May 31, 2011

Cuti Sekolah..Kenduri Kawin

Mia sayang, Jumaat lepas mama balik rumah maktok sebab opah sebelah rumah maktok buat kenduri kawin..aunty syasya kawin la sayang..kalini papa tak drive, kami balik dengan paktam, naik kereta paktam..best dapat rehat.. kat bawah ni ada gambar auntie syasya yang papa snap..




Mama busy jugak, penat pun ada sampaikan bila dah baring tu, terus lena, kalau kena simbah dengan air, belum tentu sedar. Cousins Mia? memang asyik dok buli mama dengan papa aje,tambah2 adik iman harith tu..huhuu yang tak sampai hati, time mama nak balik KL hari ahad..menangis nak ikut mama, sampaikan tok ayah call, bagitahu, adik iman menangissampai tertidur..huhuuuu sedihnya mama dengar..agaknya Mia pun macam tu kan kan kan..


Next entry, mama masukkan gambar cousins Mia ya..sekarang ni, mama rasa letih sangat, sebab hari ni terlalu banyak keja kat office..nanti ya sayang..

May 25, 2011

Awan Berarak Mendung, Hujan Yang Turun

tadi mama tengok 360 @TV3. Masih berkisar pada kejadian yg begitu memilukan, tentang kejadian yang menimpa anak-anak yatim dan pelajar serta guru mereka di Hulu Langat pada Sabtu yang lepas. First mama tengok kat ruang tamu tapi mama lari..lari tengok dalam bilik sebab tak nak papa tengok mama sedih..

Memang sedih, memang pilu. Hati rasa tersayat pedih luka berdarah tapi mama tak ada kata-kata yang sempurna yang cantik untuk disusun agar terluah segalanya..siksa sangatkan? Sedih sangat bila ditayangkan di skrin TV, saat mereka dijumpai, saat mereka disempurnakan, saat kucupan terakhir dari keluarga tersayang..argggg sakitnya perasaan, sambil menaip ayat kelu kesah ini, airmata terus menitis..

Entah kenapa, mama rasa macam nak meraung sekarang sebab mama teringat sgt pada Mia anak mama..rasa rindu yang tak terluah, rasa sedih yang amat perit. Perasaan yang semakin membara bermula sejak kejadian tanah runtuh itu..mengingatkan sangat-sangat mama pada Mia. Mama rasa sedih sangat sekarang..mama rasa rindu yang teramat sangat sekarang..mama rasa tersiksa sangat..mama rasa lemah..mama rasa tak bermaya..astaghrafilrullah al-azim!

Mia mama tentu dah jumpa dengan abang-abang tu kan? Tentu Mia mama sukakan sebab mesti abang-abang tu baik, tentu berseri-seri kan wajah mereka, macam Mia jugak..aduh rindu!

May 22, 2011

Peristiwa Di Petang Sabtu


Peristiwa yang menggemparkan..yang menyayat hati..mama terima perkhabaran dari kawan mama yang kerja polis..masa tu mama kat Kota Damansara tengah cuci kereta..baru nak mula hujan..sebak sangat rasa, hati jadi pilu, mama pergi bagitahu kat papa "papa, rumah anak yatim kat Hulu Langat kena tanah runtuh, ada anak-anak yatim yang meninggal" air mata mama dah bergenang..uwaaaa rasa nak menangis..entah kenapa mama begitu sensitif tentang anak-anak yatim..sebab mama tak ada anak? ehh bukan tak ada, pernah ada tapi anak mama dah pergi dulu, pergi sebab dia hanya pinjaman pada mama dan papa.Walaupun hakikatnya mama tak puas dgn kehadiran dia disisi mama, tapi itu anugerah yang tak ternilai buat mama. Andai diletakkan segunung emas dan selautan intan berlian, mama tetap akan pilih anak mama..


Tak dapat mama bayangkan keadaan anak-anak ini, ketika kejadian berlaku..sakitnya perasaan..lumrah alam, kadangkalakita tidak dapat mentafsirkan apa yang bakal kita hadapi seperti kejadian yang memilukan ini.Ya Allah, Kau permudahkan jalan bagi anak-anak ini ke syurgaMU, kuatkan iman dan tabahkan hati keluarga serta kawan-kawan mereka untuk menghadapi kehilangan yang bukan sedikit ini..bantulah mereka yang dalam kesakitan..sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui, hanya Kau yang Maha Penyayang..Amin.

Birthday Papa Mia

Papa dah tua setahun pada 18/05/2011 but mama tak kisah. anak mama kat sana pun tentu tak kisahkan  papa tua setiap tahun. Dua hari sebelum birthday papa, mama dah ready beli card birthday, dah ready belikan hadiah untuk papa..jenuh juga mama nak bawak balik sebab papa ni suka jadi tukang sebuk, sebuk nak tahu segala yang mama bawak balik, nasib baik mama bawa backpack kalau tak sure lagi banyak papa tanya..pastu bawa balik beg isi kain sembahyang..hehehehe cover line nak buat surprised..sampai rumah je terus seludup hadiah-hadiah dgn card kat dalam guest room..

Tepat 12.00 pagi,bukan tengahari tau, sambil papa tengok TV, mama yang macam cacing kepanasan sebelum tu terus keluarkan card bersama-sama hadiah birthday papa..heheh memang surprised la kan sebab orang lain dah tidur, kami belum lagi walaupun sebenarnya, mata mama dah mengantuk sangat..kek? malam tu tak ada kek sebab nanti tak jadilah surprised kat papa..mama kasi papa kad birthday yang ada gambar kereta sebab nak bagi hadiah kereta, mama tak cukup duit lagi, entah bila leh cukup hehehhe..pastu mama kasi sandal kickers dengan kasut kickers..hahaha papa dapat banyak hadiahkan? hadiah mama untuk birthday mama yang lepas? uhhh lum dapat lagi..

Surprised tak habis lagi sebab masa hari birthday papa tu, papa ada dialisis paginya..sempat lagi mintak nurse joint venture belikan kek and surprisekan papa yang sedang tidur ketika dialysis..hahahaha terkejut giler papa sebab tak sangka akan ada another surprise..mama mmg suka sangat buat surprise..nurse-nurse dekat situ siap nak baling tepung lagi kat papa..ishhh bahaya tu, siap haribulan mama pun kena jugak nanti tepung tu..mama order KFC so kitaorg makan ramai-ramai..sekali sekala tengok papa teruja, seronok gak..bangga giler..lepas settle dialsysis dalam kul 2 petang, papa ajak pergi kedai kereta, dah lama nak tukar lampu dengan casing kereta..konon nak pakai macam BMW..so pergilah Shah Alam..another gift from mama..uhh macam orang kaya pulak..tak adanya kaya sayang oii, kaya kasih sayang je kot sebab papa tak kongsi sayang mama dengan sesiapa, nak berebut dgn Mia, Mia ada kat "sana" papa tahu mama sayang Mia, sayang macam mama sayang papa..wow!! birthday papa yang paling best agaknya kan tahun ni papa?






Gambar hadiah and card papa? alaaaa mama tak sempat nak ambil sebab sibuk melayan papa yang  banyaksa..soalan pada pagi yang sepatut kami tidur lena..uhhh papa papa..Happy Birthday Papa..May Allah bless you..Wishing u all the best dunia dan akhirat. I love u!!

May 17, 2011

Jenjalan dgn best friend papa

Hari public holiday..yahooo bestnya cuti..esok pun mama cuti jugak..esok birthday papa! hari ni disebabkan mind set dah cuti, so hari ni mama bangun tidur lambat, lagi lambat dari papa..perut dah mula lapar heheheh. Bila masing-masing dah siap semuanya terus keluar, mama ingatkan terus pergi breakfast tapi rupanya papa dah janji dengan kawan dia nak pergi rumah..so melepaslah breakfast mama..perut dah bergendang gendut dah..

Akhirnya sampai kat rumah kawan papa di Gombak, terus park kereta then naik kereta kawan papa yang besar lagi baru tu..seronok jugak kalau kekadang macam ni, almaklumlah kami berdua, kawan papa berlima..gempak tak? haha memang gempak tambah tambah lagi anak-anak kawan papa tiga-tiga lelaki, memang havoc jugaklah dibuatnya..tapi mama tak kisah. Seharian mama dan papa bersama best friend papa and family dia..seronok..penat jalan, makan..minum..pastu gi jenjalan lagi..pergi kedai rambut, kasi botak hero kawan papa tu hehehe..esok mama cuti sebab nak celebrate birthday papa!

May 14, 2011

Day Out With...

Semalam Jumaat, mama cuti sebab temankan papa jumpa specialist cardio dia..sampai awal kat hospital, senang parking (siap boleh pilih), cepat pula appointment settle..tak lama la mama dengan papa kena tunggu..lepas settle pasal hospital, terus pergi Damansara..pergi hantar S&P kat lawyer..cepat juga settle sebab orang kerja, mama tak kerja so taklah jammed sangat jalan hehehehe. Kemudian, mama dengan papa pergi 1Utama..main bowling..tengok wayang..makan-makan! seronok gitu, sebab rasa rileks sangat, tak ingat langsung pasal kerja! Malam pulak, mama sakit kepala teruk, bila check blood preasure , normal je bacaannya, papa suruh tidur..then tidur ajelah..Okay ada sikit gambar kat bawah ni yer..



Main 2 game ~ Papa menang 2 times..(kasi peluang)


Lorong 8 ~ licin tu lantai



Tentang Anak..

Ingat lagikan entry mama semenjak dua menjak ni sibuk mencari anak angkat kan? ummmm kawan mama kata ada orang tengah nak cari orang yang sanggup ambik anak dia sebagai anak angkat..best kan dengar? mama nak mama nak!! tapi baby ni baby yang tak sah taraf, meaning baby ni adalah hasil daripada hubungan diluar perkahwinan or nikah..ouch!!! sakit kan dengar bunyi tu..opss! baby ni belum lahir lagi,  insyallah akan lair penghujung bulan 6 or awal bulan 7! mak baby ni student U and family dia kat kampung nun, tak tahu tentang kehamilan dia seperti yang kawan mama ceritakan..adoi!! ishhh tak leh lah mama nakgambarkan perasaan family budak perempuan ni kalau diaorg tahu perkara macam ni..terfikir jugak mama, dia tak pernah balik kampung ker?

Mama soal siasat jugaklah kawan mama ni kan..kiranya cerita tentang budak perempuan tu, kawan dia yang tanyakan, kiranya kawan mama macam orang tengah la kan..kawan mama kata, baby tu dari scan, nampak macam boy, senangkan bila nak kawin? tak remeh sangat..tapi yang mama macma tak sedap nak dengar, budak perempuan tu kata, nak bersalin kat private..tak tahu la pula private hospital or private clinic..kenapa yerk tak nak bersalin kat hospital kerajaan? susah ke kalau gadis yang tiada ikatan perkahwinan yang sah, pregnant luar nikah nak bersalin kat hospital kerajaan? kena tangkap ker nanti diaorg? macam mana pulak dengan birth certificate baby? huhuuuu dah nampak kan macam mana susah nak handle perkara macam ni..arggg tak suka tak suka..

Bila mama cerita pada papa, penat pula nak menjawab..dah abis idea nak menjawab hehehehe..mama ni memang nak sangat tapi papa entah lah, kejap macam nak, kejap macam tak nak..adoi!! kengkawan blog, kalau ada yang nak kasi baby, kasi kat mama yer heheheh..

Setelah..

Mama baru sedar, kini mama seakan-akan jarang update blog mama..last mama buat keje update ni sabtu last week dan hari juga hari sabtu, mama update again story yang tersimpan hampir seminggu ni kan..bukan tak rasa nak update cuma keadaan yang tak mengizinkan untuk mama berbuat demikian.
Dalam minggu ni aje, mama rasa penat sangat, terlalu banyak kerja yang perlu disettlekan setiap hari, kononnya nak kena ikut SLA job discription..ingat mama dengan kawan-kawan mama "robot" ker..sampai nak pergi toilet pun kena pikir dua tiga kali sebab sayangkan masa! sebab tu, bila mama start nak update blog, mama cepat sangat penat, hanya sempat melawat blog blog kawan mama aje, sampaikan kekadang pun tak sempat nak tinggalkan comment..sorry yer -:)

Seminggu ni juga, mama sibuk or dengan erti kata yang lain, membusykan diri sendiri untuk mencari anak angkat! mencari maklumat dan mendapatkan maklumat dari kawan-kawan mama..fuh!! bukan senang jugak nak cari baby untuk dibuat anak angkat..susah nya..nak pulak yang macam papa nak, anak yatim or anak dari keluarga susah, lagilah susah! mencari anak angkat ni bukan bermaksud mama tak nak ada anak sendiri, mama nak jugak!! mama tetap nak berusaha untuk dapat baby sendiri juga tapi tak ada salahnya kan kalau mama nak ambil anak angkat kan kan?

Dalam busy, mama sempat jugaklah berdua-duaan dengan papa tapi memang pun kami berdua ajekan? pergi makan kat Jeram, dah lama sangat tak makan kat situ, terlalu lama sejak papa sakit teruk dulu..kat bawah ni ada sedikit picture kat sana..



Siakap Tiga Rasa - Mama Fav

Ketam Goreng Cili

Senangkan..

May 7, 2011

Anak Angkat - Hari Ibu

Sejak kebelakangan ini, keinginan nak ambil anak angkat makin kuat..dulu pun memang dah terlintas nak ambil anak angkat tapi sejak akhir akhir ni, keinginan tu makin kuat, makin meronta..mungkin sebab mama dah tak buat treatment this month or sebab memang nak sangat peneman mama kat dunia ni..

Hasilnya, dua tiga hari lepas, dalam tak buat buat apa-apa waktu malam, jari jemari ni terus aje pergi kat ms.goole..mintak tolong goole carikan..and hasilnya orpahancare. Bila dah masuk web tu, terus mama register nama..and the next day, mama received email dari mereka..memberi penerangan berkaitan procedure, interview serta document yang perlu disediakan, yang perlu dibawa ketika interview..aduh! banyak tu..rasa macam lambat sangat nak settle procedure satu persatu...application kena process dulu,kena lalui first interview..kalau lepas interview pertama, akan ada lagi interview seterusnya..kena tunggu kalau ada baby..boleh tak kalau mama curi aje baby orang?

Kenapalah tak ada orang nak letak baby depan rumah mama..kenapa lah tak ada orang tanya mama "akak, nak tak baby saya?"or "akak, saya tak mampu nak jaga baby ni, boleh tolong jaga macam anak sendiri tak?" kalau ada orang tanya mama macam ni, terus mama jawab "nak nak nak..terima kasih banyak-banyak" uhhhh mesti masa tu dah menitik-nitik air mata..

Papa kata, kalau boleh dia nak jaga anak yatim or anak yang dari keluarga yang susah (tidak bermaksud yg kami ni senang)..ada tak?kalau kengkawan mama tahu, please bagitahu mama boleh? mama nak baby baru lahir sebab mama nak buat anak susuan so nanti hukum hakam lebih terjamin..argggg nak baby..esok hari ibu!

May 6, 2011

Bila dia bersuara..hadiah

birthday gift and cards from kawan mama
sambung entry semalam..mama suka sangat dapat balik rumah maktok sebab dapat pergi rumah banglo Mia..rindu sangat-sangat..rasa macam Mia tahu aje mama dia ni datang dengan papa..entah kenapa mama rasa tenang sangat bila berada kat sana..mama suka suasana kat sana..cousins Mia semua nak ikut mama, ingat nak pergi jenjalan la tu..siap kena soal siasat lagi dengan Aqilah yang sebaya dengan Mia kalauMia tak tinggalkan mama...-:(

Aqilah    : mama nak pergi mana? (panggil mama konon dapat ikut la)
Mama     : mama nak kuar, why?
Aqilah    : dengan siapa? (ishhh dah macam polis kan?)
Mama    : ummm naper? kakak nak ikut ker? (mama nampak aje dia dok mengangguk kepala)
Iman      : nak itut mama long (kejap panggil maklong..kejap panggil mama long)
Aqilah   : tak boleh..adik iman kena jaga rumah..kakak je ikut..kan kan kan maklong (see..dah
                panggil  maklong pulak)
Iman     : nak ikut (sambil pegang kaki mama)
Aqilah  : nak ikut..
Mama   : okay..maklong nak pergi kubur baby maklong, qilah dengan iman dok dgn maktok, nanti
               maklong beli ikan macam kat rumah maklong, beli kereta besar dengan basikal    
               untuk qilah dan adik iman..ok?
Aqilah  : Ok..janji? (ayo! ini budak banyak teruk)
Iman    : nak keter..keter..vroommm vroommm
Aqilah : kak batisha dengan atiyah dapat tak maklong? (alamak..dia dah atur semua cousins dia)
Mama : tak..kakak batisha dah ada basikal kat rumah dia..atiyah pun sama..(dlm hati, tauke balak pun
             bankrap hehehe)..ok..maklong pergi dulu tau?
Aqilah : Ok..lampu merah, ayah kata kena berhenti, hijau baru jalan..kuning kena sedia..ok? ok?
Mama : Ok..dah dah maklong dah lambat..

Fuh!!! penat kan? seperti dijanjikan, lepas pergi banglo Mia, mama dengan papa pergi cari ikan bersama bekas plastik (tak boleh beli kaca, karang iman angkat, pecah)..beli basikal dan kereta besar untuk qilah dgn iman naik..balik rumah, melompat tak terkira bebudak tu..ahaks!! mama kena tegur dengan tok ayah sebab belikan diaorg basikal dengan kereta..tok ayah kata, banyak sangat dah mainan kat rumah..

Seronok bukan kepalang diaorg dapat main..mama pulak seronok tengok diaorg happy..mama cakap kat papa "seronok kan? kalau ada Mia,sure lagi seronok..tentu macam aqilah kan, mulut tak berhenti bercakap..pot pet pot pet"..papa senyum tanpa banyak komen hahha..tangkap syahdu la tu..

Kat atas tu,gambar hadiah yang mama terima dari kawan-kawan mama..terima kasih atas semua wish dan doa..atas kad dan hadiah..atas segala kiriman sms dan mms..huhuhuh..still waiting hadiah dari papa ahaksss!!!

May 5, 2011

Hadiah dari seorang teman

Tengahari tadi sebelum lunch hour, ada officemate mama datang kat tempat mama..mula-mula tu dia keluarkan gelang yang dia pakai, pastu letak kat tangan mama..sambil dok belek tangan mama, kawan mama kata cantik..pastu dia keluarkan another gelang sambil berkata "yang ini saya kasi kat akak, saya tak tahu nak bagi hadiah apa untuk birthday akak" uwaaaaa..terkejut!!! dapat gelang ada batu batu lagi..dah la kawan mama baru masuk office harini setelah bercuti 2 hari, alih alih dapat hadiah daripada dia..thanks Su for the gelang yang cantik ni..


Celebrate birthday last week? seronok sangat sebab dapat balik kampung, pergi banglo Mia yang cantik dan bersih sangat..terima kasih pakcik penjaga banglo sebab sudi jagakan banglo Mia untuk mama..hadiah? belum dapat lagi hadiah dari papa..mama tak kisah dapat or tak hadiah sempena birthday mama janji papa sentiasa sihat dan kuat, itu dah kira hadiah buat mama..tapikan Mia, tahun ni papa terlewat wish mama..terlebih dari jam 12.00 malam..mama dah tidur nyenyak giler bila mama dengar satu suara berbicara  tepi telinga mama "happy birthday sayang..sorry papa terlewat wish, papa terlelap"..ahaksss sambil mata tutup tu mama boleh pulak jawab "ummmm dah merajuk, tak pernah tau papa lewat wish birthday, kali ni lewat" ..sampaila bangun tidur, mama dok ungkit kelewatan papa wish mama hehehehe..

Birthday sendiri kena belanja orang..siap gi saloon lagi buat rambut hinggakan papa yang buat dialisis pun dah settle dialisis hinggakan pakteh izan pulak yang kena pergi ambik walhal, mama dgn acik hidayah dah janji nak pergi ambik papa..tapi sebab tak settle lagi rambut terpaksalah orang lain ambik..sorry papa..birthday mama! Next enrty sambung citer birthday mama lagi yer..

May 4, 2011

Yang Sangat Bernilai Bagi Seorang Mama..

Cantik tak gambar kat atas? Cantik and sweet sangat kan..mama terima courier dari poslaju kat office mama tadi..masa tu mama tengah busy sesangat dengan monthly report dan balancing account..tetiba!! dapat courier..wah bestnya...hilang kejap rasa penat..bila mama buka je, speechless! sebak dan syahdu pun ada..terima kasih yer Lady Mira..mesti Mia  suka dan gembira sangat sebab Aunt Mira kasi hadiah yang sangat cantik untuk mama dia..mama sure sangat-sangat aunt Mira buat sendiri hadiah ni..arini nama Lady in the Mirror jadi glamer kat office..semua orang suka dengan hasil kerja tangan aunt Mia..muahhhh muahhhh thanks Mira, mama tak tahu nak balas apa atas kiriman hadiah yang sangat cantik..atas kata-kata yang begitu bermakna...dapat dari seorang kenalan blog yang tak pernah bersua muka begitu bermakna bagi seorang mama yang telah kehilangan..moga Allah berikan keberkatan yang berlipat ganda bagimu wahai ..Lady Mira

Popular Posts