah bila mama bagitahu yang papa nak hantar makanan.

Alhamdulillah, sedapnya kurma ayam papa, licin abis mama makan dengna kengkawan..Mia tentu bangga dengan papa kan..mama lagi lah bangga sebab ada kengkawan mama kata, "ishhh kalau husband kita, nak ajak lunch sekali pun tak nak, inikan nak tolong masak siap hantar office lagi"..bestnya kalau saat ini, Mia ada boleh tolong tepuk tangan untuk papa.

October 30, 2010

Rasa Dingin Rindu

Di pagi hari, bumi dibasahi rahmat dari Allah, hujan yang turun menyubur alam, kedinginan dirasai hinggakan kedinginan itu meresap seluruh badan mama, melekat ditangkai hati mama, betapa tenangnya rasa dipagi sabtu yang dingin.sejuk sangat mama rasa...

Saat ini juga, bestnya andai si budak kecil bernama Mia tu ada disisi mama sebabnya dalam kedinginan hujan yang turun, bestnya kalau dapat peluk budak kecil tu macam ni...
peluk kuat-kuat, peluk erat-erat agar rasa dingin, agar rasa sejuk itu bertukar ganti menjadi hangat sehangat kasih sayang mama pada dia..agar sejuk dingin itu menjadi haba yang menguatkan lagi rindu mama pada dia..best tak peluk mama? ummmm ada bau baby kat pillow mama..mesti bau anak mama ni..opsss Mia menguap yer??


Mama selalu berangan-angan andai Mia ada, kita berdua mesti macam ni kat katil,
Mia belajar genggam jari mama, macam Mia pegang jari papa dulu..Mia genggam, Mia lepas..genggam semula sampai Mia pandai..pastu Mia ketawa gembira sebab mama tengah buat memek muka yang paling comel lagi cantik buat Mia but pada Mia sure memek muka tu yang paling hodoh Mia tengok kan, sebab tu Mia ketawa..dingin hujan ini membuatkan mama begitu merindui anak mama..dan mama rasa ketenangan mama disini sama dengan ketenangan Mia disana, sebab disanalah tempat Mia yang telah Allah berikan..tempat yang terbaik kurniaanNYA, ucap syukurmu pada Dia wahai anak ku..

October 26, 2010

Rasa..Segala Macam Rasa dan Perasaan

Anak mama Mia,

Salam budak kecik..ummm tentu anak mam hairan kan kenapa mama macam rajin je nak masuk rumah ni..nak buat entry barukan..entahlah sebab apa pun mama tak pasti dan tak tahu dan malas nak ambil tahu..teringat sangat kat Mia je..tu yang mama layan je segala rasa macam perasaan yang melanda tubuh badan, hati nurani mama..

Hari ni, tahap kebosanan terlalu melampaui batas waktu..memang bosan sangat Mia..terlalu amat bosan..kalau anak mama ada, mama dah tepon dah ajak Mia sembang-sembang, ajak gelak-gelak..tak ada keje? ishhh mama ada keje kat opis tu tapi arini tak ada problem sangat so keje mama cepat lah sikit settle, tu yang sampai mengantuk tahap petala tujuh..

Perasaan apa yer yang melanda mama? hehehe sianlah anak mama ni, tertanya-tanya pulak..entah lah sayang, macam-macam ada..antara benci dan rindu..antara sayang dan cinta..antara marah dan geram..antara sedih dan sensitiv, semua ada..semua macam ulat-ulat beluncas yang tergedik-gedik..macam langau kat telinga, macam beburung yang berkicau...betul tak Mia? mama rasa Mia tahu kan kenapa? uhhhhh rindu mama..tolonglah mama..hadirlah dalam mimpi mama malam ni boleh tak? sebab mama rindu Mia la..kalau Mia datang dalam tidur mama, tentu esok pagi, bila mama bangun nak pergi office, sure badan dan minda mama jadi segar, dan gembira..

October 25, 2010

Tentang Rasa Teringin..

Salam Sayang,

Emmm tunggu mama citer lagi ker? Mama nak citer tentang rasa teringin..rasa nak merasa dan sebagainya. Weekend lepas, lepas temankan papa ke pusat dialysis untuk rutin dialysis papa lah..siannya papa sayang, seminggu 3 kali terpaksa menghadapi kepenatan dan kesakitan tersebut..sebelum sampai centre tu, mama kata teringin nak makan nasi lemak yang pernah mama makan..huhuhu so papa belikan..okaylah rasanya...nama pun sebab teringinkan..mama tinggalkan papa dekat centre dialysis sebab kawan mama datang ambil ajak pergi PWTC..nak perabihkan duit kononnya..

Mama dengan kawan baik mama jenjalan kat PWTC, ramai orang sayang, ramai juga budak-budak yang berkejaran..bakal pemimpin negara kah mereka ini..tak ada satu pun raut yang mama kenal..wah!! mia, mama nampak tempat jualan kain..murah-murah..uhhhh tu yang tak bestnya kalau pergi tanpa papa, semua nak beli tanpa boleh di control..semua kena beli dengan duit sendiri..tetiba ada SMS dari papa.."Jangan nak beli benda bukan-bukan yer"..uhhh papa ni macam tau tau jelah Mia yang mama nak beli barang..terpesona..terpikat dan yang paling utama teringin!!! mama rasa macam murah aje kain-kain kat situ,,so mama pun beli..4 pasang lagi!! kalau Mia ada boleh sedondon. Bila balik kat tempat papa dialysis, mama dah senyum manis kat papa hehehe takut kena marah..terus cakap, "ala papa kain murah je..sepasang tak sampai RM50..heheheh" papa senyum je sebab memang mama ni tak makan saman hehehe..mia cenyum?

Semalam Ahad, papa bawak mama pergi makan nasi Arab kat Cyberjaya..sampai je, mama macam poyo kejap sebab ramainya orang..pastu balik pergi OneUtama..mama paksa papa beli tshirt..dapat sehelai je..papa ni susah sangat tau nak beli baju baru, bila suruh beli tak nak tapi bila mama beli baju baru, bising pulak...kedekut kan papa Mia ni..on the way nak balik rumah, kawan mama call ajak pergi I-City pula, ummmm pergi lagi..posing macam budak kecil je..mama tahu, Mia tengok mama pun malu yerk..pastu siap gelak-gelak kan mama kan..nak tengok mama?


October 22, 2010

Berdua Berduaan....Beramai-Ramai

Dekat pintu masuk

Chalet Mama Berehat
Mia sayang, ehhh...anak mama dah tengok tempat mama dengan papa jenjalan yer..cantik tak? ummm cantik dan mama suka sangat dengan keadaan disana..sebab layanan diaorang high class, best sangat dan mama ras a berbaloi la papa bayar..hahaha..papa belanja mama..tapikan Mia lagi best kalau Mia ada, sebab ada..jeng jeng..

bathtub..
bathtub..seronok kan kalau dapat main dengan Mia kat dalam bathtub ni..sure Mia tak nak keluar..kalau mama banyak duit kan Mia, mama pasti akan beli bilik ni sebab mama suka..nanti Mia doa-doakan yer mama banyak duit, boleh mama beli bilik ni, boleh mama kasi kat sesiapa yang memerlukan. Mia suka?  mama dengan papa lagi suka, sebab tu terpaksa extend lagi satu hari, gara-gara tak puas tinggal kat situ..



Kalau Mia ada, tentu tak ada gambar ni kat entry mama, tentu banyak sangat gambar Mia kat sini..tapi Mia suka tak tengok gambar-gambar ni? mama suka..ishhhh alangkah bahagianya mama sayang, andai ketika ini Mia ada dengan mama dan papa..yer la, tak adalah mama jalan berdua-dua dengan papa, bila jalan berdua-duaan mama rasa macam orang ingat mama dengan papa ni macam kekasih je..malu tau kekadang..kalau ada Mia, so bila jenjalan orang tengok ada budak kecik yang comel, mesti diaorang kata "oh dah kawin..dah married rupanya" tak adalah rasa macam malu je kan..mama dah rasa penat pulak tetiba, esok mama nak temankan papa pergi buat dialysis lagi..nanti mama upload lagi gambar yer sayang..

Beza Antara Ada Dan Tak Ada

Salam Sayang,

Tunggu mama ker Mia? hehehehe mama penat sangat since balik dari jenjalan dengan papa last monday sebab tu mama tak sempat nak menari-nari kat keyboard mama ni..hari ini mama balik awal, dah settle segala kerja rumah barulah mama mengadap lappy ni. Papa kesayangan Mia kan, suka sangat kasi mama membebel..bersepah dapur dikerjakan papa..aduh!! sakit hati pun ada..lastly, mama jugak yang kena kemas..mama tak marah papa tapi gerammmmmmmmm sangat.

Sayang mama nak tahu tak? ala kalau mia tak nak tahu pun, mama nak citer jugak, tak kira..Mia mesti dengar apa yang mama nak story kat Mia. Tadi masa kat office, sesambil buat kerja, mama dengan kengkawan berbual..kebetulan masing-masing kat workplace masing-masing ni, tetiba kedengaran satu suara berkata-kata "senang aje kan diaorang ni dapat anak lelaki kan" haaaaaa!! yang berkata-kata tu, kalau Mia nak tahu, auntie tu dah ada 3 orang anak yang semuanya gegirl..kitaorang diam ajelah tapi kejap ajelah Mia, sebab ada pulak kawan mama yang mempunyai  2 orang anak lelaki dan kepingin anak perempuan pun membalas " ahaa laa senang aje kan diaorg ni dapat anak perempuan" then sama-sama ketawa sebab masing-masing pun tahu, yang ada anak lelaki nak anak perempuan, ada anak perempuan nak anak lelaki..

Emmm mama pula spontan je menjawab " ahaaa senangnya diaorang mengandung" tetiba sunyi aje office..opsss rupa-rupanya kawan-kawan mama tak sangka mama nak berkata demikian..masing-masing rasa serba-salah..dah la pulak tu kat luar, dah hujan..mulanya mama tak rasa apa-apa but bila ada diantara kawan mama berkata yang mereka tak bermaksud nak kasi mama sedih, mama jadi sedih sangat tapi mama tak menangis sayang, cuma airmata aje yang bertakung..

Itulah kan sayang mama, bila dah ada apa yang orang lain tak, kita mesti nak juga yang orang lain ada..tapi yang tak ada apa-apa macam mama ni, tetap nak juga macam orang lain, tapi rezeki di tangan Allah, mama hambaNYA yang lemah, tak mampu berbuat apa-apa selain, berusaha, berdoa dan takawal padaNYA dengan harapan Allah akan kurniakan nikmat menjadi seorang MAMA lagi..

Mia sayang, jangan sedih tau, gembira lah disana, main baik-baik dengan kawan-kawan yer..mama rindu Mia..Mia juga rindu mama kan..

October 17, 2010

Hanya Berdua..

Salam,

Mama dengan papa gi jenjalan this weekend..mama pergi berdua aje, semalam check in and supposed hari ni dah check out tapikan Mia, mama macam tak puas lagi melepak kat sini, so papa kata "ok lah, kiter extend for one more night"..yahoooo bestnya!!! terima kasih ya abang..

Mama suka sangat tempat ni, rasa tenang dan privasi cukup terjaga..layanan kat sini pun alhamdulillah..Mia pun tahu kan, mama ni cerewet, kekadang sampai kena tegur dengan papa sebab cerewet sangat..ishhh mama gak salah..tapikan Mia..(ada tapi lagi tu) mama lagi suka dan suka sesangat kalau Mia ada, tentu lagi kecoh..seronok kalau kecoh-kecoh ni, suasana jadi meriah..ni tak kanlah mama nak kecoh dengan papa kan..

Mama pergi mana? ala cayang, mama pergi rehat dekat-dekat je..pergi PD je..tengok sunset..tengok pantai..mesti Mia nampak mama dari jauh kan, sebuk jadi model camera papa..ekekekeke lantak lah kan Mia, walaupun papa kata mama tak cantik, tapi mama yang tak cantik ni jugaklah yang dia nak ambil gambar pun..mama yang tak cantik ni jugaklah yang memenuhkan memory card camera tu..mama baru lepas breakfast dan tak tahu nak pergi mana pepagi ni..lepak kejap kat dalam bilik  sesambil bercerita dengan Mia..mama rasa macam mengantuk sangat...nanti mama sambung citer..

October 16, 2010

Dialysis..Problem

Mama temankan papa hari ni buat dialysis..sebelum gi holiday, kena settlekan dulu dialysis..uhhhh macam problem je..dari tadi kejap-kejap mesin berbunyi..kejap-kejap berbunyi..dialyser dah tukar, nampak darah macam dah dipam..uhhh susah hati jugak mama ni..

Sampai sekarang, dialysis tak berjalan dengan lancar..ayo ayoooo...camner ni? nak kata papa makan tak pantang, ummmm rasanya pantang jugak..walaupun kekadang pantang nampak!! nanti bila dilarang, papa merajuk, konon nak rasa sikit je..so bila nak buat dialysis, kan dah problem..hope kejap-kejap lagi okay la..

October 14, 2010

Tentang..Rasa Rindu Serindu Rindunya

Tetiba mama rasa rindu sangat..rindu kat Mia..rindu kat papa Mia juga..mood pun hilang kejap..peritnya rindu ni..rasa macam nak keluar aje dari office..nak pergi kat papa..nak mengadu kat papa yang mama dah jadi perindu..bukan buluh perindu tau..jadi seorang perindu..

Papa dialysis hari ni, jadi camner mama nak kacau papa...rindu sangat ni..macam-macam terbayang kat mata, macam-macam bersarang kat dalam hati ni..uhhhh Mia, dah lama sangat Mia tak muncul dalam mimpi mama..mama jadi rindu..bila rindu, mama jadi sakit..sakit rindu..papa, mama pun rindu papa gak..memanglah tiap-tiap hari mama jumpa papa, makan sekali dengan papa, serumah dengan papa, tapi mama rindu jugak..rindu macam mama rindu kat Mia..semalam pun mama sesaja hantar message kat handphone  papa dengan sms gatal mama "saya sayang awak..rindu awak..awak sayang dgn rindu saya tak" hahhaah Mia ok tak sms mama pada papa?

Tentang Jalan Berdua

Lama sungguh jari jemari mama tak menari kat keyboard lappy mama ni..banyak sangat nak bercerita tapi tak kesampaian..mama tak serajin kawan-kawan blog mama yang lain, hampir setiap hari ada sahaja entry baru dari diaorang..lagipun diaorang ada sesuatu yang diaorg boleh ceritakan..cerita tentang anak-anak..

Mama tak ada cerita, nak cerita tentang Mia..ummmm sebab Mia tak ada..nak cerita apa yang Mia buat sekarang pun mama tak tahu, cuma boleh berangan-angan yang Mia tengah bermain macam anak-anak kawan mama yang ada disini..Mia menjerit-jerit macam kakak Aqilah, Mia selerakkan rumah macam Iman Harith buat selalu..ekekeek tapi tak ada pun citer yang macam tu..Mia kat sana..mama tak nampak Mia buat apa..Mia buat apa sayang? Please story to me..citerlah kat mama supaya mama boleh citer kat papa pula..

Mama citer apa yang mama buat weekend lepas ya..hari Sabtu lepas, ada jemputan launching rumah baru, lepas tu pergi launching rumah baru tu, kami ronda-ronda kat KL..ummmm papa la..sebuk nak ambil gambar..kalau Mia ada, tentu gambar Mia aje yang ada dalam camera papa tu..camera baru!! tu yang papa acting macam dapat segunung intan..kami singgah tengok orang main layang-layang kat Kepong..bestnya Mia. Mama nak main layang-layang tapi papa tak kasi beli, dah ler tak kasi mama beli, papa tu asyik busy tangkap gambar orang dok main layang-layang..dengki kan papa tu kat mama..seronok tengok budak-budak main layang-layang, lagi seronok bila mak-mak dengan ayah diaorang terjerit-jerit suruh anak masing-masing lepas kan tali layang-layang tu bila dah start ditiup angin..kalau la Mia yang main, mama rasa, suara mama lagi kuat dari diaorang, silap haribulan mama yang tergedik-gedik kat padang tu kan..kan Mia? Ni gambar yang papa ambil..




Ahad pula, pergi ronda-ronda lagi..yer la Mia, bosan dok rumah sebab Mia tak ada..mama dengan papa pergi memenatkan diri sendiri kat Putrajaya..tangkap gambar lagi hahahhaa..poyo je kan..jangan malu tau Mia, mama layan je papa..okaylah jugak gambar tu..dah memang tak lawa, tak cantik, so gambar mama pun tak lah macam model..

Mama suka this picture

Yang ni pun mama suka


Practice make perfect...kena belajar lagi


Kalau la yang dok main basikal ni..Mia

Bestnya andai Mia ada..sukanya hati mama andai kanak-kanak yang mama lihat bermain layang-layang, kanak yang terjerit-jerit, kanak-kanak yang menangis dan kanak-kanak yang terloncat-loncat tu adalah Mia anak mama..tapi sedih, cemburu pun ada sebab, itu anak orang, buah hati orang, kesayangan orang..bukan anak mama..

Popular Posts